Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, June 29, 2011

Snorkeling time.Pic tells everything

Aku baru dapat gambar aku menyelam ke dasar di Krabi..Kalau sesape yang belum baca leh review link kat bawah nie:

http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/ride-krabi-hatyai-13-may-17-may-v1.html
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/ride-krabi-hatyai-13-17-may-v2.html
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/ride-krabi-hatyai-13-17-may-v3.html
http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/krabi-hatyai-13-17-may-final-version.html

Precious picture,tak pernah aku dapat lagi orang ambik gambar aku menyelam ke dasar & pegang batu karang..thanks bro ZX12..

 Bersusah payah nak ke dasar..indahnya ciptaan tuhan..


 Hehehe ada la dalam 15 kaki dalam..Sempat aku bagi post yang menarik!
-KHir-

Saturday, June 25, 2011

Ride Kenduri di Pengkalan Balak bersama Cop Rider

Sabtu 18 June merupakan hari rilek-rilek di rumah bagi aku.Tengah sedap-sedap layan tido pepagi Sabtu,Bad roger ajak ride ke Melaka.Lagipon sebab dah lama tak ride dengan Bad so aku pon meluangkan diri untuk join ride ke Melaka bersama Cop Rider.Satu perkara yang aku dah lama paham pasal Bad nie,dia jarang stori tujuan ride yang sebenarnya.Katanya geng polis nak buat makan-makan kat Pangkalan Balak.Hehehe bila dah sampai lokasi yang dituju baru aku tahu reason ride yang sebenarnya..Hehehe tapi semuanya ride yang dianjurkan oleh Bad memang best.

Konvoi dah berjanji nak berjumpa di Shell Sg Besi pukul 2:30 ptg.Aku kali agak terlewat sikit,banyak benda nak setel sebelum gerak.So terpaksa jumpa rakan-rakan di Petronas RNR Seremban.Nasib baik minyak aku still banyak lagi.Boleh gerak terus.Sesampai aku kat RNR Seremban..hehehe semua dah menunggu dah..aku isi minyak jab,ambik duit & terus jumpe rakan-rakan baru aku..dari group tu aku dah kenal 3 orang.

Kali nie,ride bersama owner jentera yang biasa bawak di kelajuaan tinggi.wah memang best dapat follow.Brader berhelmet merah,Petai dah upgrade Z1000 10 ke GTR 1400..

Mamat motor hijau nie,ada di mana sahaja..
Route ke Pengkalan Balak akan melalui PLUS>>Port Dickson>>Linggi>>Pengkalan Balak.Laluan nie memang banyak kona,so memang best betul..tapi macam biasa safety is paramount ! Jangan lupe yea.Ride dimulakan dengan pemanduan 150-160km per hour.Kami seterusnya akan exit ke Port Dickson untuk melalui jalan kampung.

Sempat snap sebelum traffic light menjadi hijau.Kami akan belok ke kanan untuk masuk ke Highway PD.
Kenape Bad sorang-sorang di divider jalan? Hehehe

Dalam group kami ada 2 bijik GTR,5 bijik ST1300,1 bijik Z750S, 1 bijik Yahama R6,bila sampai mana-mana simpang aku dengar bunyik siren..eh mana datang daa..rupenya ketua konvoi Cik Mail  kasi on itu hon itu supaya kenderaan lain bagi laluan..memang terbaik..senang kalau dah ada orang bukak jalan nie.

Dah masuk highway Port Dickson,laluan lurus terbentang depan mata.Aku dari awal dah tinggi kan visor dah meramal kawan-kawan akan agak laju dilaluan lurus nie.Tapi awas,penyambung jalan di highway akan menyebabkan jentera anda berbuai & jangan sesekali alpa..

Konvoi kami sampai ke Pengkalan Balak dalam pukul 4pm..ouhh rupenya ada sorang pegawai polis buat kenduri arwah di rumah kampungnya di Pangkalan Balak.Rumahnya betul-betul mengadap laut.View memang layan la kan..


Barisan kuda hitam.Geng-geng cop rider biasenya suka ambik motor ST..dah biase agaknya dengan cara pengendalian.

