Rides & Events Update






widgeo.net

Saturday, March 17, 2012

Ride Menara Condong Teluk Intan 12020212

Suda sekian lama kami tak bersua muka dan ride bersama.Maka pada 12 Februari lalu kiteorang dah bercadang nak ride sarapan ke Teluk Intan.Pada mulanya sangkaan aku tak ramai yang akan join.Tapi campur aku ada 5 bijik motor.Wahhh lama dah tak jumpe dengan Bang Mat GTR.Last ride bersama pon pada hujung tahun lepas.
Macam biasa la janji pukul 8:30 pagi di Petronas RNR Rawang.Lama dah aku teringin nak lepak-lepak kat Menara Condong Teluk Intan.

Dari Kiri: Mat GTR,Gemuk (Perlu diperkenalkan lagi ker?)

Ketibaan Shah 250 hijau dan Brader Yeop

Muka masing-masing masih bersih dan ceria,almaklum lah semua baru lepas mandi.
Pukul 9:45 pagi,kami pakat-pakat gerak ke destinasi.Cuaca memang cukup best.Orang kata rugi la kalau tak keluar ride.Cewahhh.Dalam tengah-tengah santai tu,kami berhenti sekejap kat Shell selepas Tanjung Malim.Yeop mau refill minyak itam.

Yeop tengah keluarkan stok minyak itam.Hehehe refill bang jangan tak refill

Ni bagusnya ride dengan geng dah kenal n sekepala..berhenti sama-sama .Kawan susah jangan kita tinggalkan.

Berhenti isi minyak itam tu tak lama dalam 10 minit jer.Daaaaan enjin pon berderum lah ,sebab perut pon suda makan.Nak tunggu ape lagi jom ler kawan-kawan.Perjalanan nak kata jauh tak la jauh sangat,kami exit Bidor.Perancangan awal nak singgah makan gerai tepi jalan.Kata diorang gerai nie wajib singgah sebab nasik lemaknya memang marbeleeeessss!


Pukul 10:41 pagi,kami turun tongkat depan kedai.Orang pon tak berapa ramai.Jom carik meja..


Ini lah die kedai yang dimaksudkan..Sedap kah? Korang mesti cuba!




Sebelum turun kena sikat rambut!
Tanpa melengahkan  majlis,mari kita start order.Kalau lambat melepas!

Memula sepinggan nasik lemak,lepas tu lagi sepinggan..still tak sedap ker? Wah memang sedap.Makan pulak sambal kerang.
Tiada apa nak dikata sebab semuanya memang sedap belaka.Nak tambah best lagi.Harga sangatlah berpatutan.Lepas nie kena singgah sini lagila..Sembang suda,makan pon suda.Kome kome sekelian nak kemana lepas nie? Mana lagi jom kite melepak kat Menara Condong la wei..Sebelum nak gerak tu,Bang Mat GTR ada share cerita menarik tentang pengalaman ride solonye ke pasar Teluk Intan.Camnie cerita nya.Pada suatu pagi yang hening,ada seorang penduduk kat situ tegur Abang Mat..Ni dialognyeee

Pakcik : Assalammualaikum,Nama teman Ramli,orang sini panggil teman Pak Li,(Dalam nada nak marah )
Bang Mat: Waalaikumsalam
Pakcik (Sambil cekak pinggang): CUBE MIKE KABO BETUL-BETUL.BARAPE REGE MOTOR NI?

Bang Mat: Hehehe seratus ribu lebih..(Fuh menarik nafas lega,ingatkan ada buat salah tadi.)

Pakcik : HUH HABIS KEBUN TEMAN,TAK JADI LA TEMAN BELI.

Pakcik tu pon terus berlalu...

Tu alkisah nya..

Kembali kepada cerita ride tadi.Selepas layan sarapan,kami sepakat untuk bergerak ke Pekan Teluk Intan,nak layan cendol pulak.Katanya famous sangat kat sini.Perjalanan dari kedai makan ke town tak lah lama mana.Dalam 15 minit jer.Tempat utama yang dituju adalah Menara Condong Teluk Intan.Dulu aku pernah sampai kat sini,tapi naik bas ler.Zaman belajar dulu.

