Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, July 13, 2011

Kawasaki Z50 Review: Satu Kenangan yang tidak dapat dilupakan

Ini merupakan review secara official.Sebelum ni aku pernah bagi buat perbandingan Z750 dengan Z1000SX.Tapi kedua-dua jentera ini datang dari kelas berbeza.Adalah sedikit tidak adil untuk aku membuat perbandingan secara terus.

Sebetulnya,pada pandangan aku tiada  jenama motosikal lain  dapat dibandingkan dengan Kawasaki Z750 ini.Z750 terus wujud di dalam kelasnya tersendiri,cuma saingan jentera ini sesekali muncul seperti Aprillia Shiver 750.Namun kewujudan jenama lain tidak langsung menjatuhkan populariti raja jalanan ini
Sungguh hebat penangan Z750 ini sehinggakan jurutera-jurutera Kawasaki masih mengekalkan rekabentuk utama dari tahun 2008 sehingga 2011.Ramai pemilik Z750 2008-2010 menarik nafas lega apabila mengetahui tiada perubahan rekabentuk drastik pada Z750 2011, seperti mana yang berlaku pada Z1000 2010.Hanya berlaku beberapa perubahan kosmetik antaranya melibatkan penggunaan swing arm aluminium yang lebih ringan,tetapi masih mempunyai 10kg  beban berlebihan berbanding abang longnnya Z1000 2010.

Apakah alasan anda untuk menidakkan keunggulan jentera ini di jalan raya? Dengan pelbagai aksesori tambahan yang direka menyebabkan ia terus-menerus menambat hati dan dapat  memberi sentuhan peribadi kepada pemilik-pemilik Z750 yang sentiasa inginkan kelainan pada jentera mereka.Disamping itu,rekabentuk yang dikatakan mendahului masa,menyebabkan motosikal ini terus menerus menjadi pilihan untuk penunggang yang ingin memandu secara santai tetapi boleh memilih untuk memecut apabila diperlukan.Lihat sahaja model Yahama RXZ yang telah ditamatkan pengeluarannya secara rasmi awal tahun 2011 kini menjadi lagenda dan masih tidak dapat ditandingi oleh model-model lain.Tidak salah untuk aku menduga,Z750 ini juga akan berlegar di pasaran dalam jangka masa yang agak lama hasil dari sambutan yang luar biasa datang dari pencinta-pencinta jentera beroda dua.

Umum sedia maklum,jentera ini juga tidak dibina untuk berada di hadapan kelompok perjalanan,cukup berada di tengah-tengah sambil melayan terjahan angin di badan.Sejauh mana penunggang dapat mengekalkan kelajuan tinggi bergantung kepada daya tahan penunggang untuk mengekang hentaman angin di leher dan dada.Tiada apa yang perlu dirisaukan jika penunggang ingin  turut serta konvoi motosikal berkuasa 1000cc ke atas,kerana jentera ini mampu meluncur sehingga 250km/h.
Kehebatan jentera ini juga terletak pada ketangkasan kadar pecutannya.Jangan sesekali cuba menduga kehebatan jentera ini selepas lampu isyarat bertukar hijau,anda pasti hampa melibat kelibat Z750 meninggalkan anda seketika sementara jentera anda mendapat momentum untuk mengejar.

Namun begitu,ingatan harus ditumpukan kepada beberapa perkara asas semasa memandu jentera jalanan terhebat ini.Turning radius stering adalah salah aspek yang perlu diberi perhatian serius.Turning radius handle yang agak pendek ,menjadikan penunggang perlu memberi perhatian lebih semasa mengendali jentera anda ke kiri atau kanan ,terutama sekali semasa pusingan U dan parking.Suspensi belakang juga mungkin perlu dilaras agar dapat meningkatkan prestasi penunggang supaya lebih yakin untuk menurunkan badan dan melayan karenah jalan raya yang berliku-liku dan penuh selekoh.Penggunaan damper juga digalakkan agar mengurangkan risiko tank slap yang mungkin berlaku semasa kelajuaan tinggi.
Jentera Z750 ini seringkali menduga kesabaran penunggang untuk memerah pendikit secara rakus semasa di jalan lurus.Seringkali penunggang akan mencari gear seterusnya walaupun penunggang telah berada di gear teratas.Sementara itu,ujian braking agak sedikit mengejutkan. Jentera Z750 yang tidak didatangkan bersama ABS memerlukan lebih masa  dan jarak berhenti yang lebih jauh untuk mengelak tayar hadapan mengalami lebihan kejutan.

Pemanduan yang bagaimana sesuai untuk Kawasaki Z750 ini? Penunggang tidak perlu mempunyai pengalaman bertahun-tahun untuk menjinakkan jentera ini.Cukup memadai mempunyai kesabaran dalam mengenal karektor tersendiri Z750 ini.Cinta itu akan hadir dengan sendirinya!

Di samping faktor rekabentuk dan gaya pemanduan,faktor harga menjadi salah satu tiang utama untuk jentera Z750 ini. Kawasaki begitu terkenal kerana faktor harga dan alat ganti yang murah dan mudah didapati.Harga jentera Z750 yang begitu kompetitif mungkin bakal tinggal kenangan kerana harga Z750 2011 telah meningkat secara mendadak ekoran dari pengenalan beberapa ciri-ciri baru tetapi menggunakan rekabentuk sedia ada.Namun begitu,situasi ini bukan satu halangan untuk  peminat sejati raja jalanan ini untuk terus menyingkap rahsia tersembunyi dan keindahan menikmati perjalanan bersama jentera Z750 ini.





-KHir-

8 comments:

  1. Waaa..bagus-bagus. Macam review Majalah Roda-Roda lak. Anyway menunggu review XJ6.

    ReplyDelete
  2. charles carmichaelJuly 14, 2011 at 4:19 PM

    huhu..bro, tak crita pasal fuel consumption ke?xj6 boleh di kategori sama kelas ngan z750 ke?

    ReplyDelete
  3. Tok Kebayan: Nanti saya buat majalah tayar-tayar pulak ;) thanks

    Charles :Aisey lupe plak nak masuk,fc boleh pergi 220-230km dgn speed crusing 150-160km/h.XJ6 kalau ikut pandangan aku memang sangat berbeza kelas dgn XJ6 dari banyak segi.Nanti aku akan share detailnya

    ReplyDelete
  4. charles carmichaelJuly 18, 2011 at 10:27 AM

    bro..tank slap tu camne?

    ReplyDelete
  5. charles carmichaelJuly 18, 2011 at 10:33 AM

    ok bro..aku dah tau..ahahaha..pakcik google

    ReplyDelete
  6. nak tanya ... z1000 muka depan (lampu + body) bleh masuk ker kat z750? rase mcm ble masuk jer tp kena tanya otai lah.

    ReplyDelete
  7. techtic,

    So assumption aku pada soalan ko ialah z1000 2009 kan? kalau z1000 2010-11,dah lain sangat.
    ari tu ade member aku dah try (z1000 09) untuk muka depan.boleh la masuk,tapi leceh sket,nk kena tambah bracket,& modify 2-3 tempat.so rasenye,ikut pendapat peribadi aku,biar maintain yg asal.Still mengancam jiwa kalbu

    ReplyDelete