Aku baru saje pulang dari ride yang sungguh hebat.Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ride nie..nanti kan update aku esok.Ramai pelakon-pelakon baru ! hahaha nantikan
-KHir-
Sunday, July 17, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Kawasaki Z50 Review: Satu Kenangan yang tidak dapat dilupakan
Ini merupakan review secara official.Sebelum ni aku pernah bagi buat perbandingan Z750 dengan Z1000SX.Tapi kedua-dua jentera ini datang dari kelas berbeza.Adalah sedikit tidak adil untuk aku membuat perbandingan secara terus.
Sebetulnya,pada pandangan aku tiada jenama motosikal lain dapat dibandingkan dengan Kawasaki Z750 ini.Z750 terus wujud di dalam kelasnya tersendiri,cuma saingan jentera ini sesekali muncul seperti Aprillia Shiver 750.Namun kewujudan jenama lain tidak langsung menjatuhkan populariti raja jalanan ini
Sungguh hebat penangan Z750 ini sehinggakan jurutera-jurutera Kawasaki masih mengekalkan rekabentuk utama dari tahun 2008 sehingga 2011.Ramai pemilik Z750 2008-2010 menarik nafas lega apabila mengetahui tiada perubahan rekabentuk drastik pada Z750 2011, seperti mana yang berlaku pada Z1000 2010.Hanya berlaku beberapa perubahan kosmetik antaranya melibatkan penggunaan swing arm aluminium yang lebih ringan,tetapi masih mempunyai 10kg beban berlebihan berbanding abang longnnya Z1000 2010.
Apakah alasan anda untuk menidakkan keunggulan jentera ini di jalan raya? Dengan pelbagai aksesori tambahan yang direka menyebabkan ia terus-menerus menambat hati dan dapat memberi sentuhan peribadi kepada pemilik-pemilik Z750 yang sentiasa inginkan kelainan pada jentera mereka.Disamping itu,rekabentuk yang dikatakan mendahului masa,menyebabkan motosikal ini terus menerus menjadi pilihan untuk penunggang yang ingin memandu secara santai tetapi boleh memilih untuk memecut apabila diperlukan.Lihat sahaja model Yahama RXZ yang telah ditamatkan pengeluarannya secara rasmi awal tahun 2011 kini menjadi lagenda dan masih tidak dapat ditandingi oleh model-model lain.Tidak salah untuk aku menduga,Z750 ini juga akan berlegar di pasaran dalam jangka masa yang agak lama hasil dari sambutan yang luar biasa datang dari pencinta-pencinta jentera beroda dua.
Umum sedia maklum,jentera ini juga tidak dibina untuk berada di hadapan kelompok perjalanan,cukup berada di tengah-tengah sambil melayan terjahan angin di badan.Sejauh mana penunggang dapat mengekalkan kelajuan tinggi bergantung kepada daya tahan penunggang untuk mengekang hentaman angin di leher dan dada.Tiada apa yang perlu dirisaukan jika penunggang ingin turut serta konvoi motosikal berkuasa 1000cc ke atas,kerana jentera ini mampu meluncur sehingga 250km/h.
Kehebatan jentera ini juga terletak pada ketangkasan kadar pecutannya.Jangan sesekali cuba menduga kehebatan jentera ini selepas lampu isyarat bertukar hijau,anda pasti hampa melibat kelibat Z750 meninggalkan anda seketika sementara jentera anda mendapat momentum untuk mengejar.
Namun begitu,ingatan harus ditumpukan kepada beberapa perkara asas semasa memandu jentera jalanan terhebat ini.Turning radius stering adalah salah aspek yang perlu diberi perhatian serius.Turning radius handle yang agak pendek ,menjadikan penunggang perlu memberi perhatian lebih semasa mengendali jentera anda ke kiri atau kanan ,terutama sekali semasa pusingan U dan parking.Suspensi belakang juga mungkin perlu dilaras agar dapat meningkatkan prestasi penunggang supaya lebih yakin untuk menurunkan badan dan melayan karenah jalan raya yang berliku-liku dan penuh selekoh.Penggunaan damper juga digalakkan agar mengurangkan risiko tank slap yang mungkin berlaku semasa kelajuaan tinggi.
