Rides & Events Update






widgeo.net
Showing posts with label Pandu Uji. Show all posts
Showing posts with label Pandu Uji. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Kawasaki Z50 Review: Satu Kenangan yang tidak dapat dilupakan

Ini merupakan review secara official.Sebelum ni aku pernah bagi buat perbandingan Z750 dengan Z1000SX.Tapi kedua-dua jentera ini datang dari kelas berbeza.Adalah sedikit tidak adil untuk aku membuat perbandingan secara terus.

Sebetulnya,pada pandangan aku tiada  jenama motosikal lain  dapat dibandingkan dengan Kawasaki Z750 ini.Z750 terus wujud di dalam kelasnya tersendiri,cuma saingan jentera ini sesekali muncul seperti Aprillia Shiver 750.Namun kewujudan jenama lain tidak langsung menjatuhkan populariti raja jalanan ini
Sungguh hebat penangan Z750 ini sehinggakan jurutera-jurutera Kawasaki masih mengekalkan rekabentuk utama dari tahun 2008 sehingga 2011.Ramai pemilik Z750 2008-2010 menarik nafas lega apabila mengetahui tiada perubahan rekabentuk drastik pada Z750 2011, seperti mana yang berlaku pada Z1000 2010.Hanya berlaku beberapa perubahan kosmetik antaranya melibatkan penggunaan swing arm aluminium yang lebih ringan,tetapi masih mempunyai 10kg  beban berlebihan berbanding abang longnnya Z1000 2010.

Apakah alasan anda untuk menidakkan keunggulan jentera ini di jalan raya? Dengan pelbagai aksesori tambahan yang direka menyebabkan ia terus-menerus menambat hati dan dapat  memberi sentuhan peribadi kepada pemilik-pemilik Z750 yang sentiasa inginkan kelainan pada jentera mereka.Disamping itu,rekabentuk yang dikatakan mendahului masa,menyebabkan motosikal ini terus menerus menjadi pilihan untuk penunggang yang ingin memandu secara santai tetapi boleh memilih untuk memecut apabila diperlukan.Lihat sahaja model Yahama RXZ yang telah ditamatkan pengeluarannya secara rasmi awal tahun 2011 kini menjadi lagenda dan masih tidak dapat ditandingi oleh model-model lain.Tidak salah untuk aku menduga,Z750 ini juga akan berlegar di pasaran dalam jangka masa yang agak lama hasil dari sambutan yang luar biasa datang dari pencinta-pencinta jentera beroda dua.

Umum sedia maklum,jentera ini juga tidak dibina untuk berada di hadapan kelompok perjalanan,cukup berada di tengah-tengah sambil melayan terjahan angin di badan.Sejauh mana penunggang dapat mengekalkan kelajuan tinggi bergantung kepada daya tahan penunggang untuk mengekang hentaman angin di leher dan dada.Tiada apa yang perlu dirisaukan jika penunggang ingin  turut serta konvoi motosikal berkuasa 1000cc ke atas,kerana jentera ini mampu meluncur sehingga 250km/h.
Kehebatan jentera ini juga terletak pada ketangkasan kadar pecutannya.Jangan sesekali cuba menduga kehebatan jentera ini selepas lampu isyarat bertukar hijau,anda pasti hampa melibat kelibat Z750 meninggalkan anda seketika sementara jentera anda mendapat momentum untuk mengejar.

Namun begitu,ingatan harus ditumpukan kepada beberapa perkara asas semasa memandu jentera jalanan terhebat ini.Turning radius stering adalah salah aspek yang perlu diberi perhatian serius.Turning radius handle yang agak pendek ,menjadikan penunggang perlu memberi perhatian lebih semasa mengendali jentera anda ke kiri atau kanan ,terutama sekali semasa pusingan U dan parking.Suspensi belakang juga mungkin perlu dilaras agar dapat meningkatkan prestasi penunggang supaya lebih yakin untuk menurunkan badan dan melayan karenah jalan raya yang berliku-liku dan penuh selekoh.Penggunaan damper juga digalakkan agar mengurangkan risiko tank slap yang mungkin berlaku semasa kelajuaan tinggi.
Jentera Z750 ini seringkali menduga kesabaran penunggang untuk memerah pendikit secara rakus semasa di jalan lurus.Seringkali penunggang akan mencari gear seterusnya walaupun penunggang telah berada di gear teratas.Sementara itu,ujian braking agak sedikit mengejutkan. Jentera Z750 yang tidak didatangkan bersama ABS memerlukan lebih masa  dan jarak berhenti yang lebih jauh untuk mengelak tayar hadapan mengalami lebihan kejutan.

