Rides & Events Update






widgeo.net
Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Ride Kelantan & Terengganu 22-24 December 2011 v2

Sempena hari cuti Wilayah ni aku ambik kesempatan untuk menulis sambungan story ride Kelantan dan Terengganu.Untuk version 1 korang boleh baca kat sini:


Hari kedua berada di Negeri Tok Guru.Setakat ini kami semua still enjoy dan berada dalam keadaan tak sabar-sabar untuk menjelajah segenap pelusuk alam Kota Bharu.Malam tadi balik ke bilik agak lambat, sambung pulak  bersembang sampai ke 1:30 pagi,antara topik hangat ialah nak tido mana untuk malam kedua? Aku ambik pendekatan follow aje.Kami masih belum dapat decide,dalam bincang-bincang tuh,aku pon dah belayar dulu..biar la diorang sembang dulu.
 Keesokan harinya kiteorang jadi agak heboh,sebab Gemuk kata nampak bayangan hantu berpakaian putih depan die..Hmmm sudah,sebab aku pon ada ternampak jugak malam tadi depan aku yang mengadap tingkap,masa tu antara aku sedar dan tak sedar.Agaknya die marah kot,kiteorang nie bising sampai larut malam..hehehe tapi semuanya OK.

Setelah semua bersiap cuci muka sahaja ,eh korang ada mandi ka sebelum turun breakfast?  Mari sarapan pada pukul 9:30 pagi.Lauk tinggal cukup-cukup aje.Sementara makan tu,kami dah sembang planning lokasi yang bakal dilawat nanti.
 
Aik..Shah turun sarapan pun pakai kain pelikat ? Hahaha yang tersenyum kat belakang tu aku dah malas nak komen la yea!
Shah Taliban,bukan aku kata,tapi Gemuk yang kata! Sebab melihatkan jambangnye tu.Yang buat muka  muncung itik tu memang dah tak boleh diselamatkan.Cuma Syed jer yang kontrol ayu,tu yang aku takde bahan nak tulis kat sini.

Selepas makan baru pegi usha motor.Jengok-jengok dulu keadaan tayar,geleng kepala tengok lumpur tebal!
Aku kalau tinggal motor memang akan kunci motor.Sekarang ni tak boleh confident sangat la.Makin hari motor besar nie makin banyak hilang.
Selepas belek-belek motor,destinasi pertama adalah tempat yang wajib dikunjungi adalah Pasar Besar Siti Khadijah.Dari hotel ambik masa 5 minit jer nak sampai.So lokasi pemilihan hotel kiteorang memang best la sebab dekat dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Suasana pagi Jumaat di Pasar Siti Khadijah.Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu di Kelantan.
Semua peniaga adalah perempuan.Dah menjadi tradisi agaknya semua makcik-makcik yng conquer jualan pasar nie.
Segar mata jer aku tengok awek tuh! eh tengok sayur la..
Syed " Ish ish kalau la bini aku ikut sekali ni kan best!"

Eh sape cakap takde lelaki meniaga..ha nie kan ada..kan.Agaknya tak pasar sayur tu semuanya perempuan

Dah abis berjalan kat Pasar Siti Khadijah,kami pergi ke kawasan yang pernah menempatkan Istana Kelantan.Jalan kaki jer sebab semuanya dekat-dekat.

Laman Siti Khadijah..Ready to joget!

Cuaca pagi yang suam-suam mendung! tak berpeluh ketiak jalan-jalan kat town KB nie..

Hajat di hati nak ambik kat pintu gerbang tu..tapi malas pulak nak jalan ke sana!

Sila sedut perut anda!
Istana Balai Besar,dah tak digunakan sepenuhnya.Hanya untuk adat istiadat tertentu sahaja.

Shah nak bergambar  ala-ala URTV
Takde rezeki,Restoran Nasi Ulam Cikgu nie memang cukup terkenal,tapi tutup pada hari Jumaat
Nak layan pusat kraftangan pon tutup.Tapi yang penting dapat capture senibina pertukangan kayu yang cukup mengagumkan.
Aku tak habis kagum lagi tengok seni pertukangan yang ada kat bangunan sekitar Istana ni.

Selesai melawat-lawat,time untuk balik ke bilik dah berkemas.Kami dah ada destinati seterusnya untuk dijelajahi.Kat mana ? Rilek dulu brader,kejap lagi aku story..
Pukul 11:58 pagi aku semua dah ready untuk check-out.Barang semua dah kemas.Malam ni nanti kami akan tido tempat lain pulak.Terpikir jugak nak carik car wash,kasi bersih sikit motor,tapi pikir-pikir balik biar dulu la,baru la orang nampak kami nie dah ride jauh dah..