Jentera Z750 ini seringkali menduga kesabaran penunggang untuk memerah pendikit secara rakus semasa di jalan lurus.Seringkali penunggang akan mencari gear seterusnya walaupun penunggang telah berada di gear teratas.Sementara itu,ujian braking agak sedikit mengejutkan. Jentera Z750 yang tidak didatangkan bersama ABS memerlukan lebih masa dan jarak berhenti yang lebih jauh untuk mengelak tayar hadapan mengalami lebihan kejutan.
Pemanduan yang bagaimana sesuai untuk Kawasaki Z750 ini? Penunggang tidak perlu mempunyai pengalaman bertahun-tahun untuk menjinakkan jentera ini.Cukup memadai mempunyai kesabaran dalam mengenal karektor tersendiri Z750 ini.Cinta itu akan hadir dengan sendirinya!
Di samping faktor rekabentuk dan gaya pemanduan,faktor harga menjadi salah satu tiang utama untuk jentera Z750 ini. Kawasaki begitu terkenal kerana faktor harga dan alat ganti yang murah dan mudah didapati.Harga jentera Z750 yang begitu kompetitif mungkin bakal tinggal kenangan kerana harga Z750 2011 telah meningkat secara mendadak ekoran dari pengenalan beberapa ciri-ciri baru tetapi menggunakan rekabentuk sedia ada.Namun begitu,situasi ini bukan satu halangan untuk peminat sejati raja jalanan ini untuk terus menyingkap rahsia tersembunyi dan keindahan menikmati perjalanan bersama jentera Z750 ini.
-KHir-
Tuesday, July 12, 2011
Maaf rakan-rakan semua..
Saya memohon maaf kepada semua,sepatutnya saya dah bagi review z750 hari ini.Namun begitu disebab berlaku perkara yang tidak disangka-sangka,sahabat seperjuangan saya di pejabat meninggalkan kami secara mengejut.Beliau berumur 37 tahun dan meninggal dalam tidur.
Saya berisytifar sebentar mengenangkan nasib diri sendiri & juga nasib rakan baik saya itu.Namun Allah lebih mengetahui perjalanan hambanya.Siapalah saya untuk mempertikaikannya.
Baru semalam kami berbincang & bergurau senda,malam tadi beliau pergi dijemput Ilahi.
Sebagai rakan & mengenang jasa arwah,saya hanya mampu membantu menguruskan jenazah sebaik mungkin.
Alfatihah untuk Mohd Supian bin Abu Bakar.Seorang rakan ,mentor, telah pergi untuk selamanya.
Insyallah,review Z750 akan menyusul secepat mungkin.

Monday, July 11, 2011
Review Z750 & Yamaha XJ6
Memandangkan ada request dari Tok Kebayan untuk aku review Z750,so esok pagi (hari ini la kot) akan refresh balik gaya pemanduan z750 aku sebelum ini untuk aku terjemahkan agar dapat memberi penyampaian yang terbaik untuk review z750 nanti.
Insyaallah aku akan bagi review yang tidak berat sebelah.Nantikan review Z750 dan Yamaha XJ6 dalam masa sangat terdekat.
-KHir-
Insyaallah aku akan bagi review yang tidak berat sebelah.Nantikan review Z750 dan Yamaha XJ6 dalam masa sangat terdekat.
-KHir-
Friday, July 8, 2011
Pandu Uji Yamaha.XJ6
Insyallah,aku diberi peluang untuk pandu uji Yamaha XJ6 dalam masa terdekat ni nanti.Jangn lupe singgah sini untuk memdapat personal review aku nanti.
Memang terbaik..sudah tentu saingan kepada ER6F..
-KHir-
Memang terbaik..sudah tentu saingan kepada ER6F..
-KHir-
Z1000 vs Z1000SX.Mana satu lagi best?
Entri ini merupakan pengalaman aku memandu uji dua jentera yang iaitu z1000 & Z1000sx...
