Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, May 4, 2011

Ride Tegar 834KM V2

Malam ni aku penuh bersemangat aku nak menyambung penulisan ride tegar 834KM versi 2.Sesudah makan durian,kami bergerak keluar dari Gopeng.Terus masuk highway.Alamaak minyak dah menyala-nyala nie.
Aku : Bang Nash,minyak dah kelip-kelip nieh
Nash : Takpe boleh lagik..jangan risau
Aku: Ada tali bang?
Nash : Nak buat ape pulak?
Aku: Senang nak tarik kalau minyak habis
Nash: Hahaha ko ni risau sangat,dekat jela stesen minyak kat sini.Lagi 5 km dah sampai Simpang Pulai.
Aku: Iyolah bang..

Lepas sisi full tank kat Petronas Simpang Pulai,baru aku tau satu teknik camne nak guna maximum kadar simpanan minyak dalam tank.Bile isi penuh,jangan stop dulu,biar minyak turun abis.Walaupon minyak dah sampai lubang tank,biar dulu,kemudian pam lagi,biar lagi,pam lagi.Sudah nya aku dapat tambah 3-4 liter minyak.Wahhhh terbaik nie.Teknik ni sebenarnya aku dah tau lama dah,cume terlupa pulak.

Okeh perjalanan diteruskan ke Juru.Misi kali ini nak makan Nasi Ketam Pak Su.Kami stop di Shell Juru,sementara menanti satu lagi geng yang berkereta.Bile tau diorang dah sampai ke kedai,baru la kiteorang gerak.

 Sedang melepak-lepak kat Shell Juru.Brader baju putih ni cukup berminat,banyak jugak soalan yang ditanya.Aku pon jadi la ramah tamah,bersembang apa yang patut.Kena la camtu kan,nanti orang kata bikers nie sombong,mau nya disumpah tak ke naya dibuatnya.
 Ini adalah geng motor klasik dan Vespa.Kebetulan diorang ada program di Kuala Kangsar.Program tu start hari Jumaat,so sabtu diorang dah gerak balik.Memang time-time ni berlambak bebudak motor klasik n Vespa.Yang aku respek kat diorang nie,bergerak mesti dalam kumpulan,tak boleh pecah.Rata-rata pandai repair motor sendiri kalau ada small breakdown.
 Makan time.Sampai di sini around pukul 3:50PM.Wah dah petang still tak masuk pulau lagik.Cuaca pon cun lagi ni.
 Sape-sape mau tempah silakan.Lokasi nak pegi sangat senang.Lepas tol juru terus jer.Jumpe 1st traffic light belok kanan.Kemudian terus sampai jumpa satu lagi traffic light.Belok kanan.Kedai kat sebelah kiri.
 Order dah sampai.Minum air kelapa lagik.Lazat sungguh.
Eh kakak baju pink! Nasik kat bibir tuh..hehehe
 Jemput-jemput makan,bukan selalu dapat makan ketam fresh dari ladang!


Dah habis makan,perancangan dibuat untuk next stop.Aku dengan gatalnya cadangkan kita pegi Terengganu la lepas nie.Dari Penang terus shoot ke Terengganu.Diorang pakat gelak jela.Abang Mat cadangkan kiteorang pegi Baling kemudian singgah ke Tasik Raban.If nak best lagi katanya boleh masuk Sadao.Tapi ape-apehal kite masuk Pulau,jalan-jalan.Aku dah terbayang nak layan kona masa on the way to Batu Feringgi.
 Motor pon bayar tol ye.Thank you,orang depan dah bayarkan tol.Brape aaa..RM 1.90.
Sempat la aku bergambar kat tol nie.Masa ni dah pukul 5:30PM
 Kalau masuk Penang,mesti la berenti kat Jambatan ambik gambar..bukti nie,Keadaan laut pon nampak tenang jer.
Kalau korang perasan,walaupon aku pakai jaket,tapi dah seksi nampak dada,fuhhh kepanasan badan,sebab layan durian n cuaca panas terik.
Ada satu keluarga India,pon dok bergambar masa kiteorang bergambar.
Eh bergambar sakan pulak kali nie
Okeh,dah dah tu bang.Jom gerak.Satu nak jumpe anak mami tanjung nie!
Bang..jom la gerak!
Watak Utama dalam ini wayang.Brader Nash.Thanks to bro Nash sebab bawak ke tempat-tempat yang boleh aku ambik gambar.Mau penuh memory card aku.

