Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, November 16, 2011

Ride Terengganu 15-16 October V2

Entri kali ini merupakan ride Pantai Timur yang cukup mengasyikan kerana tidak melalui jalan highway yang lurus.Jadi memang begitu mengujakan.Ride yang disertai oleh aku macam biasa bilangan motor tidak lebih dari 10 buah.

Persediaan awal hanya dibuat seminggu sebelum berangkat.Tujuan ke sana adalah untuk menghadiri kenduri kawin kenalan aku.Jadi ini lah dia storinya.

Aku keluar dari rumah pukul 6 pagi.Malam sebelum berangkat aku dah siapkan barang-barang keperluan untuk nak gerak pagi.Hehehe tak mau la jadi sebelum nie last minute nak siapkan semua barang.Jadi lambat pulak kang.Ahli ride yang terbaru adalah Kaza.Die bawak ER6F putih berekjos buluh.Munyiknya lagi kuat dari motor aku..

Aku janji dengan Kaza untuk jumpe kat parking Hj Samuri Kajang.Pastu gerak ke BHP selepas tol gombak.Aku sampai kat situ pukul 6:30am,Kaza dah terpacak kat situ.Kami pon terus gerak,minyak aku ada tiga takuk lagi.Lepas nie nak ke BHP lepas tol gombak.

Kiteorang ride dalam keadaan santai,sampai around pukul 7am.Isi minyak dulu la beb.Nak jalan jauh ni.Nak ke Felda Chalok Barat,Setiu Terengganu.Kat mane tu? aku pon tak pernah sampai lagik.Kalau ada gps kan best.Nak guna GPS kat phone,tak berape best sebabnya makan bateri kuat sangat,Pastu siap kena hujan,nak pakai lasak.So better lepas nie kena beli GPS standalone

Okeh,tengah-tengah isi minyak,Gemuk geng ride setia aku dah sampai.On time pulak die kali ni..

Susun motor elok-elok ye Kaza..


Sorang lagi mamat yang sentiasa perasan aku nak ambik gambar.


Kasi minyak itu rantai...


Masih menunggu kehadiran sorang lagi sebelum bertolak.


Ha masa ni ada sorang lagi geng nak last minute confirm nak join.Brader Yeop confirm ngan kiteorang pukul 8am yang dia nak pegi..Alhamdullillah dapat 4 bijik motor dah best dah..Brader yeop ni rider yang sangat otai.Selamba jer ratah konar Karak.


Tayar golek pukul 9am.Selepas brader Yeop sampai kami dah tak tunggu lama dah.Gerak terus.


Destinasi yang dituju adalah Sutera Beach Resort kat Setiu Terengganu


Ha korang tau tak nie kat maner? hahah teka la


Shell Maran..Sempat jer si Kaza nie posing


Sembang-sembang dulu sebelum gerak..
Okeh perjalanan diteruskan.Majoriti ramai jarang-jarang pegi ride sebelah Pantai Timur.So kiteorang main agak-agak jer kat mane nak isi minyak..dan hasilnya..kami terlepas stesen minyak kat Jerantut..tapi time tu minyak still ada 3-4 bar lagi..tak risau sangat la.tapi bile dah ride dalam 50-60 km ke depan ramai dah risau sebab next stesen minyak tak kunjung tiba..Yeop berenti dulu nak check minyak.Motornya tak de meter minyak..tapi tank motor die besar 19 liter.Sementara tu Kaza dah lepas ke depan.Kami berenti pon sebab Gemuk tak muncul-muncul.Rupanya die berenti kat Jerantut tadi isi minyak.

Aku tak risau sebab minyak aku ada 3 bar lagi.Yeop jer yg agak risau.


Berhenti dulu tunggu Gemuk..yeop tengah ambik port utk idupkan rokok.


Ketibaan yang berhormat.Hepi jer pasal die dah isi minyak..


So lepas bincang-bincang,kiteorang akan ride slow sampai jumpe stesen minyak..hehehe jauh jugak.Dalam 40-50km lagi baru sampai.Rupanya stesen minyak yang pertama kiteorang jumpe adalah kat Cherating..wah tu die..jauh jugak.Tapi selamat sampai dengan average speed 100-120km/h.


Time nie view kampung dah kelihatan..stesen minyak kat sebelah rumah  nie jer..




