Okeh ini dia sambungan ride ke Krabi part 2.Selepas melepasi Sadao.Perut semua dah berkeroncong plak.Kiteorang memang tak breakfast lagi,Plan nya nak makan di Thailand nanti.Ha untuk buat pengetahuan semua masa di Thailand nie kurang sejam dari waktu Malaysia,tapi time gelapnya sama macam Malaysia jugak.So aku terus guna waktu Malaysia,malas dah nak convert-convert nie.
Kedai makan terletak 6-7KM dari border Sadao.Mau order apa saje pon boleh.Tokey kedai pandai cakap melayu.Memang senang jer nak order.Masakan pon memang sedap,kena dengan selera kita.
Nama kedai ialah Asmah Nasik Kandar Pulau Pinang.Semua dengan pantasnya masuk kedai.Perut suda lapar.
Hah,cecepat parking kite dah lambat makan nie..abis pulak nanti
Nak ke kedai ni senang jer.Jalan straight dari border Sadao,sebelah kanan jalan nampak la nanti.
Lagi ramai sampai.Yela ada yang tersangkut kat Kastam Thailand tadi..semua janji kumpul kat sini.
Lauk-pauk pilihan,tengok pon dah tau memang lazat sungguh.Aku makan kambing & sotong.Pekena air milo.Style kat Thailand air minum memang tak isi penuh dalam cawan.Malaysia jer cawan air besar baldi siap penuh lagik!.
Masakan tengahari dah siap.Walaupun baru pukul 9 lebih.
Hj Rahman,otai naik ZX14
Selesai makan,sessi taklimat ketiga diadakan.Kali ni Tasha bagi panduan untuk gaya pemanduan di Thailand
Tasha : Dengar sini rakyat jelata.Kita akan bergerak secara satu kumpulan,jangan berpecah.Pemandu di sini suka buat U-turn ikut suka diorang jer.Kalau duduk dalam satu kumpulan lagi baik sebab diorang akan perasan kita.Ingat traffic light jangan kejar.Kita ada lastman untuk cover semua orang.Satu lagi kalau kat traffic light jangan brek mengejut,sebab jalan kat sini licin.Semua dah isi minyak kan dekat Changlun tadi kan.
Peserta : Dah cikgu besar!
Tasha : Bagus-bagus.Ride kita nie jauh lagi.Mau dekat-dekat 500KM.
Sessi taklimat sebelum bergerak.
Tasha: Aku nak naik bus,korang semua naik motor.Tahir akan lead korang
Tahir(Berkasut putih) : Laaa aku lagi..
Doa diketuai oleh Imam Mat Zin.Ape lagi lepas dapat arahan on the bike,terus masing-masing bersemangat waja untuk teruskan perjalanan.Setakat nie cuaca sangat baik.Kami akan melalui Hatyai,Pattalung,Trang & seterusnya sampai di Krabi.
Jalan di Thailand ni memang boleh dipuji.Susah sangat nak jumpa jalan tak rata.Pemandu kat sini pon hormat kepada penunggang motosikal.So memang takde masalah kalau kiteorang duduk lane kanan.Kalau kat Malsysia paham-paham jela.Pemahaman aku kat Thailand,peraturannya kalau belanggar sapa besar akan automatik salah..oooo itu macam ka.patut la kenderaan kat sini amat berhemat.Bagus la
Fuh,impian jadi kenyataan.Aku kini berada di Thailand.Semua guna tulisan cacing.
Chief the mission with wife dalam mood hepi.
Guide terbaik!
Pantang jumpa traffic light.Terus akan bawak keluar camera.Gambar nie semasa baru memulakan perjalanan melalui Hatyai.Tapi lalu pinggir Hatyai jer,tak masuk pon.Perjalaanan diteruskan sampai ke simpang Pattalung.Jarak perjalanan baru 50km,tetiba berhenti di stesen minyak.Memula aku heran jugak kenapa berhenti kat sini still awal lagi nak isi minyak.Ohh rupanya ada panggilan pulau daaa..ada yang mau pegi toilet.
Signboard kena ambik,nanti aku terlupa plak jalan mana aku dah lalu.
Itu dia,signboard harga minyak.Kat Thailand harga berubah-rubah setiap hari.Even kalau stesen minyak sebelah menyebelah pon tak tentu sama.RON 95 merupakan kelas minyak tertinggi di Thailand.Harga..hehehe padan muka aku 1iter RM 4.30.Mau berpeluh ketiak nak isi full tank nanti.
Motor mau bergambar jugak.Hehehe orang lain parking kat bawah panas.Aku nak parking kat tempat sejuk.Dah parking sorang-sorang.
Satu lagi yang buat aku terkejut sangat adalah..redbull harga RM 1 satu.Gile kentang murah betul.Ambik gambar dengan Zam KTM Rebbull pulak tu..Bila tau dah murah tu,aku sik manjang minum redbull jer.Belasah jela sebab kat Malaysia dekat-dekat RM 3 jugak.
