Rides & Events Update






widgeo.net

Monday, September 12, 2011

Ride 16-17-18 September 2011..

Sori kawan-kawan sebab aku agak lama tak update blog.Bukan malas.tapi banyak jemputan beraya.Kang tak pegi merajuk pulak kawan-kawan..so aku telah luangkan masa masa cuti 3 hari nie untuk ride selama 2 malam..Pegi mane? jeng-jeng skit ari aku update destinasi Ride Raya nie


-KHir-

Wednesday, August 31, 2011

Honda CBR 1000 2012

Ni ha..makin hari makin heboh diperkatakan..Honda CBR 1000 2012..perubahan yang agak radikal..tapi kenape lokasi di Hong Kong..ada sape2 leh tolong jawabkan..

Jom Layan video ni dulu:




-KHir-

Wednesday, August 24, 2011

Jandaku sudah kembali ke pasaran.. sekali lagi

Pelik,musykil bin ajaib,motor z750 biru kesayanganku telah berada kembali dipasaran.

Aku pon call la Ben nak tau ape cerita;

Aku: Allo Ben,ape cerita saye punye z750 biru suda ada jual balik..

Ben: Hahaha..itu owner mau angkat baru punye..

Aku: Haiya ape pasal aaa..motor cantik punye suda cepat jual ka..suda berape owner.

Ben: Suda 2 orang onwer la..iyala u suda pasang semua accesories,owner tak tau mau pasang ape barang lagi..itu pasal die mau jual kasi upgrade

Aku: Hehehe i rasa itu motor rindu sama first owner.Jual murah same i la,U bagi i RM 20,000 i angkat cash..

Ben: Hehehe itu owner mintak tolong jual..die pon tak mau rugi sangat..RM 50,000 jer.

Aku: Ouhhh itu macam ka..(fuh ingatkan leh dapat murah)

Ni ha link nyer:

http://www.mudah.my/Kawasaki+z750-9345477.htm


-KHir-

Wednesday, August 17, 2011

Cabaran 1000 corner..Utara Thailand


Ape komen anda? ade sesape berani join? Ride yang memang aku nanti-nantikan
  • CCput AJe North Thailand Ride... aku, imam, hisham n pakcu confirm.... ko camna?
    23 hours ago ·
  • Sopan Santun tarikhnya bile bang..Jan 20-22 saye di Terengganu.kalau tak kena..saye sudi jadi wartawan utk ride tu hehehe
    23 hours ago ·
  • CCput AJe Awal februari... cuba ko cek ada cuti berapit... ambil 4 hari jadi 11 hari.... kos dlm rm3.5k... 12 hari di perlukan....
    21 hours ago ·
  • Sopan Santun okeh tu..bile last date nak confirm..nak apply cuti nie bang..
    21 hours ago ·
  • CCput AJe Nanti aku kompom... day 1. Hatyai ke Cha Am... 800 km
    2. Cha Am ke Chiang Mai... 1100 km
    3. Chiang Mai ke Golden Triangle.... 400km
    4. Chiang Mai ke Mae Hon Son ...400km corner
    5. Mae Hon Son ke Chiang Mai ... 400 km corner - 3668 curve 1000 corner.
    6. Rehat
    7. Chiang Mai ke Kenchanaburi 800 km
    8.. Rehat
    9. Kenchanaburi ke Hatyai 1200 km
    10. Rehat
    11. Balik KL...
    Ada bran? Semua diatas couple.. takkan single tak boleh kot...
    15 hours ago ·



-KHir-

Monday, August 15, 2011

Kawasaki Z750 2012.

Sanggupkah anda upgrade kalau benar gambar di bawah nie merupakan design terbaru dari Kawasaki untuk z750 2012 ? Nyummmm nyum...







-KHir-

Suzuki GSR 750 Naked 2011..saingan sengit Z750








-KHir-

Friday, August 5, 2011

Ride Bukak Puasa ke Kemaman Terengganu

Sedang aku mengelamun sambil buat kerja,aku dapat satu sms yang mengujakan.


