Rides & Events Update






widgeo.net

Saturday, November 17, 2012

Ride Karak-Simpang Pertang-Kuala Pilah 15042012

Treeet..treeet...ouhh ada sms suda masuk. Sms dari Mat GTR

"Assalamualaikum. Ride masak lemak cili api daging, Ikan salai dan telur itik. Ride hari Ahad 15 apr 12 jam 09:32. Berkumpul d bhp lepas tol gombak. Jam 10.03 tayar golek. Route layan corner karak>masuk jalan kuala pilah> rehat minum kat pekan durian tipus > ke smpg pertang>bahau>jln kg>lunch pekan k.pilah. Sebelum masuk plus pekena cendol>plus utk buang karbon n level tayar. Sila ajak rakan utk lebih mesra. TK"


Itu la dia sms yang aku terima. Sikit pon aku tak ubah. Yela style orang lama anta sms. Camtu la bunyiknye kan.hahahaha.Cuba korang tengok sms bebudak lahir tahun 90an.Lg la rasa nak lempang jer. Ntah mana punya ejaan die ikut,asalkan bunyiknya sama.Mangkuk!

Berbalik ke cerita ride kali ni.Cuaca memang sangat menarik. Agak ramai yang turun ride bersama.Pepagi lagi ramai dah menunggu kat BHP Gombak,Pekena teh tarik dulu la..
9:30AM Kite pekena teh tarik dulu kat BHP Gombak!
Dari Kini: Mat GTR,Ali Ninja.Ehem2,Khairul,Hj Rahman.

Eh yang mana satu motor aku ni.Sape boleh bagi tau?

Ha ramai kan..Sampai ada 2-3 orang aku dah tak ingat nama dah..tapi brader ni memang aku ingat sebab nama dia Khir jugak.Tokey Insuran nie..Bawak Z750s
Ketibaan En Suzas @ Atok Gemuk 


Antara geng terawal.Kalau la diorang nie pencen main motor haishhh satu hal nak carik kawan2 satu kepala pegi ride

Gemuk,Yeop,Hj Rahman,Mat GTR,Khir Z750S

Kali ni korum dah cukup dari kiri Khairul GTR,Yeop CBR 1100,Hj Rahman ZX14, Abby ER6N,Ali Ninja,Mat GTR,Imam Mat Zin,Khir Z750s

Kali ni tuan Tanah ada menyelit tepi Versys 1000.Owner nye tu haaa Ustaz Aidil
Tunjuk ajar sifu cara-cara berkonvoi sambil kona sket2..
10:45am.Perjalanan kami diteruskan, tu dia sepatutnya tayar golek 9:30am, tapi tak pernah la pulak gerak on time.Memang akan ada delay la.
Semua ambik barisan dulu.

Ready untuk layan corner highway Karak dulu

Kat Karak semua bawak dalam keadaan rilek2 jer.Takda sangat nak melayan kona.Belum panas lagi,cuaca pon masih berkabus lagi.Selepas tol Karak.kami masuk ke Pekan Karak untuk ke Simpan Pertang.

Are you ready for some action?

Semua turun kejap,exercise tangan dan lutut. Warm up kan badan utk start layan lap Simpang Pertang

Start your engine babeh.Baca doa dulu bang.Kona kat Simpang Pertang nie bawak kona U. Jaga-jaga kalau tak biasa dan slow confirm boleh overshoot tau.

Mana picture layan kona? Hahaha confirm la takde. Tunggu aku beli camera GoPro boleh lekat kat helmet.Sapa mau sponsor? Alaaa RM1200 jer.Camera tu memang dalam buy list aku tuh.Insyallah tahun depan aku beli sempena birthday untuk diri sendiri.hehehe

Berhenti kat Durian Tipus,minum dulu kat mamak.