Isi kat Caltex Cherating..lepas nie akan lalu Chukai..tapi aku dah kena cukai kat stesen minyak ni pasal aku nak isi RM20,tapi minyak auotmatik berhenti isi kat RM 19:50..cisss kena cukai aku..


Tabik hormat tanda berjaya keluar dari krisis minyak nak abis..fuhhhh


Kami officially sampai di Terengganu pukul 11;00am..masih awal lagi.


Okeh lepas ni aku akan sambung kisah ride dalam negeri Terengganu yang semestinya penuh dugaan..nanti kan ye





Tuesday, October 18, 2011

Ride Melaka & Rembau..menyusuri Kampung tradisional 1 October 2011

Fuhh keletihan balik dari ride Terengganu semalam masih terasa,tapi tak mengapa sebab aku makin bersemangat untuk upload stori kepada kawan-kawan semua.Yela blog aku pon dah hampir pulih..banyak gambar dah upload.
Ride Melaka ini merupakan ride yang aku organize,sebab sepupu aku kawin.So ramai jugak yang respond untuk follow ride nie.Disebabkan lokasi di Air Keroh Melaka,so ride ini memang cukup santai dan bersahaja.
RV di Shell selepas Tol Sungai Besi pada pukul 10:00 pagi.Aku antara orang yang awal sampai.Masa sampai Tok Mudim aka Sam Intruder aka brader Samad telah berada di lokasi..awaiiii nya..Ramai jugak geng-geng lain yang akan ke Melaka untuk ride kenduri.Aku suspect diorang akan pergi kenduri yang sama sebab sepupu aku pon ada bagitau last minute yang dia ada ajak konvoi sekali.Tapi disebabkan aku dah setting dengan geng-geng lebih awal so kite orang proceed lah dengan group kiteorang.Leceh la nak ubah plan minit-minit terakhir.


Dari Hujung kiri,Brader Yeop,Samad,Gemuk & Man


Kami berlima dah cukup korum untuk bergerak.Kalau korang perasan,kebanyakan ride yang aku join,memang tak ramai,biasanya kurang dari 10 motor.Dulu aku suka jugak join ride yang ramai-ramai sampai berpuluh-puluh bijik motor.Tapi sekarang nie mode ride aku lebih kepada ride dalam kumpulan kecik,biasanya kurang 10 bijik motor.Lebih terkawal & teratur.
Sambung stori ride nie.Memandangkan ramai lagi belum breakfast dan masa maih awal lagi.Kami bercadang nak singgah RNR Serdang or dulu-dulu orang panggil perhentian gerai buah.Foodcourt kat belakang kedai.Sembang-sembang sambil minum pagi.


Minum ringan-ringan jer..


Dalam pukul 11:30 pagi.Kami pon on the bike menuju ke Air Keroh Melaka.Ride sungguh bersantai dalam kelajuan 120-140 km/h.Semasa kami berada di kawasan Seremban,satu geng superbike dengan laju potong kiteorang.Rasanya macam geng sepupu aku jer tu.

Kami singgah sebentar di RNR Air Keroh.Melepak-lepak saja.lagi 10-15km dah nak sampai destinasi.Singgah minum-minum sambil gossip-gossip tentang geng-geng motor.


RNR Air Keroh-singgah buang air la nie..


Semua dalam mood yang bagus.Mamat depan sekali ni macam kenal jer kan..ada ride ade la die..geng ride aku nieh..
Lama jugak kiteorang melepak kat situ.Dalam pukul 1 baru kami gerak ke destinasi.Senang jer nak carik taman nie..hahaha geng-geng semua bahan kan aku sebab aku tak tau camne nak pegi rumah pak sedara aku.Memang aku tak tau sebab pak sedara aku baru beli rumah nie.First time sampai.Pak sedara aku sebenarnya duduk kat Sungai Way Kelana jaya.Tula pasal aku tak tau rumah baru diorang..hehehe..


Kami sampai ngam-ngam sebelum pengantin sampai.Sempat la makan-makan minum-minum dulu.


Tu die,sepupu aku Khairul kawin dengan orang Terengganu.
Dah makan,santai-santai sambil tu aku jumpe la sedara-sedara aku...



Senyum lebarrr....


