Rides & Events Update






widgeo.net

Friday, October 26, 2012

Pelancaran Kawasaki Z800 .Kenapa bikers jadi geram?

 Umum sudah maklum bahawa Kawasaki Malaysia sekarang telah menuju ke arah pemasangan secara CKD untuk produk motosikal berkuasa tinggi mereka mereka. Apa impak yang telah berlaku sehingga menjadi isu ini menjadi polemik di alam siber? Bukankah dengan adanya CKD,harga motosikal berkuasa tinggi akan lebih murah? Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada mat rempit berhati kering melakukan aksi wikang menggunakan superbike di Dataran Merdeka? Tambahan pula keselamatan ramai penunggung akan lebih terjamin.Dari dulu kita selalu menyalahkan banyak pihak disebabkan harga motor besar berganda harganya,tapi apabila berlaku penurunan harga untuk model baru, ramai pengguna motor besar masih gelisah dan merungut.Apakah sebabnya?

Pelancaran Kawasaki Z800 merupakan altimatum kegusaran sebahagian bikers secara umumnya.Faktor harga yang begitu kompetatif meletakkan harga baru motosikal tersebut jauh lebih rendah berbanding model terdahulu. Dalam kes ini pengguna Kawasaki Z750 yang merasakan impak besar.Z750  merupakan model naked yang paling popular dan mempunyai ramai peminat. Model evergreen ini akhirnya menerima nasib sama seperti Kawasaki Versys dimana model penggantinya menjadi lebih murah disebabkan dipasang di Thailand.Perkara yang menambah luka adalah model gantian Z750 telah dinaik taraf ke 800CC dan harganya bersamaan dengan harga second hand Z750. Nak tambah parah lagi? Harga second hand untuk motor yang telah digunakan selama 2 tahun.Jikalau anda berada ditempat mereka apakah perasaan anda? Sememangnya akan ada sedikit keluhan.

Perubahan yang dilakukan oleh Kawasaki merupakan collateral damage bagi penunggang Z750 dan usaha ini juga  memungkinkan mereka untuk menguatkan penguasaan pasaran Kawasaki di Malaysia.Dalam tempoh perubahan dan pengenalan ini , perkara yang berlaku seperti panic sale mungkin akan terjadi. Kawasaki Malaysia juga perlu menguatkan fokusnya untuk  lebih prihatin dan menunjukkan sedikit usaha atau menyediakan plan alternatif untuk memtenteram keadaan bagi pengguna model-model yang terlibat.Apa jua analisa pasaran yang yang digunakan pakai oleh Kawasaki Malaysia,mungkin semakin ramai pembeli akan menjadi lebih berhati-hati untuk membeli produk Kawasaki antaranya Z1000 dan Z1000SX.Bukannya model tersebut bermasalah,tetapi pembeli ada sedikit kerisauan jikalau setelah beberapa ketika akan keluar model tersebut menggunakan label CKD. Pengguna juga sangat mengharapkan tidak berlaku ketidaktentuan untuk model-model lain yang disebabkan perbezaan harga CBU dan CKD. Kawasaki Malaysia harus menyampaikan maklumat tersebut kepada pengguna secara bijak agar penguasaan pasaran sedia ada dan bilangan mesin yang terjual  tidak terjejas.

Bagi penunggang Kawasaki Z750 yang terlibat. Tak perlu gusar.Secara dasarnya prinsip yang harus dipegang adalah setiap model mempunyai keunikan, kelebihan dan yang paling penting peminat tegarnya sendiri.Penulis pasti ramai diluar sana masih mengagumi model Z750 dan berharap dapat memilikinya dengan harga berpatutan dan bukannya dengan harga runtuh. Sehingga kini tidak berlaku panic sale walaupun semakin hari bertambah bilangan model ini diiklan untuk dijual.Walaupun dijual, harga jual yang disasarkan masih berada dilingkungan harga second hand CBU.Hmmm...ada ker? Dalam hati kecil berkata CBU lebih berkualiti dari CKD? Walaupon ini hanya tanggapan sahaja tapi sentimen ini sudah cukup utuh untuk mempengaruhi harga Z750 untuk kekal seperti sedia ada.Jadi usah gusar!

