Rides & Events Update






widgeo.net

Saturday, June 25, 2011

Ride Kenduri di Pengkalan Balak bersama Cop Rider

Sabtu 18 June merupakan hari rilek-rilek di rumah bagi aku.Tengah sedap-sedap layan tido pepagi Sabtu,Bad roger ajak ride ke Melaka.Lagipon sebab dah lama tak ride dengan Bad so aku pon meluangkan diri untuk join ride ke Melaka bersama Cop Rider.Satu perkara yang aku dah lama paham pasal Bad nie,dia jarang stori tujuan ride yang sebenarnya.Katanya geng polis nak buat makan-makan kat Pangkalan Balak.Hehehe bila dah sampai lokasi yang dituju baru aku tahu reason ride yang sebenarnya..Hehehe tapi semuanya ride yang dianjurkan oleh Bad memang best.

Konvoi dah berjanji nak berjumpa di Shell Sg Besi pukul 2:30 ptg.Aku kali agak terlewat sikit,banyak benda nak setel sebelum gerak.So terpaksa jumpa rakan-rakan di Petronas RNR Seremban.Nasib baik minyak aku still banyak lagi.Boleh gerak terus.Sesampai aku kat RNR Seremban..hehehe semua dah menunggu dah..aku isi minyak jab,ambik duit & terus jumpe rakan-rakan baru aku..dari group tu aku dah kenal 3 orang.

Kali nie,ride bersama owner jentera yang biasa bawak di kelajuaan tinggi.wah memang best dapat follow.Brader berhelmet merah,Petai dah upgrade Z1000 10 ke GTR 1400..

Mamat motor hijau nie,ada di mana sahaja..
Route ke Pengkalan Balak akan melalui PLUS>>Port Dickson>>Linggi>>Pengkalan Balak.Laluan nie memang banyak kona,so memang best betul..tapi macam biasa safety is paramount ! Jangan lupe yea.Ride dimulakan dengan pemanduan 150-160km per hour.Kami seterusnya akan exit ke Port Dickson untuk melalui jalan kampung.

Sempat snap sebelum traffic light menjadi hijau.Kami akan belok ke kanan untuk masuk ke Highway PD.
Kenape Bad sorang-sorang di divider jalan? Hehehe

Dalam group kami ada 2 bijik GTR,5 bijik ST1300,1 bijik Z750S, 1 bijik Yahama R6,bila sampai mana-mana simpang aku dengar bunyik siren..eh mana datang daa..rupenya ketua konvoi Cik Mail  kasi on itu hon itu supaya kenderaan lain bagi laluan..memang terbaik..senang kalau dah ada orang bukak jalan nie.

Dah masuk highway Port Dickson,laluan lurus terbentang depan mata.Aku dari awal dah tinggi kan visor dah meramal kawan-kawan akan agak laju dilaluan lurus nie.Tapi awas,penyambung jalan di highway akan menyebabkan jentera anda berbuai & jangan sesekali alpa..

Konvoi kami sampai ke Pengkalan Balak dalam pukul 4pm..ouhh rupenya ada sorang pegawai polis buat kenduri arwah di rumah kampungnya di Pangkalan Balak.Rumahnya betul-betul mengadap laut.View memang layan la kan..


Barisan kuda hitam.Geng-geng cop rider biasenya suka ambik motor ST..dah biase agaknya dengan cara pengendalian.

Dah sampai,kena carik air dulu..panas berasap nie kawan.

Air sirap kenduri..memang wajib ada..

Dalam setiap ride aku,agaknya dah mesti ada gambar mamat nie ker ..musykil..musykil

Dino Z750S berbaju hitam.Orang nya amat sempoi 


Kenduri belum start lagi.Kami sampai agak awal.So mari semua ambik kesempatan melepak tepi laut..kena angin petang sambil layan goreng pisang panas..

Geng-geng jantan cuba-cuba nak buat-buat romantis melepak layan blues

Jom kite pekena pisang goreng panas kat depan.Kalau nak laksa carik kat Penang yea..

Minum petang.Berikut adalah menunya goreng pisang RM 10.00,otak-otak RM 20,air botol sorang satu..tula menunya sementara nak tunggu kenduri start.

Lokasi kejadiaan..

Selepas ngam-ngam abis makan,pembacaan kenduri doa selamat pon dimulakan.Ouhh rupanye tuan rumah dah jemput budak-budak  tahfiz untuk baca Yassin.Kami diluar jer.

Meja khas untuk bikers bermakan-makan..

Dah memang jadi amalan sejak dulu lagi..bila ada kenduri,bebudak tahfiz @ rumah anak yatim akan dipanggil untuk doa selamat & dijamu makan-makan..

Shoru time beb..

Walaupon dah sebat macam-macam makanan kat gerai tadi,semua masih berselera nak makan nasik minyak..ramai yang bertambah..menu makanan macam kenduri kahwin siap ada air tembikar & bubur sebagai pencuci mulut

Ride sempoi,tapi ada 10 bikers yang ikut serta..majoriti geng cop riders

Perjalanan pulang akan menggunakan laluan yang sama seperti kami datang tadi.Layan kona lagik la pulak

Berhenti di stesen minyak yang terdekat atas 2 sebab.Isi minyak dan isi angin tayar.Terutama tayar aku yang agak  lembik .Padahal baru 2 minggu isi angin tayar,aku suspek kesan dari tampal cacing hari tu,menyebabkan angin agak cepat keluar.So aku kena rajin cepat pressure tayar belakang aku,sayang beb nak tukar tayar,bunga banyak lagi nie.

Selesai hajat di Stesen minyak,perjalanan kami,Alhamdulillah lancar melalui jalan kampung,dan terus memasuki highway PLUS.Aku & Petai bikers pertama yang berpecah dari konvoi untuk exit ke Kajang..

-KHir-

No comments:

Post a Comment