Menarikan bunyiknya,makan gulai itik.Destinasi tidak berapa jauh tetapi akan melalui banyak daerah.Kami akan berkumpul di BHP selepas Tol Karak pada pukul 945 pagi.
Selepas itu kami akan menjelajah Simpang Pertang>>Bahau>>Kuala Pilah>>Seremban dan seterusnya ke KL.Ada sapa-sape nak join? Jumpe di sana yer!
-KHir-
Friday, February 24, 2012
Pening renew Insurance ? Sapa kata tak boleh buat single rider v1?
Dengan ini dimaklumkan aku gagal untuk buat insuran single rider.Kena buat all rider jugak.PA insurance pon kena ambik.So much for saving my money! lagi best bila agent lain nak buat tak boleh.Kena pegi ken agent asal.Menjadikan total road tax motor aku RM 2349.Best kan!
Hari ni aku nak pegi collect roatax aku.Semalam lagi dah siap,tapi tak sempat nak ambik.
-KHir-
Monday, February 20, 2012
Pening renew Insurance ? Sapa kata tak boleh buat single rider?
Salaam Kawan-kawan,
-KHir-
Aku sekarang dalam proses nak hidupkan insuran motor aku.Pening jugak memikirkan sebab memula kedai quote aku RM 2800,Jumaat minggu lepas kedai bagi figure baru.RM 2,300.Still terasa banyak jugak.
Kebetulan aku terjumpa Nazrin GTR masa office dinner di Hotel Grand Dorsett.Dia maklumkan kat aku ada company yang boleh buat single rider dan insurance PA sebagai optional.Nazrin dah berjaya buat dan jimat RM 600.
Hari ni pon aku mencuba nasib untuk guna company yang sama.Sah memang betul.Aku dapat figure yang agak menarik.
Ni figurenyer:
Insurance (cover RM 75,000) =RM1308.97
Roadtax=RM350
BSNC service =RM 10.00
Company Despatch=RM 10.00
Jumlah =1,678.07
Ada option untuk diorang buat kan dulu.Dah siap,despatch hantar,terus bayar COD.Siap dalam masa 2 hari.
Aku akan update dari masa ke semasa,progress transaction aku nie.If semua ok aku akan share kan no telefon pada kawan-kawan.
Sunday, February 19, 2012
Ride sarapan pagi yang huru-hara 08012012
Sudah lama kiteorang tak pegi ride sarapan pagi.Jadi satu ride diatur untuk tujuan murni itu.Sebenarnya idea aku.Memula tak ramai la kawan-kawan yang nak join.Aku ajak pon dah dekat-dekat last minute.
Destinasi belum di kenalpasti.Cuma semua dah setuju untuk berkumpul di Shell selepas Tol Sungai Besi pada pukul 8:30 pagi.Hehe banyak sangatkah tempat yang kiteorang dah pegi sampai nak ride ke mana pon tak tau lagi.Mau nya kalau nak Sabah dan Sarawak ada jambatan dah lama lepas dah.
Aku sampai agak terlewat sikit.Pukul 9 pagi.Masa tu Kaza dan seorang brader yang keje kat Istana dah sampai.Brader tu menunggang ER6N,baru nak berjinak-jinak ikut ride.Tengah melepak menunggu Gemuk sampai,kelibat-kelibat geng Ninja250r seorang demi seorang muncul dan parking dekat-dekat kiteorang.Diorang pon takde tempat nak tuju.Ride sarapan jugak agaknya.
Pukul 9:15 pagi,Gemuk pon sampai.Setelah berbincang dan berdiskusi,Port Dickson menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Kaza pon rajin pulak mengajak bebudak NInja250r tu join sekali sebab nak pergi ke destinasi yang sama.
Berhenti sekejap di Petronas RNR Seremban untuk bagi taklimat penuh untuk menerangkan jalan yang bakal dilalui |
Semua dah paham,nak ikut jalan mana.Jom mari kita on the bike kawan-kawan |
Semangat pulak si Kaza ni nak bergambar.Bro jangan laju-laju aaa geng Ninja 250r tu jangan ditinggal |
Selesai sesi taklimat.Semua dah ready nak bergerak.Aku lambat sikit sebab baru nak simpan kamera dan pakai helmet.Kawan-kawan semua dah gerak aku tinggal sorang-sorang.Baru nak jalan depan sikit,terperasan tali helmet tak berikat.Berhenti kejap.Aku tak risau la sangat sebab kawan-kawan biasanya tak laju.Selesai ikat tali helmet,aku pon pecut sikit.Nak kejar kawan-kawan.Eh mana la diorang nie.Aku pon menambah kelajuan ke 180km/h...Eh still tak nampak jugak.Biar betul? Ker diorang dah ubah plan last minute untuk masuk ikut Highway Port Dickson? So aku pon ambik keputusan untuk ikut highway PD Seremban.Tapi aku berhenti kejap untuk sms Gemuk,kata jumpa kat PD.
