Rides & Events Update






widgeo.net

Friday, July 31, 2009

31 July-Hari Pahlawan

Semalam masa aku balik from Kelana Jaya,aku terdengar perutusan Agong on Pahlawan iaitu perajurit yang berjuang untuk Malaysia.
Aku begitu tersentuh dengan ayat "Pahlawan kita adalah pedang dan senjata negara".Banyak pengorbanan yang telah diberi oleh mereka.Perkara ini sangat dekat dengan aku,sebab ayah aku dulu seorang askar dan melalui zaman komunis.Seronok aku dengar cerita dia lepaskan bom dari kapal terbang.Al-maklum la aku pon dilahirkan di Kem Askar.Hospital Kem Terendak, Melaka.Dalam adik beradik aku,aku sorang jer lahir kat Melaka,yang lain semua kat KL...but i'm a DECENT HORMAT ORANG TUA KL BOY .Peace! Selamat Hari Pahlawan

Thursday, July 30, 2009

Police roadblock-Malaysian Mentality

Roadblock police? memang selalu ada.Terutama waktu-waktu odd hours.Bagi penunggung motor memang dah jadi kebiasaan kena tahan di jalan motor(area tol).Tengok la nasib.Selalunya polis akan scan penunggung motor.First impression amat penting.Kalau tengok penunggung motor tu pakai jeans,t-shirt time waktu keja 9am-4pm)memang akan kena tahan.Macam aku bila tak naik Z750,aku naik KRISS aku,tapi disebabkan,aku pakai baju office and bawak laptop,jarang la kena tahan.Tu cerita roadblock kat jalan motor.
Berlainan pula jika roadblock tu kat jalan besar.Biasanya roadblock yang macam ni,akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang.Satu perkara la yang buat aku panas ialah, bila pemandu kereta/bas lepas roadblock,diorang akan highbeam 2 kali ,signal bagitau driver dari arah satu lagi ada roadblock kat depan.Memang mencanak la diorang buat u-turn.Bagi aku etika macam nie memang teruk.Kenapa nak selamatkan pesalah-pesalah jalan raya? Bayangkan masa tu,ada antara diorang yang bawak dadah macam ganja,pil-pil kuda,mat dadah suma boleh lepas.Kemudian hari mamat-mamat yang terlepas kena tahan roadblock jual dadah kat sedara mara,adik beradik,kawan-kawan kita.Yang mat gian terlepas roadblock tu,pegi meragut.Yang kena plak orang yang kita kenal.Tu la dia chain-effect die.Ramai orang tak perasan benda ni.Buat apa nak highbeam nak menyelamatkan orang salah.
Mat-mat rempit plak biasanya akan buat stunt lawan arus,sebab maybe bawak motor curi,road tax tak ada langsung.Mereka nie,akan meredah arus dan bawak motor macam nak gile.Accident? kebarangkalian memang tinggi.Doa la mintak jauh jangan terlanggar pemandu lain.Tapi biasanya memang diorang langgar kereta-kereta yang datang.Implikasi bagi high beam kat pemandu lain sebenarnya sangat besar.Cuma kita nie selalu mengambil mudah banyak perkara.
Sesiapa yang baca nie,tolong la jangan diamal lagi perbuatan tu.Tetapi sesapa yang baca tulisan aku nie musti argue,ala pe salahnya bagi high beam,dapat jugak selamatkan orang yang blum renew roadtax and lesen sebab tak ade duit.Ye memang betul,memang ada masanya kita sesat dan takde duit.Terpaksa bawak motor and kereta nak pergi kerja.Tapi jangan la bawak kenderaan bagai nak gila,main redah sebab nak lari.Setakat roadtax mati,lesen mati,boleh la slow talk ngan polis.Mana korang pilih? bayar saman or accident teruk or kena charge menghalang penjawat awam melakukan tugas? besar implikasi tu..fikir-fikir

Monday, July 27, 2009

Bought Radiator cover n back slider

Last Thursday 23 July,Lepas keje saje aku turun Welly Klang.Dah kowtim ngan Ben nak angkat radiator cover Monster. RM 430.Jenuh mintak discount.tu kira ok la harga.ada sorang mamat kat sbm bukak harga rm 600...Aku beli kat Welly Meru.Pasang sekali la slider blakang..terbang lagi seratus.Buat masa sekarang nie,phone aku dah back to basic, tak ada camera.Tunggu sikit hari lagi nak beli digital camera.Nanti dah ada rajin la aku post accesories & helmet terkini motor aku.heheh tungggu.

