Wah strymix kat rumah aku ni menggila pulak time hujan-hujan ni.Satu hari lebih down.Malam ni baru nampak laju luar biasa sikit.Wokeh ini aku nak bukak stori tentang ride hari sabtu 30 April 2011.Cadangan awal nak turun ke 1000 corner,tapi memandangkan ramai geng yang baru pulang dari Betong minggu sebelum tu membantutkan aktiviti untuk ride jauh kali ni.Family time maaaaa kata diorang.Aduh sangap pulak rasanya tak jadi.Aku still tak putus asa,nak jugak usahakan ride,walaupun dekat-dekat jer.Hehehe time ni la berbakul-bakul sms dihantar kepada kawan-kawan ngajak ride ke Penang.Alaaa balik hari jer pun.Wah,Penang tu dah macam kat belakang rumah aku jer ye,nak balik hari.Kebetulan Abang Mat GTR nak ke Penang jugak hari Sabtu,die pon ajak la aku sekali.Canteeeeek sesangat lah tu.
Yesssss la,malam sebelum bertolak,aku dah siap kunci jam.Nak bangun pukul 6:00AM.Almaklumla janji jumpa kat Petronas RNR Rawang pukul 8:00AM.Mau nya aku kena bertolak pukul 7:00AM.Jauh tu Rawang dari Kajang.Lagi pon aku ada masa sejam untuk sampai,boleh la ride santai sambil hirup udara pagi yang belum tercemar..cewahhhh .Lepas isi minyak kat Shell jalan Reko,terus aku shoot ikut Plus Highway menuju KL.Ride stedi jer.Sampai kat tol Sg Besi,jengah kat seberang Jalan,nampak geng-geng superbike lain tengah lepak-lepak,tu pemandangan normal hari sabtu,ramai nak gi ride la kot kan. Selepas tu aku pon ride santai,Lagi 5km ke Shell & Esso Dunia Perabot,tayar depan dah rasa lain macam.Berenti sekejap,tengok tayar depan,eh ok jer,pesal rasa lain sangat nie.
Aku pon try jalan lagi 2-3km,eh lain macam sangat la,berenti tengok tayar depan OK.Eh tengok tayar belakang,laaaaa rupanya suda pancit la..adooiiii aiii.ni yang buat lemah semangat nak pegi ride nie.Semalam baru jer aku pegi Kedai Kat Sg Tangkas check paku,nasib baik tak tembus,tengok-tengok hari ni dah kempis.Nak tambah lauk,penampal tayar (cacing) tu tak beli lagik! memang terbaik. Cuaca memang cun pagi tuh,& time baru pukul 7:20AM,mana ada kedai bukak lagi pagi nie.Aku pon sms kat Bang Mat bagitau lambat sket pasal tayar pancit.Pikir punya pikir,baik aku pegi Welly Batu Caves,sebab pkl 9 dah bukak,lagipon nak exit ke Tol Jalan Duta dekat sket.Singgah isi angin kat Shell Dunia Perabot,cayalah,dengan angin tu,aku boleh ride sampai Welly Batu Caves,banyak bagus jugak tayar tebal-tebal ni kan.
Time tu aku belum sarapan lagi,carik kedai makan dekat-dekat situ n shooooowru dulu.
Time tu aku belum sarapan lagi,carik kedai makan dekat-dekat situ n shooooowru dulu.
Kempis habis..tayar belakang!
Hehehe diorang belum jumpa lagi paku..blum gelak lagik!
Ha ni la die bendanya,paku dinding kot.
Masuk kat tayar walaupon tak tajam.Tenggelam terus.
Kebetulan ternampak motor Zack Sangria Bikers nak diservis,tuannya kat mane?
Ha ini la die keris yang menikam tayar aku.Pomen kat situ boleh gelak-gelak lagi tengok benda ape yg menyebabkan tayar bocor.Penerangan lanjut,tayar akan jadi panas selepas beberapa ketika digunakan,maka ia jadi lembut,senang benda-benda asing nak masuk kalau tayar pressure tak jaga..hehehehe padan muka aku!
Belum apa-apa dah terbang duit sebab tampal tayar n beli set cacing.Kena beli la nanti kang bocor lagi,sape pulak nak menolong.Nasib baik pam tangan aku dah beli lama dah.
Dalam sibuk-sibuk tawar menawar nak mintak diskaun,aku dapat SMS dari Bang Mat untuk singgah kat Sunny Motor Jalan Pahang.Aik pe pulak program ni.Tapi tarak hal punya sebab dari situ dah dekat.Rupa-rupanya bro Nash nak tengok ST13 idaman kalbu.Tapi sayangnya telah disambar orang.Masa ni dah pukul 10:30AM.Kiteorang masih di KL lagi,hujan pulak tuh..
Sunny Cycle.Expert untuk repair motor-motor BMW.Habis terbarai dibukaknya,boleh ker pasang balik? hahaha
Motor tuan tanah selepas bermandi hujan di Sunny Cycle Jln Pahang
Aku pon dah terpikir jadi ke tak nak naik Penang nie.Tapi dengan semangat membara,kami bergerak jugak ke Penang.Ouhhh tujuan ride ni sebenarnya bro Nash nak collect motor Versys baru die kat Penang.Aku tumpang semangkuk untuk join ride.Penang maaaa,aku pon blum pernah sampai sana naik motor.
Pegi dengan 2 bijik motor.Aku follow belakang,Bro Nash bawak GTR,hehehe aku terus menjadi follower yang setia.Memang tahap gaban cara die bawak motor.Aku masih belum tahap tu lagi.So mane skill yang boleh aku follow aku follow,mana yang sangat bahaya aku tengok jela.Ada level-level risk yang aku tak akan ambik.Kami singgah di Gopeng sekejap.Ingatkan nak isi minyak,rupanya ada sesi makan durian.Walaaawey ini durian kampung.Malam tadi gugur.
Sampai di Gopeng.Pukul 11:30AM
Sessi makan durian sudah bermula.Nama kampung ni ialah Kampung Jahang.Best ooo kampung ni macam-macam ada.Nak panjat gunung pon boleh,nak mandi sungai pon boleh ,nak main water rafting pon boleh.
Its time to makan!
Line clear..kite boleh start makan
Pelakon utama,Mat GTR
Ini buktinya,kami boleh menghabis satu bakul durian
Besarnya parang,pisau pon boleh la bang Mat..hahaha
Saya makan,bang tolong kopek!
Geng-geng pemaging dah sampai.Diorang datang berkereta.Yang berbaju hitam adalah isteri kepada bro Nash.
Kuning,memang lazat.
Dah abis makan durian,kami bergerak ke Sungai Kampar,naik kapcai Pak Lang.
Bebudak sekolah tengah layan water rafting
Tuan Tanah disuruh bergambar..ala tuan tanah kan tak suka over expose..;)
Nasib la apesal tak bwak sluar nak mandi kan..melepas peluang nak terjun tiruk!
Gua Kandu,tempat geng-geng extreme buat wall climbing
Kami nak meneruskan perjalanan ke Juru,makan Nasi Ketam.Dengarnya sungguh lazat..Dan seterusnya masuk Penang Island.
Orait..nanti update version 2 seterusnya esok.Banyak lagi halangan yang perlu ditempuh..kalau tak takkan pegi Penang pukul 2:30AM baru sampai rumah...
Adios
-KHir-
No comments:
Post a Comment