Rides & Events Update






widgeo.net

Tuesday, December 27, 2011

Ride tak tahu nak pegi mana 18/12/2011 v1

Ride kali ni merupakan ride yang menemukan kembali rakan-rakan bikers aku yang dah lama tak jumpa.Tiada perancangan spesifik diatur untuk ride kali ni.Kawan-kawan semua ajak jumpa di Shell selepas Tol Sungai Besi.Pukul 9 pagi katanya.Aku awal-awal dah bagitau yang aku akan sampai 9:30 pagi.Yela malam tadi aku main futsal ngan kawan-kawan opis.Jadi agak lambat ler nak bersiap.lepas main futsal melepak minum pulak sampai pukul 12:30 pagi.Sampai rumah pukul 1 pagi.Tidonya ntah pukul brapa ntah.

Aku sampai agak terlajak jugak.9:45 pagi.Dari jauh aku nampak kelibat 2 bikers. Cayala Yeop dan abang din ada sekali.Sesi bersalam-salaman sebab agak lama dah tak jumpe abang din.Yela motor pon dah lama tak keluar sejak salin kulit ni.

Pukul 10:00 pagi Gemuk dan Saed pon sampai.Seronok betul aku.Ni semua geng-geng satu kepala dan banyak ride dah ngan diorang.Memang tak banyak kerenah.Hanya satu perkara jer yang jadi  masalah,kiteorang masih takde destinasi nak dituju.

Aku :Kite pegi Port Dickson aaa,,minum2..

Gemuk : PD? jom aaa pegi Teluk Intan

(Aku dalam ati rasa macam nak sidekick Gemuk,hahaha punya la jauh nak pusing tu dari Sungai Besi)

Yeop: Kita masuk area Rembau ok jugak

Gemuk : Aaaa ok tu,makan ikan salai..

Saed : Kat mane tuh..

Gemuk : ALaaa best tu,ada keli salai,ayam salai,seluar salai..kire semua nya salai la..

Yeop : Hmmm takde cadangan lain ker?

Gemuk : Hah kalau camtu jom saya bawak gi satu kedai dalam kampung,lokasi dirahsiakan..tapi area Rembau..amacam setuju

Aku,Saed,Yeop,Abg Din : Kami setuju,tapi ko lead aaa,jangan cuba-cuba bakar line tau..pecut laju-laju pastu slow kat depan..

Gemuk : Ha yela (Dalam ati kata,melepas peluang aku nak usha semua awek dalam kete)

Okeh,jom on the bike.Masa ni dah pukul 10:15 pagi.Semua boleh tahan speeding .Aku belum dapat mood lagi.Bawak rilek-rilek jer.Tak jauh pon,kiteorang exit kat Senawang,lalu la Taman Tunku Jaafar dan bergerak terus ke Rembau.

Aiii ni dah macam area rumah pomen Zack kat Bongek? Hah betulla,.Gemuk still lead ntah mana-mana lorong die masuk.Tere gak mamat nie,Almost banyak tempat kiteorang pegi,die tau jer jalan mana nak tuju.

Kedai yang die cakapkan tu dah tak jauh,fuhh layan jugak view kat situ kalau nak minum pagi.Yela area kampung still hijau lagik.sayang pulak,kedai tutup.Cisss terpaksa la kiteorang bergerak ke depan lagi.carik kedai-kedai yang dekat-dekat situ.Kesudahannya lalu la kat rumah Zack,dieorang takde kat rumah.So kiteorang terus ke depan lagi  menuju Gunung Datok.Rupanya tak jauh dah gunung Datuk nie.

Aku dari jauh dah nampak simpang nak masuk so aku slow ler,Saed dah terlepas ke depan,aik laju semacam jer? aku dah masuk simpang terpaksa reverse motor sebab kawan-kawan semua berhenti kat simpang.Ntah ape ntah diorang dok bincang.Rupanya ada berlaku sesuatu.Hehehehe sabar-sabar,nanti dulu aku citer.Lepas berhenti kat kat aku dah semacam tak sabar nak bergerak ke dalam.Sebab utama hehehe..ada berlambak bebudak uitm baru nak keluar dari gunung datuk.Comel-comel belaka.Abang senyum memanjang jela.Nak jer aku ajak bonceng ramai-ramai!