Kelengkapan perang dah sedia.Masuk untuk start your engine.Antara dua orang ni mana sorang yang korang rasa tak sabar-sabar nak balik KL? Hahaha homesick ka?

Penaja utama sebelum bergerak adalah Gemuk.Penaja apa? Spray rantai aaa.Die memang cukup rajin bawak,so aku tolong pakai jela..Satu lagi korang tengok aaa motor aku tuh,dah bertambah satu kaler lagik.
Destinasi tujuan tidak lain tidak bukan adalah Rantau Panjang.Perjalanan memerlukan kami menempuh 30km untuk sampai.Takla jauh mana,sebab jalan pon elok takdak masalah.

Ketibaan kat Rantau Panjang.Masa nak sampai hujan belum nak turun.Kami melilau carik hotel kat sini,Rupanya ada satu hotel jer kat belah belakang.Kami pon try pusing-pusing lagik mana la tau kalau-kalau ada lagi hotel.Rupanya tu satu jer hotel yang ada.Rata-rata orang kat situ bagitau,jarang orang tido kat sini sebab lepas maghrib banyak kedai dah tutup.Ramai yang datang dari jauh tido kat KB jer.Aisey ini kena bawak berbincang dengan kawan-kawan.
Namun disebabkan dah sampai,kena la jugak pegi tengok apa yang ada sebagai ole-ole.Gemuk dan Shah jalan-jalan dulu.Syed dan aku pon melepak kat kedai minum.Order terus makan tengahari.

Tumpang letak helmet ye dik! Sementara nak tunggu kawan-kawan letak dulu barang-barang kat kedai spek brader nie.

Sessi perbincangan tergempar untuk menentukan hala tuju.

Syed : Aku rasa kita tak sesuai la tido kat sini..
Aku: ye betul,why not kite carik chalet tepi laut,macam Pantai Cahaya Bulan.
Gemuk : Betul la kat sini malam tak banyak aktiviti,takde tempat sangat nak lepak.
Shah: Yeah betul
Gemuk :Camtu kite ke Tasik Banding laaa..
Aku: Eh tu dah nak balik dah tu..Apa kata kite turun ke Terengganu,Tido kat Besut.Dari sini ke Besut dalam sejam lebih sikit.
Gemuk: Ok jugak tuh,tapi kalau kita tido kat Besut,esok banyak masa kita abis atas motor sebab nak ke Kuala Terengganu pon dah sejam.Kita tido kat Kuala Terengganu jela.

So secara rasminya ride ke Kelantan telah dilebarkan sayapnya merentasi Terengganu plak.Mudahkan kalau ada geng yang boleh sepakat.

Perjalanan ke sana,di pandu oleh Gemuk,al maklum lah peta bergerak.Mulanya kami bergerak bersama,tapi disebabkan kesesakan lalu lintas kami terpisah agak jauh jugak.Aku dan Syed tersesat sampai ke Hospital Kubang Kerian,tunggu Gemuk dan Shah tak muncul-muncul,aisey kiteorang dah tersilap jalan nie..Tapi tu semua perkara kecik jer.Kan orang Malaysia nie semuanya ramah tamah dan sedia membantu.Lepas dapat direction dari sorang brader nie,kami pon bergerak semula.
Memandangkan kami dah biasa konvoi,kalau dah terpisah dari konvoi kami dah plan untuk menunggu di stesen minyak yang pertama yang dijumpai.Kat mana kami berjumpa semula?
Jumpa semula di Stesen minyak Petronas kat Jerteh.Hehehe kam terlepas satu stesen minyak Shell .Gemuk dan Shah tunggu kat situ.Tapi takpe selepas regroup kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Selamba jer aku  turun dari motor nak tunggu traffic light nak hijau.Sempat snap satu gambar

Kami selamat sampai di Kuala Terengganu pukul 6 petang.Terus ke Pantai Batu Buruk untuk carik hotel.Time ni still cuti sekolah,harap-harap ada lagi hotel yang kosong.Masa ni Pantai Batu Buruk dah penuh dengan orang-orang berkelah.Mandi manda tu takde la,pantai nie dah lama dah tak boleh mandi pasal ombak besar dan menentu.Sekarang ni misi untuk mencari tempat bermalam.Dengan harapan berbunga-bunga mintak-mintak lah sekali try carik hotel terus dapat.Hentian pertama adalah Hotel KT Pantai Baru Buruk,Hmmm sekali ada wedding pulak kat situ.Bilik semua penuh..