Ini adalah hasilnya:
Menyentuh tentang design,memang banyak yang berubah.Z1000 2010/2011 boleh dikategorikan sebagai motor yang paling cun dimuka bumi ini.Ala-ala design manga Jepun @ transformers.Z1000 amat sesuai untuk urban riding.Nak masuk town? takde masalah langsung..Handling adalah begitu nimble & tidak menghampakan.Dengan kawalan badan yang sedikit sahaja penunggang dapat menjinakkan jentera z1000 ni dengan mudah untuk menyusuri kesesakan lalu lintas di ibu kota.
Konsep jentera jalanan yang menerapkan faktor aerodinamik dengan membenarkan belahan angin yang sekata ketika dalam kelajuaan sederhana menyebabkan penunggang berada dalam keadaan santai & selesa.Namun begitu,jentera ini tidak dibina untuk bersaing dengan jentera-jentera superbike.Gaya pemanduan yang santai,tidak begitu radikal tidak banyak memihak kepada penunggang jika mengembara bersama penunggang-penunggang superbike.Namun isu itu,boleh diatasi dengan pemasangan windshield yang bersederhana tinggi untuk mengurangkan impak terjahan angin pada badan penunggang.
Jentera Z1000 ini juga sesuai untuk dibawa mengembara ke lokasi-lokasi yang agak jauh.Penunggan perlu bijak mengawal penggunaan petrol agak mendapat lebih kilometer.Tangki simpanan berkapasiti 15 liter mampu memberi 200-250 km sekali perjalanan.
Semasa aku melakukan pengujiaan z1000,aku berpendapat pengguna yang ingin memiliki jentera hebat ini,harus menyedari top speed bukan menjadi keutamaan semasa jentera ini direka.Ianya lebih kepada memberi kepuasan penunggang untuk memandu dengan penuh elegan di jalan raya.Jentera ini,mampu meluncur bersama penunggang hampir ke kelajuaan 260km/j.Walaupun jentera ini berkuasa 1000cc,nisbah kuasa kuda perlu diberi perhatiaan sewajarnya.Adalah tidak adil sekiranya menganggap semua jentera berkuasa kuda 1000cc dengan gagahnya mampu mencapai 300km/h.Perbandingan secara rasional adalah perlu untuk anda menilai sebelum memiliki jentera berkuasa besar ini.Perlukah anda membeli jentera yang dibina untuk kelajuan seperti Kawasaki ZX10 tetapi mengorbankan keselesaan pemanduan atau memilih z1000 sebagai cinta sejati anda?
Pengujiaan diselekoh juga tidak menghampakan,Z1000 agak mudah untuk memasuki selekoh dan sekali lagi badan boleh diturunkan ke kiri & ke kanan untuk mendapat posisi terbaik sebelum meratah kona-kona di sekitar Kuala Kelawang tempohari.Memang tidak mendukacitakan.Nah..silakan jika anda berminat.
Menyentuh tentang spesifikasi Z1000 &Z1000Sx,banyak persamaan & hanya ada beberapa perbezaan.Z1000sx mempunyai kapasiti petrol 19 liter & bermakna memberi lebih kilometer pada perjalanan anda.Seat z1000sx sedikit tinggi berbanding z1000.Di samping itu juga z1000sx mampu memberi lebih kelajuaan maksima berbanding z1000.
Seperti yang kita sedia maklum z1000sx mempunyai banyak kelebihan ketika berada di kelajuaan tinggi.Menggunakan cermin pengadang depan boleh laras berserta fairing dipasang bersama resonan ,membenarkan laluan angin tidak terhalang walaupun berada dikelajuan tinggi.Secara amnya,penunggang Z1000sx begitu mudah untuk memecut dan meninggalkan Z1000 semasa di jalan raya.
Reka bentuk z1000sx secara keseluruhannya begitu mengagumkan.Namun begitu jentera z1000sx ini jika dilihat sekali imbas,mempunyai persamaan dengan Kawasaki ER6F di bahagian lampu utama & lampu belakang.Namun perkara ini tidak menjadi masalah kerana z1000sx ini mampu memberi penunggangnya identiti tersendiri.Bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam.Penunggang yang benar-benar memahami karektor jentera Kawasaki akan merasa tidak sabar untuk memiliki jentera ini.
