Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, June 8, 2011

Ride Kembara Solo ke Melaka

Ahad 5 Jun 2011 merupakan ride kembara solo aku ke Melaka.Ride ini merupakan ride 'mengimbau asal usul' so memang patut ler aku ride sorang-sorang.Saje nak ambik feel sorang.sorang.Aku bergerak dari rumah pukul 10:30 pagi dengan melalui Lebuhraya Lekas.Nak cube jalan lain pulak balik ke Kampung.
So route yang aku ambik adalah:
Kajang-->LEKAS-->Kuala Pilah-->Tampin-->Masjid Tanah.
Perjalanan antar Kuala Pilah ke Tampin merupakan jalan lama yang penah dengan yang berkona.Memang amat layan untuk main kona kat situ.Namun disebabkan aku tak berapa familiar jenis-jenis kona so aku layan secara santai,tak la terlalu extreme,kang tak pasal-pasal masuk dapur rumah orang pulak..hehehe..ternampak pulak anak dara tengah goreng ikan!
Semasa di Highway LEKAS pon aku ride secara rilek.Walaupon jalan yang lurus terbentang depan mata,tapi suasana pagi yang aman damai membuatkan aku lebih layan untuk ride secara stedi.
Aku berhajat untuk singgah di kampung kelahiran mak aku.Saje jalan-jalan tengok kawasan.Destinasi pertama adalah untuk melawat kubur arwah ayah.Sedar tak sedar dah 10 tahun meninggalkan kami..Alfatihah.

Singgah sebentar,memanjatkan Al-fatihah untuk arwah ayah & saudara mara.Arwah datuk & nenek aku juga disemadikan di sini.

Perkuburan yang bersih.Arwah ibu mertua Zahid Hamidi jugak disemadi kat sini.Tu yang hari tu,ramai askar datang bersih kan tempat nie.

Destinasi seterusnya adalah Pantai Pengkalan Balak di Tanjung Bidara.Perjalanan dari kampung aku sekejap jer sebab Tanjung bidara memang dalam daerah Masjid Tanah.Sesampai kat tepi laut,saje cruise around sampai penghujung jalan.Nak tengok kedai-kedai mana yang sesuai untuk disinggah buat makan tengahari.

Ini adalah kedai pilihan aku.Kedai yang menyajikan masakan kampung.Bedal je  beb..Harga sonang cakap dah macam kat KL dah.Yang makan pon ramai orang KL.Diorang datang berkelah kat tepi pantai,siap ada yang datang memancing.

Laut pengkalan balak yang amai damai..sedamai hati ku ..hahahaha puitis



Kedai pilihan yang sangat redup.Angin pon terasa sejuk jer.

Shrek ijau kali ni tak berteman..solo jer

Agak susah nak carik parking sebab time cuti sekolah..selit jer kat mana-mana yang boleh.
Aku melepak makan & minum kat situ dalam sejam.Dah kenyang pekena air kelapa terasa nak makan cendol pulak.Ha pe la..destinasi seterusnya adalah Bandar Hilir Melaka..carik cendol kat bangunan merah..
Jalan kat Melaka nie,tak susah sebab satu tu memang kampung aku,hehehe malu la tak tau jalan kan..sebab yang kedua,papan tanda memang berlambak-lambak..So perjalanan aku hanya mengambil masa 30  minit jer.
Jalan-jalan carik cendol..jalan-jalan carik cendol..jalan-jalan carik cendol..cuaca semasa ni memang panas..opssss lupe pulak ride kali ni aku tak pakai riding gear.Cuma pakai helmet,glove & arm glove jer..jaket ,seluar & kasut riding tak pakai..hehehe gile kentang tulllaaaa kan.Tapi tula kan,tak badan aku tak la terasa hangat sangat..kalau hujan turun..tu dah jadi cite lain pulak..

Sampai sini..mesti ambik gambar Kota Melaka..

Mau naik beca? Siap kan la RM 30..Setiap beca kat sini memang best,semua ada,radio pon ada.Berlawan-lawan antara geng-geng beca.Yang dangdut pon ads.hindustan pon ada,macam-macam ada..

Meriam peninggalan Belanda..

Nak panjat naik atas tu? hahaha bertuah..aku dah banyak kali naik dah..kali ni datang dengan helmet,fuhhh tak dapek la aku nak panjat..

Kapal terbang ni betul-betul mengimbau kenangan zaman tadika aku dulu..teringat masa main kat bawah kapal terbang zaman kanak-kanak dulu.
Yeah..masa untuk pekena cendoooooi kat bangunan merah..Aku dengan gagahnya berjalan membawak helmet di tengah panas untuk jalan cendoii..tapi dengan hampanya..dah takde pulak.tutup ker.takpe la takde rezeki..pegi makan kat tempat biasa la..


View Sungai Melaka dari tempat makan..ramai orang nak naik bot untuk menyusuri Sungai Melaka..aku dah pernah naik sebelum nie..Bagi aku banyak lagi improvement yang perlu dilakukan di sepanjang sungai nie..terutama bab bauuuuunya..still ada bau yang tak best..

Ha..nampakkan bot-bot yang tengah tunggu orang..brape aaa harga tiket..rasanya dalam RM 8-10 jer..
 Replika kapal belanda..ramai jer orang bergambar kat sini..

Okeh time untuk bergerak balik ke Kajang..masa balik pon aku tak terus masuk highway Air Keroh,aku still lalu guna jalan kampung...kemudian exit ke Highway Plus Simpang Empat..Cuaca pon cerah..tapi cerah tak bererti hari tak hujan..hehehe sepanjang perjalanan pulang..habis aku lencun basah..dah la tak pakai jaket langsung..baju hujan pon tak bawah..nah ambik ubat..
So ride kali ni memang benar-benar rilek & mengimbau nostalgia aku..so dari masa ke semasa..aku akan laksanakan kembara solo aku nie..

-KHir-

4 comments:

  1. bro~~
    kan yg gambar kat gerai depan homestay tu...
    saya perasan moto abg..time tu ari sabtukan? 4/6.

    ReplyDelete
  2. Bro Rei..

    hehehe betul la tuh..lain kali jumpe kite leh sembang-sembang sambil pekena air kelapa

    ReplyDelete
  3. sebab sy perasan motor abg parking kat tempat yg sama dlm gambar tu..

    alamak segan la bang...sy bukan riders..
    moto pun takde..just minat tapi rezeki belum ada lagi ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Bro Rei,tarak hal.kalau ada ride kat situ lagi,nnt saye update.Leh jumpe sembang-sembang,apa salahnya tambah kan kenalan.Peace bro!

    ReplyDelete