Bosan jugak aku layan highway sorang-sorang.Takpe nanti kat PD boleh regroup.Aku sampai PD dalam pukul 10:20 pagi dah bertemu semula dengan kawan-kawan di Pantai Teluk Kemang.
Masing-masing dah macam bukan sarapan pagi.Semua balun nasik jer aku tengok. |
Bebudak geng Ninja250R lepas ni berhajat nak layan Cameron pulak..Hahaha jauh tu nak patah balik.. |
Tengah syok baru nak minum air,Kaza dah mintak diri dulu nak balik ke Putrajaya,katanya kena masuk keje pukul 11 pagi.Time tu dah pukul 10:45 pagi.Ceh buang karan jer datang jauh-jauh tapi dah nak gerak.Hehehe baru la aku tau cite,kenapa aku tak boleh kejar diorang tadi masa nak ke Port Dickson,rupanya semua ride 165-170 km/h,aku dengar semua bebudak Ninja250R tertunduk-tunduk nak mengikut si Kaza yang main high speed.OOooo itu macam ka..
Selepas Kaza gerak aku pon duduk-duduk dalam sejam,layan sembang-sembang ngan bebudak Ninja250R,majoriti berumur awal 20an,hmmm rezeki masing-masing dah merasa pakai motor best.
Masa untuk tayar golek ke rumah. |
Untuk memudahkan perjalanan,aku memilih untuk ikut highway seperti mana aku datang tadi.Naikkan windshield,pastu layan jalan lurus highway PD Seremban.Tapi kawan-kawan kena hati-hati,highway nie banyak joining ,boleh melambung jugak kalau tak slow masa lalu kat situ.
Aku sampai ke rumah dalam pukul 12:45 tengahari.Hehehe awal tu.
-KHir-
Saturday, February 11, 2012
Video Kawasaki Z1000sx with y pipe
Merdu ke lepas dah pasang y pipe.Jom layan video yang aku dah upload kat youtbe.
Direct link boleh ke sini ---->http://youtu.be/OVBUbnehEuY atau search :khirs226 untuk view semua video yang aku dah upload.
Video ni sebelum pasang y pipe.
Video nie selepas pasang y pipe.
-KHir-
Direct link boleh ke sini ---->http://youtu.be/OVBUbnehEuY atau search :khirs226 untuk view semua video yang aku dah upload.
Video ni sebelum pasang y pipe.
Video nie selepas pasang y pipe.
-KHir-
Godaan Y-Pipe Welly Kelang 07012012
Hmmm tangan rasa dah gatal nak pegi Welly Kelang buat kali kedua.Minggu lepas b Jan 2012 baru jer lepas tukar tayar dan servis.Ada satu lagi hajat aku minggu lepas yang tak kesampaian.Dah lama sungguh aku pendam hajat yang pasang Y-PIPE.Aku rasakan time ni yang paling terbaik la kan.Sebab utamanya dah nak dekat Tahun Baru Cina.Ramai tokey-tokey akan bukak harga yang rendah.Ini sudah tentu termasuk si Ben,tokey Welly Kelang.Apa ada pada Y Pipe.Ha kejap lagi aku stori kenapa bersungguh-sungguh aku nak pasang.
Aku selalu set timing untuk aku sampai ke Welly dalam pukul 3-4 petang.Cuaca tak berapa panas.Kalau nak gerak pagi-pagi leceh jugak,sebab time pagi la aku nak pegi pasar,cuci motor dan kereta.Jadi aku pilih waktu awal petang untuk ride santai-santai ke Welly Kelang.
