Rides & Events Update






widgeo.net

Friday, July 8, 2011

Z1000 vs Z1000SX.Mana satu lagi best?

Entri ini merupakan pengalaman aku memandu uji dua jentera yang iaitu z1000 & Z1000sx...

Ini adalah hasilnya:

Menyentuh tentang design,memang banyak yang berubah.Z1000 2010/2011 boleh dikategorikan sebagai motor yang paling cun dimuka bumi ini.Ala-ala design manga Jepun @ transformers.Z1000 amat sesuai untuk urban riding.Nak masuk town? takde masalah langsung..Handling adalah begitu nimble & tidak menghampakan.Dengan kawalan badan yang sedikit sahaja penunggang dapat menjinakkan jentera z1000 ni dengan mudah untuk menyusuri kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Konsep jentera jalanan yang menerapkan faktor aerodinamik dengan membenarkan belahan angin yang sekata ketika dalam kelajuaan sederhana menyebabkan penunggang berada dalam keadaan santai & selesa.Namun begitu,jentera ini tidak dibina untuk bersaing dengan jentera-jentera superbike.Gaya pemanduan yang santai,tidak begitu radikal tidak banyak memihak kepada penunggang jika mengembara bersama penunggang-penunggang superbike.Namun isu itu,boleh diatasi dengan pemasangan windshield yang bersederhana tinggi untuk mengurangkan impak terjahan angin pada badan penunggang.

Jentera Z1000 ini juga sesuai untuk dibawa mengembara ke lokasi-lokasi yang agak jauh.Penunggan perlu bijak mengawal penggunaan petrol agak mendapat lebih kilometer.Tangki simpanan berkapasiti 15 liter mampu memberi 200-250 km sekali perjalanan.

Semasa aku melakukan pengujiaan z1000,aku berpendapat pengguna yang ingin memiliki jentera hebat ini,harus menyedari top speed bukan menjadi keutamaan semasa jentera ini direka.Ianya lebih kepada memberi kepuasan penunggang untuk memandu dengan penuh elegan di jalan raya.Jentera ini,mampu meluncur bersama penunggang hampir ke kelajuaan 260km/j.Walaupun jentera ini berkuasa 1000cc,nisbah kuasa kuda perlu diberi perhatiaan sewajarnya.Adalah tidak adil sekiranya menganggap semua jentera berkuasa kuda 1000cc dengan gagahnya mampu mencapai 300km/h.Perbandingan secara rasional adalah perlu untuk anda menilai sebelum memiliki jentera berkuasa besar ini.Perlukah anda membeli jentera yang dibina untuk kelajuan seperti Kawasaki ZX10 tetapi mengorbankan keselesaan pemanduan atau memilih z1000 sebagai cinta sejati anda?

Pengujiaan diselekoh juga tidak menghampakan,Z1000 agak mudah untuk memasuki selekoh dan sekali lagi badan boleh diturunkan ke kiri & ke kanan untuk mendapat posisi terbaik sebelum meratah kona-kona di sekitar Kuala Kelawang tempohari.Memang tidak mendukacitakan.Nah..silakan jika anda berminat.

Menyentuh tentang spesifikasi Z1000 &Z1000Sx,banyak persamaan & hanya ada beberapa perbezaan.Z1000sx mempunyai kapasiti petrol 19 liter & bermakna memberi lebih kilometer pada perjalanan anda.Seat z1000sx sedikit tinggi berbanding z1000.Di samping itu juga z1000sx mampu memberi lebih kelajuaan maksima berbanding z1000.

Seperti yang kita sedia maklum z1000sx mempunyai banyak kelebihan ketika berada di kelajuaan tinggi.Menggunakan cermin pengadang depan boleh laras berserta fairing dipasang bersama resonan ,membenarkan laluan angin tidak terhalang walaupun berada dikelajuan tinggi.Secara amnya,penunggang Z1000sx begitu mudah untuk memecut dan meninggalkan Z1000 semasa di jalan raya.

