Roadblock police? memang selalu ada.Terutama waktu-waktu odd hours.Bagi penunggung motor memang dah jadi kebiasaan kena tahan di jalan motor(area tol).Tengok la nasib.Selalunya polis akan scan penunggung motor.First impression amat penting.Kalau tengok penunggung motor tu pakai jeans,t-shirt time waktu keja 9am-4pm)memang akan kena tahan.Macam aku bila tak naik Z750,aku naik KRISS aku,tapi disebabkan,aku pakai baju office and bawak laptop,jarang la kena tahan.Tu cerita roadblock kat jalan motor.
Berlainan pula jika roadblock tu kat jalan besar.Biasanya roadblock yang macam ni,akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang.Satu perkara la yang buat aku panas ialah, bila pemandu kereta/bas lepas roadblock,diorang akan highbeam 2 kali ,signal bagitau driver dari arah satu lagi ada roadblock kat depan.Memang mencanak la diorang buat u-turn.Bagi aku etika macam nie memang teruk.Kenapa nak selamatkan pesalah-pesalah jalan raya? Bayangkan masa tu,ada antara diorang yang bawak dadah macam ganja,pil-pil kuda,mat dadah suma boleh lepas.Kemudian hari mamat-mamat yang terlepas kena tahan roadblock jual dadah kat sedara mara,adik beradik,kawan-kawan kita.Yang mat gian terlepas roadblock tu,pegi meragut.Yang kena plak orang yang kita kenal.Tu la dia chain-effect die.Ramai orang tak perasan benda ni.Buat apa nak highbeam nak menyelamatkan orang salah.
Mat-mat rempit plak biasanya akan buat stunt lawan arus,sebab maybe bawak motor curi,road tax tak ada langsung.Mereka nie,akan meredah arus dan bawak motor macam nak gile.Accident? kebarangkalian memang tinggi.Doa la mintak jauh jangan terlanggar pemandu lain.Tapi biasanya memang diorang langgar kereta-kereta yang datang.Implikasi bagi high beam kat pemandu lain sebenarnya sangat besar.Cuma kita nie selalu mengambil mudah banyak perkara.
Sesiapa yang baca nie,tolong la jangan diamal lagi perbuatan tu.Tetapi sesapa yang baca tulisan aku nie musti argue,ala pe salahnya bagi high beam,dapat jugak selamatkan orang yang blum renew roadtax and lesen sebab tak ade duit.Ye memang betul,memang ada masanya kita sesat dan takde duit.Terpaksa bawak motor and kereta nak pergi kerja.Tapi jangan la bawak kenderaan bagai nak gila,main redah sebab nak lari.Setakat roadtax mati,lesen mati,boleh la slow talk ngan polis.Mana korang pilih? bayar saman or accident teruk or kena charge menghalang penjawat awam melakukan tugas? besar implikasi tu..fikir-fikir