Depan Menara Teluk Intan ni memang ada dataran,jadi kami pakat susun motor cantik-cantik dan lepak-lepak dulu.

Gemuk macam biasa,akan bersembang dengan sesiapa sahaja,Jikalau meja boleh bercakap dia akan ajak sembang jugak.

Masa ni konvoi kiteorang sedikit demi sedikit mendapat perhatian orang yang lalu lalang kat situ..wah glamour macam artis..


Ha kejap lagik ada geng Harley datang lepak ngan kiteorang.Macam jadik Teluk Intan Bike Week pulak

Antara shot gambar yang aku suka..pandai nye

Apa yang kelakar sangat tu Shah ooiiii..

Hah ntah dari mana ntah ada 3-4 bijik Harley datang parking sekali.

Welcome to Teluk Intan Bike Week!

Aweks Harley  pon ada jugak

Mari rapat-rapat ambik gambar.Motor sapa la yang bertuah tu!

Geng-geng Harley lepak kat situ dalam 30 minit.Diorang gerak dulu.Cuma aku nak focus kat helmet pink tu.Macam APOLLO jerk! hehehe jangan marah.
Setelah sejam berada kat kat Menara Condong masa untuk layan Cendol dan ABC.Jom kita...

Inilah lokasi tempat kejadiaan.Kat Teluk Intan ni,memang popular dah.Dari Menara tu tak sampai seminit dah sampai.Betul-betul mengadap George Town White Coffee.

Bang jangan masam sangat,nanti saya belanja ABC ye..


Ha..itu macam punya senyuman manis la kita mau...


Double park!


Mee kari satu! ABC satu!

Mee Kari sebelum

Mee Kari selepas.Dalam masa 3 minit berjaya diselamatkan.Tahniah,licin pinggan.
Misi makan ABC dan Mee Kari terlaksana sudah.Matahari dah tinggi dah nie.Moh singgah sekejap kat Masjid Teluk Intan.Zohor di situ.

Bikers pon sembahyang tau!
Selepas solat zohor kami tak gerak terus.Duduk lepak-lepak hilangkan lelah dan panas.Sambil-sambil tu berbincang jalan mana nak ikut untuk balik KL.Masing-masing setuju untuk ikut jalan kampung.Wah ini suda bagus.Kali ni Shah lead,kata area kampung die,mesti la tau jalan kan.Cuaca pon agak ok.

Perjalanan yang panas tiba-tiba bertukar menjadi hujan.Tidak lah lebat,tapi lencun lah jugak.Semangat bikers tetap membara,jalan jer la.Perhentian seterusnya adalah Pau Yik Mun Tanjung Malim.Tiba di Pau Yik Mun Tanjung Malim dalam pukul 3 :15 petang.Tetapi harapan kami musnah untuk layan pau disebabkan meja semua penuh.Jadi kami ambik keputusan untuk meneruskan perjalanan dan meneroka sampai ke Kuala Kubu Bharu.

Berhenti di simpang menuju Kuala Kubu Bharu.Eh gambar tuan Tanah ada pulak.Hehehe gambar nie dari camera Shah.Masa nie berhenti sekejap untuk bincang kat kedai mana nak berhenti makan.

Shah ko buat ape tuh?
 Kesudahanya,kami minum kat foodcourt kat area pekan Kuala Kubu Bharu.First time aku jejak Pekan Kuala Kubu Bharu,rupanya pekan die nie agak tersorok sikit.Nampak gaya populasi penduduk pon tak begitu ramai.Itu pada pandangan mata kasar aku la..
Selesai minum masa untuk pulang.Bagi aku ride hari ni memang puas hati la.Macam-macam tempat dah pergi.Aku sampai rumah pon tak lah malam.Dalam pukul 6 petang dah sampai.

-KHir-

Thursday, March 8, 2012

Jenis-Jenis konvoi di Malaysia

Kali ni aku nak share sikit pasal jenis-jenis konvoi yang kebiasaanya bikers follow.Tak kira la ketika hujung minggu mahupun hari bekerja.