Reka bentuk z1000sx secara keseluruhannya begitu mengagumkan.Namun begitu jentera z1000sx ini jika dilihat sekali imbas,mempunyai persamaan dengan Kawasaki ER6F di bahagian lampu utama & lampu belakang.Namun perkara ini tidak menjadi masalah kerana z1000sx ini mampu memberi penunggangnya identiti tersendiri.Bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam.Penunggang yang benar-benar memahami karektor jentera Kawasaki akan merasa tidak sabar untuk memiliki jentera ini.
Ngauman lembut enjin akan bertukar menjadi begitu berkuasa sekali jika motosikal ini berada di rpm ke 6.Kuasa enjin berkapasiti 1043cc menyalurkan 136 kuasa kuda &; membuatkan penunggang terus ingin menguji sejauh mana keupayaan jentera ini semasa di jalan lurus.

Dilihat dari segi respon,enjin z1000sx memberi sedikit respon yang lebih cepat berbanding z1000.Pengujiaan trottle di gear rendah & tinggi mencatatkan sedikit perbezaan pembacaan respon.Z1000sx perlu dikendali secara berpada-pada untuk mengelak jentera tersebut terangkat tayar hadapan ketika memulakan perjalanan.

Pada mulanya,menunggang di dalam kesesakan jugak menimbulkan kerisauan dihati penunggang.Adakah penunggang akan tersangkut di celah-celah puluhan kenderaan atau sebaliknya.Hasil pengujiaan amatlah memeranjatkan dan menggembirakan.Kesudian jentera ini menurut arahan penunggang amatlah mengagumkan.Jentera z1000sx boleh dikemudikan secara santai & hanya perlu berhati-hati untuk mengelak side mirror jentera ini yang agak terkeluar agar tidak mengganggu pengguna jalanraya yang lain.Di samping itu,penunggang akan mengalami sedikit kepanasan di bahagian kaki\kasut semasa berada di dalam kelajuaan rendah,terutama semasa meredah kesesakan jalan raya.Kepanasan akan tertumpu untuk keluar di satu sudut yang dikhaskan.Bukan satu masalah yang besar kerana kepanasan tersebut sekadar suam-suam kuku rasanya!. Namun begitu,hal ini tidak berlaku pada z1000 dimana pelepasan haba berlaku sekata.

Kawasaki juga menawarkan eksesori tambah,iaitu side box yang tidak ditawarkan untuk model z1000.Walaupun z1000 boleh menggunakan side box dari Givi namun,rekabentuk motosikal tersebut akan nampak janggal jika ditunggang bersama side box.Manakala z1000sx dilihat begitu bergaya bersama eksesori tersebut.

Membrek menggunakan Z1000sx jugak amat menyakinkan.Diserta dengan ABS sebagai standard package  akan membuat penunggang lebih yakin untuk mengambil selekoh dalam keadaan hujan.Namun begitu,aku dimaklumkan z1000 2011 jugak telah dibekalkan bersama ABS.



Adalah begitu sukar untuk penunggang sebenarnya untuk membuat pilihan ke atas kedua-dua model tersebut.Adakah faktor harga menjadi penentu? perbezaan hampir RM 10,000 perlu diambik kira jika anda ingin memiliki z1000sx ini.Bagi aku aku memberi markah 9.9/10 untuk z1000sx & 9.5/10 untuk z1000...dua-dua sama hebat & sama berkualiti.Jiwa anda...anda tentukan..

