Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, April 6, 2011

B FULL.Details Kriteria yang diuji.

Hari ini merupakan hari gembira..yihhaa,,,,,,satu aku telah berjaya mendapat Lesen B FULL & satu lagi aku dapat cheque dari LHDN..masyukkkk terlebih bayar tax daaa..

Since dari aku pakai motor z750 ..around March 2009 sampai ke ker March 2011 still pakai L..dah dekat 2 tahun dah nie..maka pagi tadi berjaya la adanye aku mendapatkan lesen B full.

Okeh nie aku nak share,per yang JPJ check semasa kite ambik test bahagian 2 & bahagian 3.Selalunya instructor sekolah memandu tak share detail kat bawah nie..maybe tak sedetail macam nie.

Untuk bah 2.Pecahan testnye adalah .seperti di bawah.

Pusingan angka 8
  1.  Tidak Melanggar benteng
  2. Membuat satu setengah kali pusingan
  3. Kaki tidak mencecah/pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal
Meniti di atas Titi
  1. Roda tidak keluar dari titi
  2. Kaki tidak mencecah/pijak papan/jalan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal
  4. Tidak kurang dari 7 saat..heheheh aku buat 7.99 saat..sipi-sipi jer
Menunggang di antara Kon
  1. Tidak melanggar kon
  2. Tidak menyentuh/melanggar benteng
  3. Kaki tidak mencecah/pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal/ Roda luar tidak terangkat.
Brek Kecemasan
  1. Calon tidak jatuh dari motorsikal
  2. Membrek di dalam kotak
  3. Tidak melebihi garisan berhenti
  4. Menggunakan brek kaki dan tangan
Menunggang di selekoh tajam
  1. Tidak melanggar benteng
  2. Kaki calon tidak mencecah/pijak jalan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal
  4. Berhenti di garisan berhenti
Markah lulus 16/20 atau lebih dengan syarat
  • Tidak terlibat dengan kemalangan
  • Tidak melanggar benteng/garisan/kon
  • Tidak jatuh dari motosikal
  • Meniti di atas papan wajib.

Total semua 20 perkara yang perlu dilakukan..ehheh yang nie aku dapat 20/20... :)


Bahagian 3-Menunggang di Jalan Raya


  1. Menggunakan topi keledar dengan betul
  2. Tidak menghidupkan enjin dalam gear
  3. Menyalakan lampu hadapan
  4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
  5. Beri keutamaan kepada kenderaaan di jalan besar
  6. Memberi isyarat dengan betul
  7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali (bukan kerana kerosakan mekanikal)
  8. Penggunaan gear yang sesuai
  9. Dapat mengimbangi badan atau tidak terkeluar dari laluan tidak rata
  10. Memandu di sebelah kiri jalan
  11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
  12. Tidak melanggar benteng
  13. Tidak jatuh dari motosikal
  14. Tidak terlibat dalam kemalangan
Markah lulus : 12/15


heheh yang ni aku kantoi 1..so aku dapat 14/15 ;) Sungguh hepi lepas dapat keputusan..yela 2 tahun dok pikir bila nak ambik lesen.So hari nie terlaksan misi aku nie..





Adios


-KHir-

8 comments:

  1. Tahniah, aku pun tak ada lesen lagik nie. Masih pakai L jek lagik. Lepas tu tak gantung lak. Huhuh

    Aku nak tumpang tanya,sepanjang kor pakai L, adakah kor menggantung/melekatkan lesen L tu? kalau tak, kor pernah kena kantoi tak? kalau kantoi, berapa ek kena bayar saman. Aku teringin nak ambil. Dah pergi belajar. Tapi, rasa macam susah la bawak virago. Huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Thanks bro,
    Heheh aku pon tak pernah gantung L.Byk orang kate motor besar nie,jarang kena tahan roadblock.tapi selalu gak aku kena tahan.Memula kluar lesen B2,selalu die tak perasan sebab pak polisi ni selalu tahan sebab nk tengok motor jer..cume ade sekali jer,aku kena tahan,die perli aku..ckp motor besar malu la kan letak L..aku pon senyum jela..setakat nie tak kena saman..yg aku selalu buat layan sembang ngan mamat polis pasal motor aku..diorang pon minat gak tu..hehehe selamaaaaaaaaaaaaat...

    ReplyDelete
  3. Aku belasah gantung L. L tu lesen utk "Lacing"..LOL. Buat pe nak malu. Dah bende betul..

    ReplyDelete
  4. Hahahahahah.....

    Berapo ek denda kalau polis tu tak leh tolak ansur? Dah tua tua nie malas betul nak gi belajar memandu.

    ReplyDelete
  5. tasha_natashalizaMay 19, 2011 at 3:40 PM

    saya baru nak amik hari sabtu ni 21hb apr. tp tkot sbb badan saye kcik je.x tinggi pun..tp berangan nk bawak superbike..tp berangan2 pun saye dh nk amik lesennye dh sabtu ni..

    ReplyDelete
  6. tasha_natashalizaMay 19, 2011 at 3:43 PM

    susah x ek amik lesen ni?? nak amik dengan cikgu ke atau nk jadi calon J?? MANA BAIK N MANA MURAH??=)

    ReplyDelete
  7. dear Tasha,all the best for your test tomrrow.tak ambik ngn sape2 pn takpe.APe yang penting belatih titi banyak2..badan kecik tarak hal kalau hati dah nak memang sure ada jalan..

    ReplyDelete