Ngauman lembut enjin akan bertukar menjadi begitu berkuasa sekali jika motosikal ini berada di rpm ke 6.Kuasa enjin berkapasiti 1043cc menyalurkan 136 kuasa kuda &; membuatkan penunggang terus ingin menguji sejauh mana keupayaan jentera ini semasa di jalan lurus.
Dilihat dari segi respon,enjin z1000sx memberi sedikit respon yang lebih cepat berbanding z1000.Pengujiaan trottle di gear rendah & tinggi mencatatkan sedikit perbezaan pembacaan respon.Z1000sx perlu dikendali secara berpada-pada untuk mengelak jentera tersebut terangkat tayar hadapan ketika memulakan perjalanan.
Pada mulanya,menunggang di dalam kesesakan jugak menimbulkan kerisauan dihati penunggang.Adakah penunggang akan tersangkut di celah-celah puluhan kenderaan atau sebaliknya.Hasil pengujiaan amatlah memeranjatkan dan menggembirakan.Kesudian jentera ini menurut arahan penunggang amatlah mengagumkan.Jentera z1000sx boleh dikemudikan secara santai & hanya perlu berhati-hati untuk mengelak side mirror jentera ini yang agak terkeluar agar tidak mengganggu pengguna jalanraya yang lain.Di samping itu,penunggang akan mengalami sedikit kepanasan di bahagian kaki\kasut semasa berada di dalam kelajuaan rendah,terutama semasa meredah kesesakan jalan raya.Kepanasan akan tertumpu untuk keluar di satu sudut yang dikhaskan.Bukan satu masalah yang besar kerana kepanasan tersebut sekadar suam-suam kuku rasanya!. Namun begitu,hal ini tidak berlaku pada z1000 dimana pelepasan haba berlaku sekata.
Kawasaki juga menawarkan eksesori tambah,iaitu side box yang tidak ditawarkan untuk model z1000.Walaupun z1000 boleh menggunakan side box dari Givi namun,rekabentuk motosikal tersebut akan nampak janggal jika ditunggang bersama side box.Manakala z1000sx dilihat begitu bergaya bersama eksesori tersebut.
Membrek menggunakan Z1000sx jugak amat menyakinkan.Diserta dengan ABS sebagai standard package akan membuat penunggang lebih yakin untuk mengambil selekoh dalam keadaan hujan.Namun begitu,aku dimaklumkan z1000 2011 jugak telah dibekalkan bersama ABS.
Adalah begitu sukar untuk penunggang sebenarnya untuk membuat pilihan ke atas kedua-dua model tersebut.Adakah faktor harga menjadi penentu? perbezaan hampir RM 10,000 perlu diambik kira jika anda ingin memiliki z1000sx ini.Bagi aku aku memberi markah 9.9/10 untuk z1000sx & 9.5/10 untuk z1000...dua-dua sama hebat & sama berkualiti.Jiwa anda...anda tentukan..
My2Cent
-KHir-
Wednesday, July 6, 2011
Istilah-istilah yang biasa digunakan oleh bikers.
Berikut merupakan antara istilah yang begitu sinonim dengan bikers @ yang sering digunakan oleh bikers.
1.RV : Diambil dari perkataan Bahasa Inggeris rendezvous bermaksud tempat bertemu yang telah dijanji kan..
Contoh Ayat : RV di tol Sungai Besi 15 June,8:30AM ride ke Pengkalan Balak.
2.Tayar golek : Bermaksud konvoi akan memulakan perjalanan pada spesifik waktu.
Contoh Ayat : RV di RNR Sg RNR Sg Buluh.Tayar golek 9:00PM.
3.TTS: Teh Tarik Session.Ini merupakan sessi melepak para bikers,selalunya TTS adalah time melepak di lokasi yang berdekatan & dibuat pada malam hari bekerja.Kebiasaanya TTS bertujuan untuk bikers kenal mengenal antara satu sama lain.Bermacam-macam jenis geng akan TTS,kategori biasanya selalu bergantung kepada jenis jentera yang anda pandu.Satu lagi TTS nie ,merupakan mesyuarat pendek untuk membincangkan perancangan ride yang seterusnya.
