Rides & Events Update






widgeo.net
Showing posts with label Rembau. Show all posts
Showing posts with label Rembau. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Ride tak tahu nak pegi mana 18/12/2011 v1

Ride kali ni merupakan ride yang menemukan kembali rakan-rakan bikers aku yang dah lama tak jumpa.Tiada perancangan spesifik diatur untuk ride kali ni.Kawan-kawan semua ajak jumpa di Shell selepas Tol Sungai Besi.Pukul 9 pagi katanya.Aku awal-awal dah bagitau yang aku akan sampai 9:30 pagi.Yela malam tadi aku main futsal ngan kawan-kawan opis.Jadi agak lambat ler nak bersiap.lepas main futsal melepak minum pulak sampai pukul 12:30 pagi.Sampai rumah pukul 1 pagi.Tidonya ntah pukul brapa ntah.

Aku sampai agak terlajak jugak.9:45 pagi.Dari jauh aku nampak kelibat 2 bikers. Cayala Yeop dan abang din ada sekali.Sesi bersalam-salaman sebab agak lama dah tak jumpe abang din.Yela motor pon dah lama tak keluar sejak salin kulit ni.

Pukul 10:00 pagi Gemuk dan Saed pon sampai.Seronok betul aku.Ni semua geng-geng satu kepala dan banyak ride dah ngan diorang.Memang tak banyak kerenah.Hanya satu perkara jer yang jadi  masalah,kiteorang masih takde destinasi nak dituju.

Aku :Kite pegi Port Dickson aaa,,minum2..

Gemuk : PD? jom aaa pegi Teluk Intan

(Aku dalam ati rasa macam nak sidekick Gemuk,hahaha punya la jauh nak pusing tu dari Sungai Besi)

Yeop: Kita masuk area Rembau ok jugak

Gemuk : Aaaa ok tu,makan ikan salai..

Saed : Kat mane tuh..

Gemuk : ALaaa best tu,ada keli salai,ayam salai,seluar salai..kire semua nya salai la..

Yeop : Hmmm takde cadangan lain ker?

Gemuk : Hah kalau camtu jom saya bawak gi satu kedai dalam kampung,lokasi dirahsiakan..tapi area Rembau..amacam setuju

Aku,Saed,Yeop,Abg Din : Kami setuju,tapi ko lead aaa,jangan cuba-cuba bakar line tau..pecut laju-laju pastu slow kat depan..

Gemuk : Ha yela (Dalam ati kata,melepas peluang aku nak usha semua awek dalam kete)

Okeh,jom on the bike.Masa ni dah pukul 10:15 pagi.Semua boleh tahan speeding .Aku belum dapat mood lagi.Bawak rilek-rilek jer.Tak jauh pon,kiteorang exit kat Senawang,lalu la Taman Tunku Jaafar dan bergerak terus ke Rembau.

Aiii ni dah macam area rumah pomen Zack kat Bongek? Hah betulla,.Gemuk still lead ntah mana-mana lorong die masuk.Tere gak mamat nie,Almost banyak tempat kiteorang pegi,die tau jer jalan mana nak tuju.

Kedai yang die cakapkan tu dah tak jauh,fuhh layan jugak view kat situ kalau nak minum pagi.Yela area kampung still hijau lagik.sayang pulak,kedai tutup.Cisss terpaksa la kiteorang bergerak ke depan lagi.carik kedai-kedai yang dekat-dekat situ.Kesudahannya lalu la kat rumah Zack,dieorang takde kat rumah.So kiteorang terus ke depan lagi  menuju Gunung Datok.Rupanya tak jauh dah gunung Datuk nie.

Aku dari jauh dah nampak simpang nak masuk so aku slow ler,Saed dah terlepas ke depan,aik laju semacam jer? aku dah masuk simpang terpaksa reverse motor sebab kawan-kawan semua berhenti kat simpang.Ntah ape ntah diorang dok bincang.Rupanya ada berlaku sesuatu.Hehehehe sabar-sabar,nanti dulu aku citer.Lepas berhenti kat kat aku dah semacam tak sabar nak bergerak ke dalam.Sebab utama hehehe..ada berlambak bebudak uitm baru nak keluar dari gunung datuk.Comel-comel belaka.Abang senyum memanjang jela.Nak jer aku ajak bonceng ramai-ramai!


Ini lah die insiden yang dimaksudkan..Tu die..selepettttt taik kerbau dilanggar oleh Saed..Cayalah direct hit ni.Fresh dari ladang.



Yang kelakarnya die sorang jer yang langgar.Kira orang putih kata HEAD ON COLLISION atau orang kita cakap langgar depan-depan.Itu yang abis kasut yang baru berkiwi bertaik kerbau.

Hilang mood nak ride dah!


Cisss penat aku kiwi kasut nie malam tadi,sampai aku tak tido..hilang macho aku!




Kasi tembak air dari gunung..


Sementara tunggu Saed basuh motor,kiteorang tolong tengok-tengok tayar depan abang din.Angin tak berapa nak ada.Kepala nat mungkin problem.


Parking kat penghujung jalan .Kereta boleh sampai sini jer.Ha tuh nun di belakang,Saed masih membasuh lagik!


