Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, May 18, 2011

Ride Krabi & Hatyai 13 May -17 may V1

Wah hari yang ditunggu telah tiba,ride yang dinanti- nanti untuk aku lepas border Malaysia.Semua akan berkumpul di RNR Rawang pukul 8:30PM.Tayar golek pukul 9:00PM
Punyela semangat siap balik keje awal plak hari Jumaat tu.Al-maklumla packing last minute.Kelam kabut sket la.Pukul 7:45PM aku gerak ke Rawang.Isi minyak full dulu kat Shell Billion.
Aku ride pun secara santai.Ha..ngam-ngam pukul 8:30PM malam aku sampai.Eh terkena lagik,takda orang lagi.Nasib baik Haji sampai sekali.Ada jugak teman.Pastu sikit demi sikit sampai.Fuhhh ramai jugak yang join rupanya..
Sementara menunggu ketibaaan dif-dif kehormat yang lain,aku pon snap gambar-gambar rider yang bakal menjelajah 2000km bersama.

Haji ZX14 biru tengah parking

Aku pon ambik kesempatan untuk test shot malam.Ok la sket.Tapi mau kena carik camera yang ada wide angle dan; belajar camna nak ambik gambar bergerak.


Imam Mat Zin tiba dengan motor baru Fazer 1000..hehehe takla die tengah test motor Faizul.


Dari kiri : Safri Blackbird 1100,Faizul FZ1,Tasha Hayabusa,Hj Rahman ZX14,Brader yang nak ride sekali sebab nak balik Sg Petani.


Sebanyak 12 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi nie.Macam-macam jenis ada.Yang lain belum sampai.Macam biasa perancangan awal nak gerak pukul 9:00PM.Tapi suda terlajak ke 9:45PM.Tunggu bebudak Seremban sampai.Ni geng yang belum pernah aku jumpa lagi. Sebelum bergerak Tasha chief da mission bagi taklimat keselamatan.Imam Mat Zin baca doa sebelum memulakan perjalanan.
Next destination adalah Pulau Pinang.Kami akan bermalam di sana dulu,sebelum bergerak awal pagi untuk masuk border melalui Bukit Kayu Hitam seterus ke Thailand melalui Sadao.
Tayargolek time.Beratur dalam formation.sebelum bergerak
Perjalanan agak perlahan sebab banyak kereta nak balik kampung.Cuti panjang ni wei.Around pukul 10:30PM kami berenti di Simpang Pulai untuk isi minyak.Perjalanan ketika ini dalam 198KM dari Rawang ke Simpang Pulai .RNR Simpang Pulai memang merupakan stop yang wajib untuk bikers kalau nak jalan jauh ke utara.Seterusnya bergerak ke Juru.Hehehe masa sebelum dan selepas terowong Kuala Kangsar,layan kona skit..skit jer sebab malam tu beb...
Next stop singgah di Shell Juru.Kali ni stop agak lama sket sebab nak menunggu satu lagi group dari Seremban.Jarak antara Simpang Pulai ke Juru dalam 60-80KM jer,minyak pon tak luak.tapi aku isi jugak bagi full tank.Senang esok nak gerak.

Mood masih ceria lagi!

Tepat pukul 12:30AM  geng Seremban ampai,yang di lead oleh Tahir kami pon terus on the bike.Exit ke jambatan dalam 2-3KM jer dari situ.Tasha lead n pesan jangan pecah group.Senang dia nak bayar tol untuk semua orang masa masuk Penang nanti.Hmm..time nie visor helmet dah penuh dengan serangga-serangga.Agaknya sebab banyak sawah,so macam-macam jenis serangga terbang.Langgar kat helmet aku,bersepai-sepai macam taik burung.

Nasib baik aku dah beli glove yang lembut,senang capai camera dari pouch beg terus snap masa nak masuk ke Penang.Hehehe brader yang pakai baju Powerage tu bawak Fazer 1000.Sungguh bersopan orangnya,nak potong bagi signal,nak tukar lane bagi signal..n dia merupakan roommate aku masa kat Thai.Jimat banyak
Time ni ni dah pukul dah pukul 12:40AM.Syok ooo lalu jambatan Penang tengah malam.
Eh ter-snap plak gambar sendiri.
Next destination adalah Hotel Ho Peng.Hotel cap ayam jer.Cukup la untuk rehatkan badan sebelum start jalan jauh pepagi esok.Lokasi ni berdekatan dengan Masjid Kapitan Keling.


Jentera berat sampai ke hotel.
Punyala bising malam tu,dari senyap terus bising.13 bijik motor dengan macam-macm jenis ekjos.

Check in time.Harga bilik RM 69.30..apa la tokey hotel nie..letak RM 70 kan senang.Dah susah tengah malam terpisat-pisat nak kira syiling.
Semua dah tak sabar nak check in.Tapi takkan nak naik tidooo kot.Malam masih muda.Lepas nie kami nak pegi shoooruuuuu dulu.Lokasi nya?

Chief da mission senang mengawasi anak-anak buah

Jangan rebut-rebut nak lift.Leh muat 3-4 orang nie.Dengan beg lagi.ha..naik 2 orang jer boleh.
Lepas simpan bag,semua diajak pegi makan.Letak barang jer,jangan tidoooo aaaa..Destinasi merupakan Nasi Kandar Beratur.Wah aku selalu dengar tempat tu,dengarnya lagi sedap dari Line Clear.Fuhhh baru aku tau kenapa hotel tu dipilih,rupannya sebelah jer dengan restoran tu.Jalan kaki beramai-ramai la nampaknya.
Time ni dah pukul 2:40AM.Stil berselera makan ker? Semua turun tu..Kebetulan pulak satu group Mat Rempit Penang lalu,heboh sekejap la pasal nampak kiteorang jalan ramai-ramai.Aku rasa memang kronik la masalah rempit kat Penang nie.