Dah sampai jer.Aku tak citer banyak,sebab Ben pun dah tau.Terus bawak motor masuk dalam bengkel.Bukak ekjos dulu.Korang nampak kan 'perut' bawah motor tu kan.Perut tu yang akan ditukar dengan Y Pipe. |
Gambaran lebih jelas,Perut @ catalyser. |
Untuk pasang Y pipe,keseluruhan ekzos sistem kena bukak.Ambik masa dalam 20 minit jugak untuk bukak |
Setelah ditanggalkan..Ya Rabbi punya la kotor.Ha..tempat yang ditunjukkan tu la kena potong untuk membolehkan pasang Y pipe |
Ishhh diorang nie sibuk buat benda lain pulak.Dah terbiar pulak ekjos sistem nie kat sini |
Aik masih terbiar..mana daaaaa...hari dah nak malam nie |
Rupanya nak menunggu Ah Choi nie yang buat.Hehe jangan di amal isap rokok sambil potong besi |
Cara pemasangan asal Catalyser nie adalah di slot in kemudian di welding.Jadi pemotongan dilakukan dengan cukup berhati-hati untuk potong lapisan luar sahaja. |
Pemotongan adalah dengan kedalaman suku inci jer |
Selagi belum bersih,jangan stop..hehehe |
Eh brader rajin pulak..dah sangat bersih dah tu..boleh stop.. |
Pemasangan y pipe selepas itu amat mudah.Bahagian depan yang kena basuh tadi akan dipasang semula.Y pipe hanya di slot masuk.Ikat skru tadaaaaa selesai.
Y pipe selesai dipasang.Permulaan proses jer tadi yang agak rumit. |
Ini lah die gambar y pipe secara close up. |
Hmmm agaknya macam mana bunyik dah performance motor nie selepas pasang y pipe.Tak sabar rasanya nak cuba rem skit.Selesai pasang.Aku pon dah tak sabar-sabar nak balik.Tak mau lepak-lepak.Nak tau jugak ada tambah performance tak,tapi bab bunyik memang dah merdu dah.
Semasa perjalanan pulang,aku dapat tengok dari jauh lagi orang dah perasan aku dah nak sampai.So aku rasa bunyik ekjos aku nie dah 2 kali ganda kuat dari sebelumnya.Ibarat bass dah bertambah dua kali ganda.Selain itu,perubahan yang dirasakan adalah kadang kala berlaku backfire,meletup kuat jugak bunyiknya.
Manakala penggunaan minyak tak berubah.Masih seperti dulu.So aku rasa ada orang cakap guna y pipe ini minyak cepat abis adalah mitos semata-mata.Tapi dari segi performance,tiada apa-apa yang berubah.Aku dah agak dah,so sikit hari nanti aku akan tukar KN air filter untuk tambah sedikit kuasa pecutan.Tukar air filter,biasanya bunyik ekjos akan bertambah kuat jugak.
Video juga akan aku upload untuk korang layan bunyik ekjos.Ada merdu ka tada korang sendiri tentukan..hehehe
-KHir-
Saturday, February 4, 2012
Cerita servis di Welly Kelang 01012012
Aku : Hallo Ben,esok kedai ada bukak ka?
Ben : Yeah,Khir esok ada bukak,mau servis ka?
Aku: Yela,servis sama tukar tayar depan sekali.Ape brand baru bagus punye?
Ben: Ada,ada itu Angel,manyal bagus looorrr..
Aku: Hah angel? tarak pernah dengar pon.
Ben: Ini brand suda manyak orang pakai.Harga pon ok.
Aku: Itu Y pipe ada stock ka?
Ben: Kejap aaa,hmmm aaa...aaaa ala sudah habis la,minggu depan sampai lagi 3 ..
Aku: Hmmm saya mau harga special aaa untuk Y-pipe
Ben: Bro,lu gua punya loyal customer.lagi mau raya cina,confirm ada harga special punya..
Aku : Eleh ye ka?
Itu lah dia,aku rasa dah dekat 4-5 bulan tak singgah Welly Kelang,rasanya bagus jugak nak cuci-cuci mata tengok barang-barang.Dengar-dengar Welly Kelang dah renovate.Ye ker?
Setelah aku sampai dari Kangar,ape lagi start motor,bertujuan nak ke Kelang.Matahari terpacak atas kepala.Panas jugak.So aku pon pakai sempoi-sempoi aje.Siap pakai seluar separuh lutut jer.Memang tak digalakkan langsung.
