.
Aksi beramai-ramai sebelum bergerak.Faizul jaadi pembonceng setia..jangan peluk-peluk aaaa geli den!
Sepatutnya semalam lagi aku dah upload entri terakhir ride to Krabi.Dari Jumaat 20 May sehingga 22 May aku berada di Terengganu.Sempat lepak tepi laut untuk siapkan separuh dari entri nie.So hari ni mari kita melayan cerita ride yang best ni.
15 May 8:00pm: Kami semua dengan motor sewaan yang dibangggakan nak bergerak untuk makan malam di bandar Krabi sambil singgah di pasar malam krabi.Perjalanan agak jauh jugak.Dalam 20km.Macam biasa Tasha akan lead dengan Yahama Nouvo versi Siam.Aku berada di tengah kelompok konvoi follow macam biasa.Jalannya huhuhu banyak jugak kona-kona.Aku bawak motor skuter ni bukan biasa sangat,nak ambik kona pon rasa melayang jer.Tengah tiba-tiba syok melayan perasaan.Group depan aku tiba-tiba memecut.Mula-mula aku try kejar jugak.Aduh dengan jarak penglihatan yang tak berape best,aku lupakan niat nak kejar.Yela aku dah sekejap ke tengah,sekejap ketepi nak balance motor.Hehehe marah bang mat er6 kat aku.Heheh sori ye,mata tak nampak bang!
Destinasi pertama,pasar malam Krabi.Nasib baik naik kapcai.Pekan Krabi jem sungguh.Nak parking motor pon kiteorang pakat-pakat parking atas kaki lima.Masing-masing lock motor dengan rantai yang disediakan.
Suasana pasar malam kat sini,agak berlainan,lebih banyak barang keseniaan yang di jual.Siap ada bebudak main alat muzik tradisional,orang buat muka dari lilin,print t-shirt.Yang makan-makan tu memang banyak la..tapi jangan tersilap beli.Nanti terbeli babi golek..ha baru padan muka
Motor dah rantai.Jom serbu pasar malam.Kena melintas jalan yang sibuk bebenor!
Aku ingatkan Ronald Mcdonald tadi,rupanya orang yang tak bergerak.Sapa-sapa boleh conteng kat badan dia.Kat mana-mana pon boleh.Mula la ramai tangan nakal dok lukis bukan-bukan.Tapi mamat nie memang stedi,tangan tak bergerak langsung,dari start aku masuk pasar malam,sampai la keluar macam tu jer die.Cuma nampak perut naik turun bernapas.
Jualan macam-macam gambar.Tengok budak kepala botak tu.Kat Thai semua bebudak rambut macam tu.Agaknya peraturan sekolah kot.
Tengah sedap-sedap ambik gambar,terlalu pulak akak nie.Aku nak ambik kedai kebab belakang tu.Kat Krabi ni,memang dah jadi pemandangan biasa kalau jumpa orang bertudung.Still ramai orang islam kat sini.
On the scene,boleh buat baju.Aku nyesal pulak tak buat baju kat sini.
Selesai jalan-jalan cuci mata kat pasar malam.Kami bergerak ke tempat makan.Lokasi nya di sebuah muara sungai.Jarak dari pasar malam dekat jer.Masa kami sampai tu,kami parking kat sebelah 5 buah superbike.Semua plat Malaysia.Maybe dari Penang kot..tak sembang pon..kite orang naik kapcai,diorang naik superbike,mane leh sembang kan.
Ouhh lupe plak,konvoi malam nie,disertai oleh 1 keluarga.Kebetulan diorang duduk 1 hotel ngan kiteorang.Diorang pon follow sekali pegi pasar malam & makan-makan.
Menu makan malam aku adalah sup campur.Semua jenis daging.Hulaaaaa..terasa keenakannya sampai sekarang.Ramuan die letak memang terbaik.Aku makan begitu jer tanpa nasik,rasa macam nak tambah semangkuk lagi.Ha bab air minuman agak pelik sikit.Kat sini tak jual air,tapi diorang bekalkan air mineral dalam botol.Sape-sape nak minum air tin,kena pegi kat kedai seberang jalan.
Pak kasi campur semua! Perut,usus,daging n macam-macam ada!
Makan dulu baru bayar.Murah jer beb,semangkuk RM 4 jer..Betulla semua murah-murah jer kat Thai nie.
