Pagi lagi aku dah bangun.Motor dah berkilat sebab baru basuh semlm.Janji dengan LAN 954 jumpa kat mamak precint 19.Aku gerak dari rumah pukul 7:45AM.Aisey malam tadi hujan.Nasib baik pagi ni hujan dah berhenti.Sampai Putrajaya tepat-tepat pukul 8am.Bergerak dari Putrajaya dengan LAN 954 and AMIR naik Z750 oren.Pukul 8:30AM dalam keadaan hujan renyai-renyai kami bergerak dengan kelajuan sederhana.LAN mendahului bersama isteri tercinta.AMIR dan aku follow belakang.Perjalanan agak makin perlahan disebabkan hujan mula turun.Namun begitau AMIR dah mula ambik korner baring.Putrajaya memang banyak selekoh yang sedap dilayan.Aku yang follow belakang berasa agak kagum tengok die,kona,mengucap pon ye jugak.
Kami sampai RV point tepat pukul 9:00 pagi.Dari jauh kelihatan puluhan motosikal yang menyertai konvoi kali ini.Ride kali ini dibuat sempena penubuhan kelab Setia Kawan Bikers.Banyak gambar aku dah snap.Heheh tapi perkara yang paling menarik ialah aku dilantik jadi marshall.Terbaeekkkk abih semua kawan-kawan kena sapu ngan aku...hahaha
Pkl 11:30AM Sampai Kuala Krau.Kat sini orang kg dah siap tunggu dari pagi lagi.Heheh aku lagi la ingatkan dah sampai destinasi.Rupanye pit stop jer.Mkn ada sedikit upacara sumbangan derma.
PKl 12:30PM;Bergerak ke Kg Jerantut Feri.Ha kat sini la mcm-mcm aktiviti ada.Bebudak kg bersilat,acara rebut kerusi n macam2 lagi la..Layan gambar nie.Layan jugak sebab belah petang ada acara bwk bebudak kg naik moto.Aku pon seronok main jalan kg,psl sejuk n nyaman jer.
5:00PM-Bergerak ke Pekan Jerantut.Check in.Check in kat hotel hehehe lupe namenye tapi memang selalu.satu bilik bley masuk 5-6 orang.
7:00 PM-Minum petang,ahah kira macam mkn malam jugak.tapi bikers mcm biase sebaaaat jugak.
8:00PM 1:00AM-Acara kraoke bersama bikers.Bikers suma sporting,walaupon pitching lari belasah jer.Semuanya hepi,tapi jadi satu incident yang tak berape best.Ade sorang bikers balik ke hotel ngn org rumahnya tak pakai helmet.Kena plak tahan ngan polis Jerantut..heheh jenuh jugak nk bersoal jawab.Akhirnya dapat 2 surat chenta..
8:30 AM:Esoknya bikers beramai-ramai bergerak ke Shell untuk isi minyak free,ha beratur-beratur..tapi tetiba last minute dapat tau sorang dpt RM 20 je.Ok la tu Alhamdulllah..siap dapat t-shirt lagi ala-ala mcm keje pam minyak la semua bikers..,ni byk gmbr.sesape nak layaaaaan kan jer2;30PM -Check out nak konvoi beramai-ramai balik.Balik aku dah tak jadi marshall.Perjalanan semuanya lancar,escort polis pon terbaekk sebab abih suma kete kena tolak tepi.Sampai kat Petronas Genting sempah,isi minyak lagi.FREEEE jugak..Selepas ucapan salam2 kami pon semua bergerak pulang ke destinasi.
No comments:
Post a Comment