Rides & Events Update






widgeo.net

Saturday, November 24, 2012

May 2012-Cuti sekejap berblog..Gi umrah 11 May -27 may 2012

Sekarang nie aku start dengan rajinnya tulis blog aku.Aku akan pastikan at least satu minggu akan ada 2 artikel tentang dunie permotoran yang aku terlibat secara langsung.

Sehingga tarikh hari ni ada lebih kurang 7 entri ride yang belum aku upload.Untuk pengetahuan semua masa bulan 5 sebelum ni  aku agak busy sebab dengan izinNYA aku dapat menunaikan umrah bersama keluarga.Alhamdulillah.

Masa kat sana ada jugak jumpe geng motor-motor besar ni.Tidak sempat ler nak menyeSNAP gambiran diorang tu.

Pulang dari Tanah Suci, tak lama lepas tu aku dah stat join ride. Hehehehe..


-KHir-

Monday, November 19, 2012

Cape Town Ride? 19-25 April 2012

 Wahaaa..kali ni jauh betul aku berjalan.Melihat negara orang.Sekali sekala dapat pergi bercuti. Why not? Destinasi jalan-jalan santai kali ini adalah ke Cape Town South Africa.Alaaaa tak lama pon naik flight,16 jam  jer.Naik kapal terbang.Alangkah bagusnya kalau ada dapat ride sampai ke sini.Dream come true tu.Sesudah jer aku touch down,cuaca agak berangin.Eh korang jangan ingat sebab sini Africa,kena panas terik macam kat padang pasir.Cape Town ni negeri berangin sepanjang masa,air lautnya bawah 10 darjah celsius sepanjang tahun.Sangat sejuk yee..Cuma salji jer takde.Tu la pasal Cape Town ni popular sebagai tempat tanam anggur dan buat wain.

 Mata aku dah start melilau carik camna la agaknya suasana dunia bikers di Cape Town ni.Dalam melilau-lilau kat airport,ha tu dia ada parking motor.Model memang pelik-pelik la.Aku rasa  jarang jumpa kat Malaysia ni.

Dari kiri,sapa boleh sebutkan nama dan model ? Kalau boleh jom aku belanja makan tengahari free untuk sebulan.
 Tujuan aku ke Cape Town ni memang untuk makan angin jer.Rilek-rilek kan minda yang selalu penuh dengan memikirkan tugasan keje.Jom la kita singgah sebentar ke Table Mountain.Cantik.Memang mengucap panjang aku tengok keindahan negara orang ni.

Ntah mana ntah Table nyer kan?

Tuan Tanah still pakai baju keje.Masih teringat keje banyak yang ditinggalkan 

Tuan tanah jarang-jarang upload gambar sendiri..
 Masa on the way nak ke Hotel One and Only,tangan aku memang pegang camera jer.Mana sempat aku snap ler.Fokus utama still nak carik bikers Cape Town.

Ni ha dia,bikers Cape Town.Pakai blazer balik keje.

Model Norton?

Honda Shadow antara model yang glamer kat sini..
 Sambil-sambil tu aku ada juga cuba menyingkap sejarah Cape Town ni. Rupanya sangat menarik  untuk diceritakan.Cape Town sekarang kebanyakan nye berakar umbi dari kisah sedih hamba-hamba yang dibawak dari banyak negara,antaranya Indonesia dan termasuk la Tanah Melayu.Jadi tak hairan la majoriti penduduk asal beragama Islam.Tempat makan muslim pon merata ada.Nak carik mat black kat sini? Huih ingatkan banyak,rupanya majoriti duduk Cape Town adalah golongan pendatang. Mat saleh memang ramai.Banyak jugak kisah-kisah Aparteid yang aku dengar dari Tourist guide kiteorang yang jugak beragama Islam.Antaranya kalau mat saleh nak masuk mall akan lalu jejantas berbumbung,kalau black plak kena lalu jenjantas takde bumbung. Tapi itu semua dulu la.Nelson Mandela yang banyak berkorban untuk menghapuskan dasar Aparteid tu.

Macam-macam sejarah ada kat sini..Sedih oooo..