Ride Sponsor
Jenis ride ni memang jarang-jarang ada.Ride sponsor selalunya bawak diri jer.Paling biasa adalah disponsor minyak pergi dan balik.Kalau ada bermalam pon diberi kemudahan tempat tinggal.T-shirt? Confirm ada jugak.Selalunya ride camni akan melibatkan lebih dari 20-30 buah superbike.Confirm kena ada marshal.Ada jugak yang polis escort.Rider yang join ride camni tak boleh buat kepala sendiri,semua kena ikut rule dan speed limit marshal.Tak boleh nak potong-potong kawan-kawan.Ride sponsor selalu bertujuan untuk merasmikan sesuatu pertandingan/kedai/stesen minyak/bike week/lawatan rumah anak yatim dsb.Aku ada jugak  join4-5 ride yang dapat sponsor.Hehehe ada lagi 4-5 helai baju dapat.


Ride Kembara dan Jelajah
Ride ni memang seronok sangat.Dah ramai dah bikers yang melepasi sempadan untuk jelajah tempat-tempat baru.Selalu bikers akan naik ke Utara dan ride sampai Kemboja.Tapi tak ramai yang boleh join sebab kekangan masa dan kewangan.Bayangkan kalau ride ke 1000 corner di Mae Hong Son ambik mengambil masa seminggu,Kena bawak dalam RM 4000-5000.Kalau nak naik lagi ke atas haaaa korang congak la sendiri.Silap-silap lepas tambang buat Haji.Hehehe.Untuk ride camni ada jugak yang menjadi pemandu pelancong.So kita tak payah pening-pening baca map dan tengok GPS.Boleh follow diorang jer.Pemandu pelancong ni pon bikers jugak.Kalau dalam Malaysia memang banyak dah aku tengok ride jelajah nie,ada kawan-kawan bikers yang buat Jelajah Negeri Sembilan,Perak dan yang terbaru ada masuk TV Ride Cuti-Cuti Satu Malaysia..

Ride Jalan-jalan carik makan


Jenis ride ni memang antara yang paling glamour lah.Biker selalu mencarik alasan untuk ride.So macam-mcam tempat yang diterokai untuk cari makanan yang lain dari lain.Macam Ride Makan Mee Udang Kuala Sepetang,Ride Mee Bandung Muar,Ride Ghulam Mee Damansara,Sup Berdengung Nilai 3,Ride Mematin Temerloh dan macam-macam lagi ride.Sebenarnya rider-rider nak enjoy the ride itself,destinasi tu sebenarnya bonus jer.Lepas penat ride dapat makan yang best.Aku pon suka jugak ride jenis camni.Jumlah motor yang mengikuti ride ni pon selalu tak ramai,dalam 7-8 motor.Ikut masa lapang masing-masing.Dulu-dulu masa aku memula join aku sebenarnya lebih suka ikut ride yang berpuluh-puluh motor,tapi bile lama-lama baru tau yang ride dalam jumlah yang besar menyebabkan lagi susah nak dikawal,perlukan displin memandu yang lebih ketat.Jadi sampai sekarang aku prefer rider berkumpulan tak lebih dari sepuluh bijik motor.Mudah dan senang.

Ride Makan Kenduri
Ride jenis ni adalah bermusim.Apabila tiba musim cuti sekolah baru banyak ride jenis nie.Ride  ni pon berjenis santai dan rilek.Jemputan selalunya dari saudara-mara bikers jugak.Bila bikers datang sebagai escort pengantin memang meriah jugakla dengan bunyik jentera masing-masing.Selepas makan kenduri,biasanya bikers akan sambung jalan-jalan sekitar daerah yang dilawati,jarang sangat akan balik terus.Sampai ke petang jugaklah jadinya.

Ride For A Cause
Ride jenis memang memerlukan perancangan rapi untuk diatur..Ini disebabkan ianya akan mengambil masa ydan kewangan yang cukup lama dan banyak.Antara ride yang terkenal adalah Kembara Bumi Suci Ride 1Malaysia ke London.Ride ni selalunya mengambil masa berbulan-bulan dan bertujuan murni.Antaranya adalah mendapatkan dana untuk membina perpustakaan bagi anak-anak yatim .Aku memang teringin nak join ride macam nie.Bila la ada masa untuk cuti 2-3 bulan pasti ride sampai Eropah.

