Kawasaki menawarkan rangkaian jentera yang berkuasa 250CC sehingga 600CC secara CKD.Faktor mampu milik tersebut berjaya menjadi pencetus kebangkitan semangat semua penunggang motosikal untuk memiliki jentera tersebut.Ini dibuktikan oleh,kehadiran kelibat-kelibat ER6N/F semakin bertambah di jalanan setiap hari.jentera tersebut dijadikan pilihan untuk berulang-alik ke tempat kerja.Fenomena yang berlaku ini,tidak dapat kita lihat sehingga lah Kawasaki menawarkan Ninja 250 dan ER6N pada penghujung 2008.
Pasaran yang begitu luas dan mendatangkan keuntungan membuat pengeluar-pengeluar jentera berkuasa tinggi yang lain seperti cacing kepanasan.Honda antara pengeluar yang menyahut cabaran rakyat Malaysia untuk mengeluarkan CBR 250 CKD.Ianya di datangkan bersama ciri keselamatan ABS.Percubaan untuk bersaing dengan Kawasaki 250R dilihat cubaan yang baik untuk memberi penunggung lebih nilai pada wang.
Kini....Kategori 600CC CKD dari Kawasaki pula dicabar oleh Yamaha dengan kehadiran XJ6 diversion yang dipasang di Sungai Buluh.Ramai peminat Yamaha tidak dapat duduk diam,kerana kabar angin jentera ini akan di CKD telah bertiup kencang sejak dari tahun 2009.Kini perkara tersebut telah nyata..dan..hehehe yang masuk adalah berfairing pulak..yang dinanti ramai adalah versi naked..nak buat camner..kan Yamaha HL nak test market la tu kan..
Ini merupakan percubaan pertama dari Yamaha Hong Leong untuk memasang dan menjual jentera berkuasa sederhana tinggi.Adakah penguasaan yang masih dipegang oleh Kawasaki boleh diganggu gugat dengan kehadiran XJ6 ini.Jom layan personal review aku tentang XJ6 nie..
Salaam perkenalan aku dengan jentera terbaru dari Yahama ini berlaku dengan tidak disangka-sangka.Aku telah diberi peluang untuk memandu uji selama satu hari.Jentera yang XJ6 yang baru berumur 2 minggu.Nasib baik dah mileage dah melebihi 1000km dan telah diservis.Wahhhh..memang rezeki aku untuk test betul-betul nie.
Setelah aku mengenal pasti laluan yang bakal aku ambil,aku pun memenuhkan tangki yang berkapasiti 17 liter.Pembukaan penutup tangki minyak semasa mengisi petrol agak mudah dan lembut tetapi dan apabila ditutup penunggang dapat merasakan kekemasan penutup mencengkam tanpa memerlukan penggunaan kekuatan tangan secara berlebihan.Aku teringat satu ketika dahulu,tank z750 aku tidak dapat dibukak,dah memerlukan 3 jam bersama bertin-tin WD40,baru la dapat dibukak..pengajarannya,jangan abaikan penjagaan seluruh komponen jentera anda..
Destinasi pertama aku adalah cubaan untuk melayan selekoh-selekoh di Karak.Sebelum aku sampai ke Karak,aku teringin untuk mencuba untuk merasai kekuatan tarikan enjin motosikal .Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau,aku cuba memerah pendikit untuk mendapat momentum kelajuan.Sungguh mengagumkan,tiada istilah sebu sama sekali.Enjin jentera tersebut,menurut perintah tanpa banyak persoalan.Tayar hadapan hampir terangkat dan memaksa aku mengurangkan pendikit agar akan dapat mengawal kemas motosikal untuk terus memecut mencapai kelajuan yang selesa.Semasa di highway PLUS,kebetulan satu group Superbike berkonvoi melepasi aku.Semua geng-geng bikers menunjukkan tanda ibu jari..
Aku meneruskan perjalanan dengan gaya pemanduan yang tegak dan santai.Posisi tunggangan tersebut memberi banyak kelegaan ketika memandu di jalan lurus, walaupun handle sedikit tinggi.Namun begitu,kesempatan berada di lebuhraya tidak aku sia-siakan.Aku mencuba untuk memerah pendikit untuk mencapai kelajuan tertinggi dan hasil pengujian mendapati perbezaan kelajuaan maximum begitu ketara dengan saingan terdekatnya,ER6F. Jentera XJ6 berada dalam keadaan sedikit manja dan bertindak malu-malu untuk mencecah ke 200 km/j walaupun mempunyai rekabentuk yang mampu melancarkan belahan angin.Secara dasarnya,bakal pemilik perlu arif untuk menilai bahawa,jentera ini yang dikategorikan sebagai middleweight dan kelajuan bukan faktor penentu .Lebih tepat, bakal pemilik harus memilih jentera ini kerana jika ingin mengutamakan sifatnya yang mesra penunggang dan dapat memenuhi keperluan gaya urban secara melewati jalan-jalan di sekitar ibu kota.