Ni pulak bangunan Parlimen. Hmmm macam pernah tengok design ni kat KL. Macam sekolah apa ye?


Antara tarikan pelancong. Malay Quarters. Wahaaa makin terasa bangga menjadi orang Melayu.Rumah Ini memang merupakan tempat tinggal turun temurun orang Melayu kat Cape Town.How melayu there are,aku pon tak tau la.Nak tau kenapa rumah tu ada macam-macam kaler? Semua rumah tu asalnya takda no rumah,so untuk orang kenal,owner rumah telah sepakat untuk pilih kaler yang unik untuk tanda senang orang nak carik.Sekarang rumah-rumah ni harganya memang gile mahal sebab duduk betul-betul tengah town.

One and Only Cape Town Hotel. Biliknye SUPERB!


Any comment? 


Apakah feel yang perlu diambik ketika ini?

  View dari bilik.After sunset


Masa dinner suda tiba,makanan kat sini semuanya bermula dengan sayur-sayur dulu.Pastu baru main course.Dessert untuk first night yang betul-betul buat aku takleh blah..

Tragedi yang tak akan aku lupa la kan..Ingatkan airskrim .Cisss rupanya cotton candy.Betul potong selera makan aku dahh..


Esoknya ke Seal Island.Nak pegi tengok anjing laut kat habitat semulajadi.

Belakang aku tu,flee market yang jual telur burung unta..buat perhiasan..


Korang zooom la sendiri ye.Nanti nampakla anjing tengah bersidai kat atas batu..fuhhh bau nye semerbak harum.
  Tenuk-tenuk kelaparan.


 Muka Tuan Tanah still tak puas ati sebab tak dapat menyingkap kisah bikers di Cape Town.Nasib baik view cun.Lepas tengok anjing laut singgah jab ambik gambiran.


Sambung jenjalan lagila.Time ni la aku rasa rindu sangat kat motor aku.Sebabnya tengokla jalannya. Memang sedap layan.Banyak gunung ditebuk untuk dibuat jalan.So view memang  ler indah.Tapi gaung banyak dalam oooo..Setakat ride santai boleh,jangan buat hal layan kona kat sini..
 
Jalan dalam gunung.Mana nak carik? Ngeri pon ada..

Jalan lereng-lereng bukit.Slow suda,layan view katanya..

Ha tu semua jalan raya tau.Kasi tengok berapa dalam die punya gaung.
 
Satu lagi shot yang terang sket

Long Beach..Nampak itu jerung? Kat sini jangan terperanjat pulak kalau jumpa orang lepak tepi bukit bawak teropong.Dah memang keje die kene skodeng kalau jaws datang.Aku ingat memain tapi memang betul rupenya ada profesion camtu kat Cape Town.
Apa korang ingat ini zoo ka? Ape barang tengok penguin kat zoo.Ini merupakan natural habitat untuk JACKASS  kat Boulder Beach,Cape Town ni. Penguin nie dipanggil JACKASS sebab bunyikkan yang dikeluarkan.


Penguin Cape Town nie comel-comel belaka.Yang aku tak tahan tu,tengokla air laut die tu.Biru dan jernih

Apa makna tanda bintik kat dada penguin tu? Maksudnya tu penguin betina
Sampai jugak aku ke hujung benua Afrika..Cape of Good Hope

Keindahan air laut yang manjang sejuk jer..

Hmmm..cubaan merasa kesejukan ari laut.Time ni hari dah nak hujan dah ni..

Apakah ini? Sampai sekarang aku masih tak tau!
   
Masih di Cape of Good Hope

Pencarian aku masih diteruskan.Sambil-sambil jalan-jalan aku mencarik jugak kedai big bikes kat Cape Town.Huih tidak ketemu jugak.Sudahnya jalan-jalan dekat area Water front,terjumpa satu group nie..


So silakan,sape tau model ape ni?

Masih cetek ilmu aku dalam bidang pemotoran ni..ntah model ape ntah..



Hahaha akhirnya ada jugak model yang aku kenal..

Mood jalan-jalan masih membara. Esoknya jalan lagi..

Ambik pic nie masa berhenti kat stesen minyak.Kat stesen minyak pon view dah gorjeskan..