Ini lah die insiden yang dimaksudkan..Tu die..selepettttt taik kerbau dilanggar oleh Saed..Cayalah direct hit ni.Fresh dari ladang.



Yang kelakarnya die sorang jer yang langgar.Kira orang putih kata HEAD ON COLLISION atau orang kita cakap langgar depan-depan.Itu yang abis kasut yang baru berkiwi bertaik kerbau.

Hilang mood nak ride dah!


Cisss penat aku kiwi kasut nie malam tadi,sampai aku tak tido..hilang macho aku!




Kasi tembak air dari gunung..


Sementara tunggu Saed basuh motor,kiteorang tolong tengok-tengok tayar depan abang din.Angin tak berapa nak ada.Kepala nat mungkin problem.


Parking kat penghujung jalan .Kereta boleh sampai sini jer.Ha tuh nun di belakang,Saed masih membasuh lagik!


Yeop : Tu haa ade lagi taik kerbau celah gear..meh sini aku tolong basuhkan..


Sementara nak tunggu kawan-kawan selesai basuh membasuh,aku pon turun ke bawah nak tengok air terjun.Cukup terkenal gunung datuk nie.Masa zaman sekolah dulu ada gak trip asrama aku buat pegi sini.Aku jer yang tak kuasa pasal nanti balik asrama berlambak baju nak basuh.


kelibat orang minyak ada di mana-mana! ahaha member ride aku yang best Gemuk!


Chalet yang agak ngeri la jugak kalau malam-malam..leh buat citer seekers kat sini.


Skodeng time! tengok anak dara mandi la oiii...sekali yang ada Ahso laaaa


Minum time.Perasaan yang sungguh indah minum pagi di kaki gunung Datuk..


Sini pon jadik tempat parking helmet.



Selesai minum masa untuk gerak.Masa minum tadi kiteorang dah bercadang untuk singgah kat bengkel Zack untuk tengok kan tayar belakang motor abang din.Macam nak pancit pulak.Jom gerak.

Saed : Eh kenape aaa lepas aku basuh semua still ada bau lagik?

Kiteorang : (Semua pakat gelak dulu) Tu haaa..kat helmet ko betul-betul tang hidung ada secalit lagik..hahaha pegi la basuh.


Basuh helmet ye bang?


Hehehe..
Destinasi  seterusnya Rumah Zack. Dari Gunung datuk sangat-sangat dekat.Dalam 1-2 km jer.Dah sampai lepak-lepak dulu.Dalam 20 minit Zack balik bersama anak daranya..heheh comel gak weiii..Anak buah Gemuk jugak la kan,takmau la,nanti geli pulak nak panggil gemuk Pak Teh..


Sementara menanti Zack balik dari pasar


Sementara lepak-lepak jom layan colour scheme baru motor abang  Din.


Pandangan belakang.Pemilik motor nie peminat No 1 Rosmah Mansur!


Tema ape? aku pon tak tau..tapi ok jugak la kalernya


Kelas camna nak tampal cacing


Tambah sket itu cecair untuk cek still bocor ke tidak


Layan tayar depan pulak


Nat longgar la rupanya..ingatkan lutut longgar!


Motor polis CBX 750 pon ada kat sini..dah bertambah koleksi motor dah.



Selesai urusan tengok-tengok tayar.Kami bergerak carik tempat makan.Masih tak tau destinasi ke mana nak dituju.Jalan punya jalan,sampai ke Port Dickson jugak akhirnya kiteorang.Mana lagik suda tentu ke Pasir Panjang-Medan Ikan Bakar Kampung Teluk.Aku pernah makan kat sini sebelum nie.Memang terbaek aaa asam pedasnya.


Koordinat ke sini adalah "00"12"34"56"78" roger and out


Parking tak berdisiplin.Motor aku motor budak jahat !


Bincang menu ka ?


