Salaam sahabat-sahabat akrab sekelian.Ini merupakan entri kedua untuk hari pertama setibanya ke Hatyai pada 28-29 May yang lalu.
Entri yang terdahulu :
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/ride-hatyai-28-29-may-2011-v1.html
Perjalanan kami diteruskan untuk pergi ke pasar terapung atas dipanggil Klong Hae oleh masyarakat tempatan.Naik tut-tut la lagi.Kali ni ntah mana ntah di bawaknya kiteorang,tak nampak pon pasarnya.:Laaaa rupenye masalah komunikasi.lain tempat di suruh bawak lain pulak peginya.Nasib baik Hj ada simpan gambar pasar terapung.Sampai jugak la kiteorang.Masa tu punya la ramai umat manusia yang buat jem.Sape lagi orang Malaysia la yang ramai datang.Bas berlonggok-longgok parking tepi jalan.Lagi la buat jalan jem nak masuk ke dalam.
Bontot dah kebas nie weiii..seat boleh tahan keras jugak.Memula naik seronok la,lame-lame kematu beb..tak senang duduk aku,sekejap berlunjur sekejap bersila..
Wah akhirnya sampai jugak.Eh ada Hatyai Bike Week ker? Macam mana kiteorang tak tau nie.
Ada bike week rupanya..
Perjalanan nak ke pasar terapung akan melalui banyak gerai di sepanjang jalan.Memang menarik gerai-gerai kat sini.Satu yang aku respek diorang ialah,diorang pandai untuk modify makanan biasa untuk jadi lagi sedap & nampak menarik.
Design gerai diorang style lama.Memang cantik la.
Aku kat sini lebih untuk melihat kesenian yang ditonjolkan oleh gerai-gerai peniaga.
Tengah manyak syiok jalan-jalan kawan-kawan melambai aku untuk singgah satu kedai yang ramai orang.Wahhh makanan exotic.Mari kite tengok ape yang ada.
Geli ? Rilek-rilek nampak lazat kan ulat 'sampah',lipas,cacing digoreng rangup!
Ini pulak.lipas,kumbang,cicak masak rempah.
Setakat ni view memang rare la,aku belum jumpe lagi.So jalan depan sikit dah nampak sungai..ouhhh itu la dia floating market..ramai sungguh orang.
View dari jauh..belum sampai mau 2-3 minit jalan baru sampai.
Ha..kan dah kata,memang unik design kedai-kedai kat sini.
Kalau takde sami buddha memang tak sah..
Pemandangan dari jambatan.
Hmmm ini lah sebenarnya floating market..
Eh ada anak gajah!
Pemandangan yang indah sebab ramai sungguh awek-awek.Bukan awek Siam tapi awek Malaysia daaaa..
So misi untuk aku lihat floating market selesai.Kejap lagi aku nak turun ke sampan-sampan untuk merasa makanan yang dijual.Aku kena carik kat mane sebenarnya Bike week nie.Puas dah aku pusing tak jumpe jugak.Ouuhh kat hujung gerai-gerai baru nampak.Tapi kenapa tak banyak motor-motor.Nampak gaya macam kurang sambutan jer..orrr aku sampai awal.tapi time nie dah pukul 5 PM dah..
Huhuhu sungguh sedey la,brape kerat jer motor yang ada..ingatkan beli layan cuci mata tengok motor pelik-pelik.
Next,makaaaaaaan time kat floating market.Nampak kawan-kawan order,aku test makan memang sedap.
Aku pon beli ler sotong rebus berempah & air laici.Sheeeeeeeedap.
Air yang dibeli pon memang spesel.Siap letak dalam bekas tembikar muka orang..
Penuh keseniaan..air longan satu kak!
Kak mintak sotong rebus 5 ye..kawan-kawan saye semua lapar.
Gemuk sungguh bersungguh menyedut sotong dari lidi.