Nak ambik ko,memang kena beratur.Memula semua senyum jela pasal nak  makan sedap nie.Tapi dekat sejam gak beratur.Hehehe pukul 3AM beratur untuk makan..tak ke kelakar.
Lokasi kedai ni betul-betul sebelah masjid Kapitan Keling.Kedai nie ada 2 shift sebelum pukul 10PM,orang lain jual.Lepas 10PM orang lain take over pulak.Dengarnya sebelum pukul 10PM lagi sedap.
Aik,masih beratur lagik?
Menu yang lazat.Aku ambik kambing & sotong siap air,kena RM 7 jer..Ni pon ada orang belanja. :) Rasa memang sedap.

Lepak makan kat situ dalam sejam.So mau dekat 3:30AM baru naik bilik.Tapi sebelum tu kena berkumpul di lobi,Tasha nak collect passport ,copy geran,duit insuran,Semua sekali RM 20.Bagus Tasha nie,sebab esok pagi-pagi dia akan gerak dulu ke border untuk siapkan white card n insurance kiteorang.Kalau pegi ramai-ramai nanti takot lambat so die gerak sejam awal dulu dari kiteorang.
 Okeh untuk esok 14 May,tayar golek pukul 7AM.Semua dapat tido dalam 2-3 jam jer.Pepagi dah bangun kasi check motor dulu.Apa yang penting? itu rantai mau kena spray dulu.


Tayargolek tepat pukul 7AM.Ride ni di lead oleh Tahir.
Berenti dulu,lori bomba nak keluar.
Keluar jer highway,kami terus shoot untuk next destination.Pit stop yang wajib adalah Esso Changlun.Siap isi minyak kami memang tak tunggu lama sebab Tasha dah tunggu kat stesen bus Changlun.Jarak dari sini ke border dalam 7-8KM jer.
Stesen ni merupakan lokasi berhenti untuk rehat-rehat & tukar duit Baht.Aku dah tukar siap-siap kat PKNS Bangi semalam.Turun sket duit Malaysia. RM 100 =980 Baht.
Bang..itu tank bag jangan tinggal.Kang beg tu dulu sampai Thailand...hehehe
Sesi collect passport & white card
Woppsss sekali-sekali interframe..tuan tanah nak bergambar jugak
Hah jangan lupa sain itu white card aaa..depan belakang..Ni ha geran korang.Geran ni jgn dibagi pulak kat Imigresen Thai tu,bagi passport & whitecard jer.
Sessi sain menyain.
Ada eloknya kalau bawak passport simpan dalam plastik.Nanti hujan selamat.

8:30AM Tayar golek ke border Malaysia.Urusan Imigresen Malaysia tak susah,takyah turun dari motor pon.Bukak visor,hulur pasport.Setel
Beratur nak menunggu giliran di Imigresen.Mat ER6.Dia nie pon otai kat kat area Thailand nie.

Lepas tu,jalan depan sket kena tahan lagi.Aduiii pe pulak la nie.Melalui otai-otai lama,diorang cakap procedure nie memang takde.Semua kena tahan,n polis Malaysia mintak gerak n IC.Siap check dalam sistem lagi.
Thailand dah kat depan tuh..kami semua berenti dulu nak pegi verify geran n IC.
Pak polisi sambil tengok geran,sambil tengok motor.Jangan lupa ye parking kat sini masuk gear 1,kalau tak menggelongsor ke belakang sapa nak tolong?
Kami masih berada di Malaysia lagi..hehehe kat depan tu dah nampak signboard Welcome to Thailand.

Akhirnya selesai jugak,proses tu.Rasanya diorang nak rekod perjalanan keluar masuk jer tu..Kesian aku tengok polis tu,salin semua detail IC atas kertas.Mau seribu orang,seribu kali die nak salin.
Alhamdullilah,sampai jugak aku kat negara orang,naik motor..tapi....

Parking dulu motor,tengok punya la ramai orang nak masuk Thailand..aduhhh panas







Tu die..sejam aku beratur untuk chop passport.Kali berdiri saja jer takpe,nie dengan jacket,helmet,beg,mau pengsan aku nie.Kalau orang first time macam aku nie memang tak tau la kaunter mana nak pegi.,Sebab lain kaunter lain fungsi.Haa..yang bestnya kena bayar singgit tanpa resit.Hehehe banyak collection tu.


Orait aku sambung lagi malam nie.Perjalanan ke Krabi,jauh lagi perjalanan.Around 500KM lagi.tapi memang happening.


-KHir-

4 comments:

  1. wowweee!!bestnyer!!!!
    **jeles ahhh..

    ReplyDelete
  2. kalau melalui Bukit Kayu Hitam memang ramai orang.. boleh juga cuba melalui Padang Besar, Perlis.. mungkin kurang sikit orang.. tapi jauh sikit untuk menuju ke Hatyai dan Krabi...

    happy riding..

    ReplyDelete
  3. salam bro....bulan 1 ari tu saya gi kerabi gak..tapi kami masuk border kul 7 pagi...memang tak ramai..kalu lepas pukul 8..alamat..beratur panjang ler..

    ReplyDelete
  4. bro Pedrosa,

    Thanks for stopping by.Tak sempat ari tu nak buat plat cacing.Maybe ride wekend nie baru buat..
    Okeh..nanti next dont wori..akan diwarwarkan

    ReplyDelete