4.Ngeteh: Membawa makna yang sama dengan TTS.
5.Meleper :Bermaksud layan corner dengan motor anda.
6.Meroket : memecut dengan kelajuaan yang semakin meningkat
7.Asah tayar: Ha ni pasal layan kona.Main corner.Destinasi popular adalah Karak,Simpang Pulai,Cameron,Kuala Kelawang.
8.RSVP: Tempat berkumpul bikers seperti yang telah dijanjikan..
9.Gambiran : Gambar.Nape dipanggil gambiran..eheheh entah aku pon tak tau.
Ha korang sure ade lagi istilah-istilah yang sering digunapakai..feel free untuk share ye!

Wednesday, June 29, 2011
Snorkeling time.Pic tells everything
Aku baru dapat gambar aku menyelam ke dasar di Krabi..Kalau sesape yang belum baca leh review link kat bawah nie:
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/ride-krabi-hatyai-13-may-17-may-v1.html
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/ride-krabi-hatyai-13-17-may-v2.html
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/ride-krabi-hatyai-13-17-may-v3.html
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/krabi-hatyai-13-17-may-final-version.html
Precious picture,tak pernah aku dapat lagi orang ambik gambar aku menyelam ke dasar & pegang batu karang..thanks bro ZX12..

Bersusah payah nak ke dasar..indahnya ciptaan tuhan..
Hehehe ada la dalam 15 kaki dalam..Sempat aku bagi post yang menarik!
-KHir-
Saturday, June 25, 2011
Ride Kenduri di Pengkalan Balak bersama Cop Rider
Sabtu 18 June merupakan hari rilek-rilek di rumah bagi aku.Tengah sedap-sedap layan tido pepagi Sabtu,Bad roger ajak ride ke Melaka.Lagipon sebab dah lama tak ride dengan Bad so aku pon meluangkan diri untuk join ride ke Melaka bersama Cop Rider.Satu perkara yang aku dah lama paham pasal Bad nie,dia jarang stori tujuan ride yang sebenarnya.Katanya geng polis nak buat makan-makan kat Pangkalan Balak.Hehehe bila dah sampai lokasi yang dituju baru aku tahu reason ride yang sebenarnya..Hehehe tapi semuanya ride yang dianjurkan oleh Bad memang best.
Konvoi dah berjanji nak berjumpa di Shell Sg Besi pukul 2:30 ptg.Aku kali agak terlewat sikit,banyak benda nak setel sebelum gerak.So terpaksa jumpa rakan-rakan di Petronas RNR Seremban.Nasib baik minyak aku still banyak lagi.Boleh gerak terus.Sesampai aku kat RNR Seremban..hehehe semua dah menunggu dah..aku isi minyak jab,ambik duit & terus jumpe rakan-rakan baru aku..dari group tu aku dah kenal 3 orang.
Kali nie,ride bersama owner jentera yang biasa bawak di kelajuaan tinggi.wah memang best dapat follow.Brader berhelmet merah,Petai dah upgrade Z1000 10 ke GTR 1400..
Mamat motor hijau nie,ada di mana sahaja..
Route ke Pengkalan Balak akan melalui PLUS>>Port Dickson>>Linggi>>Pengkalan Balak.Laluan nie memang banyak kona,so memang best betul..tapi macam biasa safety is paramount ! Jangan lupe yea.Ride dimulakan dengan pemanduan 150-160km per hour.Kami seterusnya akan exit ke Port Dickson untuk melalui jalan kampung.
Sempat snap sebelum traffic light menjadi hijau.Kami akan belok ke kanan untuk masuk ke Highway PD.
Kenape Bad sorang-sorang di divider jalan? Hehehe
Dalam group kami ada 2 bijik GTR,5 bijik ST1300,1 bijik Z750S, 1 bijik Yahama R6,bila sampai mana-mana simpang aku dengar bunyik siren..eh mana datang daa..rupenya ketua konvoi Cik Mail kasi on itu hon itu supaya kenderaan lain bagi laluan..memang terbaik..senang kalau dah ada orang bukak jalan nie.