Actually aku agak kecewa jugak sebenarnya selepas tengok floating market.Jangkaan aku adalah floating market tu merupakan salah satu cara berniaga harian & merupakan warisan turun temurun.Rupanya lebih kepada pertunjukan kesenian untuk menarik pelancong datang.Hanya pada hari minggu sahaja yang ada .
So nak tau lebih lanjut pasal floating market nie sila lawati http://blog.malaysia-asia.my/2010/08/floating-market-in-hat-yai-thailand.html
Hehehe Haji cuba-cuba beranikan diri bagi makan kat anak gajah.Mamat yang jaga anak gajah paksa Hj untuk ambik makanan uk dibagi anak gajah..hehehe ingatkan free..
Dekat dua jam jalan-jalan,so sangat berpuas hati.Masa untuk gerak pulang..tapi tak balik bilik dulu,terus pekena teh 3 layer kat depan McDonald.
Pasanga dua sejoli,menikmati makan sepinggan tauge+telur+seafood.Aku tak tau nama makanan nie,main order jer sebab last time datang pon ada order.
Melepak kat situ agak lama jugak,so next destination adalah massage time.Pegi urut badan yang lenguh-lenguh nie,urut tak de kona-kona punya..halal toyibannnnn lagik.
29 May: Masa untuk balik..awal pagi dah bangun untuk breakfast.
Makan kat sini amat senang..mana-mana jer ada restoran makanan Muslim.
Hajat tercapai untuk buat sticker cacing..siap bubuh nama lagik
Bersiap untuk pulang..time nie dah pukul 10am waktu Malaysia
Gambar tuan tanah yang amat rare..
Bersiap untuk pulang..kepulangan yang dinanti nie..cewah macam dah berminggu-minggu tak balik rumah.
Selesai check-out kami pon terus bertolak untuk pulang ke tanah-air.
Sempat jugak aku snap Universiti Songkhla nie,tak sempat masuk Songkla dapat ambik gambar nie pon jadila..
Kali ni kami terus ride sampai border.takde berhenti untuk minum or makan tengahari.Sampai di border pon urusan semuanya lancar.Dalam 10 minit semua urusan selesai.Cuaca agak panas terik,tapi memang sesuai untuk kami yang nak bergerak pulang ke KL.
Macam biasa kami akan singgah isi minyak kat BHP lepas border. Then,shoooooot terus,next stop Juru.
Dalam masa 1:30 hr konvoi kami sampai ke Juru.Kebetulan terjumpa seorang mamat naik Z750 keje RTM yang dikenali oleh gemuk..so bertambah la lagi korum kiteorang untuk ride balik KL.
Kami memandu secara purata crusing speed dalam 150-170 km/h...Lepas jer layan kona sebelum & selepas torowang Kuala Kangsar,hujan pon turun..aisey kena berenti bawah jambatan la pulak..
Duduk bawah jambatan.lagi 10 km sampai Perhentian Sg Perak.
Geng-geng bikers lain.Kebetulan terjumpa diorang.Semuanya laju-laju punye bikers..tak terkejar kiteorang..
Dalam pukul 4:00PM kiteorang sampai RNR Ulu Bernam.Macam biasa ini merupakan stop yang terakhir sebelum kami berpecah untuk pulang ke rumah.Heheh..pukul 7:30PM baru aku sampai rumah..terbaik.So ride kali ni memang cukup santai disebabkan semua kepala best-best belaka..ride sebegini memang menjadi pilihan aku n ramai lagi bikers..tak perlu ride berbelas-belas motor,ride yang best adalah 7-8 bijik motor jer..senang nak berenti ambik gambar or nak berenti makan..
Okeh lepas nie berjumpe kite di next entry..die kembara solo ke Melaka..jln2 mengenang asal usul..Malam ni akan aku update pasal ride tu...
-KHir-
menarik pengalaman bos travel ke thai ni..tq for sharing
ReplyDelete