Yeah selesai makan.Jom balik tido dulu.Kali ni aku tak kasi can,aku follow Tasha rapat-rapat .Hehehe bila sampai hotel ada yang gelak-gelak pasal habis semua keta Thailand kena potong dengan konvoi kapcai kiteorang.Punyala laju.Aku sebat jer layan kona.Yela balik dah naik sorang.Si Faizul tumpang naik dengan sorang brader yg naik Nouvo.Stabil skit aku naik sorang.Sampai bilik,bedebushhhh layan tido.Esok pagi-pagi pukul 9am nak gerak.
16 May 9:00AM : Kali ni aku dah bersiap lebih awal.Malam tadi dah siap packing semua barang.Bangun pagi terus bawak barang n hantar skuter dulu kat kedai.Pastu belek-belek motor kasi minyak rantai.Safri n wife turun n test start motor.Alhamdullilah motor dah ok.Tu untung nye pakai enjin karburetor.Tak makan kuasa bateri kuat sangat n bateri dapat full recovery.Selepas ini kami akan menempuh perjalanan 200++km untuk sampai ke Hatyai.Plan nya nak tido semalam kat sana sambil layan tengok floating market.
Geng ladies bikers,semua jiwa tegar.(Opsss sebenarnya diorang follow utk mengelak laki nya kona ke lain..hahaha)
Cube carik di mana tuan tanah? Ramai kan yang join ride nie.Total ada 31 orang.
Hmmm..tayargolek,tepar pukul 9:30AM.Dalam nak bergerak tetiba,haji bagitau motornya takleh start.Aiseyman,aku sebagai tolak official pon tolong.Wahhh kali ni memang berat nak tolak.Naik bukit turun bukit nak idup.Tasha ler yang jadi tukang startnya.Cuma keadaan jalan yang licin menyebab tayar slide bebepra kali.Mau dekat 300 meter tolak baru boleh start.Hmm suspek bateri dah kurang power sebab,Hj terlupa nak off kunci.Motor Zx14 nie memang kuat guna bateri.Depan belakang ada 6 lampu.
Ciki tolong tolak motor,sambil aku ambik gambar.Pastu aku pon kena tolak sekali.Mana larat nak tolak sorang.
Kami on the bike,pukul 10:00am.Pegi isi minyak dulu la beb.Kali nie terbang RM 40 jugak.Gigil nak bayar.Sebelum nak gerak Tasha bagi taklimat lagi.Kali ni,kami akan bergerak dalam 2 kumpulan,kalau sape nak laju ikut ,kalau nak slow ikut Tasha..aku macam biase ikut yang slow la..Tapi perut ni lapar nie..Mau kena singgah sarapan jugak.So kami singgah bersarapan+makan tengahari kat kedai Mek Siam hari tu.Kedai yang sama kami singgah masa datang.Perjalanan ke situ agak best jugak,sebab banyak kona panjang.Memang layan beb.
Op op op jangan jalan dulu Hj,saye nak bagi taklimat nie..
Still seronok lagi ke Mak aji?
seronok lagi la..walaupun kaki kanan dah start sakit..
makan tetap makan
Lepak kat situ dalam sejam.Masa untuk bergerak.Motor haji masih tak boleh start.Tolak beramai-ramai la jawabnya.Perjalanan diteruskan dalam 100km baru kami berhenti di sebuah stesen minyak..lupe pulak namanya.Tapi memang kebetulan plak,masa lepak tu,hujan turun selebat-lebatnya.Memang rezeki kami la tidak dilanda ujan lebat.Melepak kat situ pon best jugak,layan view belakang stesen minyak.Ada sawah padi siap kuda tengah makan rumput.
Toilet break.Time nie cuaca masih panas.Masing-masing berkejaran untuk ke toilet.
Tu die,view kuda bersama sawah padi.Kurus jer kuda nya..sian makan rumput jer..tak dapat makan dedak..
Selepas hujan stop.Zooooom bergerak.Motor Hj dah tak meragam dah.Senang jer start.Hmmmm perjalanan menempuh 100km++ lagi.Kejap cuaca elok kejap ujan.Kejab ujan lebat.Nasib baik aku dah simpan passport dalam beg plastik.Selamat.Masa ni aku pastikan aku berada di hadapan konvoi.Tapi nak duduk belakang Tasha memang takleh la.sebab imam manjang jer dok situ.Kalau potong sure kena potong balik.Hahaha saje jer aku nak memain,try gak potong 2-3kali.kena potong jugak balik.
