Rides & Events Update






widgeo.net

Saturday, June 18, 2011

Ride bersama rakan @ konvoi,perkara apa yang perlu anda ambil berat.Unwrittern law/guideline utk bikers

Aku dah lama nak share kan perkara nie bersama rakan-rakan semua.Setelah aku meng-followkan diri dengan ride2 dekat dan jauh..berikut merupakan panduan yang sangat-sangat perlu kita ikut demi menjaga keharmonian persahabatan antara bikers..

1.Kenalpasti kumpulan rider anda.Maksudnya kenali kuasa kuda @ CC motorsikal yg ride bersama anda.Jika semuanya 1000CC & ke atas,adalah tidak menjadi masalah untuk kita  memandu dlm kelajuaan agak tinggi (Safety no 1 ye).Jika terdapat CC yang lebih rendah,kite patut menghormati rakan tersebut dengan tidak memandu dalam kelajuaan yang luar jangkauan motosikal yg ber-CC rendah.Jika ingin memecut & test power jangan tinggalkan rakan anda yang ber-CC rendah terlalu ke belakang.Biar pecut sekejap then slow balik..

2.JIkalau semasa ride,motor kawan-kawan mengalami masalah,jangan gerak dulu, & membiarkan beberapa rakan-rakan lain sahaja yg membantu.

3.Apabila anda terjumpe kawan-kawan anda semasa anda sedang ride bersama kumpulan lain,jangan tinggalkan kumpulan anda untuk menyertai kawan-kawan anda.Datang bersama,balik bersama,tu memang dah jadi rules/panduan bikers dari dulu-dulu.

4.Apabila menyertai ride,benarkan kawan-kawan anda memotong anda,jgn tiba-tiba rasa tercabar dan terus memotong setiap kali ada yang cuba memotong anda.Rilek-rilek jer,asalkan anda masih berada dalam satu group.

5.Jangan menghilangkan diri semasa anda ride bersama kawan-kawan.Seperti exit kat mane2,utk singgah jumpe kawan,awek tanpa bagitau group.Group yg baik akan sentiasa berhenti di mana-mana & menunggu anda muncul untuk re group.

6.Janji adalah amat penting.Jika anda berjanji untuk join ride.Pastikan anda tepati janji & datang pada waktu yg sepatutnya.Jangan tiba-tiba setengah jam nak ride,anda kensel.Melainkan betul2 ada kecemasan.Alasan yang biasa adalah..aku tertido..eh ari ni ke ride bukan minggu depan..hehehe dsbnye.

7.Pastikan anda mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan bersama konvoi & apabila berhenti utk isi minyak sila refuel semula.Ada rider yang rasa minyak nya cukup biasanya tak akan isi, dan bile dah gerak,baru jalan 30-45 minit minyaknya dah blinking,time tu dah kalut bagi signal kat kawan-kawan untuk berhenti refuel.Geng-geng lain akan terpaksa carik exit yg terdekat atau RNR yang terdekat.Banyak masa dah terbuang kat situ.Perkara ini sering terjadi kepada bikers yang just angkat motor baru hehehe walaupon dah lama bawak motor..belum leh budget lagi tahap penggunaan minyak.

8.Jangan selalu sangat bawak perlahan sebab nak usha awek yang drive..hehehe




-KHir-

No comments:

Post a Comment