Rides & Events Update






widgeo.net

Sunday, February 19, 2012

Ride sarapan pagi yang huru-hara 08012012

Sudah lama kiteorang tak pegi ride sarapan pagi.Jadi satu ride diatur untuk tujuan murni itu.Sebenarnya idea aku.Memula tak ramai la kawan-kawan yang nak join.Aku ajak pon dah dekat-dekat last minute.
Destinasi belum di kenalpasti.Cuma semua dah setuju untuk berkumpul di Shell selepas Tol Sungai Besi pada pukul 8:30 pagi.Hehe banyak sangatkah tempat yang kiteorang dah pegi sampai nak ride ke mana pon tak tau lagi.Mau nya kalau nak Sabah dan Sarawak ada jambatan dah lama lepas dah.
Aku sampai agak terlewat sikit.Pukul 9 pagi.Masa tu Kaza dan seorang brader yang keje kat Istana dah sampai.Brader tu menunggang ER6N,baru nak berjinak-jinak ikut ride.Tengah melepak menunggu Gemuk sampai,kelibat-kelibat geng Ninja250r seorang demi seorang muncul dan parking dekat-dekat kiteorang.Diorang pon takde tempat nak tuju.Ride sarapan jugak agaknya.
Pukul 9:15 pagi,Gemuk pon sampai.Setelah berbincang dan berdiskusi,Port Dickson menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Kaza pon rajin pulak mengajak bebudak NInja250r tu join sekali sebab nak pergi ke destinasi yang sama.

 Berhenti sekejap di Petronas RNR Seremban untuk bagi taklimat penuh untuk menerangkan jalan yang bakal dilalui
Selepas perbincangan awal tadi,kami dah ambik keputusan untuk ikut jalan Kampung ke Port Dickson.Kami akan exit ke Pedas/Linggi dan seterusnya ke Port Dickson.

Semua dah paham,nak ikut jalan mana.Jom mari kita on the bike kawan-kawan

Semangat pulak si Kaza ni nak bergambar.Bro jangan laju-laju aaa geng Ninja 250r tu jangan ditinggal
Selesai sesi taklimat.Semua dah ready nak bergerak.Aku lambat sikit sebab baru nak simpan kamera dan pakai helmet.Kawan-kawan semua dah gerak aku tinggal sorang-sorang.Baru nak jalan depan sikit,terperasan tali helmet tak berikat.Berhenti kejap.Aku tak risau la sangat sebab kawan-kawan biasanya tak laju.Selesai ikat tali helmet,aku pon pecut sikit.Nak kejar kawan-kawan.Eh mana la diorang nie.Aku pon menambah kelajuan ke 180km/h...Eh still tak nampak jugak.Biar betul? Ker diorang dah ubah plan last minute untuk masuk ikut Highway Port Dickson? So aku pon ambik keputusan untuk ikut highway PD Seremban.Tapi aku berhenti kejap untuk sms Gemuk,kata jumpa kat PD.
Bosan jugak aku layan highway sorang-sorang.Takpe nanti kat PD boleh regroup.Aku sampai PD dalam pukul 10:20 pagi dah bertemu semula dengan kawan-kawan di Pantai Teluk Kemang.
Masing-masing dah macam bukan sarapan pagi.Semua balun nasik jer aku tengok.

Bebudak geng Ninja250R lepas ni berhajat nak layan Cameron pulak..Hahaha jauh tu nak patah balik..
Tengah syok baru nak minum air,Kaza dah mintak diri dulu nak balik ke Putrajaya,katanya kena masuk keje pukul 11 pagi.Time tu dah pukul 10:45 pagi.Ceh buang karan jer datang jauh-jauh tapi dah nak gerak.Hehehe baru la aku tau cite,kenapa aku tak boleh kejar diorang tadi masa nak ke Port Dickson,rupanya semua ride 165-170 km/h,aku dengar semua bebudak Ninja250R tertunduk-tunduk nak mengikut si Kaza yang main high speed.OOooo itu macam ka..
Selepas Kaza gerak aku pon duduk-duduk dalam sejam,layan sembang-sembang ngan bebudak Ninja250R,majoriti berumur awal 20an,hmmm rezeki masing-masing dah merasa pakai motor best.

Masa untuk tayar golek ke rumah.
Untuk memudahkan perjalanan,aku memilih untuk ikut highway seperti mana aku datang tadi.Naikkan windshield,pastu layan jalan lurus highway PD Seremban.Tapi kawan-kawan kena hati-hati,highway nie banyak joining ,boleh melambung jugak kalau tak slow masa lalu kat situ.
Aku sampai ke rumah dalam pukul 12:45 tengahari.Hehehe awal tu.

-KHir-

1 comment:

  1. rupanya geng2 motor ni ada jgk ye time tak tahu nak ride ke mana.... hehe

    Mungkin ada masa n waktu, boleh try ramai2 ride ke kuliah ustaz azhar kat mana2...

    Nampak ok jgk geng2 sbk ni layan kuliah agama, baru anak2 muda respek..hehe

    ReplyDelete