Yeop : Tu haa ade lagi taik kerbau celah gear..meh sini aku tolong basuhkan..


Sementara nak tunggu kawan-kawan selesai basuh membasuh,aku pon turun ke bawah nak tengok air terjun.Cukup terkenal gunung datuk nie.Masa zaman sekolah dulu ada gak trip asrama aku buat pegi sini.Aku jer yang tak kuasa pasal nanti balik asrama berlambak baju nak basuh.


kelibat orang minyak ada di mana-mana! ahaha member ride aku yang best Gemuk!


Chalet yang agak ngeri la jugak kalau malam-malam..leh buat citer seekers kat sini.


Skodeng time! tengok anak dara mandi la oiii...sekali yang ada Ahso laaaa


Minum time.Perasaan yang sungguh indah minum pagi di kaki gunung Datuk..


Sini pon jadik tempat parking helmet.



Selesai minum masa untuk gerak.Masa minum tadi kiteorang dah bercadang untuk singgah kat bengkel Zack untuk tengok kan tayar belakang motor abang din.Macam nak pancit pulak.Jom gerak.

Saed : Eh kenape aaa lepas aku basuh semua still ada bau lagik?

Kiteorang : (Semua pakat gelak dulu) Tu haaa..kat helmet ko betul-betul tang hidung ada secalit lagik..hahaha pegi la basuh.


Basuh helmet ye bang?


Hehehe..
Destinasi  seterusnya Rumah Zack. Dari Gunung datuk sangat-sangat dekat.Dalam 1-2 km jer.Dah sampai lepak-lepak dulu.Dalam 20 minit Zack balik bersama anak daranya..heheh comel gak weiii..Anak buah Gemuk jugak la kan,takmau la,nanti geli pulak nak panggil gemuk Pak Teh..


Sementara menanti Zack balik dari pasar


Sementara lepak-lepak jom layan colour scheme baru motor abang  Din.


Pandangan belakang.Pemilik motor nie peminat No 1 Rosmah Mansur!


Tema ape? aku pon tak tau..tapi ok jugak la kalernya


Kelas camna nak tampal cacing


Tambah sket itu cecair untuk cek still bocor ke tidak


Layan tayar depan pulak


Nat longgar la rupanya..ingatkan lutut longgar!


Motor polis CBX 750 pon ada kat sini..dah bertambah koleksi motor dah.



Selesai urusan tengok-tengok tayar.Kami bergerak carik tempat makan.Masih tak tau destinasi ke mana nak dituju.Jalan punya jalan,sampai ke Port Dickson jugak akhirnya kiteorang.Mana lagik suda tentu ke Pasir Panjang-Medan Ikan Bakar Kampung Teluk.Aku pernah makan kat sini sebelum nie.Memang terbaek aaa asam pedasnya.


Koordinat ke sini adalah "00"12"34"56"78" roger and out


Parking tak berdisiplin.Motor aku motor budak jahat !


Bincang menu ka ?


Hmmm..layan suasana muara sungai


Posisi gambar yang pernah aku tangkap sebelum..masih tidak berubah..


Syed : Mok cepatla adik kat belakang tuh nak ambik order.
Abang Din :Mok cepat la seluar aku dah longgar nie sebab lapear sangat
Gemuk : Jab-jab saya nak betulkan rambut nie ha
Masa makan,kami ambik kesempatan untuk berbincang rancangan untuk ride seterusnya.Ride ke Kelantan  22-24 December.Yang confirm nak pergi 4 orang.Nanti update ride tu dalam masa terdekat..

Lepas makan,carik masjid dekat area-area situ jugak.Ingatkan nak berhenti minum kat RNR Seremban,tapi semuanya tak bersekesempatan dan kiteorang decide untuk gerak balik terus




-KHir-

Tuesday, October 18, 2011

Ride Melaka & Rembau..menyusuri Kampung tradisional 1 October 2011

Fuhh keletihan balik dari ride Terengganu semalam masih terasa,tapi tak mengapa sebab aku makin bersemangat untuk upload stori kepada kawan-kawan semua.Yela blog aku pon dah hampir pulih..banyak gambar dah upload.
Ride Melaka ini merupakan ride yang aku organize,sebab sepupu aku kawin.So ramai jugak yang respond untuk follow ride nie.Disebabkan lokasi di Air Keroh Melaka,so ride ini memang cukup santai dan bersahaja.
RV di Shell selepas Tol Sungai Besi pada pukul 10:00 pagi.Aku antara orang yang awal sampai.Masa sampai Tok Mudim aka Sam Intruder aka brader Samad telah berada di lokasi..awaiiii nya..Ramai jugak geng-geng lain yang akan ke Melaka untuk ride kenduri.Aku suspect diorang akan pergi kenduri yang sama sebab sepupu aku pon ada bagitau last minute yang dia ada ajak konvoi sekali.Tapi disebabkan aku dah setting dengan geng-geng lebih awal so kite orang proceed lah dengan group kiteorang.Leceh la nak ubah plan minit-minit terakhir.