Dah sampai,kena carik air dulu..panas berasap nie kawan.

Air sirap kenduri..memang wajib ada..

Dalam setiap ride aku,agaknya dah mesti ada gambar mamat nie ker ..musykil..musykil

Dino Z750S berbaju hitam.Orang nya amat sempoi 


Kenduri belum start lagi.Kami sampai agak awal.So mari semua ambik kesempatan melepak tepi laut..kena angin petang sambil layan goreng pisang panas..

Geng-geng jantan cuba-cuba nak buat-buat romantis melepak layan blues

Jom kite pekena pisang goreng panas kat depan.Kalau nak laksa carik kat Penang yea..

Minum petang.Berikut adalah menunya goreng pisang RM 10.00,otak-otak RM 20,air botol sorang satu..tula menunya sementara nak tunggu kenduri start.

Lokasi kejadiaan..

Selepas ngam-ngam abis makan,pembacaan kenduri doa selamat pon dimulakan.Ouhh rupanye tuan rumah dah jemput budak-budak  tahfiz untuk baca Yassin.Kami diluar jer.

Meja khas untuk bikers bermakan-makan..

Dah memang jadi amalan sejak dulu lagi..bila ada kenduri,bebudak tahfiz @ rumah anak yatim akan dipanggil untuk doa selamat & dijamu makan-makan..

Shoru time beb..

Walaupon dah sebat macam-macam makanan kat gerai tadi,semua masih berselera nak makan nasik minyak..ramai yang bertambah..menu makanan macam kenduri kahwin siap ada air tembikar & bubur sebagai pencuci mulut

Ride sempoi,tapi ada 10 bikers yang ikut serta..majoriti geng cop riders

Perjalanan pulang akan menggunakan laluan yang sama seperti kami datang tadi.Layan kona lagik la pulak

Berhenti di stesen minyak yang terdekat atas 2 sebab.Isi minyak dan isi angin tayar.Terutama tayar aku yang agak  lembik .Padahal baru 2 minggu isi angin tayar,aku suspek kesan dari tampal cacing hari tu,menyebabkan angin agak cepat keluar.So aku kena rajin cepat pressure tayar belakang aku,sayang beb nak tukar tayar,bunga banyak lagi nie.

Selesai hajat di Stesen minyak,perjalanan kami,Alhamdulillah lancar melalui jalan kampung,dan terus memasuki highway PLUS.Aku & Petai bikers pertama yang berpecah dari konvoi untuk exit ke Kajang..

-KHir-

Pengumuman Pemenang Follower ke-50

Maaf pada rakan-rakan semua,sepatut aku umum lebih awal.So ini lah dia ID pemenang bertuah..


AzharSunGT...

Anda perlu call saya 019-2729052 untuk menuntut hadiah dengan menjawab beberapa soalan pengesahan...

Tahniah...Ada beberapa lagi series of contest akan diadakan..so rajin-rajin  la singgah sini ye minggu depan.





-KHir-

Wednesday, June 22, 2011

Follower ke 50.Kita dah ada pemenang..

Tuan-tuan yang budiman,

Blog www.khir-z750.blogspot.com akan mengisytiharkan pemenang nye esok 23062011.Nantikan pemenang bertuah.Wajah pemenang tersebut akan diupload untuk tatapan anda semua..Terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan ini.Dalam masa terdekat satu lagi pertandingan baru akan diadakan..nantikan update tersebut dalam masa terdekat.


-KHir-

TTS Nasi Lemak 60 sen Kampung Baru 15062011

Ini merupakan cerita Teh Tarik Session atau lebih dikenali dikalangan bikers sebagai TTS  or TT .Perjumpaan kali ini bertujuan untuk membincangkan ride ke Pantai Timur & ke Selatan Thai.Lokasi adalah seperti berikut

Tempat : Nasi Lemak 60 sen di belakang Padang Kelab Selangor Kampung Baru
Masa : 9:00 mlm  Rabu 15 Jun 2011
Ahli-ahli : Aku,Bang Mat GTR,Hj Rahman,Imam Mat Zin,JJ & Gemuk.