Stedi Haji.Masih berhati-hati bawak motor selepas accident hari tu.
Semua bukak cite pasal layan kona tadi..sambil minum2 jer.Nak makan? Ouhh tidak,sila reserve perut untuk makan besar kat Kuala Pilah nanti.

Abby tengah stori kat Gemuk (Gemuk memandang dengan penuh kagum) tentang teknik2  kona.Bagi aku Abby ni memang hati kering la,kalau kona tu memang sapu jalan la..tapi dengan teknik dan gaya yang betulla..

Aik takkan baru layan kona dah kena isi minyak..Kami isi minyak kat area Batu Kikir depan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir 72200 N9.


Sila jawab teka-teki ini.Siapakah yang setiap  kali ride mesti bawak beg sandang belakang? Walaupon ride dekat-dekat jer?

Aihhh macam dah dirancang pulak.
Selepas isi minyak zasssss berdesup-desup semua gerak gi carik makan.Lapor dah ni wei. Dah pukul 1:30pm dah nie.Perut sudah mintak di isi.
Lokasi tempat makan memang area town Kuala Pilah.Parking pon seberang jalan jer.Tempat ni memang glamour la rasanya

Ada orang Pilah tak ? So komen,tempat ni glamour ke tak?

Ishhhh mana orang Pilah ni.Ni ha nama kedai nya Kedai Makan Kak Lang D'Rimba.Takkan nak bagi koordinat plak kan..kamonnn la..

Jemaah dah tak tunggu dah.Serbu segala macam lauk.Telur itik pon masa kiteorang sampai tinggal sket.Hahah aku sempat la tapau.

Hati suda senang. perut suda isi.Sembahyang jangan dilupa.Masjid pon sebelah jer kan.Jangan buat-buat tak nampak ye kawan-kawan.Mai jamak  beramai-ramai.
Hahah bangga aku dengan shot camni.Angle lain pulak.

Hahaha sape la tua nie ?
Selesai solat. Balik? Ouhh no, ada satu destinasi lagik.Kami kena singgah Bus stand Pilah.Yang ni aku memang boleh confirmkan memang tempat glamer..
Ni haaa lokasinya belakang Basten Pilah.Orang panggil Cendol Basten. Dah turun temurun dah mamak ni meniaga cendol kat sini. Aku rasa confirm la dah ada 2-3 bijik banglo hehehe..

Layan beb.Honestly memang sedap.Harga? Pegi la tanya dan makan sendiri hahaha.Tak la mahal mana pon.

Kanak-kanak riang dapat gula..

Tu die sorang hadap 3-4 mangkuk cendol.
Selesai melayan cendol. Masa untuk gerak pulang.Perjalanan pulang ikut Sri Menanti dan kemudian Exit Tol Plus Senawang.

Sebelum merempit di Highway mari bergambar dulu

Abang Mat GTR lagik..kali ni betul-betul interframe daaa..

Imam Mat Zin dan Aidil Versys 1000.

Masa balik ni takla kami merempit sangat.Semua kekenyangan cendol.Mata pon stim jer.Balik semua betul-betul santai.Yang pasti aku sampai rumah dulu boleh tido.Exit Bangi jer pon.Aku sampai rumah pukul 6pm.
Satu ride yang ok la.Cuma satu perkara la,aku selalu ride dengan macam-macam bikers.Tapi selalunya jumpa one time or two time jer.Pastu jarang-jarang dah jumpa.Selalu nampak kat FB jer.Harap-harap kita dapat bertemu kembali dan mengeratkan silaturahim.










-KHir-

3 comments:

  1. thanks for sharing.. nice ride bro.. inyallah leh pi nanti

    ReplyDelete
  2. bila la aku nak join ride lu bro..

    ReplyDelete
  3. ALhamdulillah akhi Sopan Santun,
    Famous ust dapat masuk blog nie :)
    Jazakallah kpd semua rakan-rakan yg menjayakan ride ini
    Ameeen

    Yg Benar Ust Aidil Versys

    ReplyDelete