Pada hari Selasa yang hening.Angin pon bertiup sepoi-sepoi bahasa.Matahari agak malu-malu untuk bersinar.Cuaca yang sebegini baik memang rugi kalau tak start motor berjalan-jalan.Memandangkan lama sungguh kami tidak bersua muka dengan Presiden Taliban,Hj Rahman,maka kami ambik keputusan untuk menziarahi beliau.Rasa rindu pulak lama dah tak bersua muka.
Jadi satu ride diaturkan pada Selasa pagi 31 January 2012.Time cuti nie.Geng se-ride aku Gemuk dah berjanji nak jumpa kat Mahkamah Syariah KL..Alaa tepi stesen keretapi KL.Kenapa kiteorang jumpe kat sini ? Sebabnya rumah rumah Hj Rahman di Kg Medan,jadi tak la jauh sangat dan memang laluan nak ke sana.
|
Mood berlakon hepi sebab ekjos motor die bukan paling kuat sekarang nie ! |
|
Ada daun-daun kering.Best pulak bergambar kat sini. |
|
Dua geng ride setia |
|
macam biasa,sila sedut apa yang patut |
Sampai ke rumah Hj Rahman dalam pukul 11 lebih.Haji dah memang menunggu-nunggu kiteorang dah.Lama dah tak berjumpa.Macam-macam story ride kiteorang imbas kembali.Lama jugak haji tak ride dek kerana kemalangan tahun lepas.Motor pon dah berubah warna ke merah Ferrari.Lagi bertambah garang.Haji masih belum boleh ride lagi.Dalam masa 3 bulan lagi baru boleh pegang motor.Bahu tak kuat lagi.
|
Hmmm..memang smart dan garang |
|
Nak test ride? Ishhh tak berani aku nak bawak.Motor nie sangat besar dan panjang. |
|
Pandangan depan yang memukau.Sayangnya motor simpan kat rumah jer.Tuannya belum boleh jalan jauh. |
|
Sembang-sembang untuk setting ride ke Tasik Banding |
|
Ntah ape ntah semua orang kena gebang dengan Gemuk (duduk kat tingkap) |
Lama jugak kiteorang duduk bersembang.Pukul 2 petang baru kiteorang gerak.Terima kasih haji kerana memberi sambutan hangat sempena kehadiran kiteorang.Wah rasa macam artis pulak
|
Ha..dari jauh Mak Haji mendukung cucu.Jangan korang tak tau,mak aji ni pillion tegar tau.Dah sampai ke Krabi Thailand dah pon.. |
Selepas gerak dari rumah Hj,kami bercadang nak minum di Pantai Dalam.Singgah sebentar di gerai nasi Ayam kat Flat Angkasa,kedai ni memang glamer,lokasi tepi jalan jer.
|
Nasib baik berhenti lepak sini.Kejap jer lepas tu,hujan turun mencurah-curah.Ada dekat 2 jam gak la melepak kat situ.Banyak strategi ride yang kiteorang bincang..macam-macam tempat nak pegi..hehehe..Dalam pukul 5 petang hujan baru berhenti.Selepas bersalaman kami pon pulang ke destinasi masing-masing.Aku dekat jer nak ke Kajang.Gemuk nak ke Rawang ambik masa sejam jugak nak sampai. |
-KHir-
No comments:
Post a Comment