Ketibaan Hj Rahman setelah sesat merayau-rayau carik tempat.Aku & JJ to the rescue.



Lokasi perjumpaan.Kat sini awek-awek cun-cun belaka silih berganti makan,memang amat sesuai untuk cuci mata.

 Hanya aku,Hj & JJ jer bawak motor.Lain datang berkereta.
Hasil perbincangan adalah seperti berikut.Tarikh yang dipersetujui adalah 2-5 May,dengan mengunakan laluan Golok >>Pattani>>Narathiwat>>Yala >>Betong.Namun begitu laluan tersebut terpaksa di ubah ke Rantau Panjang>>Tumpat>>Tok Bali>>Kuala Terengganu>>Kuantan>>Mersing>>Kuala Lumpur. disebabkan oleh pilihanraya Thailand yang berlangsung pada 3-5 July..

Nantikan next entri esok,perjalanan ke Pangkalan Melaka bersama cop rider..ada siren beb..memang best!


-KHir-

Sunday, June 19, 2011

Slider ohhh slider ku..

Korang tengok sendiri la..minggu sebelum nie bracket slider sebelah kanan aku dah crack
Kali ni slider sebelah kiri pulak yang bermasalah.Silap aku jugak tak check sekali slider sebelah kiri sekali hari tu.Ingatkan ok.
Kejadian slider kiri aku jatuh agak memalukan.Lepas panas enjin depan rumah.Terus aku gerak dalam taman aku tak banyak kereta pon.Baru jer keluar pagar rumah terus terasa macam ada benda terjatuh..ketang..tang..tang..eh per pulak yang tercabut tuh..Jenguk kat belakang..la slider sebelah kiri dah tanggal jugak..cittt..apa daaa..
Aku dah hubungi Ben,untuk mengadu nasib.Mesti la mengadu kan,baru baru pakai 3 bulan,takkan la leh jadi camtu.Slider nie biasa nya life time use..
Masalah yang aku hadapi ialah braketnye yg tak tahan panaas.Cepat crack..So Ben dah janji nak bagi yang dah braket yang dah improve.Katanya ramai orang komplen jugak..oooo..itu macam ka..apa la brand CKW nie ..




 Slider OK,braket bermasalah..


 Hari Isnin 20 Jun akan aku singgah ke Welly Kelang untuk pasang braket baru...
 
-KHir-

Ride anjuran Mok Motor Wangsa Maju ke Alai Melaka 11062011

Sabtu lepas aku bercadang nak turun Mok Motor kat Wangsa Maju.Ada program Makan Ikan bakar di Umbai Melaka.Mok Motor sponsor sepenuhnya untuk 60 bikers.
Makan free beb,sape tak mau,seafood lagi tuh.Semua peserta konvoi diminta berkumpul di Mok Motor pukul 4:00 ptg.Ramai geng-geng ride aku pn join sama..so aku pon berhajat untuk turut serta.

Kehadiran peserta-peserta untuk aktiviti makan-makan

JJ berbaju merah,baru lepas balik tournament badminton.

Sekali punye la ramai orang..


Lady bikers..die suh panggil casey stoner..hehehe Die bawak ER6N

Geng-geng yang sentiasa hepi manjang..

Sebelum bergerak,brader Halil bagi taklimat perjalanan.

Brader Halil : Brape kali aku nak ulang taklimat ? hahaha

Official imam of the ride.Imam Mat Zin mengetuai pembacaan doa..


On the bike yee..semua orang




Next stop adalah Petronas selepas Tol Ayer Keroh.Biasa la dah ramai-ramai kena la re-group semula.

Below Pic : Credit to KC Stoner..lady bikers yg pakai baju merah pakai key putih di permulaaan stori nie :


 Jom layan gambar..kawan-kawan sedang menjamu selera.Memang sedap kan..

 Mat ER6 (Kanan sekali: Mat aku dah tak sabar nk belasah pari bakar nie..bau air asam pon aku dh selera
Mat GTR (Tengah) : Sabar-sabar,ko tadi kan baru makan cucur udang RM 5.00..
Haji(Kiri sekali): Eh bukan 5 ringgit,7 hinggit la..

