Rides & Events Update






widgeo.net

Friday, May 20, 2011

Ride Krabi & Hatyai 13-17 May V3

Salam semua,ini merupakan entri ketiga untuk ride ke Krabi.Hari Ahad 15 May yang indah.Persiapan untuk snorkelling telah dilakukan malam sebelum nya.Aku jer yang terlupa nak buat payment malam tadi.Total RM 55 jer.Siap ada breakfast pagi n tengahari.Naik bot ke empat pulau.Yang pasti pulau-pulau tu memang cantik.
Seawal pukul 8am aku dah turun bawak.Ramai jugak yang dah menunggu tak sabar nak ke laut.Semua suda pakai seluar Hawaii.Paling bersemangat Imam Mat Zin la,tak pernah snorkeling katanya.
Faizul yang dari tak jadi nak pegi,lepas kena saiko dengan kawan-kawan terus pergi join.Ape barang sampai Krabi duduk bilik jer kan..kat rumah pon boleh tido kan.

Dari kiri: Mat ER6N,Faizul,Superman,Abg Bomba,Imam,bos,Hj Rahman,Baju merah lupe pulak namanya,Tasha n Tahir.


Breakfast dulu bro..Menu makan pagi,nasi ayam kuning.Atas jalan pon boleh sebat makan.Lagi happening kan.Makan bersila atas jalan.

Selesai upacara makan,kami disapa oleh tourist kami...huhhu mat saleh jadi tourist kiteorang..awek bujang dan muda lagi tu beb.Denise Watermelon namanya.Dah setel makan gerak secara berkumpulan,ingatkan jauh la nak jalan.Rupanya dekat jer.

Ingatkan kami beramai-ramai kena naik lori nie.Camna nak sumbat 32 orang.Lori ni kat Malaysia memang tak wujud.

Jalan melintasi kedai sewa motor.Kagum sungguh aku la.Sewa selama 24 jam hanya RM 15 jer.Mana nak carik murah macam nie?

Hah tu dia,Denise watermelon.Kenapa watermelon? korang tengok sendiri la..Satu lagi nampak tak signboard Tsunami Evacuation Route tu? Krabi adalah salah satu tempat yang dilanda tsunami yang teruk masa 2004 tu.Signboard tu memang ada merata-rata kat Krabi ni.Peringatan tu tempat nie pernah dilanda tsunami.Jangan nak seronok lebih sangat ye!


Gambar laut yang pertama aku snap.Sangat berhampiran dengan hotel Piyaporn,tempat aku bermalam .

Air nya tak lah biru,kaler biasejer.Kat pulau nanti baru air cantik sikit.


Rombongan bikers jalan sambil beratur nak naik bot.

Tunggu punya tungga sejam baru bot sampai.Hehehe guna bot pancung jer.Aku tengok muka semua dah kecut.Korang tengok la gambar tu,sape tak ngeri beb

First time,terkial-kial nak naik bot pancung.



Naik bot pancung nie,ada 2 trip sebab terlalu ramai sangat .Tak la lama sangat naik bot nie,sebab jadi as transit untuk naik bot lagi besar.Bot besar tak boleh nak berlabuh sebab air cetek.So jenuh la kiteorang naik turun bot pancung nie setiap kali nak pegi Pulau.

Aku naik trip  yang kedua.Tengok la lantai.Beralas kan buluh jer..


Bot pancung ni guna enjin sangkut,kalau nak kemudi kena gerak kan sekali enjin,gila berat,kalau silap kemudi mau ke laut jawabnya!

Transit kat tengah laut.Sape-sape yang first time tu,cuak la jugak sebab nak menitit antara 2 bot.

Dah abis transit,diorang ikat bot pancung dengan bot yang besar.Senang nak transit.

Penuh bot,Ah Chong (baju biru) suke bebenor duduk kat belakang bot.Wei sangkut kat enjin kang..aduhhh hehehehe

Denise sekali lagi bagi taklimat.Sebelum mulakan trip biar aku stori serba sedikit perjalanan kiteorang nak ke Pulau nie.Hehehe selalu cerita pasal ride jer,motor,kali nie citer ride boat n snorkeling pulak.Trip ni di namakan 4 Island Snorkel.Perjalanan merangkumi 4 buah pulau yang cukup terkenal di Krabi.
Chicken Island,Poda Island,Tup Island and Koh Si Island.Kami akan snorkeling berhampiran chicken Island.Satu spot yang sangat menarik dan airnya jernih sehingga ke dasar.


Akak..akak jangan terjun kak..
Akak merajuk,abang Mat Zin asyik dok mengorat minah mat saleh tu
Ala ayang,abang mintak maap,mlm nnt abg belanja massage ye!

 20 minit berlalu..eh dah nak sampai ker.Bot yang bawak kiteorang ada 2 level.Sebab cuaca pagi tak berapa panas,ramai jugak yang melepak sebelah atas.Nak ambik gambar pon best jugak.

