Rides & Events Update






widgeo.net

Wednesday, May 26, 2010

Away to Taiwan from 25-30 May

Aku sekarang berada di Taipei Taiwan,sorang-sorang kat negara orang.Semuanya alhamdullliah ok,cume nk makan susah sket.Anyway kat sini ibarat aku bercuti.So aku akan upload gambar dan story tentang ride ke Jerantut dalam masa terdekat.

-KHir-

Tuesday, May 25, 2010

Gambar from my camera,Apisz kawen

Kamera dah berada kat tangan aku,so inilah hasil gambar2 yg eden tangkap sempena majlis kawen apisz hari tu..layan kan jer


Gambar moto kat Mobil sebelum Tol Sg Besi

Geng-geng yang teringin makan nasik minyak



Cube tengok bro Zack,kontrol ayu ;)
Depan tengah dok CB4





Ni kat RnR Seremban dengan bebudak terjah


Kobau..dgn Z7 hijau die





Tuan Tanah



Ketua Konvoi..







Abg Zam: Eh motor aku berkilat nie
CB4:Dah hari-hari simpan dlm bilik mmg kilat la bang,,



Pasanga Apisz & LC





Baru sampai tempat pengantin

Semua muke serius sbb dh lapar,ngap terus pastu




Geng terjah & Sangria,err mano Kilot?




Majlis dah selesai..zooom berangkat kat PD pekene Laicikang





































































Friday, May 21, 2010

Ride to Jerantut 23-24 June

Tak sabar rasanya nak tunggu esok.Sudah 2 minggu aku tunggu ride ni.Benda yang best pasal ride ialah semuanya PERCUMA!..yeahhh yeahh percuma.

Esok pagi-pagi aku akan turun Putrajaya,RV dengan Lan 954.Lepas tu gerak terus ke Petronas sebelum Tol Karak.Setakat ini, sudah ada 50 rider.Pulang nanti aku akan update ride kali ini.

Thursday, May 20, 2010

Mane belly pan aku ni?

Aku: Allo ben, bile mau siap i punye belly pan? ari ahad mau pakai.
Ben: Sekejap-kejap i kasi kol itu org.Die banyak kerja la.biase la org tua.
Aku:Aiyaa saye suda anta hari selasa,ini hari suda sabtu.itu hari janji sabtu.Esok mau ride,motor suda bogel camne..
Ben:Okeh Okeh i kasi kol sama itu org.

Hahaha tula dialog aku dengan Ben Welly Meru.Dalam satu hari dekat 5-6 aku remind dia supaya call kedai spray.Die boleh terlupa memanjang jer.Akhirnya siap jugak bellypan aku,selasa 18 hb.So hari ni,dalam tengahari aku merempit pergi Meru.Dari pejabat aku sekejap jer sampai.Jarak dalam 20km jer.

Hari ini aku dah dapat balik kamera,and aku akan snap a few gambar terbaru motor biru aku tuh

-KHir-

Tuesday, May 18, 2010

Wedding Apisz 16 May 2010


Jam kat tangan dah pukul 11:00 pagi.Aku dah start gelisah,geli-geleman nak balik rumah.Bile la nak habis taklimat penubuhan rukun tetangga Taman Harmoni nie.Kalau tak pergi,memang tak boleh la,tapi alamak geng-geng semua dah RV kat Mobil Mint Hotel.Tayar golek pukul 12PM.Issshhh tak boleh jadi nie,jadi aku dengan slow-slow bangun dari kerusi,pelan-pelan jalan kaki balik rumah.Takpe la aku dah dengar taklimat sejak pukul 10:00 am tadi.Jadilah dari langsung tak pergi.
Balik rumah,terus aku bersiap-siap.Memula tukar baju dulu,rimas pakai baju tadi sebab miang-miang badan.11:30am aku gerak dengan secara rasminya ini lah dia first time ride aku tak pakai jaket dengan riding boot.Aku pakai t-shirt dengan arm-glove.Hehehe nak try arm glove pasal baru beli kat Welly.Yela rm 30 tu,rugi tak guna.Kasut pon aku pakai adidas aku yang dah nak masuk 3 tahun umurnya.Helmet? guna helmet cap ayam aku.Kali ni ride betul-betul sempoi.

Start motor,bagi enjin panas,cargas.Traffic dari Kajang ke Sg Besi normal jer.Jadi aku dapat sampai pukul 11:45am.Kelihatan dari jauh motor oren Zack,z1000 wattados ,brader otai & wife naik GTR,Brader CB400 yang naik Ducati Monster.Kira aku ni yang terawal pulak hari ini.Dalam 12:15PM Kak Zah and abang Zam sampai dengan Z750 putih diorang.

