Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, August 3, 2011

Z1000SX special Video Tribute-From Melaka with Love

 Bro Rafi Ahmad dari Melaka,telah menghasilkan video tentang Z1000SX.Aku dah lama dah bercita-cita nak buat video..tengah karang story line sekarang nie..lokasi most likely Empangan Semenyih..view pon cantik kan..

Jom layan video ni..memang tangkap syahdu.

If kawan-kawan nak tengok lagi hasil kerja belia,sila search id juruvideo di youtube.com






-KHir-

3 comments:

  1. Salam En Khir,

    Saya bercita-cita hendak memiliki motor sendiri, tapi kuasanya tidaklah mencapai 1000 cc kerana tiada pengalaman sebelum ini. Satu-satunya pengalaman saya adalah ketika menunggang Honda Cup C70 ketika sekolah menengah dahulu.

    Jika tidak keberatan, saya harap En Khir sudi memberikan sedikit penerangan berkaitan dengan aspek service dan maintainence superbike ini.

    Pengalaman saya dengan kereta, jika kita membeli kereta buatan Jepun (eg Toyota/Honda) yang baru, sekiranya kita menghantarnya utk servis mengikut jadual yg tertera dalam buku servis, kereta itu tidak akan menghadapi sebarang masalah. Saya pernah memiliki sebuah Toyota yg selama 7 tahun menggunakannya,tidak pernah meragam (sehinggalah saya let go).

    Jadi persoalan saya adalah: Adakah Superbike pun begitu juga? Jika kita beli yg baru, dan hantar servis mengikut masa dan kaedah yg disarankan oleh buku panduan servis, motor tidak akan meragam?

    Ini kerana saya lihat (melalui blog) ramai riders yg kerapkali menghantar motor mereka utk dibaiki di bengkel. Adakah ini terjadi disebabkan mereka cuai dalam penyelenggaraan, atau kerapkali mengubahsuai motor, atau memang sebenarnya motorsikal memerlukan penyelenggaran yg lebih sensitif berbanding kereta?

    Penerangan tuan saya dahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

    Selamat berpuasa dan berhati2 di jalan raya.

    Fairus,
    Semenyih, Selangor.

    ReplyDelete
  2. Bro Syed Fairus,
    Boleh jer saye nak share pengalaman.No prob.yes untuk superbike baru.memang hanya perlu untuk jaga servis berkala jer.Insyallah memang takde masalah.Biasanya dalam 6-7 tahun jarang-jarang superbike baru akan meragam kalau betul ikut time servis.
    Kebanyakan yg bro tengok riders anta motor untuk repair walaupon motor baru,kebiasaanya diorang nak pasang accesories tambahan.kalau tengok member pasang,hahaha die pon nak pasang jugak..selalunye camtu jer.So kesimpulan nye tak lah terlalu sensatif untuk jaga motor nie.Cuma amalkan membasuh motor sendiri untuk tau lebih dekat keadaan motor anda.If bro perlukan penerangan lagi detail.sila maklumkan ye. thanks

    ReplyDelete
  3. En Khir,

    Terima kasih di atas penerangan Tuan.

    Pada minggu lepas, saya ada survey Yamaha FZ8 (model half-fairing) di salah sebuah kedai di Cheras. Harganya RM68K.

    Saya harap selepas kemunculan Kawasaki Z750 baru pada tahun 2012, dan bila Suzuki GSR750 telah memasuki pasaran tempatan, harga Yamaha FZ8 akan turun disebabkan persaingan sihat.

    Tapi, saya betul2 admire dgn Suzuki GSR750.

    Yamaha FZ1, FZ8 dan XJ6 berkongsi panel instrument/gauge yang sama; membuatkan saya sedikit terkilan dgn Yamaha...

    ReplyDelete