Rides & Events Update






widgeo.net

Tuesday, May 31, 2011

Ride Hatyai 28-29 May 2011 V1




Destinasi ride kali ini adalah Hatyai.Actually time bergerak tu selalu berubah-rubah.So sehari sebelum bergerak baru la dapat confirm yang kami akan bergerak dari RNR Rawang pukul 6AM.Alamatnya aku kena bangun pukul 4 lebih AM la..
Disebabkan semangat nak ride,aku siap kunci jam,pasal takot terlajak tido.Ayam kat reban pon tak bangun la bro!
Barang-barang aku dah siap kemas malam tadi.Kali ni bawak pouch bag jer.Senang tak payah bawak beg sandang.Untuk nak menjimat masa,aku dah isi minyak siap-siap kat Shell Jalan Reko,Bergerak terus sampai la ke Petronas RNR Rawang.Bawak secara santai,sebab tadi abang Mat dah sms,katanya lambat sikit sebab nak ambik pasport kat ofis.
Pukul 6:20AM aku sampai kat situ...aduhhhhh terkena lagi.Sorang pon tak nampak batang idung.Grrrrr....
Aku pon terus dail no Gemuk

Gemuk : Ye Khir.
Aku: Bro kat mane?
Gemuk : Hehehehe aku kat rumah lagi,baru pegi surau sembahyang Subuh
Aku : Iyolah,abang Mat dah sampai ni ha..
Nasib baik die bagi alasan lambat sebab pegi surau sembahyang Subuh.
Aku n abang mat terus la melepak kat RNR untuk pekena breakfast telur ayam kampung separuh masak..lazat!


Kehadiran rakan-rakan bikers,semuanya dah kenal n pernah ride sebelum nie.So takde la sessi perkenalan.
Shah 250 pon ikot serta tapi sampai ke Ipoh jer,nak balik kampung katenya..eleh sebenarnya lesen die tak boleh lepas sempadan kan..hahaha


5 bikers.Dari kiri Abang Mat GTR,Gemuk,Shah 250 ,tuan tanah & JJ z1000.

Jam tepat pukul 7:15AM kami bergerak menuju ke utara.Pit stop pertama,macam biasa la,simpang Petronas Simpang Pulai.Gaya pemanduan memang cukup santai,sebab layan udara pagi yang sungguh best.
Lagi 7-6 Km nak sampai Simpang Pulai baru la aku n abang Mat layan laju sket,hehehe sampai terlajak nak masuk Petronas..opp oppp nasib baik ada gear reserve!

Muke kawan-kawan still fresh & bersemangat nak ke Hatyai.

Selesai isi minyak,kami memang tak lepak-lepak,terus gerak.Kat sini kami bersalaman dengan Shah,dia akan exit Simpang Pulai & patah balik ke Ipoh.
Lepas Simpang Pulai,hehehe lalu Taiping..layang kona sket2 sebelum & selepas terowong.Keta pon agak banyak.Cuti sekolah tuh...

Next pit stop adalah Shell Juru.Isi full gak.Kali ni pon stop dalam 5 minit je.Betul-betul ride tegar.Kami nak sampai Hatyai dalam pukul 11:30AM.So ada banyak masa sket nak jalan-jalan kat sana.

Okeh cepat-cepat semua on the bike.Nanti border ramai orang.Penat nak beratur!

Abg Mat (Kanan Sekali : Mok,salah cara ikat beg itu,cenggini baru betul la
Gemuk : Iyala,nanti saye beli tong ikan letak kat moto saye,senang tak payah pakai tank beg
Abg Mat : Eleh cakap sket dah marah..sensetif,ati ada kolam ikan.

Hehehe next pit stop adalah changloon.Nak kena buat insuran & isi borang putih.Ride diteruskan tanpa berlengah lagi.Tengah-tengah ride tu,tetiba Gemuk dah tak kelihatan,eh mane pulak die pegi.Kite orang siap berhenti bawah jambatan tunggu die .Tak jugak muncul.So kiteorang pon teruskan ride sebab Gemuk tau kat mana tempat nak buat insuran.

 Lokasi kedai nya adalah kedai makan Cina.Kalau orang yang jarang-jarang datang sure tak tau.Ramai orang akan terus pergi border untuk buat semua urusan.Tapi bagi yang dah tau,better singgah kat kedai nie.Jarak dari border hanya 5-6km jer.Sebelah kiri jalan,sebelum CIMB Bank.


Bro JJ Z1000

Urusan insuran & white card.Total semua RM 13 jer..tak la mahal kedaung.Siap printed lagi semuanya.Kedai ni awal-awal pagi dah bukak.

Okeh next,Gemuk tak muncul lagi time nie

Kami ambik masa around 15 minit jer nak selesai kan semua perkara nie.Dah nak selesai urusan baru la gemuk sampai.Hehehe ade saje agendanya tuh..Aku dah siap tukar duit Baht lagi.
On the bike & seterusnya refuel sebelum masuk border.Refuel kat sini memang sangat wajib sebab minyak kat Thailand sangat mahal.

Refuel di Caltex.Lepak kat sini pon tak lama.Lepas 10 minit.Terus kami cargas ke border.

Urusan di border Malaysia amat mudah.Tak perlu turun motor,bagi passport,Imigresen scan cip,kemudian setel.

Opsss tuan tanah sempat bergambar sementara tunggu giliran nak check passport

Alamak...dejavu..orang berimpit-impit kat border Sadao..berpeluh ketiak la nampaknya kena beratur lagi.