Hmmm..layan suasana muara sungai


Posisi gambar yang pernah aku tangkap sebelum..masih tidak berubah..


Syed : Mok cepatla adik kat belakang tuh nak ambik order.
Abang Din :Mok cepat la seluar aku dah longgar nie sebab lapear sangat
Gemuk : Jab-jab saya nak betulkan rambut nie ha
Masa makan,kami ambik kesempatan untuk berbincang rancangan untuk ride seterusnya.Ride ke Kelantan  22-24 December.Yang confirm nak pergi 4 orang.Nanti update ride tu dalam masa terdekat..

Lepas makan,carik masjid dekat area-area situ jugak.Ingatkan nak berhenti minum kat RNR Seremban,tapi semuanya tak bersekesempatan dan kiteorang decide untuk gerak balik terus




-KHir-

7 comments:

  1. huhu .. takde destinasi pon cam best je ride .. haha .. bro ..moto merah tu bukan z7 ke? tp aku nmpak sticker z1000 ?

    ReplyDelete
  2. Motor merah tu Kawasaki z1000.yang kena taik lembu tu z1000 model 2008-2009.yang baru cat tu z1000 gak ,tapi model sebelum tu..

    ReplyDelete
  3. oh .. ok2 .. next entry ni cam best je bro .. ada mistik2 ..

    ReplyDelete
  4. Salam Bro Khir,

    Saya nak minta sedikit nasihat dan tips dari Bro Khir.

    Saya bercadang mahu membeli motor pertama saya (tunggu lepas lulus test B-full dalam bulan Januari ni).

    Saya terikat dengan dua pilihan samada mahu membeli Kawasaki Z750 atau Kawasaki Z1000 naked. Jika diikutkan citarasa, memang saya lebih berminat pada model Z1000. Tetapi bayaran ansuran bulanannya lebih sedikit.

    Berdasarkan pengalaman Bro Khir yg pernah memiliki Z750 dulu, dan kini menunggang Z1000SX (yg lebih kurang sama dgn Z1000), jika Bro Khir tidak keberatan berkongsi, saya ingin mengetahui tentang perbezaan kos servis, wear and tear kedua-dua model motorsikal ini.

    Dari segi bayaran insurans dan road tax, ada banyak perbezaan tak?

    Segala nasihat dan panduan dari Bro Khir saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    Salam vroom,

    Syed Fairus
    Semenyih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam bro Syed,
      Dari segi kos servis tak banyak beza memandangkan kedua-duanya 4 inline.Termasuk juga wear & tear.Kos tidak begitu ketara perbezaannya.Parts dan servis kebanyakan untuk z750 dan z1000 sama harga.

      Cuma dari segi insuran dan roatax memang sangat berbeza.Insuran dan road tax z750 untuk tahun kedua RM1500++.Untuk Z1000Sx berjumlah RM2900++ memang banyak beza kat situ.

      Anyway,kalau dah berjiwa bikers,benda-benda tu semua kite usahakan utk dapatkan jugak..tepuk dada tanya selera bro! Happy buying bro! If nak info lagi,let me know,aku akan bua complete entry pasal perkara-perkara lazim sebelum nak beli motor..peace

      Delete
  5. Terima kasih banyak2 Bro Khir atas nasihat yg diberi.

    Dalam hati, memang betul-betul dah jatuh cinta pandang pertama dengan Z1000. Tapi agak gusar campur takut juga bila memikirkan diri ini belum ada pengalaman sangat ride motor besar selepas lulus dan dapat lesen B-full baru-baru ni.

    Agak-agaknya boleh ke saya terus "lompat" ke motor yg 1000 cc, tanpa perlu tungga cc yang lebih rendah?

    Saya ni bukannya nak pecut sangat. Cuma suka ride santai-santai sahaja....

    Salam vroom..

    Fairus

    ReplyDelete
  6. Salam syfairus@yahoo.com

    Tahniah bro dah dapat lesen besar.

    Bro,memang takde masalah nak lompat terus.Janji puas hati.Yang penting kenal karektor motor dulu untuk 6 bulan pertama..Insyallah ok.

    ReplyDelete