Perjalanan kali ke Hatyai nie,aku guna glove aphinestar aku,so kurang gambar,sebab glove tak sesuai guna untuk tangkap gambar.Dipendek cerita kami sampai ke Hatyai dalam keadaaan basah lencun.Nasib baik beg sandang aku dah tumpang kat Ah-chong yang datang berkereta.Hotel yang kami lepak adalah hotel Asian.Memang dekat untuk pegi jalan-jalan shopping area kat Hatyai.
Harga RM 80,tapi bilik macam 4 star punye kualiti.Patut la ramai nya orang Malaysia datang shopping kat sini.Semuanya murah belaka.
Check in time.Angkut segala beg,helmet,side box,top box.Bilik dah siap booking dah.So takyah la nak gi kaunter untuk register.Collect kunci jer.
Perbincangan hangat untuk menentukan aktiviti malam nanti.
Selesai aku balik ke bilik,Brader Safri pon datang ketuk,aiseyman kami dah tertukar beg daaa..beg kiteorang memang sebijik.Patula aku rasa heran bila ambik beg kat porter,beg aku bolehj pegi pile yang bawah sket,padahal aku dah letak kat pile atas.Hehehe nasib baik aku tak bukak beg tu..kang ape ntah aku jumpe nanti ;) (Ampun ye Safri & Sue)
Pukul 6 aku dah siap nak turun,takmau tido beb,kang memang sambung sampai pagi esok.Time ni la nak jalan-jalan area hatyai.Kali ni aku berjalan bersama,Hj,Imam & bang mat.Destinasi,suda pastu carik makan kat tempat yang best.
Pemandangan pekan Hatyai.Keadaan sibuk dengan orang membeli belah.Majoriti orang kat sini semua pandai cakap melayu.
Makan time.Aku order nasi goreng daging merah & tomyam..alamak kena repeat lagi nieh! sheeeeedapppp mak! Pastu jalan-jalan la kite yea.
Antara kedai muslim yang banyak terdapat kat sini.Yang best kat kedai ni adalah semua barang makanan boleh rasa.Kesimpulannya,keluar dengan perut kenyang beb!
Masing-masing still masih dok merasa makanan dihujung sana.Aku dah beli beras pulut hitam 2 bungkus.Mak aku pesannn daaa..
Camne pulak ada kerusi tengah jalan nie.
Dah penat ber-shopping pekena air kelapa bakar pulak.Ok la,boleh la,ingatkan sedap sangat,rasa biasanya jer.Diorang guna kepala yg dh nak tua untuk dibakar.
Shopping street sepanjang jalan
First time aku masuk Thailand,terperanjat aku tengok wayar elekrik berselirat.Ini merupakan pemandangan biasa kat Thai.
Sampai bilik,terus aku rilek-rilek,tetido pulak.Tersedar bila Hj call.Terus dengan terpisat-pisat aku bangun.Rupanya masing-masing pakat pegi massage.Aku dah dapat tido 2 jam tido pon dah best,malas ahhh massage.Imam,tengah layan stim kena massage
Geng KTM pon masage.Tak cukup kat situ,order mintak datang bilik..
Aku ngn Hj tak la pegi massage.Pelagi pegi kena teh 3 layer depan Mcd.memang best.Korang tengok la cara die tarik tu!
Sambil minum teh,pekena nasi lemak.Sayangnya nasi agak lembik sket.Tapi perut dah lapar,sebat jer.
Melepak kat situ pon dah dekat 2 jam.Pukul 12 am baru naik bilik.Eh dah nak balik ker esok.Cepat betul masa berlalu.Yihhhaaaa aku pon dah homesick nie..(Cewah yela tuh).Perjalanan balik nanti akan dibahagi kepada 2 group.Group pertama gerak pukul 7.Group kedua,ikut suke korang la nak balik pukul brape.hehehe
Konvoi pertama bergerak seawal 7pagi waktu Malaysia.Sayangnya motor Hj still tak boleh start.Tolak lagi,kali ni Ameng (rupenye onwer lame motor ZX14 hj) yg tolong idupkan.Kejap tolak jer dah idup.
Selesai masalah,masa untuk tayar golek.Time ni orang Siam tido lago.Yela baru pukul 6 pagi beb.Ramai jugak yang gerak bersama.Dalam 10 bijik jugak.Yang tinggal 2-3 bijik motor jer.Imam,brader ASTRO & Man ER6.Yang lain semua pakat gerak awal.Nak sampai KL sebelum petang.