Ride Tak tau nak pergi Mana
Yang nie agak kelakar,tapi memang pernah terjadi.Dah selalu sangat ride,dan banyak tempat dah sampai.Tapi jiwa bikers still nak ride jugak.Jadinya takde tempat nak dituju.Disebabkan semangat membara,rider akan berjumpa di dulu sebelum memilih destinasi ke mana nak pergi.Aku pon pernah jugak jadi macam nie.Ada seorang pembaca blog aku nie syorkan kalau dah tak de tempat nak pergi sangat,boleh la ride pergi dengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus..hehehe Insyaallah.


Apa lagi ride yang korang biasa join ? Jom share kat sini..


-KHir-

Tuesday, March 6, 2012

Jenis-jenis rider superbike di Malaysia

Setelah beberapa ketika aku diberi peluang untuk join macam-macam jenis ride.Jadi aku telah kenalpasti beberapa jenis rider mengikut pandangan peribadi aku.Jom la sama-sama berkongsi pendapat dengan aku tentang perkara ini.

Rider kaki Corner: 
Geng-geng ni memang amat mudah untuk dikenali.Kebanyakan ahli nya akan pakai racing suit.Bukan two piece tapi racing suit.Kalau berjumpa di highway sila beri laluan,kerana kebiasaan nya mereka akan berada dalam kelajuaan tinggi untuk sampai ke tempat main korner.Majoriti bikers dalam group ni menggunakan motor ZX6,ZX10,R6,R1,Suzuki K.Kiranya semua motor bongkok dan berfairing.Destinasi geng-geng ni pon tak jauh.Area menjadi tempat persinggahan adalah Hulu Yam,Kuala Kelawang,Karak,Sungai Koyan,Awana,Bukit Tinggi,Cameron,hehehe kat mana ada kona yang best kat situ adalah geng-geng nie.

Rider kaki makan angin:
Berlainan pula dengan rider kaki makan angin.Layan kona bukan keutamaan geng-geng ni.Tapi kalau dah jumpa dengan kona yang best still diorang layan jugak.Cuma tidak la keluar ride untuk pegi layan kona.Bab kata kawan aku sorang tuh.Sayang ooo beli motor ribu-ribu nanti jatuh masuk semak sebab layan kona.Tapi kat jalan lurus pon boleh jatuh jugakkan? Itu pendapat masing-masing.Rider jenis ni akan sanggup ambik cuti yang agak lama untuk pergi ride melepasi sempadan yang menempuh beribu-ribu kilometer.Kenapa? Kepuasan katanya dapat melihat tempat orang.Kebiasaanya rider kaki makan angin jarang-jarang menggunakan motor superbike,tetapi lebih memilih konsep touring.Antara jenis motor nya adalah Versys,GTR 1400,ZX14,senang cite motor dual purpose la.Naked pon ada jugak macam ER6N,Z750 dan sebagainya.

Rider Commuter:
Rider jenis ni semakin banyak di jalan raya dan lebuhraya.Boleh tengok masa pegi keja dan balik keje.Diorang hanya ride motor diorang untuk pegi balik keje.Jarang-jarang sekali join ride masa wekend.Rider ni kebanyakan nya menunggan ER6N,Ninja 250 dan Versys.Biasanya tempat kerja diorang nie jauh sket.Naik motor laju la jawapannya.Bila ditanya kenapa tak join ride? Selalunya sebab komitmen pada keluarga.

