Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, November 16, 2011

Ride Terengganu 15-16 October V3

Kali ni aku sambung entri untuk ride Terengganu 15-16 October.Kiteorang sampai Dungun around pkl 11:30am.Kalau korang tengok peta,Terengganu ni memang cukup besar.Dari Dungun nak ke Kuala Terengganu pon dah 2 jam.Banyak bebenor traffic lightnya..

Kami tak rushing,sebab ride santai,masa kat Dungun tu,kami singgah kat Teluk Geliga.Kawasan ni terkenal dengan jualan keropok lekor.Kami mai singgah saje nak tengok view laut.


Berhenti hilangkan penat di Teluk Geliga Kecik..


Nampak sangat nak berhenti kejap jer,.helmet pon tak bukak..


Yeop : Eh aku nak pegi berenang kejap kat situ
Gemuk : ha pegi la berenang pakai helmet safety sket..


Hilang kan tekanan..layan view


Dangau,tempat awek-awek tunggu ikan naik..hehe pandai jela


Gemuk : Betul uncle,saya dapat ikan besar ni..
Uncle: Ha ye ke..mu ni bohong kan
Yeop: Betul uncle,ni ha saye ada simpan gambar,jab saye bawak keluar


Masa untuk bergerak,destinasi seterusnya Ke Kuala Terengganu pastu naik ke atas untuk ke Setiu.


Ride ke Kuala Terengganu ambik masa around  2 jam.Sekejap laju sekejap slow..korang bayangkan la banyak traffic light nak kene berhenti di tengah panas.Masa sampai area Pantai Batu Buruk terserempak dengan geng Puchong Bikers.Diorang ada event charity Ride Kelantan,Terengganu dan Pahang.Kiteorang berhenti kat Dataran KT untuk minum dan tanya direction .


Kak bagi air tebu sebesen..


Sabtu adalah hari minggu kat sini..banyak la kete


Yeop nak berposing walau dalam kepanasan.
Selesai minum kami pon gerak.Perjalanan ada 30 minit lagi nak sampai ke Sutra Beach Resort.Jauh ke atas lagi rupanya.Kami sampai around 3:00PM jugak la..sesat punye pasal.Tapi bile sampai kat destinasi fuhhhh legannya..
Sutra Beach Resort..melambai-lambai


Aku suka design berkonsepkan kayu kat resort ni.Ala-ala rumah kampung.Memang mendamaikan.


Parking spesel kat depan pintu masuk...


Hmmm no comment..aku tukang ambik gambar jer..


Nak membukak kelengkapan ambik masa jugak.Tapi aku pakai porch beg jer..senang jer..


Baby-baby kiteorang bagi rehat dan sejukan diri,kang kejap lagi nak keluar balik.


Tu die bilik nya..nyaman bangat..Aku sebilik ngan Kaza.


View pon menarik.boleh nampak laut.Banyak pokok kelapa ..biar bukak tingkap kasi angin pantai masuk..



Lepak kat bilik tak lama sangat,sebab nak pegi kenduri kat area  Felda Chalok Barat,dalam 30 minit dari Resort.Kalau terus tido kat bilik memang malam karang baru bangun kang..Perut dah lapor bebenor nie.kat kenduri nanti dah tak pandang kiri kanan dah,sebat jer ape yang ada.ouuuh lupa pulak kiteorang sampai kat resort ni tadi around pukul  2:30pm.puas carik resort baru jumpa.So agak terlewat nak pergi kenduri.Jadi tak boleh berlengah-lengah lagi.Aku keluar pakai selipar jer..hehehe jaket pon tak pakai.Memang lenggan abis.Rasanya taklah jauh sangat.Tapi dengar-dengarnya kat area Felda tu dah hujan..tapi aku gamble jer..




Kami gerak dalam pukul 3:30PM.Kalau ikut direction yang diberi rasanya taklah jauh sangat.Tapi nape jauh bebenor nie.Sampai ke Pemaisuri kami jalan.Sebelum tu ada berhenti kat tepi jalan tanya orang kat kedai makan,diorang pon bagi direction ikut signboard Kampung Buluh.Sempat jugak orang yang kat kedai makan tu sekolah kan aku pasal naik motor pakai selipar.Hahaha kecoh la.

Carik punya carik Kampung Buluh,tu yang terlajak sampai Pemaisuri..cis kena tipu ka..hahaha..aku rasa maybe kiteorang dah terlepas simpang nie.Kiteorang ikut jalan jauh nak Sampai Felda Chalok Barat.Dekat 2 jam baru nak sampai.Korang bayangkan la..so lepas nie aku berazam nak beli GPS senang sket letak kat motor.Nak guna GPS kat hp sayang pulak abis kena ujan nanti.
Dalam 7-8km nak sampai Felda Chalok Barat,hujan turun mencurah-curah..alamak habis lencun.Kiteorang berhenti kejap kat kedai tepi jalan.nasib baik kedai tu tutup,boleh la buat macam rumah sendiri.Kaza pulak macam biasa ,seperti tau jalan die terus jer walaupon dah terlepas simpang Felda Chalok Barat.Aku,Gemuk dan yeop jer yang berhenti,Kaza dah terlepas ke depan.

