Rides & Events Update






widgeo.net

Friday, September 18, 2009

Raya at Kajang My Story

Selamat Menyambut Aidifitri.Kemaafan dipinta,duit raya diberi.Raya tahun ni,macam biasa sehari sebelum raya aku akan turun Chowkit beli itik 2,3 ekor untuk di masak rendang dan sambal.If korang tak pernah beli itik la,itik nie seekor beratnya dalam 3-4 KG,so beli 2-3 ekor dah cukup untuk raya.
Aktiviti aku sehari sebelum raya,Subuh-subuh dah terpacak kat pasar kajang,beli santan 4-5 kg.Biase la hari-hari biasa santan sekilo jual rm 4.raye nie die belasah sampai rm 5.50.Nak perah sendiri? larat ker? Walaupon rumah aku ada mesin kelapa,tapi nak memerah santan tu jenuh jugak la.
Keje official kat rumah masa raya,parut kelapa,pegi pasar beli barang-barang,lepas beli itik balik rumah siang itik.Kasi potong 16.Tahun lepas lain cerita,sebab aku masak lemang kat tepi rumah.Projek lemang tu,sebulan sebelum puasa aku dh start dah.Aku pegi carik kayu api kat tepi hutan Kajang Hill Golf Club.Dekat jer ngan rumah aku.Situ memang banyak pokok tumbang,ladang getah pon ade.Orang pon heran tengok aku potong kayu tepi jalan.Punggah naik waja aku.
lagi 2 hari nak raya,aku pegi carik orang yang jual lemang,beli buluh lemang sebatang RM 1,aku beli 20 batang.Nak carik sendiri lemang.Boleh jer.sebab kat kampung aku berlambak buluh,tapi sanggup ker nak melayan miang buluh tu.Daun pisang aku beli kat Pasar Kajang..hahah terbeli yang tua skit..hahah patut kena yang hijau muda,betul-betul muda punye.Santan aku beli ntah bape kilo,siap pegi 2 kali la beli.
Aku siapkan tempat masak.Carik besi kat rumah tengah buat kat belakang taman.dapat la 2 besi nak buat tiang.Lepas tu gi hardware carik besi panjang,tempat nak sandarkan lemang nnt masa masak.Masak lemang ni,dinasihatkan masak time malam.yela aku masak time tu tengahari n aku posa.Punye la seksa nak melawan bahang panas,skeeeeeeeeeeeeeettttt je lagi aku nak bukak posa.Yang kelakar tgh masak tu boleh plak lemang tu tumbang..ahahha kelam-kabut kasi betul.
Secara keseluruhan lemang semua menjadi on the first attempt.Tahun nie nak buat lagi..ammmppunnn aku pon sebenarnya bukannnya suka sangat makan lemang.saje nak buat untuk eratkan lagi talian kekeluargaan.Yela semua menolong.

Duit raya tahun nie pn aku dh ready siap-siap masuk angpow.Tunggu nak raya n tunggu makan sambal itikAnyway..anyhow Selamat menyambut lebaran.Target aku tahun nie,nak buat satu sms yang best for hari raya and anta pada kawan-kawan,nak tengok sampai balik tak org forward sms tu kat aku hahahhaha.

1 comment:

  1. sedapnye rendang itik,wat ler open house..
    selamat hari raya and maaf sume salah silap termarah,tertinggi sore,terlambat response,terkutuk,terjerit,ter-im n sumela..

    ReplyDelete