Perjalanan aku,mengikut laluan yang aku selesa.Dari Tol Kajang aku masuk ke highway plus menuju Sungai Besi.Sesampai tol Sungai Besi,aku try-try gak usha kat Shell seberang jalan,manala tau,kalau-kalau ada group yang nak ride.Dari Sungai Besi aku menuju ke Mid Valley melalui Lebuh Raya Persekutuan.Selalu kat sini la aku menjadi dilemma.Nak ikut jalan motor or ikut jalan besar.Hmmm setakat ni takde sape yang boleh bagi confirmation motor besar boleh guna highway.Hanya kat dalam Putrajaya jer terang-terang jalan motor untuk CC 250 ke bawah.Highway lain,takde pulak.Jadi,memikirkan keselamatan diri sendiri dan pengguna motor yang lain,aku ikut jalan besar,cuma bila jalan dah sesak,aku akan masuk jalan motor.kat Federal Highway ni bukan tentu,kekadang sesak tak tentu pasal,terutama sebelum nak sampai ke Jambatan Kelana Jaya.Dari Subang selalunya dah clear.Sampai di tol Batu 3,aku akan susur masuk ikut jalan motor.Tak mau la kena sumpah seranah orang lain,sebab pancung jalan kereta,kekadang aku tengok ada motor yang saje jer lalu kat tol,siap langgar sensor,dah siren berbunyik,keta yang nak jalan tadi pon boleh tersangkut.
Dari Batu tiga aku teruskan perjalanan,aku exit highway selepas tol singgit.Menghala Jasco Bukit Raja.Dari situ dah dekat dah.Selepas Tol 60 sen,aku susur kiri untuk ke Meru.Pukul 4;00 petang aku selamat sampai di Welly Kelang.Mencarik-carik jugak kat mana Ben,ceh die pegi bercuti dengan bininya.Camna nak mintak diskaun nie kan..hehehe
Lepas parking motor,terus aku tanya kat Yus tayar depan mana yang bagus.Die tunjuk tayar yang Ben cakap tuh..
Pirelli Angel ST 120/70ZR17M/CTL |
Design bunga agak lain skit berbanding dengan Pilot Road 3.Pilot Road 3 pon dah tak keluar dah.. |
Harga jual sempena CNY adalah RM 470.
Motor aku dah 15,000km.Jadi kena la servis sekali.layan semi synthetic jer 4 botol.Guna brand MAXIMA SYNBLEND 4 botol 10W 40.Masa CNY ni ada offer.Beli 4 botol minyak hitam dapat percuma spray rantai brand MAXIMA gak.
MAXIMA SYN BLEND x 4 botol 10W 40.Kawasaki oil filter. |
Pekerja baru Welly.Budak Myammar. |
Bro,dah siap nanti tolong basuh sekali ye! |
Motor dah togel.Tayar lama aku dah memang cukup botak.Betul-betul guna to the max. |
Ni die offer.Valid sampai 21 Januari 2012. |
Sementara menunggu motor aku siap.Jalan-jalan cuti mata dulu la.Tengok-tengok keliling kedai.
Jarang jumpa motor ni kat jalan kan.. |
Kedai dah menjadi 2 tingkat..hmmm tu Versys 1000 putih dah ada untuk display |
Betul-betul total make-over dah kedai nie..Baru nampak ekslusif.Sebelum nie kalau dibanding antara ketiga-tiga Welly.Welly Kelang paling tak cun,hahaha sekarang tidak lagi.. |
Mekanik Yus,hari tu die berhenti sekejap,baru join balik. |
Selesai servis dan tukar tayar depan ,ambik mintak tolong check visor dan meter.Sebab selepas pasang radiator cover hari tu,ada gegaran sikit masa nak gerak.
Depan pon habis togel.Nak kena check betul-betul. |
Ouhhh maybe kat sini longgar. |
Layan gambar dulu.. |
Selesai masalah.Kena bukak sampai tapak baru,takde gegaran lagik. |
Value added service.Cuci percuma. |
Nasib baik diorang tolong basuh.Sebab sebelum ni aku ada wax motor,ter-wax termasuk kat celah-celah susah nak hilang.. |
Masa time basuh motor ni la jugak aku complaint diorang punya slider depan.Korang nak tau ape jadi? |
Selesai semua,aku berhajat nak gerak balik rumah.Start motor,seronok dah rasa nie sebab nak test tayar baru.Tapi keadaan jadi mendukacitakan.Terasa handle bergegar semacam jer.Mula aku tak nak endah kan,tapi hati betul-betul rasa tak sedap.lain macam sungguh gegarannya.Ishhh ini mesti balancing problem nie.Hmm dah terpaksa aku patah balik ke kedai.Hmmm kena bukak tayar balik pulak tuh.Dalam masa 15 minit masalah aku dah setel.Lega,boleh gerak balik rumah.