Rider Sub Category

Rider TB (takot bini :)
Rider yang ni susah sikit nak dibantu.Selalunya memerlukan lesen atau passport besar dari Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga.Nak pergi ride pon kadang-kadang terpaksa sembunyi-sembunyi or tipu orang rumah.Selalunya rider TB ni susah untuk join ride yang bermalam.Macam-macam cara dan alasan untuk keluar ride.Tapi alasan biasa adalah pegi keje.Hahaha pegi keja pakai full gear pulak tu.Bila ditanya pada rider-rider nie kenapa tak terus terang.Katanya orang rumah bising asyik pegi ride jer.Dah jadi satu hal.Seeloknya berterus terang dengan orang rumah,yela malang tak berbau.Ingatkan suami pergi kerja,rupanya pergi ride,,kan dah susah nanti.Yang penting kena pandai bahagi masa untuk keluarga dan pegi ride.Family always come first.

Hehehe..kalau nak diceritakan memang macam-macam ragam rider atas jalan raya.Namun tak semua yang mendatangkan masalah.Maybe ramai dah tau kan.Kebanyakan rider akan menyapa rider lain walaupon baru first time atau berselisih di jalan raya.Amalan yang baik bagus kita teruskan.

-KHir-

Ride Ziarah ke Rumah Hj Rahman Zx14 31012012

Pada hari Selasa yang hening.Angin pon bertiup sepoi-sepoi bahasa.Matahari agak malu-malu  untuk bersinar.Cuaca yang sebegini baik memang rugi kalau tak start motor berjalan-jalan.Memandangkan lama sungguh kami tidak bersua muka dengan Presiden Taliban,Hj Rahman,maka kami ambik keputusan untuk menziarahi beliau.Rasa rindu pulak lama dah tak bersua muka.
Jadi satu ride diaturkan pada Selasa pagi 31 January 2012.Time cuti nie.Geng se-ride aku Gemuk dah berjanji nak jumpa kat Mahkamah Syariah KL..Alaa tepi  stesen keretapi KL.Kenapa kiteorang jumpe kat sini ? Sebabnya rumah rumah Hj Rahman di Kg Medan,jadi tak la jauh sangat dan memang laluan nak ke sana.

Mood berlakon hepi sebab ekjos motor die bukan paling kuat sekarang nie !

Ada daun-daun kering.Best pulak bergambar kat sini.

Dua geng ride setia

macam biasa,sila sedut apa yang patut
Sampai ke rumah Hj Rahman dalam pukul 11 lebih.Haji dah memang menunggu-nunggu kiteorang dah.Lama dah tak berjumpa.Macam-macam story ride kiteorang imbas kembali.Lama jugak haji tak ride dek kerana kemalangan tahun lepas.Motor pon dah berubah warna ke merah Ferrari.Lagi bertambah garang.Haji masih belum boleh ride lagi.Dalam masa 3 bulan lagi baru boleh pegang motor.Bahu tak kuat lagi.

Hmmm..memang smart dan garang

Nak test ride? Ishhh tak berani aku nak bawak.Motor nie sangat besar dan panjang.

Pandangan depan yang memukau.Sayangnya motor simpan kat rumah jer.Tuannya belum boleh jalan jauh.

Sembang-sembang untuk setting ride ke Tasik Banding


Ntah ape ntah semua orang kena gebang dengan Gemuk (duduk kat tingkap)
Lama jugak kiteorang duduk bersembang.Pukul 2 petang baru kiteorang gerak.Terima kasih haji kerana memberi sambutan hangat sempena kehadiran kiteorang.Wah rasa macam artis pulak

Ha..dari jauh Mak Haji mendukung cucu.Jangan korang tak tau,mak aji ni pillion tegar tau.Dah sampai ke Krabi Thailand dah pon..

Selepas gerak dari rumah Hj,kami bercadang nak minum di Pantai Dalam.Singgah sebentar di gerai nasi Ayam kat Flat Angkasa,kedai ni memang glamer,lokasi tepi jalan jer.

Nasib baik berhenti lepak sini.Kejap jer lepas tu,hujan turun mencurah-curah.Ada dekat 2 jam gak la melepak kat situ.Banyak strategi ride yang kiteorang bincang..macam-macam tempat nak pegi..hehehe..Dalam pukul 5 petang hujan baru berhenti.Selepas bersalaman kami pon pulang ke destinasi masing-masing.Aku dekat jer nak ke Kajang.Gemuk nak ke Rawang ambik masa sejam jugak nak sampai.