Setelah 2 jam jentera ini diuji,secara peribadinya ,kelajuan yang selesa untuk jentera ini adalah berada di skala 155-165 km/h.Walaubagaimanapun,jentera ini juga cukup membanggakan kerana tiada langsung gegaran dirasakan malahan penunggang boleh diibaratkan bersatu dengan jentera semasa dikelajuan tinggi.
Setelah 2 jam jentera ini diuji,secara peribadinya ,kelajuan yang selesa untuk jentera ini adalah berada di skala 155-165 km/h.Walaubagaimanapun,jentera ini juga cukup membanggakan kerana tiada langsung gegaran dirasakan malahan penunggang boleh diibaratkan bersatu dengan jentera semasa dikelajuan tinggi.
Sebelum sampai Karak,aku perlu singgah sebentar ke pejabat untuk mendapatkan dokumen kerja,sambil itu aku dapatlah menguji keselesaan menunggang dalam bandar dan meredah kesesakan lalu lintas.Sambil menyusuri laluan penuh sesak,dua perkataan yang muncul dalam fikiran aku.HEBAT dan SELESA...tiada masalah langsung untuk mengawal jentera ini.Di sinilah terletaknya kehebatan utama XJ6 dan ternyata tidak mengecewakan.Berikan apa sahaja arahan semasa dalam gear rendah,jentera ini bakal membuatkan penunggang tersenyum sambil sedikit tenaga digunakan untuk mengawal jentera ini.Walaupun mempunyai berat 211 kg,tetapi jentera ini dirasakan begitu ringan dan membuatkan aku rasa seperti menunggang Yamaha Rxz.
Selepas melepasi hiruk-pikuk bandaraya,destinasi seterusnya adalah Lebuh raya Karak.Ketika aku melalui lebuh raya tersebut,kenderaan tidak begitu bertali arus.Memang sungguh sesuai untuk aku mencuba melayan selekoh-selekoh di Karak.Percubaan pertama aku,sedikit terganggu kerana berlaku tumpahan minyak di selekoh awal.Nasib baik tayar yang dibekalkan mampu mencengkam kuat sambil aku mengelak lebihan tumpahan minyak tersebut.Namun begitu,ianya tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan pengujian.Ditambah pulan faktor braking yang menyakinkan telah dibina oleh jurutera Yamaha.Untuk selekoh yang seterusnya aku berjaya jelajahi dengan keadaan begitu selesa sekali.Sekadar ingatan, penunggang jentera ini jangan terlalu teruja untuk cuba menurunkan jentera ini secara berlebihan semasa melayan selekoh.Ini kerana jentera ini dirasakan agak ringan dan cukup sekadar menurunkan jentera menggunakan tenaga badan tanpa mengalih posisi badan.
Penggunaan clutch yang kerap juga tidak mendatangkan masalah kerana,kelembutan menarik clutch sebelum menukar posisi gear bagaikan begitu serasi tanpa terasa beban yang lebih pada jari penunggang.
Setibanya aku di Pekan Karak,sambil-sambil aku melayan milo ais kedai depan Masjid di Karak,aku memandang penuh makna rekabentuk XJ6 dari Yamaha Hong Leong ini.Reka bentuk yang agak ringkas dan sedikit 'kurus' hasil dari rekabentuk baru berasaskan bentuk berlian.Adakah faktor ini mungkin secara tidak sedar akan membuatkan penunggang berfikir-fikir untuk memilih antara model XJ6 dan ER6F ?
Satu lagi faktor tambahan yang amat penting adalah berkaitan dengan bunyi exzos.Bagi penunggang yang pertama kali melihat jentera ini,sudah tentu akan bertanya di mana lokasi ekzos.Sistem exzos yang direka terus bersambung dengan catalyzer menyebabkan kemerduaan ekzos 4 inline tidak dapat dihayati sepenuhnya.Aku yang begitu teruja untuk mendengar ngauman ekzos berenjinkan 4 inline ini sedikit terkilan..Namun begitu,secara peribadinya impian tersebut hanya boleh dipenuhi dengan ekzos after market..hehehehe..
Aku berkata dalam hati lagi...Sebelum sesiapa yang ingin memiliki jentera ini,penunggang harus menghalusi beberapa faktor penting.Antaranya perbezaan harga beli dan kos untuk menyenggara XJ6 ini.Umum maklum,ER6F merupakan jentera 2 inline dan sudah semestinya kos menyenggara lebih jimat.
Walaubagaimana pun,seperti pernah aku maklumkan sebelum ini,wang anda,anda tentukan..
P/S : Aku tengah mendapatkan kelulusan dari owner motor untuk letak gambar dalam blog ni..hopefully lulus :)
-KHir-

