Rides & Events Update






widgeo.net

Saturday, July 30, 2011

Review Yamaha XJ6 Diversion


 Pic from XJ6 Official Lauching Ceremony in PD.

Kawasaki menawarkan rangkaian jentera yang berkuasa 250CC sehingga 600CC secara CKD.Faktor mampu milik tersebut berjaya menjadi  pencetus kebangkitan semangat semua penunggang motosikal untuk memiliki jentera tersebut.Ini dibuktikan oleh,kehadiran kelibat-kelibat ER6N/F semakin bertambah di jalanan setiap hari.jentera tersebut dijadikan pilihan untuk berulang-alik ke tempat kerja.Fenomena yang berlaku ini,tidak dapat kita lihat  sehingga lah Kawasaki menawarkan Ninja 250 dan ER6N pada penghujung 2008.

Pasaran yang begitu luas dan mendatangkan keuntungan membuat pengeluar-pengeluar jentera berkuasa tinggi yang lain seperti cacing kepanasan.Honda antara pengeluar yang menyahut cabaran rakyat Malaysia untuk mengeluarkan CBR 250 CKD.Ianya di datangkan  bersama ciri keselamatan ABS.Percubaan untuk bersaing dengan Kawasaki 250R dilihat cubaan yang baik untuk memberi penunggung lebih nilai pada wang.

Kini....Kategori 600CC CKD dari Kawasaki pula dicabar oleh Yamaha dengan kehadiran XJ6 diversion yang dipasang di Sungai Buluh.Ramai peminat Yamaha tidak dapat duduk diam,kerana kabar angin jentera ini akan di CKD telah bertiup kencang sejak dari tahun 2009.Kini perkara tersebut telah nyata..dan..hehehe yang masuk adalah berfairing pulak..yang dinanti ramai adalah versi naked..nak buat camner..kan Yamaha HL nak test market la tu kan..

Ini merupakan percubaan pertama dari Yamaha Hong Leong untuk memasang dan menjual jentera berkuasa sederhana tinggi.Adakah penguasaan  yang masih dipegang oleh Kawasaki boleh diganggu gugat dengan kehadiran XJ6 ini.Jom layan personal review aku tentang XJ6 nie..

Salaam perkenalan aku dengan jentera terbaru dari Yahama ini berlaku dengan tidak disangka-sangka.Aku telah diberi peluang untuk memandu uji selama satu hari.Jentera yang XJ6 yang baru berumur 2 minggu.Nasib baik dah mileage dah melebihi 1000km dan telah diservis.Wahhhh..memang rezeki aku untuk test betul-betul nie.

Setelah aku mengenal pasti laluan yang bakal aku ambil,aku pun memenuhkan tangki yang berkapasiti 17 liter.Pembukaan penutup tangki minyak semasa mengisi petrol agak mudah dan  lembut tetapi dan apabila ditutup penunggang dapat merasakan kekemasan penutup mencengkam tanpa memerlukan penggunaan kekuatan tangan secara berlebihan.Aku teringat satu ketika dahulu,tank z750 aku tidak dapat dibukak,dah memerlukan 3 jam bersama bertin-tin WD40,baru la dapat dibukak..pengajarannya,jangan abaikan penjagaan seluruh komponen jentera anda..

Destinasi pertama aku adalah cubaan untuk melayan selekoh-selekoh di Karak.Sebelum aku sampai ke Karak,aku teringin untuk mencuba untuk merasai kekuatan tarikan enjin motosikal .Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau,aku cuba memerah pendikit untuk mendapat momentum kelajuan.Sungguh mengagumkan,tiada istilah sebu sama sekali.Enjin jentera tersebut,menurut perintah tanpa banyak persoalan.Tayar hadapan hampir terangkat dan memaksa aku mengurangkan pendikit agar akan dapat mengawal kemas motosikal untuk terus memecut mencapai kelajuan yang selesa.Semasa di highway PLUS,kebetulan satu group Superbike berkonvoi melepasi aku.Semua geng-geng bikers menunjukkan tanda ibu jari..

Aku meneruskan perjalanan dengan gaya pemanduan yang tegak dan santai.Posisi tunggangan tersebut memberi banyak kelegaan ketika memandu di jalan lurus, walaupun handle sedikit tinggi.Namun begitu,kesempatan berada di lebuhraya tidak aku sia-siakan.Aku  mencuba untuk memerah pendikit untuk mencapai kelajuan tertinggi dan  hasil pengujian mendapati  perbezaan kelajuaan maximum begitu  ketara dengan saingan terdekatnya,ER6F. Jentera XJ6 berada dalam keadaan sedikit manja dan bertindak malu-malu untuk mencecah ke 200 km/j walaupun mempunyai rekabentuk yang mampu melancarkan belahan angin.Secara dasarnya,bakal pemilik perlu arif untuk menilai bahawa,jentera ini yang dikategorikan sebagai middleweight dan kelajuan bukan faktor penentu .Lebih tepat, bakal pemilik harus memilih jentera ini kerana jika ingin mengutamakan sifatnya yang mesra penunggang dan dapat memenuhi keperluan gaya urban secara melewati jalan-jalan di sekitar ibu kota.

Setelah 2 jam jentera ini diuji,secara peribadinya ,kelajuan yang selesa untuk jentera ini adalah berada di skala 155-165 km/h.Walaubagaimanapun,jentera ini juga cukup membanggakan kerana tiada langsung gegaran dirasakan malahan penunggang boleh diibaratkan bersatu dengan jentera semasa dikelajuan tinggi.

