Maaf kawan-kawan banyak sungguh dugaan untuk aku buat entry kali ini.So aku tetap gagahkan diri jugak untuk menulis coretan kenangan ride bersama kawan-kawan yang best.Kini telah tiba masanya untuk aku membuka cerita ride ke Kelantan pada 22 December 2012.Ride kali telah dirancang secara sempoi,Kenapa sempoi? Jom kite layan cerita ride kali ini.
Kami bercadang untuk bertolak pada hari Khamis.So kena ambik cuti.Cuti tahun 2011 aku masih berbaki banyak lagik.Ride kali ni diserta oleh geng-geng yang agak rapat dan kiteorang dah tau riding sytle masing-masing.
Janji pagi-pagi nak jumpa pukul 8:00am kat BHP selepas tol Karak.Syed adalah orang pertama sampai.Die memang punctual punye orang.Tengok but la bro,berkilat semacam jerk!
Hehehe aku sampai terlewat jugak.Macam biasa aktiviti menunggu kawan-kawan merupakan aktiviti wajib.So bikers yang dah biasa menunggu memang dah ready dengan ayat2 perli2 or buat muka ..hahaha
Ride ni disertai oleh Shah 250,Syed Z1000 dan Gemuk Z750.Kali ni kami berempat akan ride ke Negeri Tok Guru. |
Perjalanan memang begitu tenang.Cuma menjadi kebimbangan adalah cuaca yang tak menentu.Nampak redup-redup nak hujan.Mendung bagus jugak,takla panas.Kami redha jela kalau kena tempuh hujan masa ride kali nie.Yela time yang dipilih pon ,masih dalam musim tengkujuh la jugak.
Ini adalah laluan yang kami pilih untuk ke Kota Bharu.
Karak>>Bentong>>Raub>>Kuala Lipis>>Merapoh>>Gua Musang>>Kota Bharu
FARHAN CORNER NO. D-27 KG BARU SEMPALIT,27600 RAUB PAHANG. Mari try sarapan kat sini.Nampak OK. |
Jom kawan-kawan,perut dah berkeroncong nieh..Mari serbu |
Roti canai kat sini,aku bagi tabik spring.Cecah pulak dengan Kari Kambing..memang dah tak pandang kiri kanan dah. Pukul 10:33 pagi kami berhenti makan kat sini,kiteorang tanya-tanya bebudak kat situ,jalan mana nak ikut,hahaha macam-macam versi diorang bagi.Kesudahannya kiteorang jalan ikut suka laaaa...Makan dan minum ambik masa dalam setengah jam.Kami dah tak kisah pasal cuaca dah.Redah jela kan. Selesai sarapan.Masa nak bergerak.Lepas ni berhenti untuk isi minyak jela.Dah kenyang makan kambing leh tahan sampai petang.Perjalanan diteruskan,Apa yang menarik ialah,banyak tempat yang kiteorang lalu semuanya baru lepas hujan,setakat ni masih selamat belum ditimpa hujan.Ada baca-baca ka kawan? |
Pukul 11:26 pagi,berhenti ke bilik air kejap.Motor masih cantik lagi,tak berlumpur .Sejuk sangat,tank semua cepat penuh ler.. |
Kami sekarang berada di Benta..destinasi masih sangat jauh. Jam dinding menunjukkan pukul 12:49 tengahari.Kami sekarang berada di area Merapoh.Jalan ni la dulu ada bas ekpress accident.kena be extra carefull. Jom berhenti kat Merapoh.Isi minyak dulu ? Oh sesungguhnya tidak.Toilet time lagik laaa..cuaca pagi yang begitu berkabus ni punya pasal hehehe.Time ni baru la aku tau yang design fairing aku sungguh aerodinamik..Agak lawak jugak sebabnya air hujan boleh lalu depan fairing dan naik ke dalam.Dengan lumpur-lumpur pun naik sekali.Dah macam membajak sawah dah motor aku.Memula aku ingat maybe kena air dari motor depan.Tapi bile aku try jarakkan sket,still sama jugak. |
Motor part time bajak sawah!. Terperanjat sungguh aku tengok.Korang tengok la ekjos akra aku tuh..berlumpur.Windshield pulak naik habis nak cover dari kena air lumpur. |
Satu lagik geng bajak sawah berekjos standard mendet!. Masing-masing bila tengok motor dah berlumpur,pakat-pakat pegi carik pengelap cermin keta kasi sapu bersih sikit.Haishhh macam dah berjalan seribu km ke 1000 corner.Kami berada di situ dalam 20 minit.Semangat masih membara nak teruskan pengembaraan sulung kami ke Kelantan.Jom next stop adalah Gua Musang. Cuaca masih tidak menjanjikan cerah sepanjang jalan.Tapi yang bagusnya tak panas.Perjalanan kami ditemani suasa mendung dan hujan renyai-renyai di setengah-setengah tempat.Itu yang motor naik air lumpur.Banyak jalan yang diseliputi air lumpur.Tapi tak berapa tebal aaa.Pukul 2:44 petang adalah waktu ketibaan kami di Gua Musang.Kali ini baru nak isi minyak. |
Mood masih gembira kerana Syed sudi membelanja Air 100 plus seorang sebotol.Aku yang selalunya antara yang tak tahan panas sebab berjaket tebal,pon still boleh senyum sebab cuaca baik,sebab aku pon tak ler terasa panas sangat.. |
Selepas ni kami akan masuk ke Pekan Gua Musang. |
GUa Musang>>Kuala Kerai>>Machang>>Kota Bharu.