-KHir-

Friday, February 24, 2012

Ride Minggu ini 25022012-Makan Cili Padi Gulai Itik

Menarikan bunyiknya,makan gulai itik.Destinasi tidak berapa jauh tetapi akan melalui banyak daerah.Kami akan berkumpul di BHP selepas Tol Karak pada pukul 945 pagi.


Selepas itu kami akan menjelajah Simpang Pertang>>Bahau>>Kuala Pilah>>Seremban dan seterusnya ke KL.Ada sapa-sape nak join? Jumpe di sana yer!


-KHir-

Pening renew Insurance ? Sapa kata tak boleh buat single rider v1?

Dengan ini dimaklumkan aku gagal untuk buat insuran single rider.Kena buat all rider jugak.PA insurance pon kena ambik.So much for saving my money! lagi best bila agent lain  nak buat tak boleh.Kena pegi ken agent asal.Menjadikan total road tax motor aku RM 2349.Best kan!
Hari ni aku nak pegi collect roatax aku.Semalam lagi dah siap,tapi tak sempat nak ambik.





-KHir-

Monday, February 20, 2012

Pening renew Insurance ? Sapa kata tak boleh buat single rider?

Salaam Kawan-kawan,

Aku sekarang dalam proses nak hidupkan insuran motor aku.Pening jugak memikirkan sebab memula kedai quote aku RM 2800,Jumaat minggu lepas kedai bagi figure baru.RM 2,300.Still terasa banyak jugak.
Kebetulan aku terjumpa Nazrin GTR masa office dinner di Hotel Grand Dorsett.Dia maklumkan kat aku ada company yang boleh buat single rider dan insurance PA sebagai optional.Nazrin dah berjaya buat dan jimat RM 600.
Hari ni pon aku mencuba nasib untuk guna company yang sama.Sah memang betul.Aku dapat figure yang agak menarik.

Ni figurenyer:

Insurance (cover RM 75,000) =RM1308.97
Roadtax=RM350
BSNC service =RM 10.00
Company Despatch=RM 10.00
Jumlah =1,678.07

Ada option untuk diorang buat kan dulu.Dah siap,despatch hantar,terus bayar COD.Siap dalam masa 2 hari.

Aku akan update dari masa ke semasa,progress transaction aku nie.If semua ok aku akan share kan no telefon pada kawan-kawan.


-KHir-

Sunday, February 19, 2012

Ride sarapan pagi yang huru-hara 08012012

Sudah lama kiteorang tak pegi ride sarapan pagi.Jadi satu ride diatur untuk tujuan murni itu.Sebenarnya idea aku.Memula tak ramai la kawan-kawan yang nak join.Aku ajak pon dah dekat-dekat last minute.
Destinasi belum di kenalpasti.Cuma semua dah setuju untuk berkumpul di Shell selepas Tol Sungai Besi pada pukul 8:30 pagi.Hehe banyak sangatkah tempat yang kiteorang dah pegi sampai nak ride ke mana pon tak tau lagi.Mau nya kalau nak Sabah dan Sarawak ada jambatan dah lama lepas dah.
Aku sampai agak terlewat sikit.Pukul 9 pagi.Masa tu Kaza dan seorang brader yang keje kat Istana dah sampai.Brader tu menunggang ER6N,baru nak berjinak-jinak ikut ride.Tengah melepak menunggu Gemuk sampai,kelibat-kelibat geng Ninja250r seorang demi seorang muncul dan parking dekat-dekat kiteorang.Diorang pon takde tempat nak tuju.Ride sarapan jugak agaknya.
Pukul 9:15 pagi,Gemuk pon sampai.Setelah berbincang dan berdiskusi,Port Dickson menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Kaza pon rajin pulak mengajak bebudak NInja250r tu join sekali sebab nak pergi ke destinasi yang sama.

 Berhenti sekejap di Petronas RNR Seremban untuk bagi taklimat penuh untuk menerangkan jalan yang bakal dilalui
Selepas perbincangan awal tadi,kami dah ambik keputusan untuk ikut jalan Kampung ke Port Dickson.Kami akan exit ke Pedas/Linggi dan seterusnya ke Port Dickson.