Swimming pool kat belakang dah memanggil-mangil.Apakan daya.Bilik penuh..
 Kami semua ambik keputusan untuk keluar dari area Pantai Batu Buruk untuk mencarik hotel di pinggar jalan besar.Hotel pilihan kitorang tak jauh dari situ.Dalam 0.5km jer dari Pantai Baru Buruk.Agak-agak berapa star hotel ni yer? Nampak dari luar ok jer.

Permai Hotel yang terletak di Jalan Sultan Mahmud  20400 Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Manager Hotel,bagi kami parking depan lobi.Haha confirm je kan terus parking.Bilik tak tentu dapat ke tidak.
 Alhamdullilah,still ada bilik kosong.Kami dapat bilik dengan 2 katil queen.RM 138 jer.Murah.Value for money.Jom check in la.Mandi-mandi dulu lah..Hmm awal lagi.Baru pukul 6:24 petang.Tak pikir lagi nak dinner kat mana.Nak makan kat hotel? Ishhh baik makan kat luar.Baru nyaman sikit kena angin laut.


Kesudahanya,akibat bilik yang selesa,masing-masing seakan malas-malas nak keluar makan.9:30 malam baru ler keluar carik makan.Kami jalan kami jer carik kedai makan.Dalam 10 minit dah sampai.Sementara tunggu order sampai kiteorang sebat kuih gulung sorang 5-6 ketul.Tu tanda singa kelaparan.Lagi satu kedai nie,pon dah nak tutup,tak banyak menu yang tinggal.Makan nasik lemak jerla.


Layan angin sepoi-sepoi laut..
 Dalam pukul 10:30 kami selesai makan,tapi tak balik bilik la.Jom menapak ke Pantai Batu Buruk.0.5 km.Time nie masih ramai bebudak muda kat sana.

Masa on the way.Capture gambar nie.Camera aku yang tak seberapa setia menemani aku.Dah merata dah aku bawak kamera nie.
 Lepak-lepak di Pantai  Batu Buruk,sememangnya meriah.Kalau nak naik kuda padi pon ada.Nak sewa ATV pon boleh.Penuh sahaja ngan bebudak.Cuma yang agak pelik sikit kiteorang terjumpe bebudak jamming tapi bukan pakai gitar,pakai biola..respek betul lah.
Satu lagi kat sini,korang akan jumpe geng-geng basikal fixie.Basikal yang takde brek tapi pakai perewel mati.Colour basikal diorang tu semuanya striking.Menjadi fenomena kot kat sini sekarang nie.
Masa perjalanan pulang.Aku singgah kejap kat stesen minyak depan Hotel Permai.Ingat nak beli mineral water.Hmmm aku dikejutkan dengan incident bebudak rempit nak tunjuk hero.Siap buat willy kat stesen minyak tu,adalah 2-3 orang dan kereta nak dilanggar nya.Kalau kena aku,memang tau la camna aku nak ajar.Lagi satu,jalan kat sini memang favourite bebudak merempit,terutama malam minggu.


Keesokan pagi,kami siap-siap nak balik KL.Wah cepat sungguh masa berlalu.Kalau dapat tambah sehari kan bagus.

Suasana pagi di bilik..mungkinkah dialog ini yang berlaku.
 Gemuk (Sambil memeluk bantal) : Shah ko kena bertanggung jawab atas perbuatan ko terhadap aku!
Shah : Hahaha padan muka ko,aku peduli ape.
*Gurauan semata-mata

24 December 2011,merupakan hari terakhir ride kiteorang.Pagi-pagi lagi semua dah bangun.Kami check-out pukul 9 pagi.Carik sarapan,asal ada kedai kiteorang berhenti.Time nie agak ramai sebab hari cuti.Jom layan roti canai.Hahaha lepas order roti canai,baru tau kedai nie ada jual nasi dagang.cissss.



 Shah (baju kelabu) : Syed ko tak mandi ker hah?
Syed : ha'ah aku  memang tak suke mandi pagi,ko tengok taik mata aku nie..banyak kan..
Gemuk : Eleh ni ha aku tengah korek idung,nak tengok ? Hahahha
Aku : Ciiiissss ilang selera makan aku seminggu!.