Dari Hujung kiri,Brader Yeop,Samad,Gemuk & Man


Kami berlima dah cukup korum untuk bergerak.Kalau korang perasan,kebanyakan ride yang aku join,memang tak ramai,biasanya kurang dari 10 motor.Dulu aku suka jugak join ride yang ramai-ramai sampai berpuluh-puluh bijik motor.Tapi sekarang nie mode ride aku lebih kepada ride dalam kumpulan kecik,biasanya kurang 10 bijik motor.Lebih terkawal & teratur.
Sambung stori ride nie.Memandangkan ramai lagi belum breakfast dan masa maih awal lagi.Kami bercadang nak singgah RNR Serdang or dulu-dulu orang panggil perhentian gerai buah.Foodcourt kat belakang kedai.Sembang-sembang sambil minum pagi.


Minum ringan-ringan jer..


Dalam pukul 11:30 pagi.Kami pon on the bike menuju ke Air Keroh Melaka.Ride sungguh bersantai dalam kelajuan 120-140 km/h.Semasa kami berada di kawasan Seremban,satu geng superbike dengan laju potong kiteorang.Rasanya macam geng sepupu aku jer tu.

Kami singgah sebentar di RNR Air Keroh.Melepak-lepak saja.lagi 10-15km dah nak sampai destinasi.Singgah minum-minum sambil gossip-gossip tentang geng-geng motor.


RNR Air Keroh-singgah buang air la nie..


Semua dalam mood yang bagus.Mamat depan sekali ni macam kenal jer kan..ada ride ade la die..geng ride aku nieh..
Lama jugak kiteorang melepak kat situ.Dalam pukul 1 baru kami gerak ke destinasi.Senang jer nak carik taman nie..hahaha geng-geng semua bahan kan aku sebab aku tak tau camne nak pegi rumah pak sedara aku.Memang aku tak tau sebab pak sedara aku baru beli rumah nie.First time sampai.Pak sedara aku sebenarnya duduk kat Sungai Way Kelana jaya.Tula pasal aku tak tau rumah baru diorang..hehehe..


Kami sampai ngam-ngam sebelum pengantin sampai.Sempat la makan-makan minum-minum dulu.


Tu die,sepupu aku Khairul kawin dengan orang Terengganu.
Dah makan,santai-santai sambil tu aku jumpe la sedara-sedara aku...



Senyum lebarrr....


Jemput-jemput makan..
Pasangan sejoli..
Selesai ride Melaka,kami memang dah ada plan nak turun ke Rembau.Memang dah lama nak turun sana.Sebab view kat sana memang cantik-cantik dengan rumah tradisional.Tujuan nak pegi sana sebab Gemuk nak tengok sebijik motor Virago di Kampung Bongek.Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit sebab kami melepak dulu di RNR air Keroh.
Destinasi nya adalah rumah sepupu Gemuk.Sepupu die ni pomen motor besar.Ramai jugak orang anta motor-motor untuk repair.Sebab die cas harga murah-murah.Die specialised untuk motor chopper.



Selamat sampai Ke Rembau..tanah beradat..dulu ramai kawan-kawan sekolah aku tinggal kat Rembau,area Sungai Layang,Kota,Bongek.Sekarang kebanyakan dah bawak haluan masing-masing..


Dah sampai dah..lepak lagi tunggu sepupu Gemuk balik dari ride Port Dickson.


Stok motor-motor yang sedang direpair.Brader dalam gambar nie,kiteorang jumpe tengah jalan.Rupenya die kenal ngan Samad.Die la yang guide ke rumah brader sepupu Gemuk.


Kedai nya sempoi jer..






Hah tu die,banyak motor klasik tersimpan dalam nie.Sape tau model-model kat dalam nie die memang otai la,sebab susah nak jumpe model-model nie atas jalan.


Masih menunggu..buat macam rumah sendiri sudahnya..
Nah tue die..Samad tengah tersenyum gembira dapat makan baulu.

Kebetulan isteri tuan rumah balik.Kami terus dijamu dengan teh O panas dengan baulu.Fuh sungguh syahdu syahdan di petang di bawah pokok kami minum petang..Terima kasih tuan tanah..
Ngam-ngam lepas minum sepupu gemuk sampai.Kami tak tunggu lama.Terus shoot untuk ke rumah tuan motor Virago 535 yang nak dijual tuh..dekat jer perjalanan..


Suasana kampung yang cukup mendamaikan..motor virago ada disimpan bawah rumah.Still elok lagi..


Hehehe aku snap gambar nie sebab nak ambik gambar rumah jer..motor-motor tu sampingan jer..
Selesai deal,kami semua bergerak pulang.Masa dalam daerah Rembau,kami banyak ride slow sebab nak tengok rumah-rumah kat situ,bagi aku ada 2-3 tempat yang best untuk layan view rumah-rumah tradisional nie..satu kat Rembau,Kuala Pilah dan Kampung tengah Melaka..

Okeh nantikan entri seterusnya yang akan menyusul tak lama lagi ride ke Terengganu 15 dan 16 October.Layan sungguh ride tuhhhhh..macam-macam cabaran ditempuhi tapi semuanya berbaloi..






-KHir-