Tetapi untuk menghalang tindakan murni (CBU to CKD) yang dilakukan oleh Kawasaki Malaysia,adalah sama sekali tidak bermoral.Tindakan bijak Kawasaki Malaysia memberi nafas baru untuk penunggang motosikal Malaysia untuk berada di atas jalan raya dengan yakin dan lebih selamat.Tahniah kepada Kawasaki Malaysia di atas usaha tersebut.

Jika ada sebarang komen atau pandangan silakan kongsi.Penulis menulis secara minda terbuka dan sedia berdiskusi secara intelektual. 

*Penulisan merupakan pandangan peribadi

-KHir-

Ride Kenduri Masjid Tanah Ahad 11032012


Salaam sejahtera kepada pembaca sekelian.Maaf lama dah tak ber-update blog aku nie.Sebenarnya dah 3-4 ride aku join since last aku update blog tercinta nie ;)Jadi malam ni aku luangkan masa untuk menulis semula.Yela menulis memerlukan mood jugak.Nak karang storyline,,nak buat dialog dan sebagainya.Nanti pembaca bosan pulak la kan.

Cerita ride hari ini adalah berkenaan dengan jemputan ride ke Melaka.Ride ini diadakan sempena nak memeriahkan kenduri kahwin ada buah Haji Rahman..Alaaa yang naik ZX14 merah tu la..Kalau korang nak tau Haji Rahman nie sekampung dengan aku.Rumah memang dekat sangat,baru nie jer kiteorang tau.Hehehe sedara kot.

Seperti selalu janji manisnya adalah nak berjumpe kat Shell selepas Tol Sungai Besi.Time ? hehehe pagi ler.Pukul 9 aku dah terpacak kat situ.Kendurinya tengahari,so banyak masa leh melencong ke tempat lain kot sebelum pergi kenduri. Ramai geng-geng rapat kiteorang yang join ride ni.JJ Z1000 pon ada,pakcu bersama orang rumah,tasha bersama Lala dan ade lagi muke2 baru yg kepala boleh tahan ting tong..hehehe semuanya gara-gara berjumpe dan berkawan dengan Gemuk..Semua jadi happening.

Motor semuanya ber CC ribu-ribu haaa...

Geng pillion pagi-pagi dah start bergossip.

Ini lah geng-geng yang lama dah tak  jumpe.Ada jugak geng baru kenal.Tu ha Man E6RN(Dua dari kiri) biru pon ada

Gemuk dengan skaf merah,Man dan Mat GTR.

Nampak gaya semua orang dah ada..Meh sini semua orang kite briefing dulu..Sape bagi briefing..confirmed la en Tasha yg bagi.Die ada lesen LAOS

Masa taklimat,aku menyorok kat belakang,hehehe nanti kena jadik marshal pulak..(Cewah macam terer jer bunyik)
Perancangan rapi nye adalah kiteorang akan berhenti minum pagi dulu.Kat mana? Musti la melencong dulu kan..Bikers memang camtu,ade jer alasan nak carik jalan paling jauh,konon-konon dan singgah minum dulu la n seribu satu alasan lagik..takpe janji semua enjoy ride.
Masa dalam perjalanan camera aku dipegang oleh Cik Lala yg bertindak selaku tukang karut di jalan raya.Dapat la jugak aku jamu korang dgn gambar atas motor.Tuan tanah pon boleh tumpang glamer dalam blog sendiri la kan..

Pakcu GTR dan Man

Akinamaru Rendum bersama Hayabusa baru nyer!

Tuan Tanah dari kejauhan..

Hj Rahman ZX14 bergaya muda...



Mej King bersama aweksnye..eh kawannye


Shah Taliban 250..Cantek pulak gambar nie..



Gemuk bersama Z750 nye..


Wah pic  nie sesuai buat wallpaper..

Pakcu lagik bersama Mawar putih !

Man..ini orang ada rumah ke Betong ker? Dengar orang kate la!

Khaerozi Jabri bersama orang rumahnye..
Setelah seronok bergambar,tak sedar je,dah sampai exit Plus Port Dickson..Haa destinasi pertama kiteorang ialah minum pagi kat Teluk Kemang Port Dickson.Kat sini kiteorang berhenti di check point pertama untuk regroup.Macam biasa le,memula ride nie memang semua mood bawak santai jer.Haaa tunggu la nanti time balik,berdesup jugak nanti.Konon la sopan santun..