Ha kan aku dah kabor,..diorang buat macam rumah sendiri..siap tanggal baju lagi tuh..sementara nak tunggu hujan berhenti.


Sementara kami lepak-lepak nampak Kaza patah balik.Kami dok jerit-jerit tepi jalan tapi die tak perasan.Sudahnya die sampai dulu rumah kenduir..citt hujan pon die belasah jer..


Sampai jer ke rumah kenduri,around pukul 5pm.Kerusi pon dah abis bersusun.


Adegan perah memerah.Teima kasih pada tuan rumah bagi kami pinjam towel dan kain pelikat..


Makan time.Kami dijamu dalam rumah.Kenduri kat luar dah abis..fuhh nikmatnya makan daging kambing lembu fresh.Lepas hujan pulak tu..berbaloi sungguh menempuh hujan.
Selepas lepak-lepak makan,ada jugak dalam sejam setengah duduk situ.Tuan rumah selepas mendengar cerita kami,siap sanggup tunjuk jalan sampai hotel.Kami dah tak larat nak carik jalan balik.



Jalan di atad,rumah di bawah..balik time


Perut suda kenyang..hati pon senang..


Selamat Jalan Felda Chalok Barat..


On the bike la wei..sibuk lambai-lambai..


Rupanya tak jauh mane pon.Follow tuan rumah sekejap dah sampai.around 20 minit jer.cisss Sampai kat resort kami minum-minum dulu.Layan view laut time petang.Damai.......


order air jer..still kenyang lagik nie..


Yeop dah bersiap nak terjun swimming pool.


Hmmmm...bestkan..


Restoran berkonsep kayu.I like

Cantik.Ada rezeki nanti aku nak buat rumah camni.


View senja


Hmm..muke rindu bini 


hahah malu la tu kan..orang lain order teh,die order susu ..hehehe..


Dalam pukul 8pm,kami pon berangkat masuk bilik.Ape barang masuk terus tido.Lepas nie mesti la gi mane2 lepak sembang2.So malam tu around 930pm kami gi makan kat kedai dekat2 situ.Sampai pukul 1am jugak baru masuk bilik.Tido beb pasal Kaza ajak balik awal sket..tappiiiiiiiiiiiii

Bangun esoknya tengok die dah balik.Katanye taknak susahkan kawan-kawan sebab die kena balik cepat ada hal penting.So takpe la.


Semangat lepas breakfast..lepas nie nk pegi jalan-jalan sebelum balik..


Fesyen yang sama walaupon berada di mana-mana


View pantai di resort..


Kami check-out dalam pukul 10am.Ride balik dalam santai.Mana-mana tempat yang best kami akan berhenti.So destinasi pertama sebelum sampai ke K.Terengganu adalah kedai kepok lekor..


Gemuk : Adus beratnye beg aku nie..sampai senggugut aku..





Satu kawah kepok lekor..


Kiteorang berhenti kat situ tengok-tengok jer.Next destination adalah pasar Batu tiga.kat sini macam-mcam jenis kuih dijual.Rambang mata la jugak..




nama kuih? hahah tak tau la brader..


Awek ganu come-come belako..
Setel.Ke masjid kristal pulak.Cukup sekadar bergambar











Kemudian,singgah kat Pasar Payang.Cuaca dah start panas terik nie.




Singgah sebentar kat Masjid Terapung.




Dah habis site seeing.kami terus bergerak ke Dungun untuk makan tengahari.Perjalanan dalam 2 jam untuk sampai.Masa sampai memang tengah lapar dah nie..


Berhenti buang air kejap..cuci mate..


Destinasi makan tengahari adalah di kawssan Teluk Geliga.Makan kepok lekor fresh.Sata kami order 2 pinggan.Memang sedap.


Tu die..penuh meja 


Tersandar kekenyangan.


Ape motif?


Semua mood hepi lepas makan.Menantikan kehadiran kawan Gemuk datang lepak.Kawannya keje kat area Dungun.


Tu die..awek2 come..

Aku pon ambik kesempatan bergambar ler..


lama jugak lepak kat situ.Dalam pukul 4pm kami baru bergerak pegi beli kepok lekor.


Aku time ni dah tak tentu arah dah.Sakit perut.Singgah kat masjid berdekatan n terus Jamak.


Hmmm..jauh dah berjalan motor nir..

Selesai jamak kami teruskan perjalanan balik KL.Alhamdullilah semuanya selamat sampai,cuma masa di Bentong,Yeop suspek minyak itam motornya dah kurang.So kami bawak pelan-pelan exit ke Bentong dan carik stesen minyak.
Aku sampai rumah dalam pukul 12:30am..fuhh satu pengalaman baru untuk aku...