Semua dah paham,nak ikut jalan mana.Jom mari kita on the bike kawan-kawan

Semangat pulak si Kaza ni nak bergambar.Bro jangan laju-laju aaa geng Ninja 250r tu jangan ditinggal
Selesai sesi taklimat.Semua dah ready nak bergerak.Aku lambat sikit sebab baru nak simpan kamera dan pakai helmet.Kawan-kawan semua dah gerak aku tinggal sorang-sorang.Baru nak jalan depan sikit,terperasan tali helmet tak berikat.Berhenti kejap.Aku tak risau la sangat sebab kawan-kawan biasanya tak laju.Selesai ikat tali helmet,aku pon pecut sikit.Nak kejar kawan-kawan.Eh mana la diorang nie.Aku pon menambah kelajuan ke 180km/h...Eh still tak nampak jugak.Biar betul? Ker diorang dah ubah plan last minute untuk masuk ikut Highway Port Dickson? So aku pon ambik keputusan untuk ikut highway PD Seremban.Tapi aku berhenti kejap untuk sms Gemuk,kata jumpa kat PD.
Bosan jugak aku layan highway sorang-sorang.Takpe nanti kat PD boleh regroup.Aku sampai PD dalam pukul 10:20 pagi dah bertemu semula dengan kawan-kawan di Pantai Teluk Kemang.
Masing-masing dah macam bukan sarapan pagi.Semua balun nasik jer aku tengok.

Bebudak geng Ninja250R lepas ni berhajat nak layan Cameron pulak..Hahaha jauh tu nak patah balik..
Tengah syok baru nak minum air,Kaza dah mintak diri dulu nak balik ke Putrajaya,katanya kena masuk keje pukul 11 pagi.Time tu dah pukul 10:45 pagi.Ceh buang karan jer datang jauh-jauh tapi dah nak gerak.Hehehe baru la aku tau cite,kenapa aku tak boleh kejar diorang tadi masa nak ke Port Dickson,rupanya semua ride 165-170 km/h,aku dengar semua bebudak Ninja250R tertunduk-tunduk nak mengikut si Kaza yang main high speed.OOooo itu macam ka..
Selepas Kaza gerak aku pon duduk-duduk dalam sejam,layan sembang-sembang ngan bebudak Ninja250R,majoriti berumur awal 20an,hmmm rezeki masing-masing dah merasa pakai motor best.

Masa untuk tayar golek ke rumah.
Untuk memudahkan perjalanan,aku memilih untuk ikut highway seperti mana aku datang tadi.Naikkan windshield,pastu layan jalan lurus highway PD Seremban.Tapi kawan-kawan kena hati-hati,highway nie banyak joining ,boleh melambung jugak kalau tak slow masa lalu kat situ.
Aku sampai ke rumah dalam pukul 12:45 tengahari.Hehehe awal tu.

-KHir-

Saturday, February 11, 2012

Video Kawasaki Z1000sx with y pipe

 Merdu ke lepas dah pasang y pipe.Jom layan video yang aku dah upload kat youtbe.

Direct link boleh ke sini ---->http://youtu.be/OVBUbnehEuY atau search :khirs226 untuk view semua video yang aku dah upload.

Video ni sebelum pasang y pipe.



Video nie selepas pasang y pipe.



-KHir-

Godaan Y-Pipe Welly Kelang 07012012

Hmmm tangan rasa dah gatal nak pegi Welly Kelang buat kali kedua.Minggu lepas b Jan 2012 baru jer lepas tukar tayar dan servis.Ada satu lagi hajat aku minggu lepas yang tak kesampaian.Dah lama sungguh aku pendam hajat yang pasang Y-PIPE.Aku rasakan time ni yang paling terbaik la kan.Sebab utamanya dah nak dekat Tahun Baru Cina.Ramai tokey-tokey akan bukak harga yang rendah.Ini sudah tentu termasuk si Ben,tokey Welly Kelang.Apa ada pada Y Pipe.Ha kejap lagi aku stori kenapa bersungguh-sungguh aku nak pasang.