Seperti jangkaan sekitar pukul 4:33 petang kami touch down di Kota Bharu.Seperti orang tempatan,Gemuk mengemudi jentera di hadapan sekali.Semua selok belok dia tahu jugak.Memang peta bergerak laaa...
Berhenti untuk diskusi kat mana nak tido.Lokasi berhenti sebelah Parkson Grand,memang dekat betul dengan pasar Siti Khadijah. |
Syed : Wei nape pulak?
Gemuk: Ada cite indon sinetron yang aku tak bley miss.Tengah syok ni..
Aku : Laaaaaaa (sambil menutup dahi)
Shah : Ceh memang dasar hati ada taman!
Syed: Ko memang ratu air mata!
Hotel Juita menjadi pilihan kami.Apa sebabnya? ... |
Haaa...ni sebabnya..awek receptionist yang cun melecun.Betul kan Syed? Kalau tak kenapa tersenyum simpul yer? Hahaha bukan sebab tu jugak... |
Ini die sebab utama.Kami ada parking khas! |
Eh mana pulak gambar dalam bilik nie.Macam mana boleh tak terambik pulak.Masa masuk bilik semua dah kepenatan.But masing-masing semua dah boleh tahan bau..hehehe tapi semua tak boleh tido.Selesai mandi-mandi kiteorang ada program.Kebetulan member Gemuk dari Rawang balik kampung kat Ketereh.Die jemput kiteorang pegi makan kenduri.Makan free sapa tak mau.Bile lagik nak rasa makanan pure Kelantan.Fresh dari ladang.
Kami keluar bilik pukul 6:30 petang.Melilau-lilau carik teksi.Penat dah naik motor.Kali nie carik teksi jela.Kami terpaksa mencarik teksi dalam hujan.Sudahnya dapat jugak.Aisey teksi kat sini tak pakai meter.Semua main petik harga je.Bincang punya bincang dapat la RM 30 untuk sehala.Jom layan view dari dalam teksi.
Jangan memain,pakcik teksi ni ada 2 isteri oooo.. |
Semua rancak dengar citer pakcik nie..Katanya time hujan polis semua tido,boleh bawak laju la..Kami dengar memang bantai gelak keluar air mata. |
Wah Shah buat muka serius pulak |
Mengikut signboard jarak dari KB ke Keterah dalam 30 minit perjalanan,tapi nak dekat sejam jugak jalan baru sampai.Betul punya dalam kampung,siap kena lalu tepi tali air sawah.Kalau carik sendiri memang confirm tak akan jumpa.Kami sampai kat sana dalam pukul 8 malam.Nasib baik ada orang tunjuk jalan,if not kami pegi makan Sup Belut yang dekat situ jela..
Pada permulaannya kami bercadang ambik teksi utk sehala,tapi pikir-pikir balik tak mau menyusahkan tuan rumah,kami charter terus la..lagi mudah.
Menunggu waktu makan.Apa la agaknya menu |
Style kat sini kalau buat kenduri dari siang lagi dah panggil orang.Malam pulak ada session lain lepas Isyak,Kami tunggu session lepas isyak..Opssss ape pulak benda bulat kat kepala syed tu? Ada sapa-sapa yang boleh explain? |
Sabor-sabor,hehehe semua belum makan lagik kan.. |
Tu die,pakcik teksi pon kami ajak makan sekali.Yela takkan nak suh die tunggu dalam teksi. |
Perasmian yang berhormat untuk melihat-lihat menu dan seterusnya makan! |
Jemput-jemput. |
Hah tak yah citer lauk ape yang best.Gambar dah zooom abis nie..hehehe yang penting SHEEEDAP! |
Pinggan sape la ni kan...Tak nampak nasik dah. |
Tok Imam belum sampai nak baca tahlil,semua dah sebat makan dulu..hehehe |
Sampai di KB,kite minum dulu...sembang sampai tengah malam sambil-sambil bincang ke mana nak pergi esok..
Jangan serius sangat Syed! |
-KHir-
Arghhh .. sekali baca je ni..update bundle la bro ..ekekekeke ..
ReplyDeleteBro, aku berniat nk beli z750, aku dah tanya kapar, dp 6k, 9tahun loan, monthly 790rm ..
Bleh tak klu ko tanya kan Ben kat Welly Klang tu, mana tau leh dapat murah lagi.. huuu
Menunggu cerita ride kelantan ni, akhirnya keluar jgk.
ReplyDeleteAgak lama jgk ler bukak tutup blog bro ni, last2 dapat bc jgk cerita ride ni.
Ingatkan x keluar cerita dah...
Teruskn menulis, ramai silent reader bc blog bro ni.
tq utk share....
mat.. r panjang, kel.