Bike biker road safety guide

Setakat nie,pengalaman aku bawak motor nie dah dekat 5 bulan.Memandangkan aku masih belum mahir handling motor nie,so aku bawak slow and steady.Aku pernah pecut 183 km/h kat laluan kajang putrajaya.itu pon tunduk abih.perah tak abis lagi.Nak kena ada windshield jugak.Ouhh cerita pasal road safety.Nie pengalaman aku di memandu Z750 di highway and sampai to any tol.Biasanya signboard will shows 500 meter to plaza tol.500 meter tu kena bare in mind,hanya untuk pemandu yang bayar tol.Untuk penunggung motor,if dah nampak signboard tol 500 meter,laluan motor akan selalu berada dalam jarak 250 m iaitu separuh jarak yang dinyatakan.Dulu aku selalu terlajak,terlepas laluan motor,(sebab terlebih laju)kenalah mencelah lalu tepi tol.Sekarang nie aku dah aware and drop gear and slow nak ambik lap masuk laluan motor.hehehe

Arai RX7 -RR5

Aku suda kena racun ngan member aku Raslan (ZX750 MotoGP style).Dalam 3 minggu lepas,kiteorang turun Pertama.Saje nak tengok-tengok helmet.Masuk kedai Pak Su,tengok ARAI latest design.Ade gambar Nicky Hayden.Harga murah dari pasaran.Try punya try,aku pon sangkut.Trus angkat ARAI RX7-RR5 dengan harga RM 2350 ,dapat la free skull cap.Perghhh mahal tapi worth it.Berbaloi beb.Helmet lama aku plak aku tukar visor gelap, RM 40.Baru nampak garang sket.Lepas beli tu kiteorang melepak kat Medan Mara,minum.Suruh si Raslan bawak motor aku.Ampunn,taubat memang aku tak bagi die bawak lagi.Habis semua side mirror die sapu,tak boleh selit pon die selit gak..hahah tu belum kira die ambik lap kat highway AKLEH.Punya la seram gua.Mana taknya die ambik lap 140 km/h.Seat pillion z750 kan tinggi.Aku mana biasa dok belakang.hehehe

Tuesday, June 16, 2009

My Story continues


Aku masukkan sekali gambar ERN yg aku capture kat Kedai SQ.Motor besar pertama yg aku bwk.Aku mase tu dh berazam nk simpan duit utk angkat moto nie.Namun begitu, aku still baca review kat forum-forum yang berkaitan.Dua perkara yg problem kat motor ni ialah.satu takde meter minyak.satu lagi motor nie vibration agak agak n menyebabkan berlaku sedikit crack,tang mane aku pon tak sure.lupe lah.Ramai jugak otai-otai pemotoran yang cakap byk superbike yang lain pun takde meter minyak.Ikut mileage jer.Yela tengok la sape yang bercakap tu.Diorang semua banyak experience riding on riding so many kind of bike.Bagi aku yang sebelum ni naik kriss II tahun 99,dah terbiasa selalu tengok meter.Rasa pelik la kan.kekadang tu siap bukak tank lagi tengok cukup tak nak balik rumah.heheh tu tabiat aku dari zaman belajar kat Uitm Shah Alam dulu.Ala dulu duit cukup-cukup jer.Ada sekali tu,kat tangan ade singgit jer.so aku isi singgit kat Shell Batu Tiga lepas tu ride slow gile babas kat jalan motor federal highway sampai la ke rumah aku kat Pantai Dalam.Moto Suzuki RC 80 tahun 1993 aku tuh yang dh berumur sepuluh tahun.entah brape kali aku bakar body.Suzuki RC memang body tak tahan la.
Citer pasal motor aku yang dulu-dulu tuh,memang kalau aku pikir-pikir balik boleh la tahan banyak.First moto yang family aku belikan dulu ialah Suzuki Best or Yamaha.nie aku pakai around 2 tahun,motor second enjin mau kena overhaul.tolak kat Pak Busu aku.Masa tu tahun 2001 rasenye.Masa zaman-zaman aku buat diploma kat Uitm Manjung.Dalam beberape tahun aku tak pakai moto.Masuk Uitm Shah Alam baru la abang aku belikan aku RXZ catylzer yang baru.Nie pon ade citer sedih.1st sem aku kat Uitm Shah motor nie kena curi.Parking kat fakulti pon kena rembat.Memang betul teruk mentaliti bebudak U nie.Pandai memang la pandai,tapi perangai diorang ni ade macam yang tak matang langsung.Motor tu aku baru pakai 4 bulan je.Lepas abih kelas petang,aku pon turun kat parking nak balik.tup tup tengok tinggal helmet jer.mangkuk betul.Kesian abang aku,kena bayar sampai dapat claim insurans.
Ha..tu motor no brape RZX tu nombor 2.Pada masa yang sama ade motor Suzuki RC kat rumah.Aku dah repair cat cantik-cantik.dekat RM 600 perabih,sebab nak anta moto tu kat adik aku.Adik aku masa tu belajar kat Uniten Pahang.Terpaksa la aku pakai motor tu.Banyak jasa motor tu kat aku,
Mana taknya walaupon motor tu boleh naik sorang and speed bley pegi 70 km/h,tapi selama 3 sem aku guna.yela nak beli baru tak mampu.Time final sem baru la aku angkat KRISS 1.Nie motor baru.Beli utang kat Kedai Bangsar.ntah pe name kedai aku pon lupe.Tapi sayang betul,aku tak simpan gambar-gambar motor lama aku ni
Moto Kriss nie aku guna dekat-dekat 3 tahun la.
Photobucket
Lepas tu aku tolak RM 1900.Giless murah kan kat sorang mamat Bangi.Aku tolak sebab nak ambik motor MOMOS M1 125.Motor nie body memang smart.Just terlalu berat untuk CC kecik.