Jemput-jemput makan..
Pasangan sejoli..
Selesai ride Melaka,kami memang dah ada plan nak turun ke Rembau.Memang dah lama nak turun sana.Sebab view kat sana memang cantik-cantik dengan rumah tradisional.Tujuan nak pegi sana sebab Gemuk nak tengok sebijik motor Virago di Kampung Bongek.Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit sebab kami melepak dulu di RNR air Keroh.
Destinasi nya adalah rumah sepupu Gemuk.Sepupu die ni pomen motor besar.Ramai jugak orang anta motor-motor untuk repair.Sebab die cas harga murah-murah.Die specialised untuk motor chopper.



Selamat sampai Ke Rembau..tanah beradat..dulu ramai kawan-kawan sekolah aku tinggal kat Rembau,area Sungai Layang,Kota,Bongek.Sekarang kebanyakan dah bawak haluan masing-masing..


Dah sampai dah..lepak lagi tunggu sepupu Gemuk balik dari ride Port Dickson.


Stok motor-motor yang sedang direpair.Brader dalam gambar nie,kiteorang jumpe tengah jalan.Rupenya die kenal ngan Samad.Die la yang guide ke rumah brader sepupu Gemuk.


Kedai nya sempoi jer..






Hah tu die,banyak motor klasik tersimpan dalam nie.Sape tau model-model kat dalam nie die memang otai la,sebab susah nak jumpe model-model nie atas jalan.


Masih menunggu..buat macam rumah sendiri sudahnya..
Nah tue die..Samad tengah tersenyum gembira dapat makan baulu.

Kebetulan isteri tuan rumah balik.Kami terus dijamu dengan teh O panas dengan baulu.Fuh sungguh syahdu syahdan di petang di bawah pokok kami minum petang..Terima kasih tuan tanah..
Ngam-ngam lepas minum sepupu gemuk sampai.Kami tak tunggu lama.Terus shoot untuk ke rumah tuan motor Virago 535 yang nak dijual tuh..dekat jer perjalanan..


Suasana kampung yang cukup mendamaikan..motor virago ada disimpan bawah rumah.Still elok lagi..


Hehehe aku snap gambar nie sebab nak ambik gambar rumah jer..motor-motor tu sampingan jer..
Selesai deal,kami semua bergerak pulang.Masa dalam daerah Rembau,kami banyak ride slow sebab nak tengok rumah-rumah kat situ,bagi aku ada 2-3 tempat yang best untuk layan view rumah-rumah tradisional nie..satu kat Rembau,Kuala Pilah dan Kampung tengah Melaka..

Okeh nantikan entri seterusnya yang akan menyusul tak lama lagi ride ke Terengganu 15 dan 16 October.Layan sungguh ride tuhhhhh..macam-macam cabaran ditempuhi tapi semuanya berbaloi..






-KHir-

Monday, October 17, 2011

Ride Terengganu 15-16 October V1

Aku baru balik dari ride Terengganu yang sangat best dan penuh kenangan.Insyallah aku akan upload gambar & story dalam masa terdekat.


-KHir-

Monday, October 10, 2011

Ride Sungai Petani 16092011...Balik hari plak tuh..hehehe

Sekian lama aku tak menulis.Jadi hari ni aku luangkan masa untuk update entri ni.Maaf ye kawan-kawan sebab lama dah tak menulis.Sebab utamanya ialah aku jadi sangat frust sebab semua gambar aku dalam blog aku ini secara tak sengaja telah hilang..so banyak masa telah diluangkan untuk memasukkan gambar ride since 2009 lagi..takke banyak keje tuh..saboooooor jela..

Ha nie nak citer pasal ride main redah ke Sungai Petani.Malam sebelum tu memang aku tak plan nak pegi mane2.Bangun pagi aku terus call gemuk untuk ajak ride santai-santai...nah tu die..ke Sungai Petani ajaknye..Sambil-sambil boleh beraya rumah kawan-kawan la.
Tapi tarak hal la,redah jer.Motor pon dah lame dok terperuk kat rumah.Dah confirm nak gerak terus aku bersiap.time tu dah dekat 9 lebey.Bile aku dah lama tak ride nie,nak kumpul riding gear ambik masa jugak..mau dekat sejam jugak nak siapkan barang-barang.Aku standby la baju kalau nak tido.Biasa nya kalau ride tido semalam aku sumbat semua dalam porch bag aku.Selamba..