Perut dah kenyang.Masa untuk on the bike.Perjalanan masih jauh lagik.Dalam 500km lagi.Cuaca sungguh cun,jadi hati berbunga riang sebab perjalanan nak balik nampak lancar.

Selamat Tinggal Kuala Terengganu,Welcome KL
Perjalanan balik melalui Chendering,Marang dan seterusnya Dungun.Kami akan singgah isi minyak di  Petronas Cherating .Semasa melalui Marang,aku berhenti sekejap untuk ambik gambar ombak musim tengkujuh.View kat sini menarik sebab boleh nampak laut dari tepi jalan.Agak dekat jugaklah.

Wowww ombak berhempas pulas.Risau gak aku tengok rumah yang dekat-dekat pantai nie.
Selang sehari aku tangkap gambar nie,Ada berita keluar yang berlaku ombak besar,ada jalan kat area Marang pecah.

 Pukul 12;15 tengahari kami sampai Teluk Geliga,dah menjadi rutin untuk berhenti kat sini,layan sata dengan keropok lekor.


 Dari sini nak ke Cherating dah tak jauh sangat.Semasa di Cherating ntah macam mana kami boleh terlepas stesen minyak.Bincang-bincang balik,takpe next stop kat RNR Gambang kena berhenti isi minyak.Sesampai ke Gambang,kasi full tank.Aku dan Syed layan high speed sket.Tapi high speed yang beringat-ingat ler.Best jugak sekali sekala layan.
Next stop adalah RNR Temerloh.Stop untuk melegakan pinggang jer.Alhamdullilah so far tak hujan lagik.Masih terselamat kena hujan lebat yang mencurah-curah.Dari Termerloh ke Karak dah tak lama dah.Masuk jer karak,aisey,semua dah berhajat nak asah tayar.Aku jer tak layan sangat,tayar depan dah habis botak dah nie.Biarlah kawan-kawan kat depan.Ride safe beb.
Seperti yang dijangka,kiteorang tiba kat rumah dalam pukul 5 petang.Cuaca masih cerah dan jarang-jarang berlaku balik ride still nampak matahari.

Secara keseluruhannya,aku memang puas hati ride kali nie,cuma singkat sangat,kalau dapat tambah sehari lagi kan bagus.Kawan-kawan pon sekepala.Okeh cite jumpe di lain entry. Ada 4-5 entri yang menunggu giliran untuk diuploadkan.


Saturday, January 28, 2012

Ride Kelantan & Terengganu 22-24 December 2011 v1

Maaf kawan-kawan banyak sungguh dugaan untuk aku buat entry kali ini.So aku tetap gagahkan diri jugak untuk menulis coretan kenangan ride bersama kawan-kawan yang best.Kini telah tiba masanya untuk aku membuka cerita ride ke Kelantan pada 22 December 2012.Ride kali telah dirancang secara sempoi,Kenapa sempoi? Jom kite layan cerita ride kali ini.

Kami bercadang untuk bertolak pada hari Khamis.So kena ambik cuti.Cuti tahun 2011 aku masih berbaki banyak lagik.Ride kali ni diserta oleh geng-geng yang agak rapat dan  kiteorang dah tau riding sytle masing-masing.
Janji pagi-pagi nak jumpa pukul 8:00am kat BHP selepas tol Karak.Syed  adalah orang pertama sampai.Die memang punctual punye orang.Tengok but la bro,berkilat semacam jerk!

Hehehe aku sampai terlewat jugak.Macam biasa aktiviti menunggu kawan-kawan merupakan aktiviti wajib.So bikers yang dah biasa menunggu memang dah ready dengan ayat2 perli2 or buat muka ..hahaha

Ride ni disertai oleh Shah 250,Syed Z1000 dan Gemuk Z750.Kali ni kami berempat akan ride ke Negeri Tok Guru.


Mood yang best.Cuaca pon best.Syed sedang TIDAK menghisap rokok..katanya anak-anak anti hehehe


Masa inilah kami baru bincang tentang jalan mana nak ikut.Takda specific planning pon nak ikut jalan mana.Janji jalan yang benar.Kat mana nak berhenti pon ikut gerak hati jer.Jadi ride ni merupakan ride tak nak semak kepala dan ride takde paksaan.Betul-betul mencari ketenangan di pantai Timur.
Setelah abis berbincang,kami pon bergerak pukul 9:30 pagi.Destinasi ikut jalan lama masuk pekan Bentong.Cadangnya nak sarapan pagi kat sana.Jom la kawan-kawan kite on the bike.
Perjalanan memang begitu tenang.Cuma menjadi kebimbangan adalah cuaca yang tak menentu.Nampak redup-redup nak hujan.Mendung bagus jugak,takla panas.Kami redha jela kalau kena tempuh hujan masa ride kali nie.Yela time yang dipilih pon ,masih dalam musim tengkujuh la jugak.