-KHir-






-KHir-

Ride Terengganu 15-16 October V2

Entri kali ini merupakan ride Pantai Timur yang cukup mengasyikan kerana tidak melalui jalan highway yang lurus.Jadi memang begitu mengujakan.Ride yang disertai oleh aku macam biasa bilangan motor tidak lebih dari 10 buah.

Persediaan awal hanya dibuat seminggu sebelum berangkat.Tujuan ke sana adalah untuk menghadiri kenduri kawin kenalan aku.Jadi ini lah dia storinya.

Aku keluar dari rumah pukul 6 pagi.Malam sebelum berangkat aku dah siapkan barang-barang keperluan untuk nak gerak pagi.Hehehe tak mau la jadi sebelum nie last minute nak siapkan semua barang.Jadi lambat pulak kang.Ahli ride yang terbaru adalah Kaza.Die bawak ER6F putih berekjos buluh.Munyiknya lagi kuat dari motor aku..

Aku janji dengan Kaza untuk jumpe kat parking Hj Samuri Kajang.Pastu gerak ke BHP selepas tol gombak.Aku sampai kat situ pukul 6:30am,Kaza dah terpacak kat situ.Kami pon terus gerak,minyak aku ada tiga takuk lagi.Lepas nie nak ke BHP lepas tol gombak.

Kiteorang ride dalam keadaan santai,sampai around pukul 7am.Isi minyak dulu la beb.Nak jalan jauh ni.Nak ke Felda Chalok Barat,Setiu Terengganu.Kat mane tu? aku pon tak pernah sampai lagik.Kalau ada gps kan best.Nak guna GPS kat phone,tak berape best sebabnya makan bateri kuat sangat,Pastu siap kena hujan,nak pakai lasak.So better lepas nie kena beli GPS standalone

Okeh,tengah-tengah isi minyak,Gemuk geng ride setia aku dah sampai.On time pulak die kali ni..

Susun motor elok-elok ye Kaza..


Sorang lagi mamat yang sentiasa perasan aku nak ambik gambar.


Kasi minyak itu rantai...


Masih menunggu kehadiran sorang lagi sebelum bertolak.


Ha masa ni ada sorang lagi geng nak last minute confirm nak join.Brader Yeop confirm ngan kiteorang pukul 8am yang dia nak pegi..Alhamdullillah dapat 4 bijik motor dah best dah..Brader yeop ni rider yang sangat otai.Selamba jer ratah konar Karak.


Tayar golek pukul 9am.Selepas brader Yeop sampai kami dah tak tunggu lama dah.Gerak terus.


Destinasi yang dituju adalah Sutera Beach Resort kat Setiu Terengganu


Ha korang tau tak nie kat maner? hahah teka la


Shell Maran..Sempat jer si Kaza nie posing


Sembang-sembang dulu sebelum gerak..
Okeh perjalanan diteruskan.Majoriti ramai jarang-jarang pegi ride sebelah Pantai Timur.So kiteorang main agak-agak jer kat mane nak isi minyak..dan hasilnya..kami terlepas stesen minyak kat Jerantut..tapi time tu minyak still ada 3-4 bar lagi..tak risau sangat la.tapi bile dah ride dalam 50-60 km ke depan ramai dah risau sebab next stesen minyak tak kunjung tiba..Yeop berenti dulu nak check minyak.Motornya tak de meter minyak..tapi tank motor die besar 19 liter.Sementara tu Kaza dah lepas ke depan.Kami berenti pon sebab Gemuk tak muncul-muncul.Rupanya die berenti kat Jerantut tadi isi minyak.

Aku tak risau sebab minyak aku ada 3 bar lagi.Yeop jer yg agak risau.


Berhenti dulu tunggu Gemuk..yeop tengah ambik port utk idupkan rokok.


Ketibaan yang berhormat.Hepi jer pasal die dah isi minyak..


So lepas bincang-bincang,kiteorang akan ride slow sampai jumpe stesen minyak..hehehe jauh jugak.Dalam 40-50km lagi baru sampai.Rupanya stesen minyak yang pertama kiteorang jumpe adalah kat Cherating..wah tu die..jauh jugak.Tapi selamat sampai dengan average speed 100-120km/h.


Time nie view kampung dah kelihatan..stesen minyak kat sebelah rumah  nie jer..




Isi kat Caltex Cherating..lepas nie akan lalu Chukai..tapi aku dah kena cukai kat stesen minyak ni pasal aku nak isi RM20,tapi minyak auotmatik berhenti isi kat RM 19:50..cisss kena cukai aku..


Tabik hormat tanda berjaya keluar dari krisis minyak nak abis..fuhhhh


Kami officially sampai di Terengganu pukul 11;00am..masih awal lagi.


Okeh lepas ni aku akan sambung kisah ride dalam negeri Terengganu yang semestinya penuh dugaan..nanti kan ye