Masa dalam perjalanan pulang.Aku tengok ada roadblock besar-besaran kat Tol Batu Tiga,bukan polis jer,JPJ pon ada.Hmmm aku ok jer.Alhamdullilah semua lengkap.Tapi kena tahan jugak.Sekarang nie motor besar jangan harap diorang suruh jalan.Sure kena berhenti check lesen.Hmm or aku jer yang kena,pengguna superbike lain tak kena ker?
-KHir-
Wednesday, February 1, 2012
Ride Kelantan & Terengganu 22-24 December 2011 v2
Sempena hari cuti Wilayah ni aku ambik kesempatan untuk menulis sambungan story ride Kelantan dan Terengganu.Untuk version 1 korang boleh baca kat sini:
Hari kedua berada di Negeri Tok Guru.Setakat ini kami semua still enjoy dan berada dalam keadaan tak sabar-sabar untuk menjelajah segenap pelusuk alam Kota Bharu.Malam tadi balik ke bilik agak lambat, sambung pulak bersembang sampai ke 1:30 pagi,antara topik hangat ialah nak tido mana untuk malam kedua? Aku ambik pendekatan follow aje.Kami masih belum dapat decide,dalam bincang-bincang tuh,aku pon dah belayar dulu..biar la diorang sembang dulu.
Keesokan harinya kiteorang jadi agak heboh,sebab Gemuk kata nampak bayangan hantu berpakaian putih depan die..Hmmm sudah,sebab aku pon ada ternampak jugak malam tadi depan aku yang mengadap tingkap,masa tu antara aku sedar dan tak sedar.Agaknya die marah kot,kiteorang nie bising sampai larut malam..hehehe tapi semuanya OK.
Setelah semua bersiap cuci muka sahaja ,eh korang ada mandi ka sebelum turun breakfast? Mari sarapan pada pukul 9:30 pagi.Lauk tinggal cukup-cukup aje.Sementara makan tu,kami dah sembang planning lokasi yang bakal dilawat nanti.
Aik..Shah turun sarapan pun pakai kain pelikat ? Hahaha yang tersenyum kat belakang tu aku dah malas nak komen la yea! |
Shah Taliban,bukan aku kata,tapi Gemuk yang kata! Sebab melihatkan jambangnye tu.Yang buat muka muncung itik tu memang dah tak boleh diselamatkan.Cuma Syed jer yang kontrol ayu,tu yang aku takde bahan nak tulis kat sini. |
Selepas makan baru pegi usha motor.Jengok-jengok dulu keadaan tayar,geleng kepala tengok lumpur tebal! |
Aku kalau tinggal motor memang akan kunci motor.Sekarang ni tak boleh confident sangat la.Makin hari motor besar nie makin banyak hilang. |
Selepas belek-belek motor,destinasi pertama adalah tempat yang wajib dikunjungi adalah Pasar Besar Siti Khadijah.Dari hotel ambik masa 5 minit jer nak sampai.So lokasi pemilihan hotel kiteorang memang best la sebab dekat dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Suasana pagi Jumaat di Pasar Siti Khadijah.Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu di Kelantan. |
Semua peniaga adalah perempuan.Dah menjadi tradisi agaknya semua makcik-makcik yng conquer jualan pasar nie. |
Segar mata jer aku tengok awek tuh! eh tengok sayur la.. |
Syed " Ish ish kalau la bini aku ikut sekali ni kan best!" |
Eh sape cakap takde lelaki meniaga..ha nie kan ada..kan.Agaknya tak pasar sayur tu semuanya perempuan |
Dah abis berjalan kat Pasar Siti Khadijah,kami pergi ke kawasan yang pernah menempatkan Istana Kelantan.Jalan kaki jer sebab semuanya dekat-dekat.
Laman Siti Khadijah..Ready to joget! |
Cuaca pagi yang suam-suam mendung! tak berpeluh ketiak jalan-jalan kat town KB nie.. |
Hajat di hati nak ambik kat pintu gerbang tu..tapi malas pulak nak jalan ke sana! |
Sila sedut perut anda! |
Istana Balai Besar,dah tak digunakan sepenuhnya.Hanya untuk adat istiadat tertentu sahaja. |
Shah nak bergambar ala-ala URTV |
Takde rezeki,Restoran Nasi Ulam Cikgu nie memang cukup terkenal,tapi tutup pada hari Jumaat |
Nak layan pusat kraftangan pon tutup.Tapi yang penting dapat capture senibina pertukangan kayu yang cukup mengagumkan. |
Aku tak habis kagum lagi tengok seni pertukangan yang ada kat bangunan sekitar Istana ni. |
Selesai melawat-lawat,time untuk balik ke bilik dah berkemas.Kami dah ada destinati seterusnya untuk dijelajahi.Kat mana ? Rilek dulu brader,kejap lagi aku story..