Jeng..jeng aku dapat jemputan ride ke Kemaman Terengganu.Berikut adalah butirannya.

"13/8/2011, Sabtu... Berbuka puasa di Kuala Kemaman Terengganu...
Bergerak jam 3 ptg dr BHP Gombak...Dijangka tiba jam 6 ptg...Balik ke KL selepas solat Maghrib dan berbuka puasa.Ride pra North Thailand Challenge 2012"


Ada berani nak menguji tahap keimanan korang berpuasa? Hahaha aku tengah berkira-kira untuk join nie.Baru betul-betul endurance,tapi kena bawak bekal air and kurma.hehehe mane tahu tak tahan..hahaha..




-KHir-

Wednesday, August 3, 2011

Z1000SX special Video Tribute-From Melaka with Love

 Bro Rafi Ahmad dari Melaka,telah menghasilkan video tentang Z1000SX.Aku dah lama dah bercita-cita nak buat video..tengah karang story line sekarang nie..lokasi most likely Empangan Semenyih..view pon cantik kan..

Jom layan video ni..memang tangkap syahdu.

If kawan-kawan nak tengok lagi hasil kerja belia,sila search id juruvideo di youtube.com






-KHir-

XJ6 Video..Mau beli ka? hehehe

Video dari Bro OP,sessi melawat sambil mau beli XJ6,

Bro Op kedai mane gi tengok tu? Design dari depan smart sungguh.






P/S: Thanks to OP for the video..original link :http://www.youtube.com/watch?v=oUf8DRY3I0w

-KHir-

Monday, August 1, 2011

Haji Rahman Zx14 down..

Aku mendapat berita yang sedih.Sahabat karib aku Hj Rahman @ Rahman PJS telah ditimpa kemalangan pada Khamis 28 Julai semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.Aku berkesempatan datang untuk melawat Haji tengahari tadi di Pusat Perubatan Pantai Universiti Malaya (PPUM).Menurut beliau,kemalangan terjadi akibat mengelak dari terlanggar murid sekolah yang tiba-tiba muncul di depan beliau.Beliau terpaksa mengelak dan melanggar pembahagi jalan.

Beliau ini berada di Wad 6U.Alhamdulillah beliau semakin sihat dan boleh bergerak dan berjalan-jalan .Beliau mengalami kecederaan retak 6 tulang rusuk di sebelah kanan.


 Muke haji bersinar bila cerita pasal next ride.Memang tak dapat dipisahkan lagi dengan motosikal..ride on Haji.Cepat sembuh,tiup bola tu kuat sket bagi semua terangkat.(Rawatan untuk paru-paru).

Haji..next trip kite pegi Vietnam.Kami semua tunggu haji nie :)

-KHir-

Saturday, July 30, 2011

Review Yamaha XJ6 Diversion


 Pic from XJ6 Official Lauching Ceremony in PD.

Kawasaki menawarkan rangkaian jentera yang berkuasa 250CC sehingga 600CC secara CKD.Faktor mampu milik tersebut berjaya menjadi  pencetus kebangkitan semangat semua penunggang motosikal untuk memiliki jentera tersebut.Ini dibuktikan oleh,kehadiran kelibat-kelibat ER6N/F semakin bertambah di jalanan setiap hari.jentera tersebut dijadikan pilihan untuk berulang-alik ke tempat kerja.Fenomena yang berlaku ini,tidak dapat kita lihat  sehingga lah Kawasaki menawarkan Ninja 250 dan ER6N pada penghujung 2008.

Pasaran yang begitu luas dan mendatangkan keuntungan membuat pengeluar-pengeluar jentera berkuasa tinggi yang lain seperti cacing kepanasan.Honda antara pengeluar yang menyahut cabaran rakyat Malaysia untuk mengeluarkan CBR 250 CKD.Ianya di datangkan  bersama ciri keselamatan ABS.Percubaan untuk bersaing dengan Kawasaki 250R dilihat cubaan yang baik untuk memberi penunggung lebih nilai pada wang.

