Rides & Events Update






widgeo.net

Tuesday, March 6, 2012

Jenis-jenis rider superbike di Malaysia

Setelah beberapa ketika aku diberi peluang untuk join macam-macam jenis ride.Jadi aku telah kenalpasti beberapa jenis rider mengikut pandangan peribadi aku.Jom la sama-sama berkongsi pendapat dengan aku tentang perkara ini.

Rider kaki Corner: 
Geng-geng ni memang amat mudah untuk dikenali.Kebanyakan ahli nya akan pakai racing suit.Bukan two piece tapi racing suit.Kalau berjumpa di highway sila beri laluan,kerana kebiasaan nya mereka akan berada dalam kelajuaan tinggi untuk sampai ke tempat main korner.Majoriti bikers dalam group ni menggunakan motor ZX6,ZX10,R6,R1,Suzuki K.Kiranya semua motor bongkok dan berfairing.Destinasi geng-geng ni pon tak jauh.Area menjadi tempat persinggahan adalah Hulu Yam,Kuala Kelawang,Karak,Sungai Koyan,Awana,Bukit Tinggi,Cameron,hehehe kat mana ada kona yang best kat situ adalah geng-geng nie.

Rider kaki makan angin:
Berlainan pula dengan rider kaki makan angin.Layan kona bukan keutamaan geng-geng ni.Tapi kalau dah jumpa dengan kona yang best still diorang layan jugak.Cuma tidak la keluar ride untuk pegi layan kona.Bab kata kawan aku sorang tuh.Sayang ooo beli motor ribu-ribu nanti jatuh masuk semak sebab layan kona.Tapi kat jalan lurus pon boleh jatuh jugakkan? Itu pendapat masing-masing.Rider jenis ni akan sanggup ambik cuti yang agak lama untuk pergi ride melepasi sempadan yang menempuh beribu-ribu kilometer.Kenapa? Kepuasan katanya dapat melihat tempat orang.Kebiasaanya rider kaki makan angin jarang-jarang menggunakan motor superbike,tetapi lebih memilih konsep touring.Antara jenis motor nya adalah Versys,GTR 1400,ZX14,senang cite motor dual purpose la.Naked pon ada jugak macam ER6N,Z750 dan sebagainya.

Rider Commuter:
Rider jenis ni semakin banyak di jalan raya dan lebuhraya.Boleh tengok masa pegi keja dan balik keje.Diorang hanya ride motor diorang untuk pegi balik keje.Jarang-jarang sekali join ride masa wekend.Rider ni kebanyakan nya menunggan ER6N,Ninja 250 dan Versys.Biasanya tempat kerja diorang nie jauh sket.Naik motor laju la jawapannya.Bila ditanya kenapa tak join ride? Selalunya sebab komitmen pada keluarga.

Rider Sub Category

Rider TB (takot bini :)
Rider yang ni susah sikit nak dibantu.Selalunya memerlukan lesen atau passport besar dari Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga.Nak pergi ride pon kadang-kadang terpaksa sembunyi-sembunyi or tipu orang rumah.Selalunya rider TB ni susah untuk join ride yang bermalam.Macam-macam cara dan alasan untuk keluar ride.Tapi alasan biasa adalah pegi keje.Hahaha pegi keja pakai full gear pulak tu.Bila ditanya pada rider-rider nie kenapa tak terus terang.Katanya orang rumah bising asyik pegi ride jer.Dah jadi satu hal.Seeloknya berterus terang dengan orang rumah,yela malang tak berbau.Ingatkan suami pergi kerja,rupanya pergi ride,,kan dah susah nanti.Yang penting kena pandai bahagi masa untuk keluarga dan pegi ride.Family always come first.

Hehehe..kalau nak diceritakan memang macam-macam ragam rider atas jalan raya.Namun tak semua yang mendatangkan masalah.Maybe ramai dah tau kan.Kebanyakan rider akan menyapa rider lain walaupon baru first time atau berselisih di jalan raya.Amalan yang baik bagus kita teruskan.