Sebelum sampai Karak,aku perlu singgah sebentar ke pejabat untuk mendapatkan dokumen kerja,sambil itu aku dapatlah menguji keselesaan menunggang dalam bandar dan meredah kesesakan lalu lintas.Sambil menyusuri laluan penuh sesak,dua  perkataan yang muncul dalam fikiran aku.HEBAT dan SELESA...tiada masalah langsung untuk mengawal jentera ini.Di sinilah terletaknya kehebatan utama XJ6 dan ternyata tidak mengecewakan.Berikan apa sahaja arahan semasa dalam gear rendah,jentera ini bakal membuatkan penunggang tersenyum sambil sedikit tenaga digunakan untuk mengawal jentera ini.Walaupun mempunyai berat 211 kg,tetapi jentera ini dirasakan  begitu ringan dan  membuatkan aku rasa seperti menunggang Yamaha Rxz.

Selepas melepasi hiruk-pikuk bandaraya,destinasi seterusnya adalah Lebuh raya Karak.Ketika  aku melalui lebuh raya tersebut,kenderaan tidak begitu bertali arus.Memang sungguh sesuai untuk aku mencuba melayan selekoh-selekoh di Karak.Percubaan pertama aku,sedikit terganggu kerana berlaku tumpahan minyak di selekoh awal.Nasib baik tayar  yang dibekalkan mampu mencengkam kuat sambil aku mengelak lebihan tumpahan minyak tersebut.Namun begitu,ianya tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan pengujian.Ditambah pulan faktor braking yang menyakinkan telah dibina oleh jurutera Yamaha.Untuk selekoh yang seterusnya aku berjaya jelajahi dengan keadaan begitu selesa sekali.Sekadar ingatan, penunggang jentera ini jangan terlalu teruja untuk cuba menurunkan jentera ini secara berlebihan semasa melayan selekoh.Ini kerana jentera ini dirasakan agak ringan dan cukup sekadar menurunkan jentera menggunakan tenaga badan tanpa mengalih posisi badan.
Penggunaan clutch yang kerap juga tidak mendatangkan masalah kerana,kelembutan menarik clutch sebelum menukar posisi gear bagaikan begitu serasi tanpa terasa beban yang lebih pada jari penunggang.

Setibanya aku di Pekan Karak,sambil-sambil aku melayan milo ais kedai depan Masjid di Karak,aku memandang penuh makna rekabentuk XJ6 dari Yamaha Hong Leong ini.Reka bentuk yang agak ringkas dan sedikit 'kurus' hasil dari rekabentuk baru berasaskan bentuk berlian.Adakah faktor ini mungkin secara tidak sedar akan membuatkan penunggang berfikir-fikir untuk memilih antara model XJ6 dan ER6F ?
Satu lagi faktor tambahan yang amat penting adalah berkaitan dengan bunyi exzos.Bagi penunggang yang pertama kali melihat jentera ini,sudah tentu akan bertanya di mana lokasi ekzos.Sistem exzos yang direka terus bersambung dengan catalyzer menyebabkan kemerduaan ekzos 4 inline tidak dapat dihayati sepenuhnya.Aku yang begitu teruja untuk mendengar ngauman ekzos berenjinkan 4 inline ini sedikit terkilan..Namun begitu,secara peribadinya impian tersebut hanya boleh dipenuhi dengan ekzos after market..hehehehe..

 
Aku  berkata dalam hati lagi...Sebelum sesiapa yang ingin memiliki jentera ini,penunggang harus menghalusi beberapa faktor penting.Antaranya perbezaan harga beli dan kos untuk menyenggara XJ6 ini.Umum maklum,ER6F merupakan jentera 2 inline dan sudah semestinya kos menyenggara lebih jimat.

Walaubagaimana pun,seperti pernah aku maklumkan sebelum ini,wang anda,anda tentukan..

P/S : Aku tengah mendapatkan kelulusan dari owner motor untuk letak gambar dalam blog ni..hopefully lulus :)


-KHir-

Bikers from Sarawak..Sempoi

Kali ni aku share,cerita geng bikers aku dari Sarawak..Jamal dari Kuching.Jom layan gambar jentera.Kat Sarawak still rare lagi nie..
Untuk pengetahuan Jamal berasal dari Melaka,kini berkhidmat sebagai ketua balai kat Sekama Kuching..Mari-mari layan gambiran..


Jentera penuh sticker..


Pengenalan..kasi usha sket ekjos die tuh..


 Bang Jamal..bunga banyak lagik tuh..


 Ada komen? suke la aku tgk ekjos Yoshi..


Tu die..Smart sungguh Yoshi berkembar nie..

Hon gajah..suda pasang


..Sungguh cun slider dari C performance..rege brape bang? Huhuhu aku jatuh cinta la kat slider nie..bijak sungguh sape yang design slider camni..



 
Tu die..gambar motor rakan-rakan aku..sejak aku bukak blog nie,semakin ramai kenalan aku serata Malaysia.Terima kasih pada semua yang singgah dan support blog aku nie.Aku akan sentiasa bagi entri yang berkualiti demi menghargai support yang diterima..




-KHir-

Wednesday, July 27, 2011

Adusss Service time & Ride sate tulang

Hajat aku kali nie nak pergi Welly Kelang ialah nak pasang balik slider aku menggunakan bracket baru.Dah lama aku tangguhkan niat nak pasang slider aku.Aku anta untuk claim warranty.

kenape? korang leh bace kat sini..