Kini....Kategori 600CC CKD dari Kawasaki pula dicabar oleh Yamaha dengan kehadiran XJ6 diversion yang dipasang di Sungai Buluh.Ramai peminat Yamaha tidak dapat duduk diam,kerana kabar angin jentera ini akan di CKD telah bertiup kencang sejak dari tahun 2009.Kini perkara tersebut telah nyata..dan..hehehe yang masuk adalah berfairing pulak..yang dinanti ramai adalah versi naked..nak buat camner..kan Yamaha HL nak test market la tu kan..

Ini merupakan percubaan pertama dari Yamaha Hong Leong untuk memasang dan menjual jentera berkuasa sederhana tinggi.Adakah penguasaan  yang masih dipegang oleh Kawasaki boleh diganggu gugat dengan kehadiran XJ6 ini.Jom layan personal review aku tentang XJ6 nie..

Salaam perkenalan aku dengan jentera terbaru dari Yahama ini berlaku dengan tidak disangka-sangka.Aku telah diberi peluang untuk memandu uji selama satu hari.Jentera yang XJ6 yang baru berumur 2 minggu.Nasib baik dah mileage dah melebihi 1000km dan telah diservis.Wahhhh..memang rezeki aku untuk test betul-betul nie.

Setelah aku mengenal pasti laluan yang bakal aku ambil,aku pun memenuhkan tangki yang berkapasiti 17 liter.Pembukaan penutup tangki minyak semasa mengisi petrol agak mudah dan  lembut tetapi dan apabila ditutup penunggang dapat merasakan kekemasan penutup mencengkam tanpa memerlukan penggunaan kekuatan tangan secara berlebihan.Aku teringat satu ketika dahulu,tank z750 aku tidak dapat dibukak,dah memerlukan 3 jam bersama bertin-tin WD40,baru la dapat dibukak..pengajarannya,jangan abaikan penjagaan seluruh komponen jentera anda..

Destinasi pertama aku adalah cubaan untuk melayan selekoh-selekoh di Karak.Sebelum aku sampai ke Karak,aku teringin untuk mencuba untuk merasai kekuatan tarikan enjin motosikal .Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau,aku cuba memerah pendikit untuk mendapat momentum kelajuan.Sungguh mengagumkan,tiada istilah sebu sama sekali.Enjin jentera tersebut,menurut perintah tanpa banyak persoalan.Tayar hadapan hampir terangkat dan memaksa aku mengurangkan pendikit agar akan dapat mengawal kemas motosikal untuk terus memecut mencapai kelajuan yang selesa.Semasa di highway PLUS,kebetulan satu group Superbike berkonvoi melepasi aku.Semua geng-geng bikers menunjukkan tanda ibu jari..

Aku meneruskan perjalanan dengan gaya pemanduan yang tegak dan santai.Posisi tunggangan tersebut memberi banyak kelegaan ketika memandu di jalan lurus, walaupun handle sedikit tinggi.Namun begitu,kesempatan berada di lebuhraya tidak aku sia-siakan.Aku  mencuba untuk memerah pendikit untuk mencapai kelajuan tertinggi dan  hasil pengujian mendapati  perbezaan kelajuaan maximum begitu  ketara dengan saingan terdekatnya,ER6F. Jentera XJ6 berada dalam keadaan sedikit manja dan bertindak malu-malu untuk mencecah ke 200 km/j walaupun mempunyai rekabentuk yang mampu melancarkan belahan angin.Secara dasarnya,bakal pemilik perlu arif untuk menilai bahawa,jentera ini yang dikategorikan sebagai middleweight dan kelajuan bukan faktor penentu .Lebih tepat, bakal pemilik harus memilih jentera ini kerana jika ingin mengutamakan sifatnya yang mesra penunggang dan dapat memenuhi keperluan gaya urban secara melewati jalan-jalan di sekitar ibu kota.

Setelah 2 jam jentera ini diuji,secara peribadinya ,kelajuan yang selesa untuk jentera ini adalah berada di skala 155-165 km/h.Walaubagaimanapun,jentera ini juga cukup membanggakan kerana tiada langsung gegaran dirasakan malahan penunggang boleh diibaratkan bersatu dengan jentera semasa dikelajuan tinggi.