Ini adalah laluan yang kami pilih untuk ke Kota Bharu.


Karak>>Bentong>>Raub>>Kuala Lipis>>Merapoh>>Gua Musang>>Kota Bharu
FARHAN CORNER NO. D-27 KG BARU SEMPALIT,27600 RAUB PAHANG.
Mari try sarapan kat sini.Nampak OK.


Jom kawan-kawan,perut dah berkeroncong nieh..Mari serbu

Roti canai kat sini,aku bagi tabik spring.Cecah pulak dengan Kari Kambing..memang dah tak pandang kiri kanan dah.


Pukul 10:33 pagi kami berhenti  makan kat sini,kiteorang tanya-tanya bebudak kat situ,jalan mana nak ikut,hahaha macam-macam versi diorang bagi.Kesudahannya kiteorang jalan ikut suka laaaa...Makan dan minum ambik masa dalam setengah jam.Kami dah tak kisah pasal cuaca dah.Redah jela kan.

Selesai sarapan.Masa nak bergerak.Lepas ni berhenti untuk isi minyak jela.Dah kenyang makan kambing leh tahan sampai petang.Perjalanan diteruskan,Apa yang menarik ialah,banyak tempat yang kiteorang lalu semuanya baru lepas hujan,setakat ni masih selamat belum ditimpa hujan.Ada baca-baca ka kawan?


Pukul 11:26 pagi,berhenti ke bilik air kejap.Motor masih cantik lagi,tak berlumpur .Sejuk sangat,tank semua cepat penuh ler..


Kami sekarang berada di Benta..destinasi masih sangat jauh.

Jam dinding menunjukkan pukul 12:49 tengahari.Kami sekarang berada di  area Merapoh.Jalan ni la dulu ada bas ekpress accident.kena be extra carefull.
Jom berhenti kat Merapoh.Isi minyak dulu ? Oh sesungguhnya tidak.Toilet time lagik laaa..cuaca pagi yang begitu berkabus ni punya pasal hehehe.Time ni baru la aku tau yang design fairing aku sungguh aerodinamik..Agak lawak jugak sebabnya air hujan boleh lalu depan fairing dan naik ke dalam.Dengan lumpur-lumpur pun naik sekali.Dah macam membajak sawah dah motor aku.Memula aku ingat maybe kena air dari motor depan.Tapi bile aku try jarakkan sket,still sama jugak.


Motor part time bajak sawah!. Terperanjat sungguh aku tengok.Korang tengok la ekjos akra aku tuh..berlumpur.Windshield pulak naik habis nak cover dari kena air lumpur.


Satu lagik geng bajak sawah berekjos standard mendet!.
Masing-masing bila tengok motor dah berlumpur,pakat-pakat pegi carik pengelap cermin keta kasi sapu bersih sikit.Haishhh macam dah berjalan seribu km ke 1000 corner.Kami berada di situ dalam 20 minit.Semangat masih membara nak teruskan pengembaraan sulung kami ke Kelantan.Jom next stop adalah Gua Musang. 

Cuaca masih tidak menjanjikan cerah sepanjang jalan.Tapi yang bagusnya tak panas.Perjalanan kami ditemani suasa mendung dan hujan renyai-renyai di setengah-setengah tempat.Itu yang motor naik air lumpur.Banyak jalan yang diseliputi air lumpur.Tapi tak berapa tebal aaa.Pukul 2:44 petang adalah waktu ketibaan kami di Gua Musang.Kali ini baru nak isi minyak.


Mood masih gembira kerana Syed sudi membelanja Air 100 plus seorang sebotol.Aku yang selalunya antara yang tak tahan panas sebab berjaket tebal,pon still boleh senyum sebab cuaca baik,sebab aku pon tak ler terasa panas sangat..


Selepas ni kami akan masuk ke Pekan Gua Musang.
Perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu ada lebih kurang 200km.Mau dekat-dekat 2 jam lagi baru sampai.Ni ha laluan yang kami tempuh untuk sampai ke Kota Bharu


GUa Musang>>Kuala Kerai>>Machang>>Kota Bharu.


