Rides & Events Update






widgeo.net

Thursday, March 8, 2012

Jenis-Jenis konvoi di Malaysia

Kali ni aku nak share sikit pasal jenis-jenis konvoi yang kebiasaanya bikers follow.Tak kira la ketika hujung minggu mahupun hari bekerja.


Ride Sponsor
Jenis ride ni memang jarang-jarang ada.Ride sponsor selalunya bawak diri jer.Paling biasa adalah disponsor minyak pergi dan balik.Kalau ada bermalam pon diberi kemudahan tempat tinggal.T-shirt? Confirm ada jugak.Selalunya ride camni akan melibatkan lebih dari 20-30 buah superbike.Confirm kena ada marshal.Ada jugak yang polis escort.Rider yang join ride camni tak boleh buat kepala sendiri,semua kena ikut rule dan speed limit marshal.Tak boleh nak potong-potong kawan-kawan.Ride sponsor selalu bertujuan untuk merasmikan sesuatu pertandingan/kedai/stesen minyak/bike week/lawatan rumah anak yatim dsb.Aku ada jugak  join4-5 ride yang dapat sponsor.Hehehe ada lagi 4-5 helai baju dapat.


Ride Kembara dan Jelajah
Ride ni memang seronok sangat.Dah ramai dah bikers yang melepasi sempadan untuk jelajah tempat-tempat baru.Selalu bikers akan naik ke Utara dan ride sampai Kemboja.Tapi tak ramai yang boleh join sebab kekangan masa dan kewangan.Bayangkan kalau ride ke 1000 corner di Mae Hong Son ambik mengambil masa seminggu,Kena bawak dalam RM 4000-5000.Kalau nak naik lagi ke atas haaaa korang congak la sendiri.Silap-silap lepas tambang buat Haji.Hehehe.Untuk ride camni ada jugak yang menjadi pemandu pelancong.So kita tak payah pening-pening baca map dan tengok GPS.Boleh follow diorang jer.Pemandu pelancong ni pon bikers jugak.Kalau dalam Malaysia memang banyak dah aku tengok ride jelajah nie,ada kawan-kawan bikers yang buat Jelajah Negeri Sembilan,Perak dan yang terbaru ada masuk TV Ride Cuti-Cuti Satu Malaysia..

Ride Jalan-jalan carik makan


Jenis ride ni memang antara yang paling glamour lah.Biker selalu mencarik alasan untuk ride.So macam-mcam tempat yang diterokai untuk cari makanan yang lain dari lain.Macam Ride Makan Mee Udang Kuala Sepetang,Ride Mee Bandung Muar,Ride Ghulam Mee Damansara,Sup Berdengung Nilai 3,Ride Mematin Temerloh dan macam-macam lagi ride.Sebenarnya rider-rider nak enjoy the ride itself,destinasi tu sebenarnya bonus jer.Lepas penat ride dapat makan yang best.Aku pon suka jugak ride jenis camni.Jumlah motor yang mengikuti ride ni pon selalu tak ramai,dalam 7-8 motor.Ikut masa lapang masing-masing.Dulu-dulu masa aku memula join aku sebenarnya lebih suka ikut ride yang berpuluh-puluh motor,tapi bile lama-lama baru tau yang ride dalam jumlah yang besar menyebabkan lagi susah nak dikawal,perlukan displin memandu yang lebih ketat.Jadi sampai sekarang aku prefer rider berkumpulan tak lebih dari sepuluh bijik motor.Mudah dan senang.

Ride Makan Kenduri
Ride jenis ni adalah bermusim.Apabila tiba musim cuti sekolah baru banyak ride jenis nie.Ride  ni pon berjenis santai dan rilek.Jemputan selalunya dari saudara-mara bikers jugak.Bila bikers datang sebagai escort pengantin memang meriah jugakla dengan bunyik jentera masing-masing.Selepas makan kenduri,biasanya bikers akan sambung jalan-jalan sekitar daerah yang dilawati,jarang sangat akan balik terus.Sampai ke petang jugaklah jadinya.

Ride For A Cause
Ride jenis memang memerlukan perancangan rapi untuk diatur..Ini disebabkan ianya akan mengambil masa ydan kewangan yang cukup lama dan banyak.Antara ride yang terkenal adalah Kembara Bumi Suci Ride 1Malaysia ke London.Ride ni selalunya mengambil masa berbulan-bulan dan bertujuan murni.Antaranya adalah mendapatkan dana untuk membina perpustakaan bagi anak-anak yatim .Aku memang teringin nak join ride macam nie.Bila la ada masa untuk cuti 2-3 bulan pasti ride sampai Eropah.

Ride Tak tau nak pergi Mana
Yang nie agak kelakar,tapi memang pernah terjadi.Dah selalu sangat ride,dan banyak tempat dah sampai.Tapi jiwa bikers still nak ride jugak.Jadinya takde tempat nak dituju.Disebabkan semangat membara,rider akan berjumpa di dulu sebelum memilih destinasi ke mana nak pergi.Aku pon pernah jugak jadi macam nie.Ada seorang pembaca blog aku nie syorkan kalau dah tak de tempat nak pergi sangat,boleh la ride pergi dengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus..hehehe Insyaallah.


Apa lagi ride yang korang biasa join ? Jom share kat sini..


-KHir-

4 comments:

  1. Ride setempat..! he he..malas nak ride kemana-mana cuma duduk atas motor sambil pulas throtle kasi panas enjin...!

    ReplyDelete
  2. Salam bro...

    Bro tulis pasal jenis2 ride ni, mmg kene lah. Ada mcm2 ragam org, mcm2 yang org nak, masing2 ada kepuasan tersendiri bila ride. Janji ride tu ada makna pada diri.

    Yang part ride kat Ustaz azhar tu... good idea jgk. Sambil ride, sambil +++ ilmu, hehe. Org lain yg pegi kuliah pon boleh ushar2 moto2 besor ni. yang x nak pegi pon, jadi ada feel nak pg, ada alasan nak tengok moto besor.

    Kalu bro nak pegi, yang latest kuliah ustaz azhar:
    Sabtu - 24/3/2012
    Masjid Kuaters KLIA Sepang

    Jadual full kat : http://ustazazhar.net/v01/jadual/

    Boleh ajak geng2 motor bro, sure gempak kot.

    ReplyDelete
  3. Lupa nak bgthu, kuliah ustaz azhar tu, biasanya lepas maghrib.
    Budak2 moto kapcai biasanya konvoi, sampai awal kat tempat kuliah. Dalam 6.30 ptg dah sampai.

    Sampai awal, boleh dapat parking cun, sebab biasanya ramai giler yg datang.
    Sebelum masuk masjid, boleh borak2 sambil hilang kebas....
    Boleh dok soff depan, dok dekat ustaz.

    Jom..2x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro,memang maklumat sangat berguna.Terutama website UAI tu.Memang menjadi satu fenomena sekarang ni dan diharap berterusan agar umat islam dapat semangat baru dalam mengimarahkan masjid dan agama kita.Insyallah.

      Delete