Dah masuk highway Port Dickson,laluan lurus terbentang depan mata.Aku dari awal dah tinggi kan visor dah meramal kawan-kawan akan agak laju dilaluan lurus nie.Tapi awas,penyambung jalan di highway akan menyebabkan jentera anda berbuai & jangan sesekali alpa..
Konvoi kami sampai ke Pengkalan Balak dalam pukul 4pm..ouhh rupenya ada sorang pegawai polis buat kenduri arwah di rumah kampungnya di Pangkalan Balak.Rumahnya betul-betul mengadap laut.View memang layan la kan..
Barisan kuda hitam.Geng-geng cop rider biasenya suka ambik motor ST..dah biase agaknya dengan cara pengendalian.
Dah sampai,kena carik air dulu..panas berasap nie kawan.
Air sirap kenduri..memang wajib ada..
Dalam setiap ride aku,agaknya dah mesti ada gambar mamat nie ker ..musykil..musykil
Dino Z750S berbaju hitam.Orang nya amat sempoi
Kenduri belum start lagi.Kami sampai agak awal.So mari semua ambik kesempatan melepak tepi laut..kena angin petang sambil layan goreng pisang panas..
Geng-geng jantan cuba-cuba nak buat-buat romantis melepak layan blues
Jom kite pekena pisang goreng panas kat depan.Kalau nak laksa carik kat Penang yea..
Minum petang.Berikut adalah menunya goreng pisang RM 10.00,otak-otak RM 20,air botol sorang satu..tula menunya sementara nak tunggu kenduri start.
Lokasi kejadiaan..
Selepas ngam-ngam abis makan,pembacaan kenduri doa selamat pon dimulakan.Ouhh rupanye tuan rumah dah jemput budak-budak tahfiz untuk baca Yassin.Kami diluar jer.
Meja khas untuk bikers bermakan-makan..
Dah memang jadi amalan sejak dulu lagi..bila ada kenduri,bebudak tahfiz @ rumah anak yatim akan dipanggil untuk doa selamat & dijamu makan-makan..
Shoru time beb..
Walaupon dah sebat macam-macam makanan kat gerai tadi,semua masih berselera nak makan nasik minyak..ramai yang bertambah..menu makanan macam kenduri kahwin siap ada air tembikar & bubur sebagai pencuci mulut
Ride sempoi,tapi ada 10 bikers yang ikut serta..majoriti geng cop riders
Perjalanan pulang akan menggunakan laluan yang sama seperti kami datang tadi.Layan kona lagik la pulak
Berhenti di stesen minyak yang terdekat atas 2 sebab.Isi minyak dan isi angin tayar.Terutama tayar aku yang agak lembik .Padahal baru 2 minggu isi angin tayar,aku suspek kesan dari tampal cacing hari tu,menyebabkan angin agak cepat keluar.So aku kena rajin cepat pressure tayar belakang aku,sayang beb nak tukar tayar,bunga banyak lagi nie.
Selesai hajat di Stesen minyak,perjalanan kami,Alhamdulillah lancar melalui jalan kampung,dan terus memasuki highway PLUS.Aku & Petai bikers pertama yang berpecah dari konvoi untuk exit ke Kajang..
-KHir-
Pengumuman Pemenang Follower ke-50
Maaf pada rakan-rakan semua,sepatut aku umum lebih awal.So ini lah dia ID pemenang bertuah..
AzharSunGT...
Anda perlu call saya 019-2729052 untuk menuntut hadiah dengan menjawab beberapa soalan pengesahan...
Tahniah...Ada beberapa lagi series of contest akan diadakan..so rajin-rajin la singgah sini ye minggu depan.

Wednesday, June 22, 2011
Follower ke 50.Kita dah ada pemenang..
Tuan-tuan yang budiman,
Blog www.khir-z750.blogspot.com akan mengisytiharkan pemenang nye esok 23062011.Nantikan pemenang bertuah.Wajah pemenang tersebut akan diupload untuk tatapan anda semua..Terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan ini.Dalam masa terdekat satu lagi pertandingan baru akan diadakan..nantikan update tersebut dalam masa terdekat.