-KHir-

16 comments:

  1. charles carmichaelMarch 7, 2012 at 9:01 AM

    rider wannabe takde ke bro .. ekekeke .. biasanya to be atau menganga je la .. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy prempuan... tp sy nie minat tentang sukan permotoran...ade x rider prempuan yg join.. means motor diorang sendiri bkan yg jenis duk kt blakang tuhh..

      Delete
  2. br charles,

    Hehehe ada-ada nanti aku masukkan

    ReplyDelete
  3. charles carmichaelMarch 7, 2012 at 11:05 AM

    bro .. aku skg ni tgh try bsnc utk z750, moto dpt rm62k with otr. setakat ni bsnc cakap loan aku boleh lepas 41k dengan 5.3% interest. 7 tahun. dp kene 21k which is aku dah stanby kan.(niat ati nk tunggu 38k macam ko buat. hehe) tp dah kata boleh lepas 41k, aku pon mencuba nasib.

    Sekarang tgh tunggu bsnc, tgk approve ke tak. Klu tak, bleh la aku kumpul2 lagi .. wish me luck la bro ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro charles,uikkss interest bsnc macam dah naik dah..dgn dp 21k tu aku rasa dh lebih cukup dah.Sure loan ko lepas. tuh..Monthly dalam RM 669++ kan..sambar jer bro.

      Delete
  4. charles carmichaelMarch 7, 2012 at 3:12 PM

    alhamdulillah bro .. sejenak aku post komen tadi, bsnc dah call kata approve .. skg ni tunggu agreement bagai .. yup, monthly aku 670rm .. nk sambar ni, jiwa dah tak tenteram .. moga permudah la segala ..
    pasal interest tu aku tak pasti lak, sbb member opis aku amik shiver 2nd, interest bsnc dia 6% lak .. laen2 rate, pasal 2nd kot, tatau la ..


    nnt bleh la aku join ride korang .. pape pon, kene tunggu 1st servis la eh klu nk jalan jauh, ke dah boleh belasah terus bawak laju2? LOL .. dah berangan ni .. haha

    untung2, bleh la gambar aku terpampang kat blog ko .. ekekeke ..

    ReplyDelete
  5. bro,takyah tunggu 1st servis bro,jom ikut aku gi kasi abis 1000km..setakat bawak 130-140 tu still boleh lagik..kat kilang lagi la diorang dh lenjan kaw2 punya..Jom aaa kite kasi abis cepat itu 1000km..(hehehe ayat bakar line)

    ReplyDelete
  6. charles carmichaelMarch 8, 2012 at 2:47 PM

    ye ke takyah tunggu 1st servis .. haha, bakar line btol ni .. moto pon blom dapat lagi bro .. lagi nk biasa kan diri lagi .. dah la skg bawak novo je .. sah2 tiba2 join ko .. kene tinggal .. haha ..

    insyaALLAH bro ..

    ReplyDelete
  7. no problem la bro,aku dulu pon selamba jer ikut,tapi takleh follow rentak bebudak yg dah lama.Ride stedi jer,Insyaallah ok.Kiteorg pon tak laju,santai-santai jer.Kalau lambat kiteorg tunggu. hehehe

    ReplyDelete
  8. salam bro... guna la bank rakyat..... 4.9 aje 10 tahun... usj bank rakyat sharil 0132606042

    haleem becoming z750 hehehe

    ReplyDelete
  9. charles carmichaelMarch 13, 2012 at 1:37 PM

    bank rakyat? tu loan personal or yg boleh beli moto nye? apa syarat? company kene panel ke? gaji minima?

    ReplyDelete
  10. salam bro
    selalu perasan moto ni dari alam budiman?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro er6wsx9648,kat mana alam budiman tu bro?

      Delete
  11. Dear Bikers, good

    I'm looking for a cylinder head without valves (2nd hand)for Aprilia Shiver 750, Year 2011 model. If anyone can help me find one do contact me at 012-5095585.

    Thanks.Regards.

    Thina

    ReplyDelete
  12. Satu lagi bro lupa.ride stok balik kg.penat la sll balik ng kete je.dh la jauh .jalan plak sibuk.minyak skrg mahal.sekali ride secra long ranger mmg best...

    ReplyDelete