Satu insiden telah berlaku.Motor Safri blackbird tak boleh start.Aduhhh kenapa pulak tuh? Hmmm rupanya terlupa tutup kunci,so bateri dah weak sebab lampu terbiar on.Apa lagi operasi tolak motor la lepas nie.Hehehe berpeluk ketiak jugak aku nak menolak motor nie.Alhamdullilah boleh hidup.Baru jer jalan dalam 9-10KM,motor Safri meragam lagi.Bateri tak cukup cas lagi.Tengah bawak enjin jadi semput.Solutionnya cabut fius lampu depan.Kemudian tolak sekali lagi.
Jom pekena rokok sebatang,sementara nak tunggu motor Safri idup.Cuaca kat sini,time tu memang sangat panas.Imam siap singgah kedai depan skit,bukak periuk carik lauk kot...orang patut carik air kan..hehehe
Selesai menolak.Tasha yang jadi tukang start.Safri tolak,Tasha adjust motor kasi idup.Cantekkk idup jugak.Nanti kat Krabi kena carik kedai motor,kasi tukar itu bateri la..
Perjalanan diteruskan melalui Pattalong.Jarak yang telah dicover adalah 250KM dari border.Time ni konvoi dah terpecah 2 sebab ada yang tertinggal kat traffic light.Kami yang berada di depan meneruskan perjalanan dan singgah di Trang untuk isi minyak.Aduiii la aku isi 11 liter kena RM 44 henggit.Senyum la jela yea..Pastu kami melepak kat sini untuk tunggu group yang tertinggal kat belakang tadi.Kiteorang tak risau sebab Tasha ada sekali dengan diorang.Dalam melepak around 5 minit,Tasha sampai.Katanya group satu lagi dah ada kat tempat lain.Diorang isi minyak kat tempat lain sebab Fazer 1000 dah nak abis minyak..
Banyak sangat stesen minyak local.Semua harga lain-lain.
Tuan tanah bergambar dalam kepanasan.
Hehehe meter tulis Siam la pulak.
Konvoi bersatu kembali kat Kedai makan Mek Kelate.Time nie kiteorang belasah makan kow-kow punya.Semua dah start order tomyam.Ada sorang waiter pandai cakap kelate.Senang sket nak order.Jarak perjalanan dari kedai makan ke Krabi dalam 150km lagi.Tak la jauh sangat.Zam KTM.Bile ada banyak konar,die paling depan.hehehe
Ambik order..kepenatan & kepanasan.
Geng romantis,makan satu mangkuk lagi tuh..
Tuan tanah makin berserabut..tapi tengah seronok!
Okeh masa untuk berangkat.Time dah pukul 4:00PM.Motor Safri still tak boleh start.Kena tolak dulu.
Eyah,eyah,eyah..hehehe tolak dengan tekun,dapat jugak start motornya.
Perjalanan diteruskan secara santai.Laluan ke Krabi makin lama makin menarik sebab melalui gunung dan lembah.Banyak jugak kona panjang untuk di layan.
Tiba di simpang nak ke Krabi.Cayala macam tak percaya pulak aku dah nak sampai Krabi.
Sampai suda...parking time!
Hotel Piyaporn.Rate RM 80 semalam.Tapi fasiliti hotel ni macam 4 star.Aku difahamkan hotel kat sini semua memang murah tapi kualiti dijaga.
Parking jangan bersepah bang..
Hayabusa version Thailand
Tu die,900km telah ditempuh untuk sampai Krabi.
Berpeluh-peluh aku.Tapi bergambar tidak boleh dilepaskan.
Ni la dia bilik aku.Class kan.Siap ada balkoni.
Setelah sampai aktiviti adalah bebas.Malam nanti baru ada program makan2,Aku tak ke mana sebab sampai pon tadi around 5:30PM.So rilek2 dulu kat bilik la.Ramai dah berhajat nak pegi massage malam nanti.Murah beb massage kat sini.RM 30 sejam..mana nak carik kan.
Tut-tut versi moden.
Pukul 8 pm,kami pon bergerak jalan kaki untuk pegi makan.Sepanjang jalan banyak kedai-kedai jual barang-barang macam kat Batu Feringgi.
Cantikkan restoran nie.Tapi makanannya biasa jer.Tokeynya mat saleh.Aku duduk lama kat situ sebab nak layan EPF jer..ape daaa MU menang lagi.
Kalau demam jumpa la Dr Somboon.Hehehe tarak sombong punya!
Jumpa di version 3.Program hari Ahad 15 May.Island hopping & snorkeling.Sangat cantik pulau-pulau kat Krabi ni.Nanti kan updatenya esok
-KHir-
baan pulaoon...motel ni saya pernah tido..nak masuk kena bukak selipar...hehehe
ReplyDelete