Aku bergerakd dari rumah lepas Zohor.Shoruuu dulu kat rumah.kang takyah la singgah memane nak makan tengahari.Perjalanan dari Kajang ke Meru Kelang,sungguh santai.sesekali jer aku masuk keluar jalan motor untuk mengelak jem federal highway.Sampai sekarang aku still tak sure,boleh ker tak motor besar takyah guna jalan motor.Cume jalan motor kat Putrajaya jer terang-teranga bagitau jalan motor kat situ hanya untuk CC 250 ke bawah,so takde masalah la.Yang jadik masalah ialah jalan motor kat Putrajaya nie dah jadik gajah putih,takde sape pon gune..sebab keadaan jalan yang tak best,n kurang lampu.Nak gune waktu malam? huh memang mencarik masalah la..Satu lagi walaupon aku kerap keluar masuk ikut lebuhraya n jalan motor tapi bile sampai kat tol ,aku akan lalu jln motor.takmau la pancung-pancung jalan keta..

Okeh sambung citer aku tadi,Aku sampai kat Welly Kelang dalam pukul 3:15 petang.Terus bawak masuk motor ikut belakang..
Ah Choi : ya brader..suda lame tak de datang..
Aku: Yela,patut suda lame mau datang,mau pasang itu slider la,kan bracket suda anta warranty.
Ah Choi : Ah yela,nanti saye kasi angkat itu barang..
Sungguh comel bile motorku dah berslider kembali..tapi hehe motor kotor la pulak..



Ouh bracket jangan le ko reput tulang lagik..

Tengah melepak-lepak datang 3 bijik geng Z,baru balik dari layan Hulu Yam katenye..





Ben jumpe kawan lame.Sebelah kanan merupakan Rider Z1000 hijau..Jamaluddin Ramli..



Semangat bikers terserlah..


Ha brader yang sebelah kiri ni,tegur aku..nie Khir kan..aku pon terperanjat.eh mane kenal nie..die ckp kenal melalui blog niee hehehe auwww malu la aku..Brader nie Syamsul "Menn" Azmir naik Z750 putih yang kat belakang tuh..Brader sebelah kanan tu,geng Puchong Bikers, Ayoi Z1000,motor die memang suda custom abih..
Okeh masa untuk pasang slider sebelah kiri pulak..




Kawan-kawan baru aku tengah belek awek masing-masing..khusyuk sungguh..yang pakai baju takde lengan tu Alip Ridwan.. pakai Z750 itam..kire semua geng-geng Z la..diorang nie ada group name Z0C.Leh carik kat facebook.Aku pon dah join group tu..sempoi gak aktiviti diorang..

Sambil,sambil aku borak-borak ngan diorang, aku ade tanya Ben,ada jual radiator cover tak? sebab aku risau la radiator aku terdedah,kena batu mau bengkok gak besi-besi tuh..Ben terus cakap..ada ada..untuk abang saye bagi spesel price..Cisss spesel ka.. Brape ? ALaaa RM 360 jer..Hmmm ok Ben kasi pasang n servis sekali..

Begitu mudah aku cairkan..hehehe memula aku datang ingat nak pasang slider jer..tapi bile pikir-pikir balik mileage motor aku dah 9,400km..dah dekat sangat nak 10k..alang-alang kasi servis sekali la..Sekali lagi terbang RM 240..pakai minyak MAXIMA semi syntetic dan tukar air filter.. 


Operasi nak bukak fairing..nak pasang radiator cover nie,memang leceh,semua fairing kena buka..nak pasang benda tu senang jer..workmanship nye leceh sungguh..

Still carik teknik terpantas nak bukak fairing..

Tadaaaaa... motor aku dah bertukar naked..togel.Operasi pasang radiator cover bermula..

Tokey..nanti kalau pasang fairing,kasi ikut skru ketat-ketat aaa..tak mau bile start jalan suda gegar sana sini..

Tuh die,monster dah terselit di celah-celah motor..dulu mula-mula aku ingat lubang radiator cover yang tebal dan sikit bagus untuk elak kena batu,tapi rupanya akan buat enjin lagik cepat panas. 30-40% dari yang biasa..

Hehehe..musti sedap lepas servis nie..

Fairing dah bukak..sebelah dalam tak pernah lap,aku pon memang suke bagi extra keje kat diorang..hahaha mintak tolong lap fairing sebelah dalam..

Pegang fairing dengan tertib..kepit jangan tak kepit.

Tengah lepak-lepak,Ben suda belek tayar belakang aku..alamak bunga dah nak abis..memang pon aku dah perasan..die pon ape lagi..promosi tayar baru..Michelin Pilot Road 3..bunganya cantik jugak..sesuai untuk touring..

Hah tu die,maximum speed leh pegi 270 km/h..regenye aku dapat RM 630 bersama nat kepala bengkok.

Hari dah semakin petang,nak menunggu diorang siapkan keje baik aku pegi minum kejab kat kedai makan dekat-dekat situ dengan brader Ayoi Z1000..adalah melepak dalam sejam pekena milo ais.Thanks bro Ayoi belanja..


Alamak,sampai kedai ingatkan motor dah siap,rupenye baru abis buat balancing.Copekkk la jang..hari dah nak malam nie..visor aku dah la gelap..

Wah sejuk ati tengok bunga tayar baru..new design..sangat mengancam.

Lagi zoom dekat,layan bunga tayar..