Aku selalu set timing untuk aku sampai ke Welly dalam pukul 3-4 petang.Cuaca tak berapa panas.Kalau nak gerak pagi-pagi leceh jugak,sebab time pagi la aku nak pegi pasar,cuci motor dan kereta.Jadi aku pilih waktu awal petang untuk ride santai-santai ke Welly Kelang.

Dah sampai jer.Aku tak citer banyak,sebab Ben pun dah tau.Terus bawak motor masuk dalam bengkel.Bukak ekjos dulu.Korang nampak kan 'perut' bawah motor tu kan.Perut tu yang akan ditukar dengan Y Pipe.

Gambaran lebih jelas,Perut @ catalyser.

Untuk pasang Y pipe,keseluruhan ekzos sistem kena bukak.Ambik masa dalam 20 minit jugak untuk bukak

Ini lah die rupa Y pipe.Bersinar-sinar memanggil namaku! Aku dapat harga yang cukup memeranjat kan sehingga aku yang kaki mintak diskaun,pon tak sampai hati nak mintak diskaun.Kalau korang perasan Chear pun ada buat y pipe,tapi harga lebih RM 1000..kat Welly Kelang nie memang cukup murah.Tak sampai hati aku nak share kat sini.

Setelah ditanggalkan..Ya Rabbi punya la kotor.Ha..tempat yang ditunjukkan tu la kena potong untuk membolehkan pasang Y pipe

Ishhh diorang nie sibuk buat benda lain pulak.Dah terbiar pulak ekjos sistem  nie kat sini

Aik masih terbiar..mana daaaaa...hari dah nak malam nie

Rupanya nak menunggu Ah Choi nie yang buat.Hehe jangan di amal isap rokok sambil potong besi

Cara pemasangan asal Catalyser nie adalah di slot in kemudian di welding.Jadi pemotongan dilakukan dengan cukup berhati-hati untuk potong lapisan luar sahaja.

Pemotongan adalah dengan kedalaman suku inci jer

Selepas adegan potong-memotong,macam biasa,aku mintak tolong basuhkan,kotor sangat.Yela kalau time basuh motor tak semua tempat boleh capai.Ada celah-celah kadang-kadang miss.BIla dah bukak nie,ambik kesempatan lah nak sental semua daki tu.

Selagi belum bersih,jangan stop..hehehe

Eh brader rajin pulak..dah sangat bersih dah tu..boleh stop..
Pemasangan y pipe selepas itu amat mudah.Bahagian depan yang kena basuh tadi akan dipasang semula.Y pipe hanya di slot masuk.Ikat skru tadaaaaa selesai.

Y pipe selesai dipasang.Permulaan proses jer tadi yang agak rumit.

Ini lah die gambar y pipe secara close up.


Hmmm agaknya macam mana bunyik dah performance motor nie selepas pasang y pipe.Tak sabar rasanya nak cuba rem skit.Selesai pasang.Aku pon dah tak sabar-sabar nak balik.Tak mau lepak-lepak.Nak tau jugak ada tambah performance tak,tapi bab bunyik memang dah merdu dah.

Semasa perjalanan pulang,aku dapat tengok dari jauh lagi orang dah perasan aku dah nak sampai.So aku rasa bunyik ekjos aku nie dah 2 kali ganda kuat dari sebelumnya.Ibarat bass dah bertambah dua kali ganda.Selain itu,perubahan yang dirasakan adalah kadang kala berlaku backfire,meletup kuat jugak bunyiknya.
Manakala penggunaan minyak tak berubah.Masih seperti dulu.So aku rasa ada orang cakap guna y pipe ini minyak cepat abis adalah mitos semata-mata.Tapi dari segi performance,tiada apa-apa yang berubah.Aku dah agak dah,so sikit hari nanti aku akan tukar KN air filter untuk tambah sedikit kuasa pecutan.Tukar air filter,biasanya bunyik ekjos akan bertambah kuat jugak.

Video juga akan aku upload untuk korang layan bunyik ekjos.Ada merdu ka tada korang sendiri tentukan..hehehe

Sekian.


-KHir-