Rides & Events Update






widgeo.net

Saturday, February 11, 2012

Godaan Y-Pipe Welly Kelang 07012012

Hmmm tangan rasa dah gatal nak pegi Welly Kelang buat kali kedua.Minggu lepas b Jan 2012 baru jer lepas tukar tayar dan servis.Ada satu lagi hajat aku minggu lepas yang tak kesampaian.Dah lama sungguh aku pendam hajat yang pasang Y-PIPE.Aku rasakan time ni yang paling terbaik la kan.Sebab utamanya dah nak dekat Tahun Baru Cina.Ramai tokey-tokey akan bukak harga yang rendah.Ini sudah tentu termasuk si Ben,tokey Welly Kelang.Apa ada pada Y Pipe.Ha kejap lagi aku stori kenapa bersungguh-sungguh aku nak pasang.

Aku selalu set timing untuk aku sampai ke Welly dalam pukul 3-4 petang.Cuaca tak berapa panas.Kalau nak gerak pagi-pagi leceh jugak,sebab time pagi la aku nak pegi pasar,cuci motor dan kereta.Jadi aku pilih waktu awal petang untuk ride santai-santai ke Welly Kelang.

Dah sampai jer.Aku tak citer banyak,sebab Ben pun dah tau.Terus bawak motor masuk dalam bengkel.Bukak ekjos dulu.Korang nampak kan 'perut' bawah motor tu kan.Perut tu yang akan ditukar dengan Y Pipe.

Gambaran lebih jelas,Perut @ catalyser.

Untuk pasang Y pipe,keseluruhan ekzos sistem kena bukak.Ambik masa dalam 20 minit jugak untuk bukak

Ini lah die rupa Y pipe.Bersinar-sinar memanggil namaku! Aku dapat harga yang cukup memeranjat kan sehingga aku yang kaki mintak diskaun,pon tak sampai hati nak mintak diskaun.Kalau korang perasan Chear pun ada buat y pipe,tapi harga lebih RM 1000..kat Welly Kelang nie memang cukup murah.Tak sampai hati aku nak share kat sini.

Setelah ditanggalkan..Ya Rabbi punya la kotor.Ha..tempat yang ditunjukkan tu la kena potong untuk membolehkan pasang Y pipe

Ishhh diorang nie sibuk buat benda lain pulak.Dah terbiar pulak ekjos sistem  nie kat sini

Aik masih terbiar..mana daaaaa...hari dah nak malam nie

Rupanya nak menunggu Ah Choi nie yang buat.Hehe jangan di amal isap rokok sambil potong besi

Cara pemasangan asal Catalyser nie adalah di slot in kemudian di welding.Jadi pemotongan dilakukan dengan cukup berhati-hati untuk potong lapisan luar sahaja.

Pemotongan adalah dengan kedalaman suku inci jer

Selepas adegan potong-memotong,macam biasa,aku mintak tolong basuhkan,kotor sangat.Yela kalau time basuh motor tak semua tempat boleh capai.Ada celah-celah kadang-kadang miss.BIla dah bukak nie,ambik kesempatan lah nak sental semua daki tu.

Selagi belum bersih,jangan stop..hehehe

Eh brader rajin pulak..dah sangat bersih dah tu..boleh stop..
Pemasangan y pipe selepas itu amat mudah.Bahagian depan yang kena basuh tadi akan dipasang semula.Y pipe hanya di slot masuk.Ikat skru tadaaaaa selesai.

Y pipe selesai dipasang.Permulaan proses jer tadi yang agak rumit.

Ini lah die gambar y pipe secara close up.


Hmmm agaknya macam mana bunyik dah performance motor nie selepas pasang y pipe.Tak sabar rasanya nak cuba rem skit.Selesai pasang.Aku pon dah tak sabar-sabar nak balik.Tak mau lepak-lepak.Nak tau jugak ada tambah performance tak,tapi bab bunyik memang dah merdu dah.

Semasa perjalanan pulang,aku dapat tengok dari jauh lagi orang dah perasan aku dah nak sampai.So aku rasa bunyik ekjos aku nie dah 2 kali ganda kuat dari sebelumnya.Ibarat bass dah bertambah dua kali ganda.Selain itu,perubahan yang dirasakan adalah kadang kala berlaku backfire,meletup kuat jugak bunyiknya.
Manakala penggunaan minyak tak berubah.Masih seperti dulu.So aku rasa ada orang cakap guna y pipe ini minyak cepat abis adalah mitos semata-mata.Tapi dari segi performance,tiada apa-apa yang berubah.Aku dah agak dah,so sikit hari nanti aku akan tukar KN air filter untuk tambah sedikit kuasa pecutan.Tukar air filter,biasanya bunyik ekjos akan bertambah kuat jugak.

Video juga akan aku upload untuk korang layan bunyik ekjos.Ada merdu ka tada korang sendiri tentukan..hehehe

Sekian.


-KHir-

3 comments:

  1. Pergh!!! bunyi mcm ni yg kita mauuuu - from Rass

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...brader Rass..baru semlm nama ko disebut-sebut.

      Delete
  2. bro..brape kos buat Y Pipe tu?

    ReplyDelete