Pemanduan yang bagaimana sesuai untuk Kawasaki Z750 ini? Penunggang tidak perlu mempunyai pengalaman bertahun-tahun untuk menjinakkan jentera ini.Cukup memadai mempunyai kesabaran dalam mengenal karektor tersendiri Z750 ini.Cinta itu akan hadir dengan sendirinya!

Di samping faktor rekabentuk dan gaya pemanduan,faktor harga menjadi salah satu tiang utama untuk jentera Z750 ini. Kawasaki begitu terkenal kerana faktor harga dan alat ganti yang murah dan mudah didapati.Harga jentera Z750 yang begitu kompetitif mungkin bakal tinggal kenangan kerana harga Z750 2011 telah meningkat secara mendadak ekoran dari pengenalan beberapa ciri-ciri baru tetapi menggunakan rekabentuk sedia ada.Namun begitu,situasi ini bukan satu halangan untuk  peminat sejati raja jalanan ini untuk terus menyingkap rahsia tersembunyi dan keindahan menikmati perjalanan bersama jentera Z750 ini.





-KHir-

Friday, July 8, 2011

Pandu Uji Yamaha.XJ6

Insyallah,aku diberi peluang untuk pandu uji Yamaha XJ6 dalam masa terdekat ni nanti.Jangn lupe singgah sini  untuk memdapat personal review aku nanti.

Memang terbaik..sudah tentu saingan kepada ER6F..


-KHir-

Z1000 vs Z1000SX.Mana satu lagi best?

Entri ini merupakan pengalaman aku memandu uji dua jentera yang iaitu z1000 & Z1000sx...

Ini adalah hasilnya:

Menyentuh tentang design,memang banyak yang berubah.Z1000 2010/2011 boleh dikategorikan sebagai motor yang paling cun dimuka bumi ini.Ala-ala design manga Jepun @ transformers.Z1000 amat sesuai untuk urban riding.Nak masuk town? takde masalah langsung..Handling adalah begitu nimble & tidak menghampakan.Dengan kawalan badan yang sedikit sahaja penunggang dapat menjinakkan jentera z1000 ni dengan mudah untuk menyusuri kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Konsep jentera jalanan yang menerapkan faktor aerodinamik dengan membenarkan belahan angin yang sekata ketika dalam kelajuaan sederhana menyebabkan penunggang berada dalam keadaan santai & selesa.Namun begitu,jentera ini tidak dibina untuk bersaing dengan jentera-jentera superbike.Gaya pemanduan yang santai,tidak begitu radikal tidak banyak memihak kepada penunggang jika mengembara bersama penunggang-penunggang superbike.Namun isu itu,boleh diatasi dengan pemasangan windshield yang bersederhana tinggi untuk mengurangkan impak terjahan angin pada badan penunggang.

Jentera Z1000 ini juga sesuai untuk dibawa mengembara ke lokasi-lokasi yang agak jauh.Penunggan perlu bijak mengawal penggunaan petrol agak mendapat lebih kilometer.Tangki simpanan berkapasiti 15 liter mampu memberi 200-250 km sekali perjalanan.

Semasa aku melakukan pengujiaan z1000,aku berpendapat pengguna yang ingin memiliki jentera hebat ini,harus menyedari top speed bukan menjadi keutamaan semasa jentera ini direka.Ianya lebih kepada memberi kepuasan penunggang untuk memandu dengan penuh elegan di jalan raya.Jentera ini,mampu meluncur bersama penunggang hampir ke kelajuaan 260km/j.Walaupun jentera ini berkuasa 1000cc,nisbah kuasa kuda perlu diberi perhatiaan sewajarnya.Adalah tidak adil sekiranya menganggap semua jentera berkuasa kuda 1000cc dengan gagahnya mampu mencapai 300km/h.Perbandingan secara rasional adalah perlu untuk anda menilai sebelum memiliki jentera berkuasa besar ini.Perlukah anda membeli jentera yang dibina untuk kelajuan seperti Kawasaki ZX10 tetapi mengorbankan keselesaan pemanduan atau memilih z1000 sebagai cinta sejati anda?

Pengujiaan diselekoh juga tidak menghampakan,Z1000 agak mudah untuk memasuki selekoh dan sekali lagi badan boleh diturunkan ke kiri & ke kanan untuk mendapat posisi terbaik sebelum meratah kona-kona di sekitar Kuala Kelawang tempohari.Memang tidak mendukacitakan.Nah..silakan jika anda berminat.

