Umum sudah maklum bahawa Kawasaki Malaysia sekarang telah menuju ke arah pemasangan secara CKD untuk produk motosikal berkuasa tinggi mereka mereka. Apa impak yang telah berlaku sehingga menjadi isu ini menjadi polemik di alam siber? Bukankah dengan adanya CKD,harga motosikal berkuasa tinggi akan lebih murah? Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada mat rempit berhati kering melakukan aksi wikang menggunakan superbike di Dataran Merdeka? Tambahan pula keselamatan ramai penunggung akan lebih terjamin.Dari dulu kita selalu menyalahkan banyak pihak disebabkan harga motor besar berganda harganya,tapi apabila berlaku penurunan harga untuk model baru, ramai pengguna motor besar masih gelisah dan merungut.Apakah sebabnya?
Pelancaran Kawasaki Z800 merupakan altimatum kegusaran sebahagian bikers secara umumnya.Faktor harga yang begitu kompetatif meletakkan harga baru motosikal tersebut jauh lebih rendah berbanding model terdahulu. Dalam kes ini pengguna Kawasaki Z750 yang merasakan impak besar.Z750 merupakan model naked yang paling popular dan mempunyai ramai peminat. Model evergreen ini akhirnya menerima nasib sama seperti Kawasaki Versys dimana model penggantinya menjadi lebih murah disebabkan dipasang di Thailand.Perkara yang menambah luka adalah model gantian Z750 telah dinaik taraf ke 800CC dan harganya bersamaan dengan harga second hand Z750. Nak tambah parah lagi? Harga second hand untuk motor yang telah digunakan selama 2 tahun.Jikalau anda berada ditempat mereka apakah perasaan anda? Sememangnya akan ada sedikit keluhan.
Perubahan yang dilakukan oleh Kawasaki merupakan collateral damage bagi penunggang Z750 dan usaha ini juga memungkinkan mereka untuk menguatkan penguasaan pasaran Kawasaki di Malaysia.Dalam tempoh perubahan dan pengenalan ini , perkara yang berlaku seperti panic sale mungkin akan terjadi. Kawasaki Malaysia juga perlu menguatkan fokusnya untuk lebih prihatin dan menunjukkan sedikit usaha atau menyediakan plan alternatif untuk memtenteram keadaan bagi pengguna model-model yang terlibat.Apa jua analisa pasaran yang yang digunakan pakai oleh Kawasaki Malaysia,mungkin semakin ramai pembeli akan menjadi lebih berhati-hati untuk membeli produk Kawasaki antaranya Z1000 dan Z1000SX.Bukannya model tersebut bermasalah,tetapi pembeli ada sedikit kerisauan jikalau setelah beberapa ketika akan keluar model tersebut menggunakan label CKD. Pengguna juga sangat mengharapkan tidak berlaku ketidaktentuan untuk model-model lain yang disebabkan perbezaan harga CBU dan CKD. Kawasaki Malaysia harus menyampaikan maklumat tersebut kepada pengguna secara bijak agar penguasaan pasaran sedia ada dan bilangan mesin yang terjual tidak terjejas.
Bagi penunggang Kawasaki Z750 yang terlibat. Tak perlu gusar.Secara dasarnya prinsip yang harus dipegang adalah setiap model mempunyai keunikan, kelebihan dan yang paling penting peminat tegarnya sendiri.Penulis pasti ramai diluar sana masih mengagumi model Z750 dan berharap dapat memilikinya dengan harga berpatutan dan bukannya dengan harga runtuh. Sehingga kini tidak berlaku panic sale walaupun semakin hari bertambah bilangan model ini diiklan untuk dijual.Walaupun dijual, harga jual yang disasarkan masih berada dilingkungan harga second hand CBU.Hmmm...ada ker? Dalam hati kecil berkata CBU lebih berkualiti dari CKD? Walaupon ini hanya tanggapan sahaja tapi sentimen ini sudah cukup utuh untuk mempengaruhi harga Z750 untuk kekal seperti sedia ada.Jadi usah gusar!
Tetapi untuk menghalang tindakan murni (CBU to CKD) yang dilakukan oleh Kawasaki Malaysia,adalah sama sekali tidak bermoral.Tindakan bijak Kawasaki Malaysia memberi nafas baru untuk penunggang motosikal Malaysia untuk berada di atas jalan raya dengan yakin dan lebih selamat.Tahniah kepada Kawasaki Malaysia di atas usaha tersebut.