Pulau pertama untuk kami menjejakkan kaki.

Adakah view seperti ini,membuatkan anda cemburu pada kami yang pegi Krabi? Hehehe semua orang tak sabar nak turun dari bot transit.

Kat Pulau nie,Denise bagi masa 45 minit untuk rilek-rilek & berlatih snorkeling.


Peluang untuk bergambar jangan dilepas kan

Kat pulau nie,aku tak mandi,so saje aku round-round tengok area sekeliling.Dapatla aku snap a few picture yang menarik

Bot laju di sebelah kanan,namanya Nazim.Hehehe macam nama opismate aku pulak 



Hehehe mat saleh baru sampai.kasi zooooom sket ye!

Cube zooooom lagi dekat ye!

Orait,lepas ambik a few shot yang menarik,masa untuk gerak,Pulau Poda nie kecik jer tak besar mana pon,aku rasa adalah besar macam Pulau Manukan kat KK tuh.Senang nak siap-siap pulang,dari kejauhan kami tengok abang mat Er6n dok mencarik sumthing.Ape agaknya yang di carik tuh..
Abg Mat : Tasha,kite buat satu lagi trip nanti kat sini
Tasha : hahah kenape bang?
Abg Mat :Aku suda tinggal khazanah kat  sini la.
Tasha : Barang per cicir bang.
Abg Mat : Sambil tersenyum menampakkan gigi depan dah hilang! Tercicir masa nak buat snorkeling mask.

Perjalanan diteruskan.Next location,chicken Island.Snorkeling la beb.Ape lagi kan.

View dah kejauhan

Batu berbentuk ayam.Masa nak balik nanti ada gambar kat side yang lebih jelas nampak bentuk ayam.



Ni la dia port snorkeling.Siap ada gua lagi.Ikan toksah cakap la kan..bertimbun-timbun.

Masa untuk terjun ke air yang jernih.Masing-masing dah siap dengan life jacket n snorkeling mask.Aku pakai seluar pendek n bedebushhhh terjun.Buat macam mandi sungai pulak.

Hehehe aku la tu..time nie ramai orang belum terjun lagik..aku memang pantang macam itik jumpe air.

Berenang menuju gua

Ha sikit lagi sampai la gua tuh!

Mane pulak yang lain nie..cepat la terjun!

Sesi makan bersama ikan..eh sesi bagi makan ikan.


Akhirnya imam turun jugak ke laut.Aku kat belakang die tu.Time ni snorkeling mask dah bukak.Nak tumpang pegang life jacketnya.Penat berenang beb.Lama dah tak main air nie.

Alaaaaaa...shot yang 3-4 kali aku buat tapi still tak dapat nak ambik.Time nie aku buat somersault dari belakang..nampak air bedebushhhh jer.

Dalam air pon ada sesi bergambar ker?

Okeh mari naik,bot mau jalan..Hmmm ada 2-3 keping gambar yang brader ASTRO shot guna camera kalis air.Dapat gambar tu memang aku nak post kat dalam nie.Fuhh best tu gambar tu.Gambar aku menyelam ke dasar pegang batu karang..

Okeh selepas semua naik bot.tiba masa untuk upacara makan tengahari.Makan tengahari pon kat pulau lain.Harap-harap menunya sedap la.Lepas berenang memang biasanya akan kelaparan.Masa ni aku melepak kat atas bot,ambik air mineral water sebotol kasi simbah satu badan..fuuuhh lega ilang rasa melekit air masin.

Chief da mission berbincang next trip

View ayam yang sangat ketara..masa datang tadi tak dapat angle yang menarik.Ni memang betul-betul real kan.

Perjalanan diteruskan.Dalam masa 15 minit kami sampai di satu lagi pulau.Yang menarik tentang Pulau nie adalah bila air surut beting pasir akan timbul dan kita boleh berjalan antara 2 pulau.

Time ni air belum surut abis.tapi dah boleh jalan dah.



Selepas melakukan bot transit,kami turun ke Tup Island untuk menikmati makan tengahari.


Mat saleh yang hidangkan untuk kiteorang.

Menu nya sempoi jer.Nasi ngan 2 lauk.Rasa? hehehe time lapar bedal jer..Nak kata masam pon tidak masin pon tidak..hhahha paham-paham sendiri la ye..tapi semua lauk abis licin!

Makcik-makcik tolong sendukkan untuk pakcik-pakcik


Dah abis makan.Melepak atas bukit pulak.Baring kat sini kejap.Tunggu trip pertama naik bot.
Okeh masa untuk pulang.Masa nie ,semua dah lemau,hehehe kepenatan la tuh,dah tak ramai orang duduk atas bumbung lagi.Semua nak  melepak kat bawah jer.. 