Aku melepak kat situ ditemani brader Ayoi sampai nak dekat Maghrib.Thanks bro Ayoi !.Dah setel tak tunggu lame,gerak terus lah..hari pon dah gelap.Dah memalam nie aku tak nak lalu jalan motor..risau gak gelap-gelap tu..
Aku bergerak balik Kajang melalui Highway Plus, singgah jab Shell lepas Tol Sg Besi .Dari jauh aku nampak sorang bikers tengah melepak..sampai dekat..eh eh eh..Hj Rahman ZX14 la..
Aku: Eh Hj,mane mau pegi?
Hj: Kiteorang nak pegi Senawang nie,pekena sup.
Aku: Eh la yeke..(sambil mata aku bersinar-sinar tanda nak join..hehehe)
Hj: Saje jer nie,pasal Imam Mat Zin nak running in motor baru,die ambik motor same macam ko la Khir.
Aku: Ouhhh,alamak yeke nape tak ngajak sekali gi ambik motor..Ambik kat Mok Wangsa Maju ke Ji?
Hj: Ahh kiteorang dari tengahari tadi,aku,tasha, dengan Zul..Hah jom join sekali gi senawang..
Aku: Boleh sangat Haji..

Dalam 10 minit tu,Hj Mat Zin dan Tasha Hayabusa pon sampai..Aku pon tak sabar-sabar nak tengok motor baru Imam,dengarnya dah pasang box givi.Wah itu suda bagus,dapat tengok real life nie..

Ketibaan sedara baru aku..hehehe

Givi box warna itam,nanti bakal bertukar kaler ke hijau..

Camno pulak nak bukak side box nie haaa..

Tu die,pandangan dari belakang..korang perasan tak? lampu signal belakang telah dicustom letak ke bawah,satu level dengan no plet..Kalau yang standard punye macam gambar kat bawah nie:



Beza sangat kan..die buat camtu,sebab kalau lampu signal asal akan tersorok kalau dah pasang sidebox,nanti pemandu lain memang tak perasan kite bagi signal..

Motor bau kedai lagi..tapi di custome dan di-operate..hehehe..nak tau kenape leh tengok gambar kat bawah nie:

Ape yang korang perasan kat handle tuh..ade nampak tak? Ha gambar kat bawah nie aku zoom lagi..

Tu die..riser bar.Fork depan telah diturunkan..so kena ade riser bar untuk tinggikan handle.
Rider motor nie tidak berape tinggi..so ada beberapa adjustment perlu dilakukan..so ini adalah bukti ketinggian bukan alasan untuk kite untuk tidak naik moto besar..nak seribu daya..kan

Fork belakang,dah di pasang lowering kit..

Slider dari motor Z750 iman dipindahkan ke Z1000SX..tapi sayang la..


Kenape aku cakap camtu? Tengok gambar kat bawah nie:



Fairing dah dipotong untuk memberi laluan kepada slider..sayang betul sebab better pakai L bracket untuk elak slider ganggu fairing..

Hj nak downgrade kot..hehehe
Okeh masa untuk on the bike..destinasi nya Senawang..tak la jauh sangat..dekat sket aku nak balik.Walaupun badan letih sket,tapi hehehe bab-bab ride nie memang susah sket aku nak tolak..

Bergerak dalam satu kumpulan,kami pon jalan terus,dalam 20 minit sampai ler kat Kedai Makan..Satu kejadian yang tak diduga berlaku,Iman Mat Zin berhenti kat jalan yang tak berape nak rata,then....motornya terus tumbang..aku dari belakang cepat-cepat turun bantu..jatuh sket jer..calar-calar kat box..Mintak jauhkan kejadian sebegini di masa hadapan..

Kedai yang menjadi tempat lepak kami.Selepas tol Senawang terus jer..sampai nampak Petronas sebelah kanan..kedainya sebelah Petronas jer..
Tasha pulak berpecah untuk beli Sate tulang..aku yang tak pernah rasa sate tulang..nie teruja jugak dengarnya.RM 1:00 satu,boleh tahan gak harganya.Lokasi jualan adalah di Dataran Senawang..


Di dalam kesamaran..


Sate tulang..berbaloi dengan harganya..memang cukup besar..makan 3-4 cucuk dah kenyang dah..



Tapi tak kan makan sate jer kan..Kiteorang dah order makan yang famous kat sini..tomyam Poktek..ianya tomyam seafood,banyak betul ketam..memang leh celen la Tomyam kat Siam sane tuh..


Ha jemput-jemput..makan..ikan siakap 3 rasa pon ada..telur dadar pon ada..daging masak merah pon ada..sayer pon ade..



Sedaaaaappp..tengkiu imam mat Zin,sebab open table..sempena meraikan motor baru la tuh..hehehe
Sessi makan-makan abis dalam pukul 11pm.Diorang semua ikut highway Plus untuk balik.Aku ikut Lekas highway,dah dekat sangat dah tu ngan rumah aku..cume yang tak bestnye..keta tak banyak,jalan pon gelao..ari tu member opis aku citer die lalu situ naik motor kena kacau dengan kak pon..cissss aku dok teringat citer die jer..memang aku dok baca ayat kursi jela sepanjang jalan.Alhamdullilah selamat sampai rumah..
-KHir-

Sunday, July 24, 2011

Service & Ride Sate Tulang

Korang pernah makan sate kan? tapi ride cite ride kali nie lain sket..ride makan sate tulang..Nanti update.Aku tengah upload gambar  nie..




-KHir-

Friday, July 22, 2011

Ride Betong 16-17 July 2011

Suda sekian lama aku tak ride.So aku luangkan jugak untuk beraktiviti ride bersama rakan-rakan.Ride kali ini adalah ride ke Betong bersama rakan-rakan ride aku.Majoriti yang join ride ni geng-geng terawal aku kenal sejak main motor.Walaupon orang ckp,ape la sangat pegi Betong,ramai dah orang pegi sana..tapi jangan tersilap setiap ride adalah unik.Banyak adegan-adegan yang macam-macam jenis.sooo memang tak rugi korang teruskan pembacaan.

