Rides & Events Update






widgeo.net

Tuesday, May 18, 2010

Wedding Apisz 16 May 2010


Jam kat tangan dah pukul 11:00 pagi.Aku dah start gelisah,geli-geleman nak balik rumah.Bile la nak habis taklimat penubuhan rukun tetangga Taman Harmoni nie.Kalau tak pergi,memang tak boleh la,tapi alamak geng-geng semua dah RV kat Mobil Mint Hotel.Tayar golek pukul 12PM.Issshhh tak boleh jadi nie,jadi aku dengan slow-slow bangun dari kerusi,pelan-pelan jalan kaki balik rumah.Takpe la aku dah dengar taklimat sejak pukul 10:00 am tadi.Jadilah dari langsung tak pergi.
Balik rumah,terus aku bersiap-siap.Memula tukar baju dulu,rimas pakai baju tadi sebab miang-miang badan.11:30am aku gerak dengan secara rasminya ini lah dia first time ride aku tak pakai jaket dengan riding boot.Aku pakai t-shirt dengan arm-glove.Hehehe nak try arm glove pasal baru beli kat Welly.Yela rm 30 tu,rugi tak guna.Kasut pon aku pakai adidas aku yang dah nak masuk 3 tahun umurnya.Helmet? guna helmet cap ayam aku.Kali ni ride betul-betul sempoi.

Start motor,bagi enjin panas,cargas.Traffic dari Kajang ke Sg Besi normal jer.Jadi aku dapat sampai pukul 11:45am.Kelihatan dari jauh motor oren Zack,z1000 wattados ,brader otai & wife naik GTR,Brader CB400 yang naik Ducati Monster.Kira aku ni yang terawal pulak hari ini.Dalam 12:15PM Kak Zah and abang Zam sampai dengan Z750 putih diorang.

Tepat pukul 12:20PM,kiteorang bergerak untuk berjumpa dengan Team Terjah Bikerz di Petronas R&R Seremban.Sekejap jer sampai,yela taklah jauh sangat.Sampai sana ada lebih kurang 15 bijik motor macam-macam jenis.Sempat la aku berkenalan dengan awek-awek terjah bikerz nie.Jarang aku jumpa geng-geng motor yang ramai gadis-gadis bujang sebagai ahlinya.Ape lagi cuci mata la.hehehe

Dalam pukul 12:45PM,konvoi pon bergerak menuju Dewan Pembandaran Seremban.Kali nie konvoi stop lagi selepas tol Seremban.Tunggu tepi jalan jer.Stop kali ni,memang aku tak berapa paham la,sebab tungggu sape ek? ntah aku pon tak tahu.dah diorang berenti aku pon kena berenti la.Sempat la aku snap beberapa gambar.

Pukul 1 konvoi bergerak menuju destinasi.Rupanya punya la dekat.Betul-betul dekat tempat sambutan kemerdekaan.Konvoi sampai dengan raungan ekzos masing-masing.Memang bingit betul tapi tu yang part paling syok.













Masa konvoi sampai betul-betul apis tengah nak berarak.Jadi aku dengan kamera aku,terus ambik gambar.Next makan time.Lauk cukup rasa,cukup masin,semuanya alhamdulllilah berjalan lancar.Lepak di situ dekat sejam lebih jugak. Tempat majlis berlangsung sebenarnya ada 2 dewan.Yang apis punya ada sebelah kanan,sebelah kiri India Muslim wedding,nasib baik tak tersilap masuk.Agaknya diorang tu sure berbulu sebab banyak sangat motor parking bersepah.Yela kacau majlis diorang.Tapi nak buat camner.Kiteorang parking se-displin mungkin.

Tepat pukul 2:45pm masing-masing dah panas bontot nak gerak.Macam biase,mesti ada ride after wedding.Destinasi seterusnya Port Dickson.Jiwa rider tetap membara walaupon cuaca panas yang menyebabkan sambutan tak berape hangat.Ramai rider balik terus.

Lebih kurang 7-8 bike bergerak dengan kelajuaan yang amat tinggi.Depan sekali ada sebijik ERN6 biru ekzos 2brother.Punyala laju,kami yang kat belakang nie speed 190-200 die masih maintain 2 tiang lagi.Aku macam biasa speed slow speed.Jalan highway Seremban-PD nie walaupon lurus tapi joining jalan nie banyak yang bumpy.Agak bahaya jugak jika main redah dengan top speed memanjang.
Kami sampai dalam pukul 3:15PM.Lepak di kedai di bawah pokok.Aku rasa kalau bebudak bikers memang tau tempat nie.Aku jer yang baru tahu.Terima kasih pada geng terjah bikerz sebab belanje aku.Segan jugak sebab aku memang tak bercakap sangat.Al-maklum baru jer jumpa.Rata-rata topik pasal forum terjah and perkembangan geng2 diorang,so aku memang tak tau ler nak kate ape.

Pukul 4:30 Kami bergerak pulang.Alhamdulllilah aku sampai rumah pukul 5:00 ptg..eh laju ker? mane ada.
hehehe

P/S: Gambar from Terjah Bikerz Forum.Kamera aku,adik aku pinjam.Blum sempat nak upload
-KHir-

No comments:

Post a Comment