Seperti jangkaan sekitar pukul 4:33 petang kami touch down di Kota Bharu.Seperti orang tempatan,Gemuk mengemudi jentera di hadapan sekali.Semua selok belok dia tahu jugak.Memang peta bergerak laaa...


Berhenti untuk diskusi kat mana nak tido.Lokasi berhenti sebelah Parkson Grand,memang dekat betul dengan pasar Siti Khadijah. 
Gemuk : Jom carik hotel yang ada ASTRO
Syed : Wei nape pulak?
Gemuk: Ada cite indon sinetron yang aku tak bley miss.Tengah syok ni..
Aku : Laaaaaaa (sambil menutup dahi)
Shah : Ceh memang dasar hati ada taman!
Syed: Ko memang ratu air mata!


Hotel Juita menjadi pilihan kami.Apa sebabnya? ...

Haaa...ni sebabnya..awek receptionist yang cun melecun.Betul kan Syed? Kalau tak kenapa tersenyum simpul yer? Hahaha bukan sebab tu jugak...
Ini die sebab utama.Kami ada parking khas!
Harga bilik pon ok jugak.RM 90++ dengan extra bed.Siap breakfast untuk tiga orang.Mana nak dapatkan!
Eh mana pulak gambar dalam bilik nie.Macam mana boleh tak terambik pulak.Masa masuk bilik semua dah kepenatan.But masing-masing semua dah boleh tahan bau..hehehe tapi semua tak boleh tido.Selesai mandi-mandi kiteorang ada program.Kebetulan member Gemuk dari Rawang balik kampung kat Ketereh.Die jemput kiteorang pegi makan kenduri.Makan free sapa tak mau.Bile lagik nak rasa makanan pure Kelantan.Fresh dari ladang.
Kami keluar bilik pukul 6:30 petang.Melilau-lilau carik teksi.Penat dah naik motor.Kali nie carik teksi jela.Kami terpaksa mencarik teksi dalam hujan.Sudahnya dapat jugak.Aisey teksi  kat sini tak pakai meter.Semua main petik harga je.Bincang punya bincang dapat la RM 30 untuk sehala.Jom layan view dari dalam teksi.

Jangan memain,pakcik teksi ni ada 2 isteri oooo..


Semua rancak dengar citer pakcik nie..Katanya time hujan polis semua tido,boleh bawak laju la..Kami dengar memang bantai gelak keluar air mata.


Wah Shah buat muka serius pulak

Mengikut signboard jarak dari KB ke Keterah dalam 30 minit perjalanan,tapi nak dekat sejam jugak jalan baru sampai.Betul punya dalam kampung,siap kena lalu tepi tali air sawah.Kalau carik sendiri memang confirm tak akan jumpa.Kami sampai kat sana dalam pukul 8 malam.Nasib baik ada orang tunjuk jalan,if not kami pegi makan Sup Belut yang dekat situ jela..
Pada permulaannya kami bercadang ambik teksi utk sehala,tapi pikir-pikir balik tak mau menyusahkan tuan rumah,kami charter terus la..lagi mudah.

Menunggu waktu makan.Apa la agaknya menu


Style kat sini kalau buat kenduri dari siang lagi dah panggil orang.Malam pulak ada session lain lepas Isyak,Kami tunggu session lepas isyak..Opssss ape pulak benda bulat kat kepala syed tu? Ada sapa-sapa yang boleh explain?


Sabor-sabor,hehehe semua belum makan lagik kan..


Tu die,pakcik teksi pon kami ajak makan sekali.Yela takkan nak suh die tunggu dalam teksi.

Perasmian yang berhormat untuk melihat-lihat menu dan seterusnya makan!

Jemput-jemput.

Hah tak yah citer lauk ape yang best.Gambar dah zooom abis nie..hehehe yang penting SHEEEDAP!

Pinggan sape la ni kan...Tak nampak nasik dah.


Tok Imam belum sampai nak baca tahlil,semua dah sebat makan dulu..hehehe
Terima kasih tuan rumah.Kenyang sampai ke tengah malam kami.Pakcik teksi pon kenyang jugak.Habis semua lubang die langgar masa nak balik.Kenyang sangat kooott..hehehe.


Sampai di KB,kite minum dulu...sembang sampai tengah malam sambil-sambil bincang ke mana nak pergi esok..

Jangan serius sangat Syed!
Okeh itu die part pertama ride ke Kelantan.Aku akan sambung malam ini untuk part yang kedua.Kira final part la..banyak rancangan last minute yang membuat kiteorang mengembara lebih jauh dari rancangan awal..Nantikan




-KHir-