Pukul 11:58 pagi aku semua dah ready untuk check-out.Barang semua dah kemas.Malam ni nanti kami akan tido tempat lain pulak.Terpikir jugak nak carik car wash,kasi bersih sikit motor,tapi pikir-pikir balik biar dulu la,baru la orang nampak kami nie dah ride jauh dah..
Kelengkapan perang dah sedia.Masuk untuk start your engine.Antara dua orang ni mana sorang yang korang rasa tak sabar-sabar nak balik KL? Hahaha homesick ka? |
Penaja utama sebelum bergerak adalah Gemuk.Penaja apa? Spray rantai aaa.Die memang cukup rajin bawak,so aku tolong pakai jela..Satu lagi korang tengok aaa motor aku tuh,dah bertambah satu kaler lagik. |
Destinasi tujuan tidak lain tidak bukan adalah Rantau Panjang.Perjalanan memerlukan kami menempuh 30km untuk sampai.Takla jauh mana,sebab jalan pon elok takdak masalah.
Ketibaan kat Rantau Panjang.Masa nak sampai hujan belum nak turun.Kami melilau carik hotel kat sini,Rupanya ada satu hotel jer kat belah belakang.Kami pon try pusing-pusing lagik mana la tau kalau-kalau ada lagi hotel.Rupanya tu satu jer hotel yang ada.Rata-rata orang kat situ bagitau,jarang orang tido kat sini sebab lepas maghrib banyak kedai dah tutup.Ramai yang datang dari jauh tido kat KB jer.Aisey ini kena bawak berbincang dengan kawan-kawan. |
Namun disebabkan dah sampai,kena la jugak pegi tengok apa yang ada sebagai ole-ole.Gemuk dan Shah jalan-jalan dulu.Syed dan aku pon melepak kat kedai minum.Order terus makan tengahari.
Tumpang letak helmet ye dik! Sementara nak tunggu kawan-kawan letak dulu barang-barang kat kedai spek brader nie. |
Sessi perbincangan tergempar untuk menentukan hala tuju.
Syed : Aku rasa kita tak sesuai la tido kat sini..
Aku: ye betul,why not kite carik chalet tepi laut,macam Pantai Cahaya Bulan.
Gemuk : Betul la kat sini malam tak banyak aktiviti,takde tempat sangat nak lepak.
Shah: Yeah betul
Gemuk :Camtu kite ke Tasik Banding laaa..
Aku: Eh tu dah nak balik dah tu..Apa kata kite turun ke Terengganu,Tido kat Besut.Dari sini ke Besut dalam sejam lebih sikit.
Gemuk: Ok jugak tuh,tapi kalau kita tido kat Besut,esok banyak masa kita abis atas motor sebab nak ke Kuala Terengganu pon dah sejam.Kita tido kat Kuala Terengganu jela.
So secara rasminya ride ke Kelantan telah dilebarkan sayapnya merentasi Terengganu plak.Mudahkan kalau ada geng yang boleh sepakat.
Perjalanan ke sana,di pandu oleh Gemuk,al maklum lah peta bergerak.Mulanya kami bergerak bersama,tapi disebabkan kesesakan lalu lintas kami terpisah agak jauh jugak.Aku dan Syed tersesat sampai ke Hospital Kubang Kerian,tunggu Gemuk dan Shah tak muncul-muncul,aisey kiteorang dah tersilap jalan nie..Tapi tu semua perkara kecik jer.Kan orang Malaysia nie semuanya ramah tamah dan sedia membantu.Lepas dapat direction dari sorang brader nie,kami pon bergerak semula.
Memandangkan kami dah biasa konvoi,kalau dah terpisah dari konvoi kami dah plan untuk menunggu di stesen minyak yang pertama yang dijumpai.Kat mana kami berjumpa semula?
