Rides & Events Update






widgeo.net

Tuesday, August 18, 2009

H1N1,face mask and purdah

Buat sekian kali, aku dok terpikir setiap suruhan Allah tu memang ada hikmahnya.Sebelum ini banyak isu yang dibangkitkan tentang pemakaian purdah oleh pelajar universiti.Ada satu ketika mereka ini tidak dibenarkan memasuki perkarangan universiti gara-gara memakai purdah.Namun hal tersebut suda bertukar disebab selsema babi sekarang nie.
Betapa peliknya bila difikirkan pelajar-pelajar atau perempuan yang sememangnya memakai purdah,yang dipandang serong oleh sesetengah pihak sudah tentu tidak perlu pakai face mask.Mereka ini bagi aku kebarangkalian untuk dijangkiti H1N1 sangat tipis.Ialah dengan pemakaian purdah tu,sudah tentu mereka dilindungi dari habuk dan jangkitan kuman.Tidak perlu untuk berbaris,mengeluarkan duit untuk membeli mask,yang harganya makin menggila sekarang nie.
Setiap sesuatu kejadian itu ada hikmah dan pembalasan.Kita harus beringat supaya tidak terus hanyut dengan dunia yang sementara ini.

No comments:

Post a Comment