Hehehe tapi tengah nak beratur tu ternampak pulak geng satu lagi yang aku terjumpa kat Petronas Rawang.Diorang dah gerak awal.Sooo queue diorang dah pendek..so menggunakan taktik bersembang dengan diorang,kemudian terus menyelit hehehe..tapi kepantangan teknik ni adalah,jangan pandang belakang..sure ramai yang akan menjeling..hehehe

Disebabkan kaedah menyelit digunakan,so kami pon dapat masuk Thai,lebih awal dari yang dijangkakan.Perut sudah berkeroncong..ouhhh sekarang nie time baru pukul 11:45AM.Hehehe kami tiba betul-betul  on time yang kami budget.Bawak pon tak laju tak slow.Maintain crusing speed.
Next pit stop adalah..restoran makan tengahari..kelaparan & kehausan.Dalam ati menyesal tak singgah beli air tebu kat Caltex Changloon tadi.



Kedai Kak Jah yg memang akan aku singgah lagi.Lokasinya 2 km dari border Sadao.Sebelah kanan,So kena u-turn la..

Parking khas untuk bikers,terima kasih ye!

Specialities kat sini adalah,air pegaga.Aku panggil air rumput.Airnya yang hijau pekat tuh.Memang sedap rasa macam rumput sket..heheh tapi best.Air tebu tu aku yang order,sebab terliur nak minum tadi,Air tebu kat sini memang pure betul.

Makan time..ape lagi tomyam la..sudah semesti sungguh sedap.Kami order telur dadar,kailan ikan masin ngan ayam goreng serai.Sedap & kenyang.

Jarak dari Sadao ke Hatyai adalah 50-60km.So Abang Mat akan lead jalan & gemuk akan lead masa kat town nanti.
Destinasi pertama adalah kedai buat sticker cacing.Yihaaaa..kalau datang sini tak buat memang tak sah la kan..soooo kena order dulu.Petang sket baru ambik.

Kena melintas la pulak..


Lambaian Kaabah..eh lambaian gemuk la..selesai kawtim dengan kedai sticker.

Next adalah misi pencarian hotel.Al-maklumla time cuti sekolah nie,ramai orang datang bercuti kat Hatyai.Kiteorang pon gatal gak,tak booking bilik awal-awal..Nasib baik dapat bilik gak kat hotel President,depan roundaboout.Lokasi hotel ni berdekatan dengan pasar.

Signboard pon takde.Tapi full house.bilik murah tapi kualiti sangat best.

Kami dapat parking VIP.Betul-betul depan lobi hotel.

Check in time.Semua bertungkus lumus bawak barang.Hehehe aku bawak diri jer..

Selesai urusan check in.Kami bergegas naik bilik.Wah indahnya,bila dapat bukak riding pants,jacket & boot..terasa segar sentiasa..cewah..
Perut dah kenyang terasa nak landing pulak..tapi rugi la pulak datang jauh-jauh tapi layan tido kan..So next destinasi adalah kedai spare part moto yang terletak bersebelahan dengan hotel kami.


Kedai krom..nak krom ape saje pon boleh la..

Ni ape jenis motor daaa..kat Thai nie dah la sparepart banyak,murah pulak tuh..so Malaysia kena ambik inisiatif untuk jadi negara kite nie hub untuk spare part motosikal supaya ramai orang dari negara jiran berkunjung ke Malaysia.Takde la kite dengar nak carik spare part atau accesories motor  ke turun Siam atau Singapura

Sini macam kat Jakarta jugak,berlambak-lambak helmet buatan negara sendiri.

Selesai jalan-jalan cuci mata.Nak pegi carik baju-baju pulak.Kat hatyai nie,memang murah segala pakaian termasuk baju-bajunya.Jam tangan pon murah jugak.Nak ke sana ke naik tut tut.Masa nak naik tut tut,ada satu peristiwa yang buat aku tersentuh.Tengok gambar kat bawah nie:

Makcik yang jual ikan ni Islam.Yang jual daging depan die tu,tau die jual daging ape? Tengok kaki dah tau kan..so tahap toleransi kat Hatyai nie cukup tinggi.Ikutkan mana boleh bercampur atau gerai dekat-dekat.

Pink Hotel.Memang cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia.Shopping heaven for men & women..

JJ tengah berurusan beli baju.Nak pastikan lesen terus idup la tu supaya senang lepas border.hehehe

Design t-shirt kat sini kebanyakan terbaru di pasaran.

Aik,jaket branded gantung camtu jer..hehehe rege leh tahan gak mahalnya.

Wahhh besarnya udang tuh..geram pulak rasanye..

Kalau ikut kan godaaan,mau aku sapu bersih satu kedai.

On the way ke kedai sticker.Eh Haji ada pulak..hehehe sebenarnya haji dah gerak malam tadi dengan geng Tasha.So petang sket baru jumpa.
Lepas shopping,its time untuk collect sticker.Aku buat siap letak nama lagik.Dapat 2 keping sticker.Bayar RM 10 jer..hehehe siap glossy lagik.

Kat sebelah kedai sticker tu,ada kedai motor besar.First time la aku jumpe kedai motor besar kat Thailand..pe lagi snap 1 gambar la..

Selepas selesai semua urusan.Masa untuk ke Floating market..hehehe aku sungguh berasa seronok..tapi tak la seseronok seperti mamat di dalam gambar kat atas nie..
Okeh..jumpe next entri esok.Aku akan update lawatan ke floating market.Suasana yang belum pernah aku jumpe dah sungguh menarik untuk dikongsi bersama.


-KHir-

2 comments: