Rides & Events Update






widgeo.net

Sunday, May 8, 2011

Ride 07052011 V1

Hari ni hari sabtu,aku nak berehat saje.penat minggu lepas balik dari Penang still terasa kot.Malam tadi

Gemuk ada call bagitau nak ajak pegi NKS Sentul,ada member nak carik barang motor Z1000.
Tengah aku layan feel tido,dalam pukul 8am,haji suda call ajak ride.

Haji : Khir jomla ride.Kita pegi Nilai jer,nak discuss pasal Krabi
Aku : Pukul brape Haji?
Haji: Pukul 9:30AM-9:45AM.Jumpe kat Kedai buah RNR Serdang.
Aku:(Dalam Keadaan terpisat-pisat tengok jam,eh awal lagi).Okeh Hj,on saya datang.

Hah itula die sebabnya nape aku nak tak jadi nak rilek hari sabtu hari tu.Semangat penuh membara sebab aku
teringin nak pegi Krabi 14-17 May ni.Dalam pukul 9am,aku still kat rumah lagi.Dapat call dari Gemuk,katanya nak join ride sekali.Lagi ramai lagi bagus.
Gerak secara santai.Lagipon bukannya jauh pon.Sampai jer,tengok penuh motor berlonggok kat depan.Aku perasan motor imam & motor hj,yang lain byk 250.Jenguk punya jenguk,haji pon datang sambut.

Okeh..ni detail pergerakan untuk ke Krabi

Bertolak :13 May (Malam Jumaat tepat 12 malam)..perancangan asal bergerak pada 14 May 12malam..aku kena apply cuti sehari lagi la ini macam
Pulang : 16 May (Time tak tau lagi)
Bilik : 1 kepala RM 50..perghhh cost saving sungguh.

Kat Kedai buah RNR Serdang.Tengah susun strategi untuk rancangan ke Krabi.
Imam Mat Zin,tengah sembang-sembang ngan geng ninja 250R.Katanya nak ke kenduri kat Gemencheh.
Jentera-jentera hebat beratur.
Dari Kiri: Z750 putih Imam,ZX14 Haji,Hayabusa Tasha

Wah,dah pasang Givi box.Hehehe maybe lama dah tak jumpe diorang,tak tau plak perkembangan terbaru.Last ride ari tu pegi Lumut
ZX14 Haji bersama ekjos Two Brothers yang mantap lagi garang bunyiknya!
Kat mane la diorang buat colour scheme macam nie.Memang smart betul+stickernya
Ha ni satu lagi,memang diorang pandai mekap.

Hmmm,setelah abis perbincangan Gemuk masih tak muncul lagi.Tapi takpe aku tunggu die sampai datang.Hj n the gang gerak dulu ke Nilai.Nak ke Cycle Point katanye..Ape lagi I followw jer..
Selepas 5 minit haji gerak,gemuk & JJ Z1000  pon muncul.Alaaahai haji cepat pulak geraknya..tak tau la ada appointment ker ape ntah.
Berenti selepas Tol Nilai.Kol haji tanya direction tang mana Cycle Point nie.Z1000 still bau kedai.Slier pon belum pasang lagi,Maybe lepas ke Nilai nak ke NKS Sentul cari barang-barang.
Besar gak Cycle Point ni rupanya.
Hayaubusa ini yang dikatakan terlibat dengan kemalangan di Empangan Semenyih dalam 2-3 minggu lepas.Al-Fatihah untuk Rider GTR.
Antara kesan geselan
Selepas tu aku pon ambik kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar kedai untuk tengok barang-barang yang dijual.Menarik jugak sebab kedai ni ada jual Airbag brand HitAir.Tapi harganya...maikaaiiiihhhh mahal berdengung.
Nie die airbag jacket.Sebelah kanan harga RM 3K++,sebelah kiri vest harga RM 2K++..Heran jugak aku camne david choo dapat bagi harga jauh lagi murah.Ha nie post terdahulu tentang vest airbang nie.
Wah aku sangat kenal dengan jacket nie.Hehehe Dainese sama macam jacket aku.Harga bukaknya ..walaaaweyyyy RM 520..Mahal tu derrrr!