Jumpa semula di Stesen minyak Petronas kat Jerteh.Hehehe kam terlepas satu stesen minyak Shell .Gemuk dan Shah tunggu kat situ.Tapi takpe selepas regroup kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
Selamba jer aku turun dari motor nak tunggu traffic light nak hijau.Sempat snap satu gambar |
Kami selamat sampai di Kuala Terengganu pukul 6 petang.Terus ke Pantai Batu Buruk untuk carik hotel.Time ni still cuti sekolah,harap-harap ada lagi hotel yang kosong.Masa ni Pantai Batu Buruk dah penuh dengan orang-orang berkelah.Mandi manda tu takde la,pantai nie dah lama dah tak boleh mandi pasal ombak besar dan menentu.Sekarang ni misi untuk mencari tempat bermalam.Dengan harapan berbunga-bunga mintak-mintak lah sekali try carik hotel terus dapat.Hentian pertama adalah Hotel KT Pantai Baru Buruk,Hmmm sekali ada wedding pulak kat situ.Bilik semua penuh..
Kami semua ambik keputusan untuk keluar dari area Pantai Batu Buruk untuk mencarik hotel di pinggar jalan besar.Hotel pilihan kitorang tak jauh dari situ.Dalam 0.5km jer dari Pantai Baru Buruk.Agak-agak berapa star hotel ni yer? Nampak dari luar ok jer.
Alhamdullilah,still ada bilik kosong.Kami dapat bilik dengan 2 katil queen.RM 138 jer.Murah.Value for money.Jom check in la.Mandi-mandi dulu lah..Hmm awal lagi.Baru pukul 6:24 petang.Tak pikir lagi nak dinner kat mana.Nak makan kat hotel? Ishhh baik makan kat luar.Baru nyaman sikit kena angin laut.
Kesudahanya,akibat bilik yang selesa,masing-masing seakan malas-malas nak keluar makan.9:30 malam baru ler keluar carik makan.Kami jalan kami jer carik kedai makan.Dalam 10 minit dah sampai.Sementara tunggu order sampai kiteorang sebat kuih gulung sorang 5-6 ketul.Tu tanda singa kelaparan.Lagi satu kedai nie,pon dah nak tutup,tak banyak menu yang tinggal.Makan nasik lemak jerla.
Lepak-lepak di Pantai Batu Buruk,sememangnya meriah.Kalau nak naik kuda padi pon ada.Nak sewa ATV pon boleh.Penuh sahaja ngan bebudak.Cuma yang agak pelik sikit kiteorang terjumpe bebudak jamming tapi bukan pakai gitar,pakai biola..respek betul lah.
Satu lagi kat sini,korang akan jumpe geng-geng basikal fixie.Basikal yang takde brek tapi pakai perewel mati.Colour basikal diorang tu semuanya striking.Menjadi fenomena kot kat sini sekarang nie.
Masa perjalanan pulang.Aku singgah kejap kat stesen minyak depan Hotel Permai.Ingat nak beli mineral water.Hmmm aku dikejutkan dengan incident bebudak rempit nak tunjuk hero.Siap buat willy kat stesen minyak tu,adalah 2-3 orang dan kereta nak dilanggar nya.Kalau kena aku,memang tau la camna aku nak ajar.Lagi satu,jalan kat sini memang favourite bebudak merempit,terutama malam minggu.
Keesokan pagi,kami siap-siap nak balik KL.Wah cepat sungguh masa berlalu.Kalau dapat tambah sehari kan bagus.
Gemuk (Sambil memeluk bantal) : Shah ko kena bertanggung jawab atas perbuatan ko terhadap aku!
Shah : Hahaha padan muka ko,aku peduli ape.
*Gurauan semata-mata
24 December 2011,merupakan hari terakhir ride kiteorang.Pagi-pagi lagi semua dah bangun.Kami check-out pukul 9 pagi.Carik sarapan,asal ada kedai kiteorang berhenti.Time nie agak ramai sebab hari cuti.Jom layan roti canai.Hahaha lepas order roti canai,baru tau kedai nie ada jual nasi dagang.cissss.
Swimming pool kat belakang dah memanggil-mangil.Apakan daya.Bilik penuh.. |
Permai Hotel yang terletak di Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu |
Terima kasih Tuan Manager Hotel,bagi kami parking depan lobi.Haha confirm je kan terus parking.Bilik tak tentu dapat ke tidak. |
Kesudahanya,akibat bilik yang selesa,masing-masing seakan malas-malas nak keluar makan.9:30 malam baru ler keluar carik makan.Kami jalan kami jer carik kedai makan.Dalam 10 minit dah sampai.Sementara tunggu order sampai kiteorang sebat kuih gulung sorang 5-6 ketul.Tu tanda singa kelaparan.Lagi satu kedai nie,pon dah nak tutup,tak banyak menu yang tinggal.Makan nasik lemak jerla.