Tepat pukul 12:20PM,kiteorang bergerak untuk berjumpa dengan Team Terjah Bikerz di Petronas R&R Seremban.Sekejap jer sampai,yela taklah jauh sangat.Sampai sana ada lebih kurang 15 bijik motor macam-macam jenis.Sempat la aku berkenalan dengan awek-awek terjah bikerz nie.Jarang aku jumpa geng-geng motor yang ramai gadis-gadis bujang sebagai ahlinya.Ape lagi cuci mata la.hehehe

Dalam pukul 12:45PM,konvoi pon bergerak menuju Dewan Pembandaran Seremban.Kali nie konvoi stop lagi selepas tol Seremban.Tunggu tepi jalan jer.Stop kali ni,memang aku tak berapa paham la,sebab tungggu sape ek? ntah aku pon tak tahu.dah diorang berenti aku pon kena berenti la.Sempat la aku snap beberapa gambar.

Pukul 1 konvoi bergerak menuju destinasi.Rupanya punya la dekat.Betul-betul dekat tempat sambutan kemerdekaan.Konvoi sampai dengan raungan ekzos masing-masing.Memang bingit betul tapi tu yang part paling syok.













Masa konvoi sampai betul-betul apis tengah nak berarak.Jadi aku dengan kamera aku,terus ambik gambar.Next makan time.Lauk cukup rasa,cukup masin,semuanya alhamdulllilah berjalan lancar.Lepak di situ dekat sejam lebih jugak. Tempat majlis berlangsung sebenarnya ada 2 dewan.Yang apis punya ada sebelah kanan,sebelah kiri India Muslim wedding,nasib baik tak tersilap masuk.Agaknya diorang tu sure berbulu sebab banyak sangat motor parking bersepah.Yela kacau majlis diorang.Tapi nak buat camner.Kiteorang parking se-displin mungkin.

Tepat pukul 2:45pm masing-masing dah panas bontot nak gerak.Macam biase,mesti ada ride after wedding.Destinasi seterusnya Port Dickson.Jiwa rider tetap membara walaupon cuaca panas yang menyebabkan sambutan tak berape hangat.Ramai rider balik terus.

Lebih kurang 7-8 bike bergerak dengan kelajuaan yang amat tinggi.Depan sekali ada sebijik ERN6 biru ekzos 2brother.Punyala laju,kami yang kat belakang nie speed 190-200 die masih maintain 2 tiang lagi.Aku macam biasa speed slow speed.Jalan highway Seremban-PD nie walaupon lurus tapi joining jalan nie banyak yang bumpy.Agak bahaya jugak jika main redah dengan top speed memanjang.
Kami sampai dalam pukul 3:15PM.Lepak di kedai di bawah pokok.Aku rasa kalau bebudak bikers memang tau tempat nie.Aku jer yang baru tahu.Terima kasih pada geng terjah bikerz sebab belanje aku.Segan jugak sebab aku memang tak bercakap sangat.Al-maklum baru jer jumpa.Rata-rata topik pasal forum terjah and perkembangan geng2 diorang,so aku memang tak tau ler nak kate ape.

Pukul 4:30 Kami bergerak pulang.Alhamdulllilah aku sampai rumah pukul 5:00 ptg..eh laju ker? mane ada.
hehehe

P/S: Gambar from Terjah Bikerz Forum.Kamera aku,adik aku pinjam.Blum sempat nak upload
-KHir-

Thursday, May 13, 2010

Apisz Wedding 16 May Ride

Aku akan join ride kawin apisz.Ni member lama aku dah.Kenal since 2008 lagi.Nanti RV kat Mobil sebelum Tol Sg Besi.Ramai jugak yang join.Aku join team sangria.Nanti ada satu lagi RV kat RNR Seremban.Team TerjahBikerz.Apisz memang aktif dengan group nie.Aku pernah pergi TT kat Restoran Sup Urat Keting Bangi.Ramai sungguh.

Lokasi Wedding kat Dewan Majlis Penbandaran Seremban.Sesapa nak pegi boleh la,Sebab lepas tu kiteorang akan turun Kluang pekena Kopi.Macam biasa aku akan upload gambar-gambar untuk tatapan semua.