Cuaca dah tengahari,tapi angin sejuk sentiasa bertiup..
 Layan safari Game reserve dulu la.Tengok binatang BUAS kat habitat semula jadi.


Tu haa..gajah baru nak melintas jalan.

Aku ker atau gajah tu yang intefrem?

Minum sparkling di tengah padang rumput.

Perlukah bergaya camtu naik ATV?
Sekali itu singa ngap baru tau..
 Cubaan untuk jadi hero.Mengusap Cheetah..hehehe senyum jer tuan tanah kan..


Dah dah tu,balik hotel,nanti malam ada dinner.Kena ensem-ensem sket la..


Ensem banyak ni
Itula dia alkisah trip aku 5 malam di Cape Town.Kalau ditakdirkan aku dah jadi jutawan,mau nye aku beli rumah kat sana dan rilek-rilek hujung minggu.Bosan-bosan pegi la terjun laut layan jaws.Insyallah  dapat rezeki lebih repeat lagi trip ke Cape Town.









-KHir-

Saturday, November 17, 2012

Ride Karak-Simpang Pertang-Kuala Pilah 15042012

Treeet..treeet...ouhh ada sms suda masuk. Sms dari Mat GTR

"Assalamualaikum. Ride masak lemak cili api daging, Ikan salai dan telur itik. Ride hari Ahad 15 apr 12 jam 09:32. Berkumpul d bhp lepas tol gombak. Jam 10.03 tayar golek. Route layan corner karak>masuk jalan kuala pilah> rehat minum kat pekan durian tipus > ke smpg pertang>bahau>jln kg>lunch pekan k.pilah. Sebelum masuk plus pekena cendol>plus utk buang karbon n level tayar. Sila ajak rakan utk lebih mesra. TK"


Itu la dia sms yang aku terima. Sikit pon aku tak ubah. Yela style orang lama anta sms. Camtu la bunyiknye kan.hahahaha.Cuba korang tengok sms bebudak lahir tahun 90an.Lg la rasa nak lempang jer. Ntah mana punya ejaan die ikut,asalkan bunyiknya sama.Mangkuk!

Berbalik ke cerita ride kali ni.Cuaca memang sangat menarik. Agak ramai yang turun ride bersama.Pepagi lagi ramai dah menunggu kat BHP Gombak,Pekena teh tarik dulu la..
9:30AM Kite pekena teh tarik dulu kat BHP Gombak!
Dari Kini: Mat GTR,Ali Ninja.Ehem2,Khairul,Hj Rahman.

Eh yang mana satu motor aku ni.Sape boleh bagi tau?

Ha ramai kan..Sampai ada 2-3 orang aku dah tak ingat nama dah..tapi brader ni memang aku ingat sebab nama dia Khir jugak.Tokey Insuran nie..Bawak Z750s
Ketibaan En Suzas @ Atok Gemuk 


Antara geng terawal.Kalau la diorang nie pencen main motor haishhh satu hal nak carik kawan2 satu kepala pegi ride

Gemuk,Yeop,Hj Rahman,Mat GTR,Khir Z750S

Kali ni korum dah cukup dari kiri Khairul GTR,Yeop CBR 1100,Hj Rahman ZX14, Abby ER6N,Ali Ninja,Mat GTR,Imam Mat Zin,Khir Z750s

Kali ni tuan Tanah ada menyelit tepi Versys 1000.Owner nye tu haaa Ustaz Aidil
Tunjuk ajar sifu cara-cara berkonvoi sambil kona sket2..
10:45am.Perjalanan kami diteruskan, tu dia sepatutnya tayar golek 9:30am, tapi tak pernah la pulak gerak on time.Memang akan ada delay la.
Semua ambik barisan dulu.

Ready untuk layan corner highway Karak dulu

Kat Karak semua bawak dalam keadaan rilek2 jer.Takda sangat nak melayan kona.Belum panas lagi,cuaca pon masih berkabus lagi.Selepas tol Karak.kami masuk ke Pekan Karak untuk ke Simpan Pertang.

Are you ready for some action?