Sebelum sampai Karak,aku perlu singgah sebentar ke pejabat untuk mendapatkan dokumen kerja,sambil itu aku dapatlah menguji keselesaan menunggang dalam bandar dan meredah kesesakan lalu lintas.Sambil menyusuri laluan penuh sesak,dua  perkataan yang muncul dalam fikiran aku.HEBAT dan SELESA...tiada masalah langsung untuk mengawal jentera ini.Di sinilah terletaknya kehebatan utama XJ6 dan ternyata tidak mengecewakan.Berikan apa sahaja arahan semasa dalam gear rendah,jentera ini bakal membuatkan penunggang tersenyum sambil sedikit tenaga digunakan untuk mengawal jentera ini.Walaupun mempunyai berat 211 kg,tetapi jentera ini dirasakan  begitu ringan dan  membuatkan aku rasa seperti menunggang Yamaha Rxz.

Selepas melepasi hiruk-pikuk bandaraya,destinasi seterusnya adalah Lebuh raya Karak.Ketika  aku melalui lebuh raya tersebut,kenderaan tidak begitu bertali arus.Memang sungguh sesuai untuk aku mencuba melayan selekoh-selekoh di Karak.Percubaan pertama aku,sedikit terganggu kerana berlaku tumpahan minyak di selekoh awal.Nasib baik tayar  yang dibekalkan mampu mencengkam kuat sambil aku mengelak lebihan tumpahan minyak tersebut.Namun begitu,ianya tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan pengujian.Ditambah pulan faktor braking yang menyakinkan telah dibina oleh jurutera Yamaha.Untuk selekoh yang seterusnya aku berjaya jelajahi dengan keadaan begitu selesa sekali.Sekadar ingatan, penunggang jentera ini jangan terlalu teruja untuk cuba menurunkan jentera ini secara berlebihan semasa melayan selekoh.Ini kerana jentera ini dirasakan agak ringan dan cukup sekadar menurunkan jentera menggunakan tenaga badan tanpa mengalih posisi badan.
Penggunaan clutch yang kerap juga tidak mendatangkan masalah kerana,kelembutan menarik clutch sebelum menukar posisi gear bagaikan begitu serasi tanpa terasa beban yang lebih pada jari penunggang.

Setibanya aku di Pekan Karak,sambil-sambil aku melayan milo ais kedai depan Masjid di Karak,aku memandang penuh makna rekabentuk XJ6 dari Yamaha Hong Leong ini.Reka bentuk yang agak ringkas dan sedikit 'kurus' hasil dari rekabentuk baru berasaskan bentuk berlian.Adakah faktor ini mungkin secara tidak sedar akan membuatkan penunggang berfikir-fikir untuk memilih antara model XJ6 dan ER6F ?
Satu lagi faktor tambahan yang amat penting adalah berkaitan dengan bunyi exzos.Bagi penunggang yang pertama kali melihat jentera ini,sudah tentu akan bertanya di mana lokasi ekzos.Sistem exzos yang direka terus bersambung dengan catalyzer menyebabkan kemerduaan ekzos 4 inline tidak dapat dihayati sepenuhnya.Aku yang begitu teruja untuk mendengar ngauman ekzos berenjinkan 4 inline ini sedikit terkilan..Namun begitu,secara peribadinya impian tersebut hanya boleh dipenuhi dengan ekzos after market..hehehehe..

 
Aku  berkata dalam hati lagi...Sebelum sesiapa yang ingin memiliki jentera ini,penunggang harus menghalusi beberapa faktor penting.Antaranya perbezaan harga beli dan kos untuk menyenggara XJ6 ini.Umum maklum,ER6F merupakan jentera 2 inline dan sudah semestinya kos menyenggara lebih jimat.

Walaubagaimana pun,seperti pernah aku maklumkan sebelum ini,wang anda,anda tentukan..