TTS Nasi Lemak 60 sen Kampung Baru 15062011
Ini merupakan cerita Teh Tarik Session atau lebih dikenali dikalangan bikers sebagai TTS or TT .Perjumpaan kali ini bertujuan untuk membincangkan ride ke Pantai Timur & ke Selatan Thai.Lokasi adalah seperti berikut
Tempat : Nasi Lemak 60 sen di belakang Padang Kelab Selangor Kampung Baru
Masa : 9:00 mlm Rabu 15 Jun 2011
Ahli-ahli : Aku,Bang Mat GTR,Hj Rahman,Imam Mat Zin,JJ & Gemuk.
Ketibaan Hj Rahman setelah sesat merayau-rayau carik tempat.Aku & JJ to the rescue.
Lokasi perjumpaan.Kat sini awek-awek cun-cun belaka silih berganti makan,memang amat sesuai untuk cuci mata.
Hanya aku,Hj & JJ jer bawak motor.Lain datang berkereta.
Hasil perbincangan adalah seperti berikut.Tarikh yang dipersetujui adalah 2-5 May,dengan mengunakan laluan Golok >>Pattani>>Narathiwat>>Yala >>Betong.Namun begitu laluan tersebut terpaksa di ubah ke Rantau Panjang>>Tumpat>>Tok Bali>>Kuala Terengganu>>Kuantan>>Mersing>>Kuala Lumpur. disebabkan oleh pilihanraya Thailand yang berlangsung pada 3-5 July..
Nantikan next entri esok,perjalanan ke Pangkalan Melaka bersama cop rider..ada siren beb..memang best!
Sunday, June 19, 2011
Slider ohhh slider ku..
Korang tengok sendiri la..minggu sebelum nie bracket slider sebelah kanan aku dah crack
leh rujuk stori kat :http://khir-z750.blogspot.com/2011/06/exhaust-project-jom-layaan09062011.html
Kali ni slider sebelah kiri pulak yang bermasalah.Silap aku jugak tak check sekali slider sebelah kiri sekali hari tu.Ingatkan ok.
Kejadian slider kiri aku jatuh agak memalukan.Lepas panas enjin depan rumah.Terus aku gerak dalam taman aku tak banyak kereta pon.Baru jer keluar pagar rumah terus terasa macam ada benda terjatuh..ketang..tang..tang..eh per pulak yang tercabut tuh..Jenguk kat belakang..la slider sebelah kiri dah tanggal jugak..cittt..apa daaa..
Aku dah hubungi Ben,untuk mengadu nasib.Mesti la mengadu kan,baru baru pakai 3 bulan,takkan la leh jadi camtu.Slider nie biasa nya life time use..
Masalah yang aku hadapi ialah braketnye yg tak tahan panaas.Cepat crack..So Ben dah janji nak bagi yang dah braket yang dah improve.Katanya ramai orang komplen jugak..oooo..itu macam ka..apa la brand CKW nie ..
Slider OK,braket bermasalah..
Hari Isnin 20 Jun akan aku singgah ke Welly Kelang untuk pasang braket baru...
-KHir-
Ride anjuran Mok Motor Wangsa Maju ke Alai Melaka 11062011
Sabtu lepas aku bercadang nak turun Mok Motor kat Wangsa Maju.Ada program Makan Ikan bakar di Umbai Melaka.Mok Motor sponsor sepenuhnya untuk 60 bikers.
Makan free beb,sape tak mau,seafood lagi tuh.Semua peserta konvoi diminta berkumpul di Mok Motor pukul 4:00 ptg.Ramai geng-geng ride aku pn join sama..so aku pon berhajat untuk turut serta.
Kehadiran peserta-peserta untuk aktiviti makan-makan
JJ berbaju merah,baru lepas balik tournament badminton.
Sekali punye la ramai orang..
Lady bikers..die suh panggil casey stoner..hehehe Die bawak ER6N
Geng-geng yang sentiasa hepi manjang..
Sebelum bergerak,brader Halil bagi taklimat perjalanan.
Official imam of the ride.Imam Mat Zin mengetuai pembacaan doa..