Pandangan Depan ZX10 2011 baru.Tak dapat pulak nak ambik sebelah tepi.Motor rapat-rapat

Harga ZX10 2011.Bertambah dekat RM 10,000 berbanding model sebelumnya..dah jadi 90K dah..isyyyy nape nie Kawasaki naik harga plak.
Geng-geng dari 5 motor bertambah jadi 8 motor.
Kami nak bergerak ke destinasi seterusnya.Rancangan dibuat secara tergempar.Nak pegi makan asam pedas di Port Dicskon.Aisey,ini macam kena isi minyaj dulu la.Aku tak budget langsung nak ke sana.Dah la tak pakai jacket & seluar ride.Kasut pon pakai kasut keje..hehehe tapi selamba la.Perjalanan diteruskan melalui highway Plus.Kali ini exit ke Pedas-Linggi untuk melalui jalan kampung.Memang tebaik sebab aku memang suka tengok suasana kampung.Bawak slow jer,layan angin kampung la beb! 
Destinasi Kami ialah Food court Kg Teluk di Port Dickson.Lokasinya berhampiran dengan Pusat PLKN PD.Menunya Asam Pedas! Kalau di sebelah malam tempat ni memang port untuk makan seafood.
View yang tidak aku sangka dapat lihat.Yela rancangan awalnya nak ke Nilai,tapi sampai ke tepi laut ye nak pegi makan
Suasana tengahari yang aman damai

Lepak-lepak sebelum mengorder makanan.


Iman baca doa makan.Menunya semua orang order Asam pedas,ada sembilang,ikan parang,pari.Plus tambah cendawan goreng.Memang lazat.

Shoot sebelum pulang.Nampak dari kejauhan,ada 2-3 orang sedang mancing.

Okeh kami akan gerak pulan selepas ini,tapi melalui jalan pekan PD.Terus masuk Higway PD Seremban.Next destination NKS Sentul.
Last stop kat Caltex Sungai Besi.Haji nak try Hayabusa.Mau tak tidur malam nak hapgred kot!

Lepas bersalaman,aku gemuk & JJ gerak terus ke NKS Sentul.Wahhhh rupanya Gemuk memang dah dikenali kat situ.Lagipon Gemuk pandai cakap Cina..cayalah memang tebaik..aku beli hand glove Alphinestars.Nak ganti yang tertinggal kat Alor Setar hari tu.JJ plak pasang Radiator cover Monster.Ingatkan nak ke Welly Kelang.Call sana,katanya Ben cuti sampai Isnin,Selasa baru masuk keje..
Itu macam kalau hari Selasa ni aku datang untuk pasang ekjos FMF.Nanti kan entry aku hari Selasa 10 May nie.Aku akan upload video..selepas pasang ekjos baru..heheh tarak sabar rasanya.
Next ride aku pon bakal menyusul dalam masa 4 hari.Nanti entri yang pasti best mengharungi 2000KM pergi dan balik ke Krabi Thailand dari 13 hingga 17 May.5 Hari tu ride....
Okeh aku nak rilek2 dulu..hehehe nak sapu minyak kat tangan la..sunburn pulak..


Adios -KHir-

4 comments:

  1. charles carmichaelMay 8, 2011 at 11:57 PM

    aku menanti dengan penuh kesabaran ni bro..haha..hari2 aku bukak blog ko..nak tgk entri baru..

    ReplyDelete
  2. Layan beb baca blog kor nie.

    ReplyDelete
  3. bro,mu turun somban tak roger kwn2 pun kan...hayooooo...ride krabi ada kosong lagi tak?mau join hihih..me n wife..lh ko?

    ReplyDelete
  4. Bro Charles,
    Thank you.wah ada fan pulak aku.hehehe.
    Bro Dobot,
    Thank jugak
    Bro Apisz,
    Heheh lupe plak no call ko.Ko dah abis exam kan.Jom ride Krabi.AKu tunggu ko nie

    ReplyDelete