P/S : Aku tengah mendapatkan kelulusan dari owner motor untuk letak gambar dalam blog ni..hopefully lulus :)


-KHir-

Bikers from Sarawak..Sempoi

Kali ni aku share,cerita geng bikers aku dari Sarawak..Jamal dari Kuching.Jom layan gambar jentera.Kat Sarawak still rare lagi nie..
Untuk pengetahuan Jamal berasal dari Melaka,kini berkhidmat sebagai ketua balai kat Sekama Kuching..Mari-mari layan gambiran..


Jentera penuh sticker..


Pengenalan..kasi usha sket ekjos die tuh..


 Bang Jamal..bunga banyak lagik tuh..


 Ada komen? suke la aku tgk ekjos Yoshi..


Tu die..Smart sungguh Yoshi berkembar nie..

Hon gajah..suda pasang


..Sungguh cun slider dari C performance..rege brape bang? Huhuhu aku jatuh cinta la kat slider nie..bijak sungguh sape yang design slider camni..



 
Tu die..gambar motor rakan-rakan aku..sejak aku bukak blog nie,semakin ramai kenalan aku serata Malaysia.Terima kasih pada semua yang singgah dan support blog aku nie.Aku akan sentiasa bagi entri yang berkualiti demi menghargai support yang diterima..




-KHir-

Wednesday, July 27, 2011

Adusss Service time & Ride sate tulang

Hajat aku kali nie nak pergi Welly Kelang ialah nak pasang balik slider aku menggunakan bracket baru.Dah lama aku tangguhkan niat nak pasang slider aku.Aku anta untuk claim warranty.

kenape? korang leh bace kat sini..

Aku bergerakd dari rumah lepas Zohor.Shoruuu dulu kat rumah.kang takyah la singgah memane nak makan tengahari.Perjalanan dari Kajang ke Meru Kelang,sungguh santai.sesekali jer aku masuk keluar jalan motor untuk mengelak jem federal highway.Sampai sekarang aku still tak sure,boleh ker tak motor besar takyah guna jalan motor.Cume jalan motor kat Putrajaya jer terang-teranga bagitau jalan motor kat situ hanya untuk CC 250 ke bawah,so takde masalah la.Yang jadik masalah ialah jalan motor kat Putrajaya nie dah jadik gajah putih,takde sape pon gune..sebab keadaan jalan yang tak best,n kurang lampu.Nak gune waktu malam? huh memang mencarik masalah la..Satu lagi walaupon aku kerap keluar masuk ikut lebuhraya n jalan motor tapi bile sampai kat tol ,aku akan lalu jln motor.takmau la pancung-pancung jalan keta..

Okeh sambung citer aku tadi,Aku sampai kat Welly Kelang dalam pukul 3:15 petang.Terus bawak masuk motor ikut belakang..
Ah Choi : ya brader..suda lame tak de datang..
Aku: Yela,patut suda lame mau datang,mau pasang itu slider la,kan bracket suda anta warranty.
Ah Choi : Ah yela,nanti saye kasi angkat itu barang..
Sungguh comel bile motorku dah berslider kembali..tapi hehe motor kotor la pulak..



Ouh bracket jangan le ko reput tulang lagik..

Tengah melepak-lepak datang 3 bijik geng Z,baru balik dari layan Hulu Yam katenye..





Ben jumpe kawan lame.Sebelah kanan merupakan Rider Z1000 hijau..Jamaluddin Ramli..



Semangat bikers terserlah..


Ha brader yang sebelah kiri ni,tegur aku..nie Khir kan..aku pon terperanjat.eh mane kenal nie..die ckp kenal melalui blog niee hehehe auwww malu la aku..Brader nie Syamsul "Menn" Azmir naik Z750 putih yang kat belakang tuh..Brader sebelah kanan tu,geng Puchong Bikers, Ayoi Z1000,motor die memang suda custom abih..
Okeh masa untuk pasang slider sebelah kiri pulak..




Kawan-kawan baru aku tengah belek awek masing-masing..khusyuk sungguh..yang pakai baju takde lengan tu Alip Ridwan.. pakai Z750 itam..kire semua geng-geng Z la..diorang nie ada group name Z0C.Leh carik kat facebook.Aku pon dah join group tu..sempoi gak aktiviti diorang..