Pukul 10:00am keluar rumah.Janji nak jumpe pukul 11:00 kat Rawang..matahari dah tinggi baru nak keluar rumah..dah macam nak gi ride makan pau plak.lewat sungguh.Zassss siap isi minyak kat shell reko,terus shoot ke RNR Rawang.Masa sampai gemuk dah sedia menunggu.Ride yang cukup relak.Yela pegi berdua jer..

Gemuk dengan mood hepi nak turun Sungai Petani...nak beraya kononnya..
Aku sampai RNR Rawang around 11:15am.Tak duduk lama pasal aku pon blum breakfast.Plan nak minum-minum kat simpang Pulai masa berenti isi minyak.

Kat area nak sampai Tanjung Malim ,dah nampak dah cuaca makin mendung n gelap.So berhenti kejap la nak simpan barang ape yang patut.

Makcik tengah tunggu bas.Baru nak pakai tudung..nampakkan tudung pink atas helmet tuh..haha ni tengah berenti simpan barang..hari mau ujan


Barang-barang aku dah siap tersimpan rapi dalam porch,cume nak simpan camera jer.

Dan perjalanan diteruskan..hehehehe tu die..hujan lebat mengiringi jalan.Aku dah goyang nak teruskan perjalanan.Yela ride santai jer..buat ape nak menyusahkan diri berhujan sepanjang jalan.Tapi Alhamdulliah tak sampai 10 minit cuaca dah cerah..fuhhh lega.Kelajuaan ditingkatkan menuju pit stop pertama Petronas Simpang Pulai.

Sampai ke Simpang Pulai dah dekat pukul 1.Gemuk sedang berdiskusi dengan pak polisi..aku masuk dalam terus..hohoho kelaparan belum breakfast lagi..makan roti n air kotak..jadi la alas perut..

Aku dari dalam dok perati kawan-kawan bersembang..minat betul brader polis nie on motor besar..

Selesai makan-makan.Masa untuk on the bike.Perjalanan diteruskan diiringi cuaca yang cukup cun.Next stop adalah Shell lepas tol Juru.Ride santai-santai jer.


Isi minyak lagik...

 Lepas isi minyak,duduk-duduk dulu.Yela hilangkan kejang-kejang kaki.Lame bebenor dah tak ride nie..
Lepas tu ,kami gerak dan exit kat Permatang Pauh.Ikut jalan dalam la nie nak ke Sungai Petani.Aku ngikut jela..gemuk orang sini,semua short cut die tau.Sebat jela.Destinasi raya pertama adalah rumah kawan sekolah die di Kampung Permatang Tinggi C..

Orang kampung sesat di kampung sendiri.Berhenti sekejap call member.Hehehe malunyer..tu pasal die tak mau hadap camera..

Terpaksa tanya bebudak yang main basikal kat situ..dik kat mane kampung permatang tinggi C?
Ha..jumper jugak akhirnya selepas bersimpang siur mencarik
 


Carik punye carik sampai jugak..cuaca sangat panas terik nie..aku dengan tanpe segan lepas salam-salam terus bukak boot berkaki ayam.

Bersembang dengan abang tuan rumah.Banyak pengalaman pakcik nie..merata dah jalan.Berenti keje gomen,buat business.Jarang aku dengar orang gomen berenti..sure masyuk business nyerrrr...

Makan time..Menu orang utara..Heheh penangan tak breakfast..penuh sepinggan.
 Menjadi tradisi orang kat sini.Diorang akan jemput geng-geng surau dikalangan jemaah perempuan untuk bermarhaban sebelum start kenduri.Lama sungguh dieorang bermarhaban..semua ayat dibaca panjang2..dekat 2 jam jugak la.Masa aku gerak belum selesai lagi..So melepas la aku nak usha awek kat dalam rumah tadi.Ade nampak 2-3 orang yang comel-comel.hehehehe

 Selepas salam-salam nak gerak.Destinasi seterusnya adalah kedai Mee kat Tikam Batu..ala tak jauh pon dari Kampung Permatang Tinggi C.Naik motor adalah dalam 15 minit.Kena tempuh Pekan Tikam Batu.

Dah sampai lokasi dah..

View depan kedai Mee..tu nun di sane kampung Gemuk..

Makan time lagi..Gemuk pon tak sound awal-awal nak berenti kak kedai member die nie..nak makan mehun sup.Kalau tau tak la aku belasah makan kow-kow kat open house tadi.