Sampai bilik fuhhh..memang best..tapi aku takmo tido la.Datang jauh-jauh takkan nk lepak bilik jer..biar penat sket takpe.Aku boleh pegi jalan-jalan area krabi.Hehee ape lagi sewa motor la..Jangan tak percaya sewa motor Rm 15 jer untuk 24 jam.Kalau kat Langkawi berape? Heheh aku sewa skuter yg sangat comel,CC 100 jer.Pickup tu boleh la.Tapi brand nye Honda oooo.Tempat sewa tu dekat jer ngan hotel.Jalan kaki tak sampai 1 seminit dah sampai.Cara nak sewa amat mudah.Bagi IC or anything id boleh angkat motor dah.Sempoiii lepas tu pegi isi minyak.Stesen minyak terletak dalam 4-5 km.Tokey minyak bagitau mininum isis RM 5.Satu liter tu,haiyaaaaa
Petang tu aktiviti bebas,so aku ambik kesempatan ngan 2-3 orang jalan-jalan kat Krabi.Happening beb.


Dari kiri Superman,Brader Astro,Zam KTM n Ciki


Motor kaler biru jadi piihan aku.Kami panggil Hayabusa mini.Belakang macam Hayabusa.

Okeh perjalanan pertama,kami ke pasar yang berdekatan kat situ.Aku jadi terperanjat besar sebab semua barang sangatla murah.Barang makanan toksah cakap la kan.Aku yang kelaparan terus beli baby cakoi RM 2.Makan sampai kembung perut.Sedap beb!



Awek cun yg meniaga chicken chop.Tetibe nak makan chicken chop

Nak test rasa durian Siam pulak.Baru ni aku tau,rupanya durian siam nie takde pangsa.Kalau nak belah memang tak sama dengan durian Malaysia.Alaaa aku pon bukannya peminat durian sangat.Kalau ada makan.Kalau takde,aku tak tanye..hehehehe

Next distination Gastropod Fossil.Tau jer diorang kan jalan-jalan kat Krabi nie.Bawak skuter secara santai,sebelum dah kepenatan bawak superbike,so yang nie takyah tarik clutch so bawak rilek..helmet pon kadang pakai kadang tak pakai.OOo..satu lagi Thailand punya style,hanya pemandu saje wajib pakai helmet,pembonceng tak payah.Pelik jugak peraturan tu..ntah la..

Jom belok kanan,pegi tengok tempat bersejarah atau di[panggil oleh Laem Po oleh penduduk setempat.Kalau ke kiri pegi pekan Krabi.Perjalanan ke situ,agak menarik kerana melalui perkampungan Islam.Jalan sekejap dah jumpe masjid.

Wahhhh breathtaking scenary...

Apa yang bagus,lepak tepi laut,makan durian Siam.Lagi sedap sebab orang belanja.Tapi sayang katanya dah rasa macam durian peram dengan kabait jer..

Setel  makan,jom pegi jalan-jalan tengok kumpulan fossil cengkerang yang terbentuk 45 juta tahun dulu.

Ye jemput-jemput baca ye.Laem Po

Kedai barangan memang wajib singgah ye!


Tajamkan mata baca ye!

Tuan tanah bergambar.Batu yanag aku pijat tu sebenarnya fossil cenkerang laut yang dah lama terbentuk.Kat dunia ada 3 tempat jer macam nie.Salah satunya di Krabi.Tempat ni lebih dikenali sebagai perkuburan cengkerang kerana entah macamana banyak cengkerang hidup terdampar dah bercantum antara satu sama lain.

Selesai berjalan-jalan lepas nie bergerak ke Krabi tepi laut.Jalan tepi pantai terserempak dengan geng haji Rahman.Diorang sewa skuter nouvo.Lagi pickup.

Kami pon sambung jalan-jalan lagi.Berenti ambik gambar kat tempat-tempat menarik.

Fuhhh..selesai berjalan-jalan sekitar Pantai Krabi.Malam nie ada program makan-makan semua dah plan untuk sewa motor beramai-ramai & berkonvoi dengan kapcai.


Orait..aku sambung next & last entry esok...Perjalanan ke Hatyai yang menempuh beberapa incident..nantikan






 -KHir-

4 comments:

  1. charles carmichaelMay 20, 2011 at 11:21 AM

    aku rasa cam nk g krabi lak nih..haish..menarik btol..dah tak kesah pasal moto lak..hehe

    ReplyDelete
  2. bro charles,hehehe krabi memang best! super duper best..

    ReplyDelete
  3. Bila nak sambung citer lagi.. hari2 kitorang bukak blog nie.. bestlah.. (safri & sue blackbird)

    ReplyDelete
  4. charles carmichaelMay 23, 2011 at 7:16 PM

    tu la..aku pon dok tunggu ni..hari2 bukak..

    ReplyDelete