 Imam : Bile diorang nak panggil aku baca doa nie..


 Salah satu restoran ikan bakar yang glamer di Melaka..
 Sotong goreng tepung..buat aku lapar sungguh nie


Selamat menjamu selera kawan..kawan..


-KHir-

Saturday, June 18, 2011

Ride bersama rakan @ konvoi,perkara apa yang perlu anda ambil berat.Unwrittern law/guideline utk bikers

Aku dah lama nak share kan perkara nie bersama rakan-rakan semua.Setelah aku meng-followkan diri dengan ride2 dekat dan jauh..berikut merupakan panduan yang sangat-sangat perlu kita ikut demi menjaga keharmonian persahabatan antara bikers..

1.Kenalpasti kumpulan rider anda.Maksudnya kenali kuasa kuda @ CC motorsikal yg ride bersama anda.Jika semuanya 1000CC & ke atas,adalah tidak menjadi masalah untuk kita  memandu dlm kelajuaan agak tinggi (Safety no 1 ye).Jika terdapat CC yang lebih rendah,kite patut menghormati rakan tersebut dengan tidak memandu dalam kelajuaan yang luar jangkauan motosikal yg ber-CC rendah.Jika ingin memecut & test power jangan tinggalkan rakan anda yang ber-CC rendah terlalu ke belakang.Biar pecut sekejap then slow balik..

2.JIkalau semasa ride,motor kawan-kawan mengalami masalah,jangan gerak dulu, & membiarkan beberapa rakan-rakan lain sahaja yg membantu.

3.Apabila anda terjumpe kawan-kawan anda semasa anda sedang ride bersama kumpulan lain,jangan tinggalkan kumpulan anda untuk menyertai kawan-kawan anda.Datang bersama,balik bersama,tu memang dah jadi rules/panduan bikers dari dulu-dulu.

4.Apabila menyertai ride,benarkan kawan-kawan anda memotong anda,jgn tiba-tiba rasa tercabar dan terus memotong setiap kali ada yang cuba memotong anda.Rilek-rilek jer,asalkan anda masih berada dalam satu group.

5.Jangan menghilangkan diri semasa anda ride bersama kawan-kawan.Seperti exit kat mane2,utk singgah jumpe kawan,awek tanpa bagitau group.Group yg baik akan sentiasa berhenti di mana-mana & menunggu anda muncul untuk re group.

6.Janji adalah amat penting.Jika anda berjanji untuk join ride.Pastikan anda tepati janji & datang pada waktu yg sepatutnya.Jangan tiba-tiba setengah jam nak ride,anda kensel.Melainkan betul2 ada kecemasan.Alasan yang biasa adalah..aku tertido..eh ari ni ke ride bukan minggu depan..hehehe dsbnye.

7.Pastikan anda mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan bersama konvoi & apabila berhenti utk isi minyak sila refuel semula.Ada rider yang rasa minyak nya cukup biasanya tak akan isi, dan bile dah gerak,baru jalan 30-45 minit minyaknya dah blinking,time tu dah kalut bagi signal kat kawan-kawan untuk berhenti refuel.Geng-geng lain akan terpaksa carik exit yg terdekat atau RNR yang terdekat.Banyak masa dah terbuang kat situ.Perkara ini sering terjadi kepada bikers yang just angkat motor baru hehehe walaupon dah lama bawak motor..belum leh budget lagi tahap penggunaan minyak.

8.Jangan selalu sangat bawak perlahan sebab nak usha awek yang drive..hehehe




-KHir-

Thursday, June 16, 2011

How to be a follower...Jom jadi pemenang

Terima kasih pada pengunjung setia yang bertanya macam mana nak jadi follower .Follower yang ke 50 bakal membawa pulang SOL 64S.So ini dia link post sebelum nie macam nak jadi follower .Hehehe cecepat ye semua

http://khir-z750.blogspot.com/2011/05/macam-mana-nak-jadi-follower.html


-KHir-

Wednesday, June 15, 2011

Follower Contest..still an open race!

Anda masih mempunyai peluang...meh aku bagi gambar helmet SOL S64 yang bakal di bawa pulang ...
Once in life time..







-KHir-