Perjalanan dari Hatyai ke border tak la jauh sangat.Dalam 50-60km jer.Dekat sangat.Takyah isi minyak pon.Jimat duit aku beb.Singgah breakfast dulu kat kedai yang sama masa masuk border.Walaupun baru pukul 8 lebih,menu makan tenghari dah ada.Bismillah jela..dah tak pandang kiri kanan.
Ont the bike 9:30AM.Kali nie urusan imigresen di border Sadao amat mudah.Orang takda lagi pagi-pagi nie.Cepat jer selesai.Dari jauh kelihatan,signboard nak masuk Malaysia.Ouhh tanah air ku..baru aku tau,best mana tempat orang.mana nak sama rumah sendiri kan!
Ho ho ho ho balik kampung..hati girang..perjalanan jauh tak kurasa kerna hati melonjak sama..ingin berjumpa sanak saudara.
Perhentian seterusnya adalah Shell selepas border Malaysia.Jeng-jeng berlaku 1 peristiwa yang mengubah laluan perjalanan pulang aku hari ini.Semasa di Shell hj terpaksa mematikan enjin,sebab tak jumpe kunci spare untuk bukak tank,lepas isi,tak leh start balik.Try tolak pon tak boleh jugak.So otai-otai ambik keputusan untuk bukak fius lampu depan untuk kurangkan power.Still tak boleh start jugak.Mana pulak nak carik jumper nie.Fikir punya pikir,geng otai mintak brader bomba untuk pinjamkan bateri motor ZX14 nye.Mula nak buat teknik guna bateri brader bomba dan pasang balik bateri Hj.Tapi teknik tu,tak boleh digunakan sebab bila cabut jer,bateri masa motor idup.Terus enjin moto mati..Kemudian try buat jump start bateri ke bateri.Try sekali jer terus idup.Lega.
Lepas nie kena carik kedai tukar battery.Rasanya batteri dah kong abis tuh.
Chief da mission sungguh bertanggung jawab.Sambil pakai jaket panas leh bukak skru.
Brader bomba,menunjukkan kepakarannya.
Perjalanan di teruskan.Aku bersama Safri,Tasha mengiringi Hj untuk exit ke Juru.Singgah ke kedai Kawasaki.Fuhhh nasib baik bukak.Singgah sini cuci mata sambik kena aircond memang terbaik.
Mula motor aku kat depan.Karang berpindah ke belakang pulak!
Pomen tengah test bateri.Laa rupanya bateri takde problem.Alat yg bagi power &bersambung dengan rectifier yang problem.tak dapat nak cas bateri.Haishhh masalah besar nie.Boleh ker motor nie bergerak balik KL.Sudahhhh bila check stok takde pulak.
So lepas diskus Hj & Mak Hj terpaksa tinggalkan motor kat situ n balik KL naik bas.Motor boleh start,tapi risiko amat tinggi kalau motor tetiba mati tengah highway yg panas berdengung.Aduiyaaaa..Lepas nie mau kena datang balik collect motor.Sementara diorang tengah diskus-diskus,aku pon ambik kesempatan untuk servis moto aku.Dah 5.5k KM dah..RM 220 jugak kena..walaweyyyyy 4 botol minyak n oil filter.
Lepas servis,baru la hati ada aman sket,untuk perah..yihhaaaa...
Hj Rahman & Mak Hj kena balik naik bus,tokey kedai dengan baik hati hantar diorang ke stesen bus.Dalam ati sure,rase pedih,bile kiteorang lalu potong bas diorang masa on the way balik KL.Hehehehe
Lepas ni gerak untuk makan tengahari.Jam dah pukul 1:15PM.Hehehe makan kat Warung paksu.Baru jer 2 minggu lepas aku makan kat sini.So nie repeat lagi.Menu sure la order yang lain kan.
Menu aku mee udang.Minum pulak air mata kucing.Spesel tu air mata kucing kat sini sebab home made.Tak cukup segelas aku minum.
Cantekk..perut dah kenyang.Nak on the bike pon rasa malas.Nak-nak pulak cuaca berangin.Nampak gaya macam nak ujan.Sepanjang perjalanan dalam Penang still OK.Masuk jer Perak,wah hujan turun agak lebat jugak.Singgah kat Perhentian Sg Perak then terus shoot ke Ulu Bernam.Sepanjang perjalanan tu ada 2-3 accident.Jalan licin sampai kan ambulan pun ada accident.
