Rides & Events Update






widgeo.net
Showing posts with label jenis rider. Show all posts
Showing posts with label jenis rider. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Jenis-jenis rider superbike di Malaysia

Setelah beberapa ketika aku diberi peluang untuk join macam-macam jenis ride.Jadi aku telah kenalpasti beberapa jenis rider mengikut pandangan peribadi aku.Jom la sama-sama berkongsi pendapat dengan aku tentang perkara ini.

Rider kaki Corner: 
Geng-geng ni memang amat mudah untuk dikenali.Kebanyakan ahli nya akan pakai racing suit.Bukan two piece tapi racing suit.Kalau berjumpa di highway sila beri laluan,kerana kebiasaan nya mereka akan berada dalam kelajuaan tinggi untuk sampai ke tempat main korner.Majoriti bikers dalam group ni menggunakan motor ZX6,ZX10,R6,R1,Suzuki K.Kiranya semua motor bongkok dan berfairing.Destinasi geng-geng ni pon tak jauh.Area menjadi tempat persinggahan adalah Hulu Yam,Kuala Kelawang,Karak,Sungai Koyan,Awana,Bukit Tinggi,Cameron,hehehe kat mana ada kona yang best kat situ adalah geng-geng nie.

Rider kaki makan angin:
Berlainan pula dengan rider kaki makan angin.Layan kona bukan keutamaan geng-geng ni.Tapi kalau dah jumpa dengan kona yang best still diorang layan jugak.Cuma tidak la keluar ride untuk pegi layan kona.Bab kata kawan aku sorang tuh.Sayang ooo beli motor ribu-ribu nanti jatuh masuk semak sebab layan kona.Tapi kat jalan lurus pon boleh jatuh jugakkan? Itu pendapat masing-masing.Rider jenis ni akan sanggup ambik cuti yang agak lama untuk pergi ride melepasi sempadan yang menempuh beribu-ribu kilometer.Kenapa? Kepuasan katanya dapat melihat tempat orang.Kebiasaanya rider kaki makan angin jarang-jarang menggunakan motor superbike,tetapi lebih memilih konsep touring.Antara jenis motor nya adalah Versys,GTR 1400,ZX14,senang cite motor dual purpose la.Naked pon ada jugak macam ER6N,Z750 dan sebagainya.

Rider Commuter:
Rider jenis ni semakin banyak di jalan raya dan lebuhraya.Boleh tengok masa pegi keja dan balik keje.Diorang hanya ride motor diorang untuk pegi balik keje.Jarang-jarang sekali join ride masa wekend.Rider ni kebanyakan nya menunggan ER6N,Ninja 250 dan Versys.Biasanya tempat kerja diorang nie jauh sket.Naik motor laju la jawapannya.Bila ditanya kenapa tak join ride? Selalunya sebab komitmen pada keluarga.

Rider Sub Category

Rider TB (takot bini :)
Rider yang ni susah sikit nak dibantu.Selalunya memerlukan lesen atau passport besar dari Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga.Nak pergi ride pon kadang-kadang terpaksa sembunyi-sembunyi or tipu orang rumah.Selalunya rider TB ni susah untuk join ride yang bermalam.Macam-macam cara dan alasan untuk keluar ride.Tapi alasan biasa adalah pegi keje.Hahaha pegi keja pakai full gear pulak tu.Bila ditanya pada rider-rider nie kenapa tak terus terang.Katanya orang rumah bising asyik pegi ride jer.Dah jadi satu hal.Seeloknya berterus terang dengan orang rumah,yela malang tak berbau.Ingatkan suami pergi kerja,rupanya pergi ride,,kan dah susah nanti.Yang penting kena pandai bahagi masa untuk keluarga dan pegi ride.Family always come first.

Hehehe..kalau nak diceritakan memang macam-macam ragam rider atas jalan raya.Namun tak semua yang mendatangkan masalah.Maybe ramai dah tau kan.Kebanyakan rider akan menyapa rider lain walaupon baru first time atau berselisih di jalan raya.Amalan yang baik bagus kita teruskan.

-KHir-