Wednesday, May 12, 2010

Nak cat belly pan May 11-Visit to kedai moto

Semalam lepas kerja,aku pergi Welly Kelang.Hujan agak lebat jugak sebelum pegi.Aku sendiri pon tak sure dapat pergi ke tidak.Pukul 6 baru aku gerak dari office USJ 2.Sekarang ni dah ada jalan pintas dari USJ 2 terus tembus Batu Tiga.Keluar kat Kilang gula CSR.Lega sikit dapat elak jem sebelum tol batu tiga.
Traffic semalam takla teruk kena hati-hati sebab baru lepas hujan.Aku sampai kat Welly Top pukul 6:30 petang.Ben(Tokey) masa tu tengah melepak kat kedai sebelah makan.Aku sampai terus bagitau kat Yus (Mekanik kat situ) nak cat belly pan kaler biru.Bebudak mekanik kat situ semua aku dah biasa.Masa tengah sembang-sembang si Yus bagitau ada barang Rizoma baru dah sampai.Aku nak bagitau tau name memang aku tak reti.Ala tempat isi minyak brek depan dengan belakang brand rizoma.Cun sangat sebab aku tengok kat motor display R6 kat situ ada yang dah pakai.

Silver colour-Tempat minyak brek depan

Tempat minyak brek depan-Siver colour jer ada masa tu.

Tempat minyak brek belakang

Tapi harga,Ya Allah mahal betul.Depan RM 260,belakang RM 240.Ngam-ngam RM 500.Aku ada snap jugak beberapa gambar.Yang ada masa tu colour silver and gold.Depan ade silver jer ,yang belakang ada gold and silver.


Damper dalam cermin lagi

Warna Merah cun giler..cair aku tengok

Dalam kotak lagi..

another shot..geram punya pasal..;)

Damper with gold bracket
Racing-Pro Gold Colour

Damper with Bracket

Tu tangan tokey die Ben

Belly pan aku diorang bukak sekejap jer,.Diorang nak hantar cat kat kedai lain.Mungkin sabtu ni siap.RM 80 siap cat.Ceh mahal jugak.

Belly pan aku siap nk dihantar cat.
Lepas aku sembang-sembang pasal benda tu Yus,Ben cerita pasal Power Commando 3 (PC3), Damper racing pro and KN Filter.Power commando kalau nak pasang harganya RM 1750+RM 370 untuk KN.Damper pon mahal jugak,RM 2300.Damper time tu ada stok kaler merah and gold siap ngan bracket kaler gold.PC3 tu pasang hanya boleh tambah HP 2-3 jer.Aku terperanjat jugak la,sebab sebelum ini aku baca dalam forum z750,ada sorang brother siap dapat tambah 20 hp.Rupanya PC3 hanya untuk tune engine supaya lebih lancar and maximize pembakaran petrol.Damper plak jadikan handling lagi stabil.Kira if jalan tu,bersambung masa lalu tak terasa terhentak la,sebab damper bagi grip lebih and handle lagi berat.Damper tu ada 2o klik untuk macam-macam jenis pemanduan.Kalau jalan highway lurus,bagi klik banyak sikit sebab handle jadi berat tak mudah terhuyung-hayang.Time cornering pon lagi stabil sebab kena tarik kuat skit supaya motor boleh corner.

Aku dah mintak ben order tempat minyak brek tu colour gold and merah.Tengok yang mana satu lagi cun.Maybe sabtu ini,aku pasang siap sekali dengan belly pan dah cat colour biru.Tapi sekarang motor aku dah togel sebab,fairing belah kanan,kedai ambik buat sample and belly pan dah takde.Rasa nampak pelik pulak.



Monday, May 3, 2010

Ride Makan Nasi Minyak 01 May Dewan Jenjarum SS 11 Shah Alam


Ride yg kedua aku join dengan team Zack forum z750& z1000.RV kat Shell Jalan Duta pkl 11:30AM.Tayar golek 12:30PM.Hahahaa aku sampai ngam-ngam pukul 12:30PM.Ingatkan ada orang lagi,tapi diorang dah jalan rupanya.Terkedu aku sekejap.Pikir-pikir balik,arghh baik aku pegi sana terus la.Aku pon familiar area sana.Ape lagi,merempit sket la.Sampai dalam 12:45PM.Tapi tengok-tengok takde orang.Call Zack,rupanya diorang lepak kat tempat lain,konvoi ngan pengantin.Pukul 1:30 baru diorang sampai.
Sempat la aku snap video on their arrival.Macam biasa lepak-lepak makan.


Dari Kiri Tazir,Zack,heheh tak tau name, and Shah