Malam sebelum nak gerak,aku dah setting jam.Malas betul nak kemas barang,takpe la nanti aku bangun pkl 5 boleh aku siapkan barang-barang...So malam tu aku tidor dengan lena..
Bangun pagi pukul 5,terus aku kemas-kemas barang,cisss banyak barang aku dah misplace,adoiyaaaa time la die nak ilang,puas aku mencarik cacing untuk tampal tayar bocor tak jumpe gak..kemas-kemas dekat pukul 6:30 am jugak baru aku keluar rumah..janji pkl 7 kar RNR Sg Buluh..sempat ke oiiii..dah la kene isi angin tayar belakang  n cucuk duit..
Selesai isi angin tayar,gi atm,alamaaaaakkk duit tak bley keluar pulak..dlm wallet ada  10 hinggit jer ..tapi semangat ride membara,aku redah gak.singgah kat Shell Jalan Duta,cucuk duit lagi..fuuhhh still tak boleh..itu jam aku dah tawakal la..kalau lepas nie aku jumpe ATM tak lepas gak,aku patah balik laaa...
Dalam lambat-lambat tu,aku sampai RNR Sg  Buluh 7:15 pagi..tak lah lambat sangat.

Kawan-kawan dah sampai.Nie semua motor lumba-kumba nie..


Nak jalan jauh nie,sarap dulu oiii..aku? sure la pekena nasik lemak 2 bungkus.


Lan R1 bersama darlingnye,tepi kaki lima pon jadi la,meja pepagi nie penuh.


Bad,selaku ketua kontinjen,die nie yang rajin ajak aku ride..tabik spring tak pernah putus-putus ajak..aku pon kalau dah org ajak aku selalu tak tolak..jiwa ride memang tak boleh ditahan-tahan lagik beb!


Bad dari senyum terus masam,menunggu Kabir n Mat Noor tak muncul-muncul

..
Hari ni dah siang,kami masih di sini.


Hari dah terang beb..bulan pon nak muncul,kawan-kawan tak muncul-muncul jugak


Cintaku si hijau,,setia di sisi.


Ha jangan tak tau,ni peti ais bergerak suda sampai..hahaha ridernya dipanggil cikgu


Kabir  Z750 1 Malaysia berbaju merah sudah sampai..masa untuk on the bike.


Daim pakai vest keselamatan..memula aku ingat vest biasa..rupenya tu airbag..regenye dalam RM 1000 lebey..boleh open sendiri bile crash..

 Bile nak gerak nie..tak gerak-gerak lagi ..

Akhirnya kami berlepas,ade lagi geng tunggu kat Petronas RNR Rawang..so jangan tunggu lagik..cargas la kawan-kawan..

Ha tu die..geng-geng yang tunggu kat Rawang..Gemuk Z750 hijau ,Saed z1000& Ramli Er6


Jangan lengah-lengah lagik,Betong dah menunggu nie wei..Gemuk macam biase bile aku ambik gambar die suke interprem.
Ride kali nie,free n easy,ikot korang la kalau nak laju or slow.Bebas,peeehh pepagi ride ni memang mendamaikan jiwa,keadaan sekeliling berkabus,segar sungguh napas aku nie.Next pit stop adalah isi minyak kat Tapah..


Ha kan aku dah cakap,gemuk ni memang manjang perasan je bile aku nak snap,time nie kiteorang berhenti isi minyak kat Tapah..ala baru pukul 9:30am..lambat sket pasal dari RNR Sg Buluh tadi pon pkl 8:30am gerak..


Tuan Mat  ZX6 &; Che Din ST 1300


Saed : Eh makcik mane pakai skarf pink nie sebelah aku nie! takpe janji aku kontrol senyum..
Lan R1 : Dari tadi aku tahan nak melepas nie wei..


Awal pagi semua dah setting mood untuk bergambar.

 Andai dipisah laut & pantai...bulan muda di atas pelangi hanya kite berdua..ceh cehh cehh..mesra la korang wei

Mr Bad bersama R6



Sessi bergambar dah selesai,baru jer sampai RNR Tapah  abis segulung kodak aku ambik gambar kawan-kawan

Cik Mat (Dua dari kiri) : Eh Cikgu nanti sampai Betong aku nak carik masjid
Cikgu (Pertama dari kiri) :Daim kat mane aaa masjid Betong?
Daim (Pakai topi) : Ala cikgu,buat-buat lupe plak
Bad(Jeans Biru): Dalam ati berkata,alhamdulliah kawan2 aku nie sudah insaf!

Masa untuk bergerak suda tiba,konvoi yang aku kira dalam 12 bijik motor diiringi oleh sebijik Waja pon gerak.Time nie dah pukul 10am..next stop adalah Kuala Kangsar..

Semua dah redi nak gerak..bersedia untuk pecut! kasi buang itu karbon ye kawan-kawan.

Dari RNR Tapah nak ke Kuala Kangsar takleh jauh sangat..tempat yang dinanti-nanti adalah sebelum n selepas terowong..zup zup sekor sekor layan kona baring kat situ,aku ikut sikit-skit jer..
Eh tiba-tiba dah nak exit kat Kuala Kangsar,cepat bebenor diorang nieh.Cuaca still berkabus lagi,still mendung beb..