Tuan tanah kepada blog www.mawarputih.blogspot.com

Selepas semua selamat sampai,masa untuk bergerak ke Port Dickson,Laluan akan mengikuti Highway Seremban-Port Dickson.Ha..confirm masing-masing terbang nanti.Almaklum lah jalan ni lurus sampai ke Teluk Kemang.


Berhenti makan pagi di Kedai Asam Pedas.Kedai ni tepi jalan jer.Kalau lalu jalan besar PD sure jumpe punye
NI ha la kedai nyer. Nak koordinat ? Rajin-rajin la google. Maklumat di hujung jari anda!
Di mana ada dikau, disitu ada aku!

Segerombalan geng-geng nak pegi menikah

Tu die, Zul PD tersengih-sengih, dio ni orang PD. So datang la join sekali makan-makan kat sini.


Sarapan pagi katenye!

Aku dah jadi musykil, sarapan ker makan tengahari?

Mood masing-masing semua hepi2 sajer.

Kebetulan, ramai pulak rakan-rakan baru yg kiteorang jumpe.

Ini  la dia kasta dalam bermotosikal, 1000cc ke atas sahaja parking kat sini..hehehe

Motor bawah 1000CC parking kat sini pulak yee..wachaaaa

Hah kan dah kata.Kalau GTR gan GTR jer kan...alahai..hehe

Cuaca makin panas. Dah time untuk gerak

Hmmm ramai lagik orang kenal motor Hijau Z750 tu dari motor aku..glamer la.Kalau tetiba orang tegur sure kate sebab die perasan ada motor Z750 hijau baru la perasan aku ada..takpe2..


Sekali berhenti lagi.Kenape plak.Tank penuh la pulak...toilet time.Ni kat area Linggi

Sessi menunggu kawan-kawan membuang!

Haishhh mane la diorang nie....lame bebenor membuang!
Setelah aktiviti menunggu selama 15 minit tamat.Jom tayar golek la kawan-kawan.Dari situ kami ambik masa 20 minit untuk sampai ke destinasi.Lokasi yang dituju adalah Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah Melaka.Kampung aku tu weihhhh.Lokasi rumahnya kena masuk lorong kecik jer,selepas Lorong Haji Hassan.Rumah pon dok atas bukit. Masa ini cuaca memang sangat panas.SANGAT PANAS la untuk kiteorang yang berjaket tebal dan pakai fullface.
Ketibaan pengantin!

Port parking terbaek la..Rumah pon cantek leh buat port tido nie

Ape lagi serbu Makaaaannnnn..Menu semuanya lauk kampung yang enak-enak belaka..Kantoi diet aku weiiii...

Lepas makan pekena bubur pulut itam pulak. Haahhh what a life!

Tasha, Orang kuat Mok Motor Wangsa Maju..mau diskaun beli motor  and accesories

Ketibaan pengantin. Sempoi kan mamat bawak bunga telur tu kan. Giler western!

Serba merah temanya

Aku masih tak puas ambik gambar mamat bunga telur nie..hahahah


Hah ni ape kes nie..Akinamaru Rendum. Khusyuk sungguh tengok pengantin. Macam nak naik pelamin sekali lagi jerk

Lepas shoru and tengok pengantin,sessi berbaring bermula. Time nie la nak bincang next ride. Macam-macam suggestion ada..

Sambil diorang bagi suggestion,sorang jer yang tetiba ilang..carik2 la rupenye suda landing maaaa...keje lewat katenye..


Pukul 3 adalah masa untuk kiteorang gerak balik KL, kiteorang balik ikut jalan Pantai Tanjung Bidara. Kemudian melalui Port Dickson.Masuk jer Highway PD-Seremban,tu die semua dah bukak trottle pecut habis. Cuma ada satu insiden di mana ade sorang geng kiteorang sudah sagat satu side mirror kereta gara-gara tarik pickup lepas tu tak perasan kat depan ada kona..nasib baik tak ade apa2..

Aku sampai rmh petang la jugak around 7.Ok la jugak ride nie,sebab ramai kawan-kawan yg dah kenal.Santai dan hepi-hepi jer.Release kan stress katenye!

-KHir-