 Aik buek apo kek bawah jambatan tu?  Laaa rupanya mancing daaa.Ntah camne plak die turun kat situ.If korang nak tau,bawah jambatan Pulau Pinang memang merupakan spot memancing paling popular kat Penang ni.Pemancing boleh sewa bot.alaaa bayar RM 20 untuk pegi balik.Dah siap memancing kol aje tekong untuk ambik balik.Tiang-tiang di jambatan Pulau Pinang ni memang dah ada nombor.Paling popular ialah tiang 50-55.Makin betul-betul berada di tengah laut makin menjadi lubuk ikan.Kalau hari minggu tu,tiang-tiang yang popular semua dah kena booking,tinggal tiang-tiang tepi laut jer.Satu lagi jangan lupa bawak tali,senang nak ikat barang-barang masa ribut datang.

Dah masuk Penang tu,terus kami ke rumah Mat Saleh yang jual motor Versys tuh.Rumah nya berada betul-betul selepas jalan kona-kona di Batu Feringgi.Best jugak layan kona kat situ.Macam biasa Nash layan kona baik punya,macam naik basikal aku tengok di bawak GTR tu.Selamba betul.
Sampai ke situ,terus usha motor.Tahun 2008,tayar still cantik lagi,siap bersawang sket.hahaha Dapat la jugak kotak tapi bukan brand givi,Kawasaki punya beb.
Mileage bru 9K++.Motor serupa baru ooo.
Nash: Alaaa..pesal nampak simple sangat ni
Mat : Usah ko bandingkan dengan ST13
Nash: Tula awak dh terbiasa bawak ST13 tengok motor nie jiwa rase lain macam sket aaaa
Aku: Eh bang Nash,betul  ka  mau angkat ini motor.macam tak ngam ngn jiwa jer?
Nash:Hehehe

 Sessi test ride.
Lepas ambik motor kami pon bergerak dah nak membasahkan tekak di Jalan Gurney.Time ni masing-masing dah haus.Keadaaan trafik kat Penang time-time petang ni memang heavy.Ramai orang KL dah sampai untuk bercuti.

Singgah minum petang kat Restoran Khaleel.Bedal mee goreng sepinggan.
 Kali ni,motor dah jadi 3 bijik.Semua geng Kawasaki.

 Bersiap nak bergerak.Tak jadi pulak nak ke Baling.Yela hari dah gelap.Kalau aku selamba jer.Tapi bang Mat kena balik,ada program lain esoknya.
  Ingatkan nak check in kat sini..
 Hah..kat sini Padang Kota Lama.Alaaa. ni kan tempat bersejarah.Kota Fort Cornwallis,terletak kat sini.Tapak ni merupakan lokasi di mana Francis Light mula-mula mendarat di Pulau Pinang.Kemudianya di bina Kubu.Kubu ni merupakan kubu terbesar di Malaysia.
Salah satu meriam kat sini,dikatakan bagus untuk kesuburan wanita.
Tengok la muka dah berpeluh-peluh

Ha,jom sape mau masuk kasino! Kapal besar suda tunggu.
Aku rasa shot ni paling aku suka.Smart jugak view nya.