Jika ada sebarang komen atau pandangan silakan kongsi.Penulis menulis secara minda terbuka dan sedia berdiskusi secara intelektual.
*Penulisan merupakan pandangan peribadi
Jika ada sebarang komen atau pandangan silakan kongsi.Penulis menulis secara minda terbuka dan sedia berdiskusi secara intelektual.
*Penulisan merupakan pandangan peribadi
ya la saya pun simpati dgn brothers bikers z750 yg baru ambil kesian mereka..
ReplyDeleteMemang sedemikian apabila CBU dijadikan CKD. Misalnya ER6F saya yang CBU Jepun dijual pada harga RM45k dan pada masa yang sama, adanya CKD pada masa tu mula dijual pada harga RM36k. Yang CBU warranti 1 tahun, yang CKD warranti 2 tahun. Ramai kengkawan yang pilih CKD, tapi saya masih inginkan mesin CBU jadi tepuk dada tanya selera, terus beli yang CBU. Dah 2 tahun sekarang dan mesin saya masih tip-top lagi, si mekanik pun berkata bahawa mesin saya bunyinya lebih halus dan kurang gegaran berbanding yang kengkawan punya; padahal dia tidak tahu yang saya punya ialah CBU. Jadi, bayar lebih sedikit pun tidak apa, yang penting dapat kepuasan menunggang.
ReplyDeletecina memang pandai niaga
ReplyDeletegrimms love
Cina..??? Jepun la...mandai-mandai je..
ReplyDeleteAnonymous Oct 28,Takpe bro,so far Z750 still ada market sendiri.Belum ada tanda-tanda harga jatuh.
ReplyDeleteAndi,Hujah bro memang tepat.Rata-rata cakap memanga ada beza CBU dan CKD.
Bro Grimms Love, heheheh jom la ride
Puteri Comel,Maksud bro Grims ditujukan pada pada tokey2 moto kat Malaysia nie..peace!
Saya jugak mangsa Versys CBU. Minggu lepas nak test market price moto sy. Aduiii... sakit hati harga trade-in tu. Ade khabar angin Z1000 & SX akan di-CKD ker?
ReplyDeletenak order z800 tapi nok horom nak lepas loan susah..
ReplyDeleteloan dah lepas..tgh tunggu CNY abis..Kawasaki Malaysia Cuti Seminggu..kata je kedai motor ada stock last2 sebulan gak jenoh menunggu..
ReplyDeletebiarkan ia makin murah..biar makin banyak fullface nampak dijalan raya.
ReplyDeleteTgh pk kaler ape nak kluarkan..dua-dua pun cun..heheh
ReplyDeleteZ800..TUNGGU..
ReplyDeletex ssh pn nk kuar kn z800....bg cash 30k kuar la dia
ReplyDeleteada sape2 nak bg pinjam duit...nak pakai jgk ni z800.hehehe
ReplyDeleteHahah.. Bagus sangat la bg yg kurang berkemampuan mcm sy nie tuk ade superbike.. Tengah kumpul nie..
ReplyDeleteAku cuma mampu ninja 250r je, tak mau utang2 , beli cash aman sikit jiwa
ReplyDeleteKebiasaannya, orang lebih suka membeli barang atau jentera jenis CBU, maklumlah barang import. Walaupun harganya agak mahal, tapi kerana kualitinya yang lebih diyakini kerana di pasang di negara pengeluar itu sendiri, ia menjadi permintaan No. 1 di mana-mana negara sekalipun. Berbanding barang atau jentera jenis CKD, hanya menjadi pilihan kedua kerana kelemahan terutamanya dari segi kualiti. Ia berikutan pemasangannya di Malaysia tidak menggunakan sepenuhnya barangan import tambahan pula, pemasangnya bukanlah golongan yang profesional seperti di negara pengeluar itu sendiri.
ReplyDeleteKebiasaannya, orang lebih suka membeli barang atau jentera jenis CBU, maklumlah barang import. Walaupun harganya agak mahal, tapi kerana kualitinya yang lebih diyakini kerana di pasang di negara pengeluar itu sendiri, ia menjadi permintaan No. 1 di mana-mana negara sekalipun. Berbanding barang atau jentera jenis CKD, hanya menjadi pilihan kedua kerana kelemahan terutamanya dari segi kualiti. Ia berikutan pemasangannya di Malaysia tidak menggunakan sepenuhnya barangan import tambahan pula, pemasangnya bukanlah golongan yang profesional seperti di negara pengeluar itu sendiri.
ReplyDelete