Rides & Events Update






widgeo.net
Showing posts with label Akrapovic. Show all posts
Showing posts with label Akrapovic. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Video Kawasaki Z1000sx with y pipe

 Merdu ke lepas dah pasang y pipe.Jom layan video yang aku dah upload kat youtbe.

Direct link boleh ke sini ---->http://youtu.be/OVBUbnehEuY atau search :khirs226 untuk view semua video yang aku dah upload.

Video ni sebelum pasang y pipe.



Video nie selepas pasang y pipe.



-KHir-

Sunday, June 12, 2011

Khir-Z750: Kawasaki Z1000SX with Akrapovic Carbon Fibre Exhaust..

Jom layan bunyik...
Hehhee akrapovic lagi best bunyik dari FMF lama aku..
Memang menangkap kalbu ku!








-KHir-

Exhaust Project-Jom layaan.09062011

Sebenarnya dari last week aku dah ada perbincangan dengan Ben tentang projek exzos baru aku nie..aku agak tidak berpuas hati dengan ekzos FMF yang dijual kat aku hari tu..kenape?
Kualiti silincer yang berjaring kat dalam ekjos agak meragukan,dah start kuning-kuning.Barang baru jer pakai takkan leh jadi macam tu.
Setelah perbincangan dilakukan,Ben bersetuju untuk menukarkan kepada set ekjos lain.So pilihan aku adalah..ibarat sireh pulang ke gagang..suda semestinya Akrapovic Carbon fibre macam motor z750 aku dulu.Cuma kali ini tabungnya pendek sket..
Patut hari yang dijanjikan untuk memasang ekjos adalah hari Isnin 6062011,Ben pagi-pagi lagi dah sms bagitau barang dah sampai.Buat hatiku berdebar jer macam dating untuk kali pertama..
Namun disebabkan kesibukan kerja yang mengisi hampir sepenuh masa aku,aku tangguhkan untuk pasang..Wanted juga set ekjos baru aku nie,sebab Ben kata ramai orang dah tanya,tapi sebab die dah janji dengan aku,so die simpan untuk aku..tqvm Ben.
Pagi-pagi aku bergerak ke Welly Kelang.Ride rilek-rilek jer.Sampai di tol 60 sen nak exit Meru ada roadblock.Ingatkan lepas tapi..kena tahan jugak.
Sampai kedai,terus suruh diorang kasi pasang..

Meleleh siut dengar bunyiknya..

Tolong bukak silincer ye..hehehe ape barang pakai silincer..
Selesai pasang ekjos.Masa untuk ambik video..tapi tunggu next entry untuk tayang video.Nak upload video kat Youtube dulu.
Sementara nak balik tu,baru aku teringat yang slider sebelah kanan kena adjust sikit.Sebab terlalu rapat dengan enjin..
Tapi berlaku ada perkara yang tidak disangka..braket L yang sambung pada slider dah retak..aikkkkk lembutnya besi nie.Tak tahan panas ker ? Nasib baik slider tak terjatuh atas jalan.Camne ni beli mahal-mahal senang jer retak,tu kalau tumbang ntah camne plak kan..nasib dapat discover awal.

Retak menanti belah..Berbaloi ke beli brand CKW nie? Anda pikirla sendiri.

Dah slider aku tinggal sebelah kiri jer.Yang sebelah kanan dah bukak n tinggal kat kedai.
Zoooom dekat,betapa besar nya crack .

Aku pulak leh lupe suh diorang check condition slider sebelah kiri..yela mane tau dah crack n boleh tercicir tengah jalan kan..
Aku balik dengan perasaan yang bercampur baur.Gembira dengan ekjos baru & rasa terkilan dengan keadaan slider.

-KHir-