Semua turun kejap,exercise tangan dan lutut. Warm up kan badan utk start layan lap Simpang Pertang

Start your engine babeh.Baca doa dulu bang.Kona kat Simpang Pertang nie bawak kona U. Jaga-jaga kalau tak biasa dan slow confirm boleh overshoot tau.

Mana picture layan kona? Hahaha confirm la takde. Tunggu aku beli camera GoPro boleh lekat kat helmet.Sapa mau sponsor? Alaaa RM1200 jer.Camera tu memang dalam buy list aku tuh.Insyallah tahun depan aku beli sempena birthday untuk diri sendiri.hehehe

Berhenti kat Durian Tipus,minum dulu kat mamak.

Stedi Haji.Masih berhati-hati bawak motor selepas accident hari tu.
Semua bukak cite pasal layan kona tadi..sambil minum2 jer.Nak makan? Ouhh tidak,sila reserve perut untuk makan besar kat Kuala Pilah nanti.

Abby tengah stori kat Gemuk (Gemuk memandang dengan penuh kagum) tentang teknik2  kona.Bagi aku Abby ni memang hati kering la,kalau kona tu memang sapu jalan la..tapi dengan teknik dan gaya yang betulla..

Aik takkan baru layan kona dah kena isi minyak..Kami isi minyak kat area Batu Kikir depan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir 72200 N9.


Sila jawab teka-teki ini.Siapakah yang setiap  kali ride mesti bawak beg sandang belakang? Walaupon ride dekat-dekat jer?

Aihhh macam dah dirancang pulak.
Selepas isi minyak zasssss berdesup-desup semua gerak gi carik makan.Lapor dah ni wei. Dah pukul 1:30pm dah nie.Perut sudah mintak di isi.
Lokasi tempat makan memang area town Kuala Pilah.Parking pon seberang jalan jer.Tempat ni memang glamour la rasanya

Ada orang Pilah tak ? So komen,tempat ni glamour ke tak?

Ishhhh mana orang Pilah ni.Ni ha nama kedai nya Kedai Makan Kak Lang D'Rimba.Takkan nak bagi koordinat plak kan..kamonnn la..

Jemaah dah tak tunggu dah.Serbu segala macam lauk.Telur itik pon masa kiteorang sampai tinggal sket.Hahah aku sempat la tapau.

Hati suda senang. perut suda isi.Sembahyang jangan dilupa.Masjid pon sebelah jer kan.Jangan buat-buat tak nampak ye kawan-kawan.Mai jamak  beramai-ramai.
Hahah bangga aku dengan shot camni.Angle lain pulak.

Hahaha sape la tua nie ?
Selesai solat. Balik? Ouhh no, ada satu destinasi lagik.Kami kena singgah Bus stand Pilah.Yang ni aku memang boleh confirmkan memang tempat glamer..
Ni haaa lokasinya belakang Basten Pilah.Orang panggil Cendol Basten. Dah turun temurun dah mamak ni meniaga cendol kat sini. Aku rasa confirm la dah ada 2-3 bijik banglo hehehe..

Layan beb.Honestly memang sedap.Harga? Pegi la tanya dan makan sendiri hahaha.Tak la mahal mana pon.

Kanak-kanak riang dapat gula..

Tu die sorang hadap 3-4 mangkuk cendol.
Selesai melayan cendol. Masa untuk gerak pulang.Perjalanan pulang ikut Sri Menanti dan kemudian Exit Tol Plus Senawang.

Sebelum merempit di Highway mari bergambar dulu

Abang Mat GTR lagik..kali ni betul-betul interframe daaa..

Imam Mat Zin dan Aidil Versys 1000.

Masa balik ni takla kami merempit sangat.Semua kekenyangan cendol.Mata pon stim jer.Balik semua betul-betul santai.Yang pasti aku sampai rumah dulu boleh tido.Exit Bangi jer pon.Aku sampai rumah pukul 6pm.
Satu ride yang ok la.Cuma satu perkara la,aku selalu ride dengan macam-macam bikers.Tapi selalunya jumpa one time or two time jer.Pastu jarang-jarang dah jumpa.Selalu nampak kat FB jer.Harap-harap kita dapat bertemu kembali dan mengeratkan silaturahim.










-KHir-