Okeh dah puas berjalan.Tiba masa untuk pulang ke KL.Masa ni dah pukul 7:30PM.Matahari pon dah tenggelam kan.Pada mulanya aku cadangkan balik nak naik feri,tapi Bro Nash dah set ngn wifenya nak jumpa di jalan masuk ke Jambatan,so niat tu tak jadi la.Takpe next time ada lagi.
Selepas ambik orang rumahnya.Kami dengan kadar santai bergerak.Ms Nash memang stedi orangnya.Sanggup bersama suami naik motor malam-malam balik KL.Memang sehati sejiwa betulla.Selepas keluar dari Pulau,kami pon singgah di Shell Juru menghala ke KL,masa ni dah pukul 8:30PM.Berenti nak isi minyak full tank.Memandangkan minyak aku penuh lagi,aku sekadar lepak-lepak.
Eh kebetulan ramai geng-geng ER6 ada sekali.Usha punya usha aku perasan sorang mamat yang memang aku kenal.
Aku: Bro,pe kabar
Mersing: Eh Khir,bro amcam sekarang?
Aku: Heheh stedi.Korang dari mana?
Mersing: Dari Penang.Ride balik hari jer.
Aku: Aku pon sama.Wah suda upgrade motor.Amcam terbaik ka?
Mersing: Tula,motor ni memang best,layan kona memang syok betulla..Lama la tak jumpe ko.

Tula seronok jumpe geng-geng bikers nie.Mau nak sangka selalu kiteorang jumpe kat KL,leh pulak terjumpa kat Penang kan.
Dalam pukul 9:15PM,kami pon bergerak,next stop Simpang Pulai.Hehehe kami tumpang ride sekali dengan bebudak ER6.Diorang ada dalam 10 bijik semuanya.

Mersing & Tuan Tanah
Cuaca memang best malam tu,so kami pon follow la group nie.Sampai la ke Simpang Pulai.Ride santai jer dalam 150-160km/h.Bila aku sampai aku nampak abg Mat GTR dah lepak-lepak.Cisss aku tau die ada pecut tinggalkan aku tadi.Lepas tu tarak nampak-nampak lagi.

Kat Simpang Pulai aku isi minyak full.Pukul 10:30AM kami bergerak.Next stop Ulu Bernam.Ulu Bernam biasanya menjadi last official pit stop sebelum bikers berpecah pulang ke rumah masing-masing.Okeh on the bike.Kali ni aku tak mau bagi Abang Mat tinggalkan aku.Hehehe memang aku follow baik punya.Sori  geng ER6,terlebih laju plak.Lain kali tak buat lagi.Dah la tumpang ride orang kan,boleh pulak aku sebat speed laju sket.Maaf sekali lagi.
Sampai di Slim River,tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Aduhhhhh memang langsung tak nampak jalan.Cermin mata aku dah berkabus.Kena la bawak slow banyak.Dalam 1jam  jugak la terpaksa bawak slow.Sampai kat RNR Ulu Bernam around pukul 12:00AM.Lennnnnnncunnnn!
Lepak pekena kopi dulu la.Sembang-sembang,borak plan untuk next ride.So cadangannya ialah 14-17 May ni nak ke Krabi.Hehhe aku dah apply cuti pon.Jangan tak jadi ye.Selepas tuh ada ride tegar lagi 28-29 May.Pegi Yala,Pattani,Narathiwat & Golok.Ehhh sedar-sedar jam dah pukul 1:15am.Aku pon bergerak pulang ke rumah.Jauh lagi tu,Rawang pon tak sampai lagi..sampai rumah 2:30AM.Heheheh bestkan..ride satu hari suntuk.

Okeh,untuk mengelakkan kesulitan semasa ride jauh-jauh.Alatan di bawah musti ada.Spray rantai(Kalau ada scootoiler lagi bagus),pam tangan dan penampal tayar.

 Itu la die stori ride tegar aku nie.Nanti update terbaru aku esok,nak pegi pasang ekjos baru nie.hehehehe
Adios

-KHir-

1 comment:

  1. charles carmichaelMay 4, 2011 at 4:37 PM

    As salam bro..

    nnt dah update post pasang ekjos baru, upload la video sket..nk dgr bunyi ekjos baru tu..hehe

    ReplyDelete