Menyentuh tentang spesifikasi Z1000 &Z1000Sx,banyak persamaan & hanya ada beberapa perbezaan.Z1000sx mempunyai kapasiti petrol 19 liter & bermakna memberi lebih kilometer pada perjalanan anda.Seat z1000sx sedikit tinggi berbanding z1000.Di samping itu juga z1000sx mampu memberi lebih kelajuaan maksima berbanding z1000.

Seperti yang kita sedia maklum z1000sx mempunyai banyak kelebihan ketika berada di kelajuaan tinggi.Menggunakan cermin pengadang depan boleh laras berserta fairing dipasang bersama resonan ,membenarkan laluan angin tidak terhalang walaupun berada dikelajuan tinggi.Secara amnya,penunggang Z1000sx begitu mudah untuk memecut dan meninggalkan Z1000 semasa di jalan raya.

Reka bentuk z1000sx secara keseluruhannya begitu mengagumkan.Namun begitu jentera z1000sx ini jika dilihat sekali imbas,mempunyai persamaan dengan Kawasaki ER6F di bahagian lampu utama & lampu belakang.Namun perkara ini tidak menjadi masalah kerana z1000sx ini mampu memberi penunggangnya identiti tersendiri.Bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam.Penunggang yang benar-benar memahami karektor jentera Kawasaki akan merasa tidak sabar untuk memiliki jentera ini.
Ngauman lembut enjin akan bertukar menjadi begitu berkuasa sekali jika motosikal ini berada di rpm ke 6.Kuasa enjin berkapasiti 1043cc menyalurkan 136 kuasa kuda &; membuatkan penunggang terus ingin menguji sejauh mana keupayaan jentera ini semasa di jalan lurus.

Dilihat dari segi respon,enjin z1000sx memberi sedikit respon yang lebih cepat berbanding z1000.Pengujiaan trottle di gear rendah & tinggi mencatatkan sedikit perbezaan pembacaan respon.Z1000sx perlu dikendali secara berpada-pada untuk mengelak jentera tersebut terangkat tayar hadapan ketika memulakan perjalanan.

Pada mulanya,menunggang di dalam kesesakan jugak menimbulkan kerisauan dihati penunggang.Adakah penunggang akan tersangkut di celah-celah puluhan kenderaan atau sebaliknya.Hasil pengujiaan amatlah memeranjatkan dan menggembirakan.Kesudian jentera ini menurut arahan penunggang amatlah mengagumkan.Jentera z1000sx boleh dikemudikan secara santai & hanya perlu berhati-hati untuk mengelak side mirror jentera ini yang agak terkeluar agar tidak mengganggu pengguna jalanraya yang lain.Di samping itu,penunggang akan mengalami sedikit kepanasan di bahagian kaki\kasut semasa berada di dalam kelajuaan rendah,terutama semasa meredah kesesakan jalan raya.Kepanasan akan tertumpu untuk keluar di satu sudut yang dikhaskan.Bukan satu masalah yang besar kerana kepanasan tersebut sekadar suam-suam kuku rasanya!. Namun begitu,hal ini tidak berlaku pada z1000 dimana pelepasan haba berlaku sekata.

Kawasaki juga menawarkan eksesori tambah,iaitu side box yang tidak ditawarkan untuk model z1000.Walaupun z1000 boleh menggunakan side box dari Givi namun,rekabentuk motosikal tersebut akan nampak janggal jika ditunggang bersama side box.Manakala z1000sx dilihat begitu bergaya bersama eksesori tersebut.

Membrek menggunakan Z1000sx jugak amat menyakinkan.Diserta dengan ABS sebagai standard package  akan membuat penunggang lebih yakin untuk mengambil selekoh dalam keadaan hujan.Namun begitu,aku dimaklumkan z1000 2011 jugak telah dibekalkan bersama ABS.



Adalah begitu sukar untuk penunggang sebenarnya untuk membuat pilihan ke atas kedua-dua model tersebut.Adakah faktor harga menjadi penentu? perbezaan hampir RM 10,000 perlu diambik kira jika anda ingin memiliki z1000sx ini.Bagi aku aku memberi markah 9.9/10 untuk z1000sx & 9.5/10 untuk z1000...dua-dua sama hebat & sama berkualiti.Jiwa anda...anda tentukan..

My2Cent





-KHir-