Cuaca sungguh mendamaikan..angin pon sepoi-sepoi jer.
Menikmati juadah meehun sup power..gerai nie cukup terkenal kat sini..
 Kemudian perjalanan diteruskan.Time nie dah pukul 4 lebey.Singgah sembahyang jab.Jarak pon dekat jer ngan kedai tadi.

Masjid Al-Khalidiah.Per yang menarik tentang masjid nie..Hahaha kenal Datuk K? Ni la die masjid yang dibiayai oleh die..glamer la jugak .

Parking dulu.Sembang-sembang ngan orang kampung kat situ.
Reka bentuk yang menarik

Selesai sembahyang,jom kite ke Pantai Merdeka.Jalan-jalan layan angin laut.Ramai jugak orang petang-petang sabtu nie..Jalan-jalan cuci mata.Singgah minum jab.Plan asalnya nak sambung beraya tapi ada 2-3 kawan yang takde kat rumah.

Pantai Merdeka..



Lepak punye lepak..okeh dah masanya untuk teruskan perjalanan.Singgah bandar Sungai Petani kejap untuk minum-minum.Kami antara 50-50 untuk nak tido sini or balik terus.Bincang punye bincang terpaksa jugak balik sebab esoknya kami ada satu lagi ride ke Lumut.Memang dah janji dah..kami yang dok gatal nak gak pegi ride jejauh hari sebelumnya.Perghhh nak meredah highway dari Sungai Petani ke KL malam-malam memang mencabar oooo...Bukaannya ape..dengan jalan lurus jer manjang..aku dah terasa nak sangat sampai KL cecepat.Bila lalu kat signboard pon tak mau tengok dah..sebab tau jarak jauh lagi.Singgah berehat sekejap kat Simpang Pulai & terus pulang..tu die aku sampai rumah dekat-dekat pukul 2am..

Esoknya aku tak pegi ride Lumut..hehehe maap ye kawan-kawan.

Okeh nanti kan next entri aku ride ke Melaka & Rembau.Menyusuri kampung tradisional.



-KHir-

Monday, September 12, 2011

Ride 16-17-18 September 2011..

Sori kawan-kawan sebab aku agak lama tak update blog.Bukan malas.tapi banyak jemputan beraya.Kang tak pegi merajuk pulak kawan-kawan..so aku telah luangkan masa masa cuti 3 hari nie untuk ride selama 2 malam..Pegi mane? jeng-jeng skit ari aku update destinasi Ride Raya nie


-KHir-

Wednesday, August 31, 2011

Honda CBR 1000 2012

Ni ha..makin hari makin heboh diperkatakan..Honda CBR 1000 2012..perubahan yang agak radikal..tapi kenape lokasi di Hong Kong..ada sape2 leh tolong jawabkan..

Jom Layan video ni dulu:




-KHir-

Wednesday, August 24, 2011

Jandaku sudah kembali ke pasaran.. sekali lagi

Pelik,musykil bin ajaib,motor z750 biru kesayanganku telah berada kembali dipasaran.

Aku pon call la Ben nak tau ape cerita;

Aku: Allo Ben,ape cerita saye punye z750 biru suda ada jual balik..

Ben: Hahaha..itu owner mau angkat baru punye..

Aku: Haiya ape pasal aaa..motor cantik punye suda cepat jual ka..suda berape owner.

Ben: Suda 2 orang onwer la..iyala u suda pasang semua accesories,owner tak tau mau pasang ape barang lagi..itu pasal die mau jual kasi upgrade

Aku: Hehehe i rasa itu motor rindu sama first owner.Jual murah same i la,U bagi i RM 20,000 i angkat cash..

Ben: Hehehe itu owner mintak tolong jual..die pon tak mau rugi sangat..RM 50,000 jer.