Lepak kat sini dulu..sambil tunggu kawan-kawan untuk regroup..ade yang tertinggal kat belakang ker..sebab tadi aku ada nampak 2-3 bijik masuk RNR Sg Perak,time tu aku n Saed dah tak sempat dah nak exit,hehe aku siap nak uturn lagi..Daim lalu ckp jalan terus,jumpe lepas tol Kuala Kangsar.

Asal turun motor,musti mau pakai topi..ada ensem ka ?

Daim : Ishhh mane la kawan-kawan nie..

Sessi menunggu adalah sessi biase untuk bikers..so bawak-bawak bersama.divider pon bley jadi tempat selesa untuk melepak.

Alamak..kawan-kawan perasan plak aku ambik gambar,aku lagi suke snap gambar candid,baru real sket..

Tuan-tuan sedang berdiskusi.Yang sorang tu berskaf pink tu memang tak boleh diselamatkan,memang cukup glamer dalam blog nie.

Kontinjen yang ditunggu suda tiba..

Md Noor@Jebat@Mickey Mouse tiba dari Melaka,antara geng bikers yang dah lama aku kenal.

Mat Zin (bercekak pinggang) : Huh,syiok betul diorang naik motor,aku jugak kena bawak waja escort diorang.Dah la semua laju,penat aku nak kejar diorang..


Saed (Tengah) :Tuan Mat,camne tips nak berbini 2?
Tuan Mat(Kanan) : Cukup-cukup la ada satu..kite kan keje gomen,nanti kena declare susah tau..





Masa untuk on the bike..lekas-lekas 

Keje aku,time boleh ambik gambar tak kira kat mane..aku ambik jer..ni time tengah berenti traffic light.

Perjalanan menuju ke Pekan Kuala Kangsar..minum pagi dulu la sambil layan view Sungai Perak.
Suasana pagi Sabtu kat Pekan Kuala Kangsar,tak sibuk sangat,biase-biase jer.


Telan air liur jela beb,mane nak pikul durian nie..

Parking ikut suke,janji leh sumbat..termasuk la aku sekali

Jom bergerak untuk breakfast kali kedua..

Mane la nak carik Sungai yg bersih camne kat KL..so aku pon layan la blues melepak tepi sungai nie

Bersih sungguh..

Dah selesai dah..jom jalan..


Konvoi bergerak still dalam keadaan rilek2 saje.Next stop adalah Lawin.Aku pon tak tau ade nama tempat Lawin nie..Jarak dari Pekan ke Lawin dalam 1 jam perjalanan..kire dah minyak tinggal 2 takuk la bile sampai nanti.Nasib baik motor aku kapasiti minyak 19 liter,stil leh senyum lagi..

Eh rajin pulak aku berhenti ambik gambar signboard.time nie kawan-kawan semua dah sampai stesen Shell kat depan tuh!

Isi minyak dulu kawan-kawan

Dah isi minyak,sila beraturkan motor anda panjang-panjang..

 Kami kini berada di Gerik,memang menjadi kebiasaan bikers untuk lalu kat sini untuk ke Betong.Start kat sini dah boleh layan kona dah..banyak kona panjang yang memang masyukk untuk dilayan.kawan-kawan yang tadi aku nampak ngantokk,..semua jadi segar..senyum lebar agaknya dapat layan kona kat sini..
Tengah sedap layan kona,tetibe geng kat depan berhenti tepi jalan..ehhh apa suda jadi tetiba berhenti,lokasi kejadian adalah di Kampung Plang.Dah tak jauh sangat dari Pengkalan Hulu..kenape ni kenape nie..


Aku masih terpinga-pinga nie,kenape moto awe? tengok ok jer?

Kabir tolong tengok-tengok motor awe..nampak ok..maybe something kat enjin or tank..kot

Rupenya,salur minyak bocor,enjin terus mati sendiri..patut la awe kate seluar die dah bau petrol dah..

Aik camne boleh bergambar kat tengah jalan nie..

Time la kawan-kawan to the rescue.

Fokus betul brader baju biru nie,tak nampak kepala..cayala safri.

Tuan tanah,kepenatan..tapi awe rilek jer,katenye pernah tolak motor dari Johor ke KL,stedi jer..hehehe cayala awe


Nasib baik ramai mcgyver dalam ride nie.Muncung salur minyak yang bocor dipotong guna screw driver jer..pastu terus sambung kat salur minyak.Tula aku kat rmh tak teragak nak bawak pisau lipat,leh pulak tertinggal atas meja makan tadi.

Wah,siap pasang.Macam baru dah..tangan sape la yang bertuah nie..Sape lagi kalau bukan tangan Bad.Awe try start moto,terus OK.cayalah semangat membantu rakan-rakan dlm kesusahan..memang aku suspek la!
Okeh banyak lagi kona kat depan yang terbentang menanti kiteorang..jom layan la..ha tapi ada satu selekoh bikers kena beringat,selekoh  bentuk S kat jambatan,ramai sangat orang dah down kat situ,selekoh tu memang tajam,dah kona,kona lagik,kawan-kawan pon dah pesan awal-awal tadi,jgn layan sangat,nanti jatuh masuk sungai.Lokasi tempat adalah 20km dari pengkalan hulu,kalau dah nampak signboard kampung Pahit tu..

Time dah abis layan kona,kiteorang terus regroup kat pekan pengkalan hulu,dah dekat sangat ni..bau tomyam thai pon dah boleh hidu..hahaha..

Santai dulu,lepas nie kite masuk Betong pekena air pegaga.