Lepak kat Ulu Bernam agak lama jugak.Hujan la..Lepas tu dah tak isi minyak dah..cukup sampai rumah.Pukul 7:30PM aku sampai dengan selamat nya.Alhamdullilah trip yang sangat best n berbaloi untuk join.Nantikan entri terbaru aku dalam masa terdekat.Nak repeat Hatyai sebab tak dapat pegi Pasar terapung.Masa kiteorang pegi dah hari Isnin.Pasar tu hari minggu jer ada..
best la citer bro khir nie..... sy ade tgk z750 bro kat welly klang, ben jual mahal la... baik amik baru jer, anyway rock beb bikers
ReplyDeletebro..yg mahal tu harga bukak, cuba tawar2..hehe..ada entry bro khir cita pasal tu.. kan kan..
ReplyDeleteperghh..rasa nak folo je next ride..tp moto kapcai..mau kene tinggal klu folo ni..haha
Bro Anonymous May 24,
ReplyDeleteHehee thanks bro,sebab singgah kat sini.Banyak lagi ride & info aku akan update...Pasal motor tuh tula,kedai biasala nak dapat untung atas angin.Beli murah jual mahal.tapi boleh diskaun,aku leh tlg adjustkan.
Bro Charles,
ReplyDeleteYeah betul tu! Ni entry nye:
http://khir-z750.blogspot.com/2011/04/ape-suda-jadi-nie.html.
Hehehe cecepat bro hapgred,aku tunggu nie!
bro..tak buat plate number siam ker?...anyway..trip nie memang best...tgk otai2 semua kepala best..kalu nk gi lagi..roger2 lah saya..saya ada dlm forum ninja250r..
ReplyDeletebro khir..
ReplyDeleteaku lambat lagi ni..biar lambat asal slamat..kumpul2 duit dulu..silap2 nnt.dah ckup kumpul duit.nk kawen lak..ngaahaha..
utk pengetahuan ko..utk mengelakan nafsu aku pudar terhadap moto2 besar ni..aku kene selalu usha blog ko ni..
nice ride bro.. InsyaAllah kalau ada rejeki leh join bro ride..
ReplyDeletesyok moto sx ni...byk beza.. dari janda saya dulu z750 2010...niat nak pasang kotak..givi lum keluar..kawa nya mahal gilak...power gua lum cuba.. baru 3 hari SX gua miliki..400km ..ada siapa yg turut nak kongsi pengalaman guna monster kawa ni...jangan bandingkan epal dgn limau..lelaki dgn pempuan lak..okey
ReplyDeletebro amoi,
ReplyDeleteKotak kat givi dah ada RM 1400,braket jer belum sampai..
rm 1400 1 kotak atau 2....kalau 2 rm2800 tu..mabuk kopi gua nanti...braket yg penting...harap jangan mahal gilak...
ReplyDeletebro Jamal,
ReplyDeleteHehehe rege tu utk 2 kotak kiri kanan.Bracket sampai awal bulan July nie.
EXZOS AKRA ATAU YUSHI PADA PENDAPAT BRO YG TERBAIK...DA TABUNG BAWAH TU BUANG DIGANTI y PAIP ATAU KEKAL...
ReplyDeletebg saye suda tentu akra.secara tak official saye buat test bunyik,akra agak kuat.In terms of peningkatan performance,tak lari jauh.Design kedua-dua memang cun.Harga,akra sedikit murah dari Yoshi.
ReplyDeletePsl tabung bwh tu,kalau nk bunyi la mengancam,better tukar Y pipe.Cuma yg saye jadi agak keberatan sebab tabung tu kena potong utk pasang Y pipe.
minyak mentedarah agak kuat...itu apa yg kawan saya gunakan stock dan selepas pasang Y paip...bunyi memang best...tp khir punya pun da cukup bising jugak...JPJ /Polis tak angin bila lalu depan meka..ha ha...
ReplyDeleteouhh kuat makan minyak..ini mcm kena pikir 2 kali la nak tukar.Bunyik agak kuat sket tapi tak menyakitkan hati rasanya..merdu jer.lalu depan pak polisi n JPJ saya tak rem,bwk bersopan dan bagi tabik hormat.hehehee
ReplyDeletebila da p[asang kotak tolong upload gambar ...jangan lupa saya di kuching ni... No moto SX saya.....QAX 421 ( FOR TUAN )...
ReplyDeleteBaik Tuan.Model Kotak ialah Givi V35.
ReplyDelete