Layan angin sepoi-sepoi laut.. |
Dalam pukul 10:30 kami selesai makan,tapi tak balik bilik la.Jom menapak ke
Pantai Batu Buruk.0.5 km.Time nie masih ramai bebudak muda kat sana.
Masa on the way.Capture gambar nie.Camera aku yang tak seberapa setia menemani aku.Dah merata dah aku bawak kamera nie. |
Satu lagi kat sini,korang akan jumpe geng-geng basikal fixie.Basikal yang takde brek tapi pakai perewel mati.Colour basikal diorang tu semuanya striking.Menjadi fenomena kot kat sini sekarang nie.
Masa perjalanan pulang.Aku singgah kejap kat stesen minyak depan Hotel Permai.Ingat nak beli mineral water.Hmmm aku dikejutkan dengan incident bebudak rempit nak tunjuk hero.Siap buat willy kat stesen minyak tu,adalah 2-3 orang dan kereta nak dilanggar nya.Kalau kena aku,memang tau la camna aku nak ajar.Lagi satu,jalan kat sini memang favourite bebudak merempit,terutama malam minggu.
Keesokan pagi,kami siap-siap nak balik KL.Wah cepat sungguh masa berlalu.Kalau dapat tambah sehari kan bagus.
Suasana pagi di bilik..mungkinkah dialog ini yang berlaku. |
Shah : Hahaha padan muka ko,aku peduli ape.
*Gurauan semata-mata
24 December 2011,merupakan hari terakhir ride kiteorang.Pagi-pagi lagi semua dah bangun.Kami check-out pukul 9 pagi.Carik sarapan,asal ada kedai kiteorang berhenti.Time nie agak ramai sebab hari cuti.Jom layan roti canai.Hahaha lepas order roti canai,baru tau kedai nie ada jual nasi dagang.cissss.
Shah (baju kelabu) : Syed ko tak mandi ker hah?
Syed : ha'ah aku memang tak suke mandi pagi,ko tengok taik mata aku nie..banyak kan..
Gemuk : Eleh ni ha aku tengah korek idung,nak tengok ? Hahahha
Aku : Ciiiissss ilang selera makan aku seminggu!.
Perut dah kenyang.Masa untuk on the bike.Perjalanan masih jauh lagik.Dalam 500km lagi.Cuaca sungguh cun,jadi hati berbunga riang sebab perjalanan nak balik nampak lancar.
Selamat Tinggal Kuala Terengganu,Welcome KL |
Perjalanan balik melalui Chendering,Marang dan seterusnya Dungun.Kami akan singgah isi minyak di Petronas Cherating .Semasa melalui Marang,aku berhenti sekejap untuk ambik gambar ombak musim tengkujuh.View kat sini menarik sebab boleh nampak laut dari tepi jalan.Agak dekat jugaklah.
Wowww ombak berhempas pulas.Risau gak aku tengok rumah yang dekat-dekat pantai nie. |
Selang sehari aku tangkap gambar nie,Ada berita keluar yang berlaku ombak besar,ada jalan kat area Marang pecah. |
Pukul 12;15 tengahari kami sampai Teluk Geliga,dah menjadi rutin untuk berhenti kat sini,layan sata dengan keropok lekor.
Dari sini nak ke Cherating dah tak jauh sangat.Semasa di Cherating ntah macam mana kami boleh terlepas stesen minyak.Bincang-bincang balik,takpe next stop kat RNR Gambang kena berhenti isi minyak.Sesampai ke Gambang,kasi full tank.Aku dan Syed layan high speed sket.Tapi high speed yang beringat-ingat ler.Best jugak sekali sekala layan.
Next stop adalah RNR Temerloh.Stop untuk melegakan pinggang jer.Alhamdullilah so far tak hujan lagik.Masih terselamat kena hujan lebat yang mencurah-curah.Dari Termerloh ke Karak dah tak lama dah.Masuk jer karak,aisey,semua dah berhajat nak asah tayar.Aku jer tak layan sangat,tayar depan dah habis botak dah nie.Biarlah kawan-kawan kat depan.Ride safe beb.
Seperti yang dijangka,kiteorang tiba kat rumah dalam pukul 5 petang.Cuaca masih cerah dan jarang-jarang berlaku balik ride still nampak matahari.
Secara keseluruhannya,aku memang puas hati ride kali nie,cuma singkat sangat,kalau dapat tambah sehari lagi kan bagus.Kawan-kawan pon sekepala.Okeh cite jumpe di lain entry. Ada 4-5 entri yang menunggu giliran untuk diuploadkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)