Sambil,sambil aku borak-borak ngan diorang, aku ade tanya Ben,ada jual radiator cover tak? sebab aku risau la radiator aku terdedah,kena batu mau bengkok gak besi-besi tuh..Ben terus cakap..ada ada..untuk abang saye bagi spesel price..Cisss spesel ka.. Brape ? ALaaa RM 360 jer..Hmmm ok Ben kasi pasang n servis sekali..

Begitu mudah aku cairkan..hehehe memula aku datang ingat nak pasang slider jer..tapi bile pikir-pikir balik mileage motor aku dah 9,400km..dah dekat sangat nak 10k..alang-alang kasi servis sekali la..Sekali lagi terbang RM 240..pakai minyak MAXIMA semi syntetic dan tukar air filter.. 


Operasi nak bukak fairing..nak pasang radiator cover nie,memang leceh,semua fairing kena buka..nak pasang benda tu senang jer..workmanship nye leceh sungguh..

Still carik teknik terpantas nak bukak fairing..

Tadaaaaa... motor aku dah bertukar naked..togel.Operasi pasang radiator cover bermula..

Tokey..nanti kalau pasang fairing,kasi ikut skru ketat-ketat aaa..tak mau bile start jalan suda gegar sana sini..

Tuh die,monster dah terselit di celah-celah motor..dulu mula-mula aku ingat lubang radiator cover yang tebal dan sikit bagus untuk elak kena batu,tapi rupanya akan buat enjin lagik cepat panas. 30-40% dari yang biasa..

Hehehe..musti sedap lepas servis nie..

Fairing dah bukak..sebelah dalam tak pernah lap,aku pon memang suke bagi extra keje kat diorang..hahaha mintak tolong lap fairing sebelah dalam..

Pegang fairing dengan tertib..kepit jangan tak kepit.

Tengah lepak-lepak,Ben suda belek tayar belakang aku..alamak bunga dah nak abis..memang pon aku dah perasan..die pon ape lagi..promosi tayar baru..Michelin Pilot Road 3..bunganya cantik jugak..sesuai untuk touring..

Hah tu die,maximum speed leh pegi 270 km/h..regenye aku dapat RM 630 bersama nat kepala bengkok.

Hari dah semakin petang,nak menunggu diorang siapkan keje baik aku pegi minum kejab kat kedai makan dekat-dekat situ dengan brader Ayoi Z1000..adalah melepak dalam sejam pekena milo ais.Thanks bro Ayoi belanja..


Alamak,sampai kedai ingatkan motor dah siap,rupenye baru abis buat balancing.Copekkk la jang..hari dah nak malam nie..visor aku dah la gelap..

Wah sejuk ati tengok bunga tayar baru..new design..sangat mengancam.

Lagi zoom dekat,layan bunga tayar..

Aku melepak kat situ ditemani brader Ayoi sampai nak dekat Maghrib.Thanks bro Ayoi !.Dah setel tak tunggu lame,gerak terus lah..hari pon dah gelap.Dah memalam nie aku tak nak lalu jalan motor..risau gak gelap-gelap tu..
Aku bergerak balik Kajang melalui Highway Plus, singgah jab Shell lepas Tol Sg Besi .Dari jauh aku nampak sorang bikers tengah melepak..sampai dekat..eh eh eh..Hj Rahman ZX14 la..
Aku: Eh Hj,mane mau pegi?
Hj: Kiteorang nak pegi Senawang nie,pekena sup.
Aku: Eh la yeke..(sambil mata aku bersinar-sinar tanda nak join..hehehe)
Hj: Saje jer nie,pasal Imam Mat Zin nak running in motor baru,die ambik motor same macam ko la Khir.
Aku: Ouhhh,alamak yeke nape tak ngajak sekali gi ambik motor..Ambik kat Mok Wangsa Maju ke Ji?
Hj: Ahh kiteorang dari tengahari tadi,aku,tasha, dengan Zul..Hah jom join sekali gi senawang..
Aku: Boleh sangat Haji..