Time nie dah pukul 12 tengahari.Banyak berhenti n lepak-lepak,membawak ke tengahari baru sampai border.Abis melepak,jom gerak masuk Betong..hehehe percutian aku dah bermula nie wei..kasi ilang itu stess kerja la..

Seperti kebiasaan,urusan imigresen Malaysia memang mudah,takyah turun dari motor,hulur passport,scan selesai terus..

Wah..sampai suda,punyela besar patung tuh..

Batu sempadan time nak masuk Betong..

Kerajaan yang tak pernah dijajah..

Bad senyum lepas hulur 2 henggit kat mek siam untuk isi white card.Hehe turn aku untuk diisi white card saje aku saje hulur singgit n letak dalam passport..mek siam pon terus sound..2 ringgit aaaa..Betul punya untung daaa.isi borang dapat RM 2 hengget..ada parttime ka..saya mau 2 henggit jugak..Selesai isi borang,gi kaunter bawah,suasane time nie memang sunyi,takde orang langsung..aku pon heran kenape..Lepas chop passport,selesai.aku pon ambik motor n terus gerak masuk Betong..sampai jer kat Kastam..eh eh pasal kena tahan nie..cisss..kena bagi derma  plak RM 5 kasi masuk tabung..nape? ntah aku pon tak tau la.maybe pasal tak hulur geran kot..

Jarak dari border ke hotel kiteorang tak jauh mane.Perjalanan dalam 15 minit jer..terus sampai n pakai betul-betul kat lobi.Betul punye VIP treatment.

Jentera perang bersedia kat parking



Kami duduk di Hotel Gardern View.Satu malam hanya RM 80,keadaan bilik memang sangat puas ati.Nape la Malaysia takleh buat rate cam diorang,Rege murah tapi kualiti memang tip top.Hah lupe pulak aku berkongsi bilik dengan Gemuk Z750 Hijau.
Aku touchdown kat bilik dalam pukul 2:30PM waktu Malaysia.
Kang pukul 3 sebelum nak keluar carik makan kat pasar ..dengarnya makanan lazat-lazat..Sampai bilik,satu pantang jer kena ikut,jangan tido,nanti kalau tido memang malam kang baru bangun.So aku pon layan-layan tv sambil sembang-sembang..sedar-sedar jam dah nak pukul 3 petang.Tapi yang membuatkan aku frust.. celcom takde line la pulak..ciss kat sempadan pon tak line..kat Hatyai okeh je dapat roaming..takleh jadi nie kena carik prepaid kat sini..sonang nak berhubung nanti.Kemudian,jom kawan-kawan kite keluar shoorruuu.Turun dan terus carik tut-tut .Dah sampai Siam nie,jangan harap ler motor nak bergerak,lagi best naik tut-tut..absober keras pon tarak hal..

Saed tersenyum lebih sket,post ala-ala kacak untuk anak-anak nak view gambar die  katenye.



 Prepaid kat sini sama cam malaysia,memang yang amat,beli prepaid RM 10 hengget,ada baki rm 5.Kat betong nie semua benda leh beli guna duit Malaysia,so takyah la aku susah-susah gi tukar duit Siam.
Selesai beli prepaid card Destinasi pertama adalah,Betong Plaza,carik tabib ex-komunis.Rawat orang kena rotan,sekali die rotan terus baik.

Macam-mcam ubat ada.Tabib nie glamer gile babas seantaro dunia..

Gemuk tengah mintak tips ubat-ubat kuat..

Sekali betul daaa..tabib nie bekas PKM..die pernah rawat Chin Peng kat dalam hutan.

Tabib : Ini ubat kasi sapu u punye perut.
Gemuk : Aik ape pasal kena sapu perut ?

Selesai mengadap tabib tadi,jom carik-carik makan..dalam hati aku masih musykil kenape la Betong nie.sunyi jer.Nak kate tak ramai orang,bangunan banyak semua rapat-rapat.Heran la..

Makan time..

Bad dah layan stim lepas makan..kiteorang baru  la sapedek

Jemput-jemput masuk 

Mereka ini adalah insan yg sangat suke bergambar..
Jom kawan-kawan order nasik.Air wajib suda tentu air pegaga dan air tebu.Pure punye,aku layan nasi goreng ayam dan telur mata..seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeedddddddddddddddapppppp.Burrrrpp Alhamdulillah,kenyang hati pon ada gumbira sket,kaki pon jadi panjang langkah,merayu dulu tengok kedai-kedai,jalan sampai perut lapar.Singgah kejap kat kedai buah,aku dok sibuk tanya harga buah tapi tak beli,Saed jugak yang belanja kiteorang..terbaekk la abang Saed..wah tetibe jadi abang pulak!
Ingatkan nak balik hotel jalan kaki,tapi baru teringat kalau nak balik kena lalu terowong..penuh asap kete..mau pengsan seminggu.

Saed yang mulanya buat-buat  gagah leh redah terowong,terpaksa patah balik sebab takmau wajah nya kusam dek asap kete.hehehe ampun bang! gurau jer
Aku n Saed patah balik ke bawah sket,dapat tut-tut terus balik hotel..mau tido pak..letih..nanti malam baru segar leh gi karaoke..
Balik bilik..ingatkan nak tido..sambung bersembang sampai la ke malam..Malam kiteorang memang dah plan nak peken char keow teow n roti canai susu..alamekkkk wei  meletup.

Kedai baru nak bukak,kiteorang siap dah berkampung kat situ.