My2Cent





-KHir-

7 comments:

  1. Thanks bro... review yang bagus dari pengalaman sendiri.. tak boleh harap ckp salesman.

    kedua-dua model ni memang mempunyai kehebatannya sendiri.. Pada pemerhatian saya, Z1000 mempunyai design yg lebih garang dan ganas, dan sesuai untuk tunggangan di bandar (pergi-balik kerja) tetapi, Z1000SX dgn design yg lebih sopan adalah lebih praktikal kalau untuk long distance..

    hmm... apa yg sesuai untuk aku? pening jugak difikirkan sebab aku suka design Z1000 yg aku rasa sesuai utk guna pergi-balik kerja... tapi risau dgn keselesaan ketika buat long distance selain terpaksa layan kerenah makwe yg bengang dgn seat belakang tu ;P

    ReplyDelete
  2. z1000sx aja.. pengalaman aku guna naked..bila gi jauh ..nak bawa baju hujan atau apa benda pun susah..bag kat belakang 5 kilo.. bila da 1 jam riding rasa mca,m 30 kilo..tank bag..besar.. berat bila nak isi minyak itu time masalahnya, nak turunkan ....mcm khir ckp.. kedua2 ada kelebihannya..aku guna sx la ni.. ari ari gi keja.. jem mcm mana pun sampoi aja mencelak celah......mcm naked aja...

    ReplyDelete
  3. wind protection z1000sx mcm mana? sesuai utk high speed cruising dengan pillion rider tak?... perlu comment dari experience z1000sx pillion rider juga... tgh pikir nak angkat z1000sx utk touring ngan wife tersayang....

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera:
    Utk semua pemilik Z1000 dan Z1000SX , kedua dua superbike ini memang bagus untuk dibawa.Tapi kalau selalu bawa isteri ( penumpang ), dan selalu jalan jauh , Z100SX adalah lebih sedap. Saya sedang memakai Z1000SX,dan isteri selalu ikut,memang best,walaupun ada dua ( tong ) , kalau bijak handeling,dalam Bandar pun ok juga..........

    ReplyDelete
  5. Kalau utk org muda dan bujang, Z1000 ok tak? Model 2016 lebih cantik dan elegen, juga dilengkapi dgn ABS. Kegunaan utk pergi balik kerja lalu MRR2.

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera semua pemilik Z1000SX yg siap dengan pannier ( Tong).
    Umur saya dah 56 tahun...mula guna superbike sport pada tahun 1989 iaitu Kawasaki ZXR750...pada masa itu usia saya hanya 30an...jadi memang syok naik sport bike...tapi ketika usia saya ini...pada mulanya nak naik ZX10.huh tak sesuailah..cuba R1 pun sama juga,cuba CBR1000RR,BMWs1000R,oh semua tak sesuai apa lagi saya selalu ride dengan bawa isteri....nak beli sport touring seperti BMW R1200 rasa tak begitu minat pula....cuba GTR1400...ah terlalu berat..320KG....last last isteri ternampak Z1000SX ni kat kedai Mega Fortune...apa lagi,tenguk punya tenguk,cuba punya cuba,rasanya memang sesuai utk kami...Jadi pada bulan okt 2015...kami pun belilah Z1000SX tu...huh memang tak rugi beli motor tu....selalu kami pergi day trip ke Cameron Highland,Grik , Bukit Frazer,Setiawan,Lumut,Kuala Kangsar,Perlis,Alor Star...mana mana saja ada group buat tripkami kalau ada masa ikut....kadang kadang dengan group SBK...geng superbike...dengan geng GTR.....Avahture...Touring ..semua boleh...sebab nak laju pun boleh...nak pecut pun boleh....memang powernya best walaupun tak sehandal super sport bike.....wlaupun ada 2 tong tapi dalam pecan atau kesesakan jalan raya ...boleh tahan...cuma kena lebih berhati hati saja....buka besar mana pun tong dia....wind screennya memang best..ada 3 tahap...tahap 1...best dalam pecan...Nampak macam sporty..tahap 2 untuk kelajuan biasa..boleh haling angina drp kena badan dan kepala...tahap 3...best utk hujan lebat dan top speed kerana dapat haling angina dgn baik dan memuaskan....kegunaan petrol pun best...buat masa ni hanya 1km 10 sen saja...kalian boleh juma kami di FB bikers bay Kenny-lily....berhati hati dijalan raya...

    ReplyDelete
  7. lama dah posnih.... boss kenny ni motor 2015 punya ke
    ada byk beza tak antarq 2012 ngn 2015 punya?

    ReplyDelete