Moto nie pon x lame sebab enjin problem.aku tolak murah jer RM 1500.Brader yang datang ambik moto tuh,dalam mase sejam die setel leraikan moto aku.gile terer.Sejak tu aku pegi mane-mane naik keta jer.Tapi nasib la member baik aku Iwan, bagi motor KRISS II tahun 1999 die kat aku.Boleh la aku naik pegi balik keje.Al maklum la keje bukan nye dekat.Hari-hari naik kereta mau tak kawin aku.dok sibuk bayar tol and tuang minyak jer.Dapat moto tu lega skit.Moto kriss tu pon member aku dah lama tak bawak.Tersadai kat rumah jer.Disebabkan aku nak pakai terpaksala kena bawak pegi Puspakom Bangi,sebab road tax dah 3 tahun tak idup.Yela moto tu mileage baru jer 30+ k..tula citernye motor aku sebelum aku pakai Z750 nie.Aku tau citer aku tergantung pasal ER6 tadi.Al maklum la tetiba terkenang kisah dulu-dulu.Esok aku sambung pasal ER6 and camne aku boleh terminat kat Z75o terbayeeeekkk.

Monday, June 15, 2009

MyBike 14 June 2009































Its my beloved Z750.The story begins.
This blog is my 1st project since dapat motor 04/04/09 hari tu.So from day-to-day i will update my progress in riding this superb bike.I will start first from the beginning,why I really like this bike.hmmm.
Actually aku berminat ngn moto besar nie tak la lame sangat.baru2 nie jer.Yang betul-betul minat ialah abg aku.die byk gak guide aku untuk buat pilihan yg utk pilih bike mane yg sesuai ngan aku.Mula-mula aku layan www.malaysianbikers.com utk jual moto kriss and moto Momos M1 aku dulu.start tu aku berjinak-jinak, and rajin masuk threat motor.Masa tu,Ninja 250R belum keluar lagi and aku follow threat (ninja-wannabe) tu sekian lama.Aku tak sangka akan ada motor berkuasa tinggi dan murah akan djual di Malaysia.Memang betul-betul gempak.Tunggu punya tunggu dari bulan Januari 2008 sehingga la hujung tahun 2008.Lebih kurang quater ke-empat la.Ninja 250R suda launch.At the same time, ER6N pon Kawasaki launch.Memula focus aku hanya pada baby ninja tuh,tapi ramai orang dok sebut ER6,ER6 .Ape lagi aku pon try la review per cerita sebenar motor tu.
Rupanya ER6 pon assemble kat Malaysia,CKD ngan harga RM 28,000 wah ini suda cantekkkk.Yang baby ninja pon bley tahan gak,harga murah gile babas RM 20,000.Perghhh telan air liur aku.Namun begitu,disebabkan aku agak busy ngan keje.Time tu pegi oustation kat JB.Jadinya tak sempat la nak pi review kat Welly Batu Caves.Ada sorang aji kat tempat aku,dia plak lepas dengar cite aku,pi test,huih geram plak aku mendengarnya..heheh mane bley jadi nie.
Tapi still ada halangan sket nak ke Welly,itu jam aku kerja kat Putrajaya,so aku pn recce2 belah2 Kajang and Bangi.Carik punya carik jumpe satu kedai kat sungai Tangkas, kedainya name SQ .Ade sebijik ERN kaler itam.Tokey nye bole tahan peramah.Moto yang sebijik tu untuk test drive.Aku pon hape lagi.henjut la try bawak.Bestttttt..1st time bwk motor besar.
Dari situ aku simpan angan-angan untuk angkat satu motor nie....nanti aku sambung macam mana aku boleh terbe-kenan kat Z750..TBC