Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, November 16, 2011

Ride Terengganu 15-16 October V2

Entri kali ini merupakan ride Pantai Timur yang cukup mengasyikan kerana tidak melalui jalan highway yang lurus.Jadi memang begitu mengujakan.Ride yang disertai oleh aku macam biasa bilangan motor tidak lebih dari 10 buah.

Persediaan awal hanya dibuat seminggu sebelum berangkat.Tujuan ke sana adalah untuk menghadiri kenduri kawin kenalan aku.Jadi ini lah dia storinya.

Aku keluar dari rumah pukul 6 pagi.Malam sebelum berangkat aku dah siapkan barang-barang keperluan untuk nak gerak pagi.Hehehe tak mau la jadi sebelum nie last minute nak siapkan semua barang.Jadi lambat pulak kang.Ahli ride yang terbaru adalah Kaza.Die bawak ER6F putih berekjos buluh.Munyiknya lagi kuat dari motor aku..

Aku janji dengan Kaza untuk jumpe kat parking Hj Samuri Kajang.Pastu gerak ke BHP selepas tol gombak.Aku sampai kat situ pukul 6:30am,Kaza dah terpacak kat situ.Kami pon terus gerak,minyak aku ada tiga takuk lagi.Lepas nie nak ke BHP lepas tol gombak.

Kiteorang ride dalam keadaan santai,sampai around pukul 7am.Isi minyak dulu la beb.Nak jalan jauh ni.Nak ke Felda Chalok Barat,Setiu Terengganu.Kat mane tu? aku pon tak pernah sampai lagik.Kalau ada gps kan best.Nak guna GPS kat phone,tak berape best sebabnya makan bateri kuat sangat,Pastu siap kena hujan,nak pakai lasak.So better lepas nie kena beli GPS standalone

Okeh,tengah-tengah isi minyak,Gemuk geng ride setia aku dah sampai.On time pulak die kali ni..

Susun motor elok-elok ye Kaza..


Sorang lagi mamat yang sentiasa perasan aku nak ambik gambar.


Kasi minyak itu rantai...


Masih menunggu kehadiran sorang lagi sebelum bertolak.


Ha masa ni ada sorang lagi geng nak last minute confirm nak join.Brader Yeop confirm ngan kiteorang pukul 8am yang dia nak pegi..Alhamdullillah dapat 4 bijik motor dah best dah..Brader yeop ni rider yang sangat otai.Selamba jer ratah konar Karak.


Tayar golek pukul 9am.Selepas brader Yeop sampai kami dah tak tunggu lama dah.Gerak terus.


Destinasi yang dituju adalah Sutera Beach Resort kat Setiu Terengganu


Ha korang tau tak nie kat maner? hahah teka la


Shell Maran..Sempat jer si Kaza nie posing


Sembang-sembang dulu sebelum gerak..
Okeh perjalanan diteruskan.Majoriti ramai jarang-jarang pegi ride sebelah Pantai Timur.So kiteorang main agak-agak jer kat mane nak isi minyak..dan hasilnya..kami terlepas stesen minyak kat Jerantut..tapi time tu minyak still ada 3-4 bar lagi..tak risau sangat la.tapi bile dah ride dalam 50-60 km ke depan ramai dah risau sebab next stesen minyak tak kunjung tiba..Yeop berenti dulu nak check minyak.Motornya tak de meter minyak..tapi tank motor die besar 19 liter.Sementara tu Kaza dah lepas ke depan.Kami berenti pon sebab Gemuk tak muncul-muncul.Rupanya die berenti kat Jerantut tadi isi minyak.

Aku tak risau sebab minyak aku ada 3 bar lagi.Yeop jer yg agak risau.


Berhenti dulu tunggu Gemuk..yeop tengah ambik port utk idupkan rokok.


Ketibaan yang berhormat.Hepi jer pasal die dah isi minyak..


So lepas bincang-bincang,kiteorang akan ride slow sampai jumpe stesen minyak..hehehe jauh jugak.Dalam 40-50km lagi baru sampai.Rupanya stesen minyak yang pertama kiteorang jumpe adalah kat Cherating..wah tu die..jauh jugak.Tapi selamat sampai dengan average speed 100-120km/h.


Time nie view kampung dah kelihatan..stesen minyak kat sebelah rumah  nie jer..




Isi kat Caltex Cherating..lepas nie akan lalu Chukai..tapi aku dah kena cukai kat stesen minyak ni pasal aku nak isi RM20,tapi minyak auotmatik berhenti isi kat RM 19:50..cisss kena cukai aku..


Tabik hormat tanda berjaya keluar dari krisis minyak nak abis..fuhhhh


Kami officially sampai di Terengganu pukul 11;00am..masih awal lagi.


Okeh lepas ni aku akan sambung kisah ride dalam negeri Terengganu yang semestinya penuh dugaan..nanti kan ye





1 comment:

  1. apsal lame x update blog?
    Anyway, welcome to my beginner blog :
    http://ridertayargolek.blogspot.com/

    ReplyDelete