Dalam 10 minit tu,Hj Mat Zin dan Tasha Hayabusa pon sampai..Aku pon tak sabar-sabar nak tengok motor baru Imam,dengarnya dah pasang box givi.Wah itu suda bagus,dapat tengok real life nie..

Ketibaan sedara baru aku..hehehe

Givi box warna itam,nanti bakal bertukar kaler ke hijau..

Camno pulak nak bukak side box nie haaa..

Tu die,pandangan dari belakang..korang perasan tak? lampu signal belakang telah dicustom letak ke bawah,satu level dengan no plet..Kalau yang standard punye macam gambar kat bawah nie:



Beza sangat kan..die buat camtu,sebab kalau lampu signal asal akan tersorok kalau dah pasang sidebox,nanti pemandu lain memang tak perasan kite bagi signal..

Motor bau kedai lagi..tapi di custome dan di-operate..hehehe..nak tau kenape leh tengok gambar kat bawah nie:

Ape yang korang perasan kat handle tuh..ade nampak tak? Ha gambar kat bawah nie aku zoom lagi..

Tu die..riser bar.Fork depan telah diturunkan..so kena ade riser bar untuk tinggikan handle.
Rider motor nie tidak berape tinggi..so ada beberapa adjustment perlu dilakukan..so ini adalah bukti ketinggian bukan alasan untuk kite untuk tidak naik moto besar..nak seribu daya..kan

Fork belakang,dah di pasang lowering kit..

Slider dari motor Z750 iman dipindahkan ke Z1000SX..tapi sayang la..


Kenape aku cakap camtu? Tengok gambar kat bawah nie:



Fairing dah dipotong untuk memberi laluan kepada slider..sayang betul sebab better pakai L bracket untuk elak slider ganggu fairing..

Hj nak downgrade kot..hehehe
Okeh masa untuk on the bike..destinasi nya Senawang..tak la jauh sangat..dekat sket aku nak balik.Walaupun badan letih sket,tapi hehehe bab-bab ride nie memang susah sket aku nak tolak..

Bergerak dalam satu kumpulan,kami pon jalan terus,dalam 20 minit sampai ler kat Kedai Makan..Satu kejadian yang tak diduga berlaku,Iman Mat Zin berhenti kat jalan yang tak berape nak rata,then....motornya terus tumbang..aku dari belakang cepat-cepat turun bantu..jatuh sket jer..calar-calar kat box..Mintak jauhkan kejadian sebegini di masa hadapan..

Kedai yang menjadi tempat lepak kami.Selepas tol Senawang terus jer..sampai nampak Petronas sebelah kanan..kedainya sebelah Petronas jer..
Tasha pulak berpecah untuk beli Sate tulang..aku yang tak pernah rasa sate tulang..nie teruja jugak dengarnya.RM 1:00 satu,boleh tahan gak harganya.Lokasi jualan adalah di Dataran Senawang..


Di dalam kesamaran..


Sate tulang..berbaloi dengan harganya..memang cukup besar..makan 3-4 cucuk dah kenyang dah..



Tapi tak kan makan sate jer kan..Kiteorang dah order makan yang famous kat sini..tomyam Poktek..ianya tomyam seafood,banyak betul ketam..memang leh celen la Tomyam kat Siam sane tuh..


Ha jemput-jemput..makan..ikan siakap 3 rasa pon ada..telur dadar pon ada..daging masak merah pon ada..sayer pon ade..



Sedaaaaappp..tengkiu imam mat Zin,sebab open table..sempena meraikan motor baru la tuh..hehehe
Sessi makan-makan abis dalam pukul 11pm.Diorang semua ikut highway Plus untuk balik.Aku ikut Lekas highway,dah dekat sangat dah tu ngan rumah aku..cume yang tak bestnye..keta tak banyak,jalan pon gelao..ari tu member opis aku citer die lalu situ naik motor kena kacau dengan kak pon..cissss aku dok teringat citer die jer..memang aku dok baca ayat kursi jela sepanjang jalan.Alhamdullilah selamat sampai rumah..
-KHir-