Aku: Ouhhh itu macam ka..(fuh ingatkan leh dapat murah)

Ni ha link nyer:

http://www.mudah.my/Kawasaki+z750-9345477.htm


-KHir-

Wednesday, August 17, 2011

Cabaran 1000 corner..Utara Thailand


Ape komen anda? ade sesape berani join? Ride yang memang aku nanti-nantikan
  • CCput AJe North Thailand Ride... aku, imam, hisham n pakcu confirm.... ko camna?
    23 hours ago ·
  • Sopan Santun tarikhnya bile bang..Jan 20-22 saye di Terengganu.kalau tak kena..saye sudi jadi wartawan utk ride tu hehehe
    23 hours ago ·
  • CCput AJe Awal februari... cuba ko cek ada cuti berapit... ambil 4 hari jadi 11 hari.... kos dlm rm3.5k... 12 hari di perlukan....
    21 hours ago ·
  • Sopan Santun okeh tu..bile last date nak confirm..nak apply cuti nie bang..
    21 hours ago ·
  • CCput AJe Nanti aku kompom... day 1. Hatyai ke Cha Am... 800 km
    2. Cha Am ke Chiang Mai... 1100 km
    3. Chiang Mai ke Golden Triangle.... 400km
    4. Chiang Mai ke Mae Hon Son ...400km corner
    5. Mae Hon Son ke Chiang Mai ... 400 km corner - 3668 curve 1000 corner.
    6. Rehat
    7. Chiang Mai ke Kenchanaburi 800 km
    8.. Rehat
    9. Kenchanaburi ke Hatyai 1200 km
    10. Rehat
    11. Balik KL...
    Ada bran? Semua diatas couple.. takkan single tak boleh kot...
    15 hours ago ·



-KHir-

Monday, August 15, 2011

Kawasaki Z750 2012.

Sanggupkah anda upgrade kalau benar gambar di bawah nie merupakan design terbaru dari Kawasaki untuk z750 2012 ? Nyummmm nyum...







-KHir-

Suzuki GSR 750 Naked 2011..saingan sengit Z750








-KHir-

Friday, August 5, 2011

Ride Bukak Puasa ke Kemaman Terengganu

Sedang aku mengelamun sambil buat kerja,aku dapat satu sms yang mengujakan.


Jeng..jeng aku dapat jemputan ride ke Kemaman Terengganu.Berikut adalah butirannya.

"13/8/2011, Sabtu... Berbuka puasa di Kuala Kemaman Terengganu...
Bergerak jam 3 ptg dr BHP Gombak...Dijangka tiba jam 6 ptg...Balik ke KL selepas solat Maghrib dan berbuka puasa.Ride pra North Thailand Challenge 2012"


Ada berani nak menguji tahap keimanan korang berpuasa? Hahaha aku tengah berkira-kira untuk join nie.Baru betul-betul endurance,tapi kena bawak bekal air and kurma.hehehe mane tahu tak tahan..hahaha..




-KHir-

Wednesday, August 3, 2011

Z1000SX special Video Tribute-From Melaka with Love

 Bro Rafi Ahmad dari Melaka,telah menghasilkan video tentang Z1000SX.Aku dah lama dah bercita-cita nak buat video..tengah karang story line sekarang nie..lokasi most likely Empangan Semenyih..view pon cantik kan..

Jom layan video ni..memang tangkap syahdu.

If kawan-kawan nak tengok lagi hasil kerja belia,sila search id juruvideo di youtube.com






-KHir-

XJ6 Video..Mau beli ka? hehehe

Video dari Bro OP,sessi melawat sambil mau beli XJ6,

Bro Op kedai mane gi tengok tu? Design dari depan smart sungguh.






P/S: Thanks to OP for the video..original link :http://www.youtube.com/watch?v=oUf8DRY3I0w

-KHir-

Monday, August 1, 2011

Haji Rahman Zx14 down..

Aku mendapat berita yang sedih.Sahabat karib aku Hj Rahman @ Rahman PJS telah ditimpa kemalangan pada Khamis 28 Julai semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.Aku berkesempatan datang untuk melawat Haji tengahari tadi di Pusat Perubatan Pantai Universiti Malaya (PPUM).Menurut beliau,kemalangan terjadi akibat mengelak dari terlanggar murid sekolah yang tiba-tiba muncul di depan beliau.Beliau terpaksa mengelak dan melanggar pembahagi jalan.

Beliau ini berada di Wad 6U.Alhamdulillah beliau semakin sihat dan boleh bergerak dan berjalan-jalan .Beliau mengalami kecederaan retak 6 tulang rusuk di sebelah kanan.


 Muke haji bersinar bila cerita pasal next ride.Memang tak dapat dipisahkan lagi dengan motosikal..ride on Haji.Cepat sembuh,tiup bola tu kuat sket bagi semua terangkat.(Rawatan untuk paru-paru).

Haji..next trip kite pegi Vietnam.Kami semua tunggu haji nie :)

-KHir-