On the bike yee..semua orang
Next stop adalah Petronas selepas Tol Ayer Keroh.Biasa la dah ramai-ramai kena la re-group semula.
Below Pic : Credit to KC Stoner..lady bikers yg pakai baju merah pakai key putih di permulaaan stori nie :
Jom layan gambar..kawan-kawan sedang menjamu selera.Memang sedap kan..
Mat ER6 (Kanan sekali: Mat aku dah tak sabar nk belasah pari bakar nie..bau air asam pon aku dh selera
Mat GTR (Tengah) : Sabar-sabar,ko tadi kan baru makan cucur udang RM 5.00..
Haji(Kiri sekali): Eh bukan 5 ringgit,7 hinggit la..
Imam : Bile diorang nak panggil aku baca doa nie..
Salah satu restoran ikan bakar yang glamer di Melaka..
Sotong goreng tepung..buat aku lapar sungguh nie
-KHir-
Saturday, June 18, 2011
Ride bersama rakan @ konvoi,perkara apa yang perlu anda ambil berat.Unwrittern law/guideline utk bikers
Aku dah lama nak share kan perkara nie bersama rakan-rakan semua.Setelah aku meng-followkan diri dengan ride2 dekat dan jauh..berikut merupakan panduan yang sangat-sangat perlu kita ikut demi menjaga keharmonian persahabatan antara bikers..
1.Kenalpasti kumpulan rider anda.Maksudnya kenali kuasa kuda @ CC motorsikal yg ride bersama anda.Jika semuanya 1000CC & ke atas,adalah tidak menjadi masalah untuk kita memandu dlm kelajuaan agak tinggi (Safety no 1 ye).Jika terdapat CC yang lebih rendah,kite patut menghormati rakan tersebut dengan tidak memandu dalam kelajuaan yang luar jangkauan motosikal yg ber-CC rendah.Jika ingin memecut & test power jangan tinggalkan rakan anda yang ber-CC rendah terlalu ke belakang.Biar pecut sekejap then slow balik..
2.JIkalau semasa ride,motor kawan-kawan mengalami masalah,jangan gerak dulu, & membiarkan beberapa rakan-rakan lain sahaja yg membantu.
3.Apabila anda terjumpe kawan-kawan anda semasa anda sedang ride bersama kumpulan lain,jangan tinggalkan kumpulan anda untuk menyertai kawan-kawan anda.Datang bersama,balik bersama,tu memang dah jadi rules/panduan bikers dari dulu-dulu.
4.Apabila menyertai ride,benarkan kawan-kawan anda memotong anda,jgn tiba-tiba rasa tercabar dan terus memotong setiap kali ada yang cuba memotong anda.Rilek-rilek jer,asalkan anda masih berada dalam satu group.
5.Jangan menghilangkan diri semasa anda ride bersama kawan-kawan.Seperti exit kat mane2,utk singgah jumpe kawan,awek tanpa bagitau group.Group yg baik akan sentiasa berhenti di mana-mana & menunggu anda muncul untuk re group.
6.Janji adalah amat penting.Jika anda berjanji untuk join ride.Pastikan anda tepati janji & datang pada waktu yg sepatutnya.Jangan tiba-tiba setengah jam nak ride,anda kensel.Melainkan betul2 ada kecemasan.Alasan yang biasa adalah..aku tertido..eh ari ni ke ride bukan minggu depan..hehehe dsbnye.
7.Pastikan anda mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan bersama konvoi & apabila berhenti utk isi minyak sila refuel semula.Ada rider yang rasa minyak nya cukup biasanya tak akan isi, dan bile dah gerak,baru jalan 30-45 minit minyaknya dah blinking,time tu dah kalut bagi signal kat kawan-kawan untuk berhenti refuel.Geng-geng lain akan terpaksa carik exit yg terdekat atau RNR yang terdekat.Banyak masa dah terbuang kat situ.Perkara ini sering terjadi kepada bikers yang just angkat motor baru hehehe walaupon dah lama bawak motor..belum leh budget lagi tahap penggunaan minyak.
8.Jangan selalu sangat bawak perlahan sebab nak usha awek yang drive..hehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)