Sementara tunggu kedai bukak,meh layan roti canai susu

Sedap ker brader? 
Selesai makan,kiteorang terus melepak kat situ sembang-sembang.Dah takde tujuan dah..sebab banyak kedai tutup pulak..Lepas puas bertanya rupenye Thai sekarang tengah ada perayaan yang dipanggil Asalha Puja.Pesta yang biasenye berlangsung tengah bulan Julai masa bulan penuh,time nie adalah cuti umum n rakyat Thai dilarang untuk berhibur n semua kelab-kelab kena tutup..

Baru la persoalan aku terjawab nape tak ramai orang,rupenye time ada pesta keagamaan rupanye.

Kawan-kawan semua mood nak pegi karoake..hahaha diorang tak tau karaoke semua tutup..

Malam masih muda dik oiiii..jom dangdut.


Alamakk..ape suda jadi..tengok awek dua dari kanan..hehehe seram la

Bad bergaya dengan seluar barunye..

No komen! Hahaha.


Ni ha,no thailand aku..free free korang roger la..
Esok pagi-pagi lagi kiteorang nak gerak dah.Pkl 7 pagi aku dah bangun pasal nak gerak pkl 8 pagi. Time nak panas enjin selalunya time ni la paling rancak semua nak bergambar..so kite layan aksi-aksi kawan-kawan.

Senyum-senyum kawan-kawan 



Selesai sesi bergambar..acara pulang ke rumah pon bermula..

Kami bangga menjadi rakyat Malaysia!

Urusan sekejap jer kat Imigresen Betong..seterusnya balik ke tanahair..

Urusan imigresen di border Malaysia..sempoi lepas ni pegi shooooruuu dulu la Planning nak breakfast adalah selepas border.Area simpang tiga.Pekena roti canai dan nasi lemak..apesal aaa luar KL nie makanan semua lazat-lazat n murah-murah..


Sambil makan,sambil layan cite dongeng..

Sebelum nak bergerak balik,aku dan Gemuk turun ke pekan Pengkalan Hulu,tayar belakang kiteorang suda kurang angin daaaa..


Kat port nie la,masa datang aku nak ambik,sekali aku punye memory camera penuh pulak..so mase berdua nie aku sebatkan jer untuk ambik signboard nie..

Selesai isi angin,masa untuk chow dulu,kali ni balik tak ikut jalan exactly masa kiteorang datang..balik nie ikut Lenggong,punye la banyak kona,diiringi dengan kabus pagi membuat kan aku layan kona man man jer..better ambik feeel udara pagi..kawan-kawan lain kebanyakan dah berdesup kat depan.Destinasi seterusnya adalah isi minyak kat Gerik..


Isi minyak dan toilet break..lepas nie jauh lagi baru berenti kak oiii..

Geng-geng pillion yang tegar..
Lepak kat situ dalam 20 minit jer..so bile dapat arahan on the bike,semua patuh..jom cargas pulang 

Andai dipisah Bad dan divider..musnah la ilham ..punah harapan..

Minyak dah isi full,highway dah depan mata,masing-masing dah tak sabar nak pulas trottle..next stop adalah Petronas Sg Perak..Lepas jer exit Kuala Kangsar,semua berdesup laju,boleh kate average speed dalam 190-200 km/h..betul-betul punye laju.

Goldwing nie memang best,setiap kali berenti traffic lite or station minyak mesti semua orang pandang..hehehe pasal ownernya bukak lagu membuat kan korang nak shuffle.

Dalam tengah melepak-lepak tu,muncul sebelah Z750 05,ape yang spesel tentang motor nie? Motor nie dah banyak kali bertukar tangan..rupanye owner pertama motor nie adalah Daim,aku tak tau plak tu..so Bad pon bercerita la sejarah motor nie kat owner barunya bernama Nazri,Aku cume kenal owner sebelum  Nazri,owner sebelum nie dikenali sebagai Wadi.Actually Wadi dah meninggal akibat jangkitan paru-paru n sempat jual motor nie semasa hayatnya,,arwah dah tau badan dah tak kuat untuk main motor...

Motor nie cukup terkenal dalam forum SuperbikeMalaysia.com

Owner baru Z750 janda Daim,brader Nazri dua dari kanan.
Sebetulnya brader Nazri ni tadi mintak bantuan group kiteorang pasal klip pin rantai die dah tercabut..aku pon heran camne die leh tau..soooo ape lagi awe to the rescue la..

Perancangan nak carik tools yang sesuai,

Jumpe jugak wayar nak buat pengikat rantai..


Tekun sungguh Awe..

Sure boleh punya!


Aik tak boleh ker Awe?



Sekejap je Awe buat dah setel..
Selesai urusniaga bantuan..kami semua berangkat pulang ke KL.Next stop adalah Shell Ulu Bernam..
Ride ke Ulu Bernam merupakan satu ride yang bagi aku pengalaman memandu yang berbeza.Korang bayang kiteorang leh maintain speed 190-220 km/h sampai ke Ulu Bernam,aku pon agak terkejut yg motor aku begitu selesa dalam kelajuaan tinggi..terbaeekkkk..tapi aku selalu remind diri aku safety paling penting,kat mane aku rase selamat nak speed aku speed,if perlu slow aku wajib slow.

Sampai ke Ulu Bernam,aku tak isi minyak pon,sebab ikut pengalaman aku kalau isi kat Sg Perak or Simpang Pulai,level minyk motor aku aku leh bawak sampai rumah.. AKu sampai rumah around pukul 3 petang..aku bantai tido sampi esoknya 4;30 pagi..hahaha penangan bawak dalam high speed kot...




-KHir-